Monday, September 30, 2013

KERABU PERUT


tuan tanah ni memang penggemar kerabu yang tegar.... wp tanpa sayuran seperti kekacang atau pucuk paku... dan jika ada taugeh dan bahan utama seperti kerut atau kerang.. jalannnn... jadi gak kerabu... hehehe... ginilah kalau dah suka kerabu.. x cukup bahan pun tetap juga jadi kerabu... jangan terlalu bebankan dalam fikiran jika x cukup satu bahan maka kita tangguhkan hajat kita nak makan....

KERABU PERUT 

250 gm perut - hiris panjang
taugeh - celur
2 - 3 biji cili merah - tumbuk
10 biji cili api - tumbuk (ikut suka kepedasan sendiri)
3 biji bawang merah - tumbuk
2 sudu besar udang kering - tumbuk
1-2 batang serai - tumbuk
belacan secukupnya - tumbuk
1- 2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula dan gula secukup rasa
1/4 biji lemon (perah jus lemon)
1 biji bwg besar - belah 2 dan mayang halus
10 biji cili padi + cili merah -hiris halus
3 sudu besar beras digoreng kekuningan - tumbuk
sedikit santan - tapi akak xmasukkan sebab x tahan disimpan

cara:

1) rebus perut sehingga empuk bersama sedikit garam.
2) Taugeh dicelur.
3) bawang dimayang nipis2. potong cili kecil2.
4) tumbuk udang kering dan serai, belacan, bwg tumbuk juga cili padi supaya rasa kepedasan cili sekata.
5) goreng beras hingga kekuningandan tumbuk.
6) masukkan kerisek
7) campur kesemua bhn2 di atas. gaul hingga rata. masukkan garam, gula dan air perahan lemon. rasa pedas dan asam garamnya. siap utk di mkn.

MUSHROOM CHICKEN SOUP

  • semalam akak g kelas buat pelbagai roti perancis... nak makan gitu jer rasa x syok pulakkan... mesti nak juga makan dengan mushroom chicken soup ni...

  • MUSHROOM CHICKEN SOUP 
  • 2 ketul isi ayam -di potong dadu kecil kecil (akak x suka guna ayam kisar sebab halus sangat lagi pun yang beli siap tu dorang kisar dengan lemak & kulitnya sekali- oh tidaaakkkk!!)
  • 1 tin cendawan butang - di cincang halus
  • 1 biji bawang besar - di potong dadu
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 kotak fresh milk
  • air secukupnya } di bancuh
  • sedikit tepung jagung } sekali pun boleh
  • 2-4 helai daun bay
  • garam secukupnya
  • sedikit butter 
  • panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang hingga layu.
  • masukkan susu, ayam, cendawan, air ,kiub dan biarkan ia mendidih.
  • masukkan bancuhan tepung jagung. terpulanglah pada selera samada nak makan banyak masukkan air lagi tapi seimbangkan kepekatan dengan bancuhan tepung jagung (adjust sini je)
  • masukkan garam dan daun bay (untuk mendapatkan bau mushroom yang sedap) biarkan sekali lg mendidih. siap.
  • bolehlah di hidangkan dengan roti bakar ke.. dll.
  • * tidak terlalu pekat dan x terlalu cair.
  • * boleh dapat sebanyak 1 piuk rice cooker 1.8L

BREAD KELAS


baru baru ni akak join kelas perbagai jenis roti... bestnya selalunya belajar buat bun sahajakan...
 ada basic sweet bun (doughnut, baliner, maxico bun), basic hard roll (french loaf, gourmet bread, mini bagguet) multi cereal bread dan multi grain bread








SAMBAL PETAI TUMIS UDANG


oleh kerana nak habiskan produk petai.. nampaknya jhari hari makan petai.. adoii.. sedangkan badan ni bukannya larat sangat nak makan buah berangin.. x lama lagi kompom sakit kepala la jawabnya...

SAMBAL PETAI TUMIS UDANG

Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
1-3 keping petai - di kopek
4-5 ulas bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering
Seketul kecil belacan
Sedikit asam jawa
1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
Garam dan gula

Cara-cara

Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
Masukkan petai, udang, bawang besar, belacan, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
Hidangkan dgn nasi panas.

JERUK PETAI


JERUK PETAI  
dapat sebalang nescafe besar....

petai bersihkan dan rebus sekejab dgn kulitnya. * jangan lama sangat takut lembut sangat. sejukkan petai. keluarkan isi petai.. * ada juga orang rebus tanpa kulit.

sediakan air masak yang betul betul sejuk (agak agak petai tenggelam)
garam(mesti ada rasa masinnya dan tambah lagi sikit garamnya supaya masin lebih sikit) * jangan terlalu masin x termakan pulak.
2-3 keping asam keping
jika suka pedas letaklah cili api sikit dalamnya.

boleh la masukkan semuanya dalam botol. 2 hari kemudian boleh makan.

* tip- ada orang gaul garam seketika tujuan perap sekejab je... (sebelum di masukkan dalam botol) dan bersihkan semula dan baru buat air jeruknya.

jerukkan sehari kat luar dan esoknya boleh simpan dalam peti sejuk.


beli 2 hengget tu dia.... sampai x terabis rasanya ni... huhuhu

Monday, September 23, 2013

MASAK LEMAK UDANG NENAS CILI SERBUK


agak lain sikit warna masakan akak ni.. sebenarnya akak x guna cili api.. kali ni akak guna cili serbuk... tapi bila masak menarik juga warnanya... rasanya sedap.. sebenarnya akak ni memang suka juga menggunakan cili serbuk dalam masakan sebab warna masakan kita pun jadi cantik.. 

MASAK LEMAK UDANG NENAS CILI SERBUK

20 ekor udang hitam - dibersihkan
1/2 biji nenas - hiris kasar
1/2 biji bawang besar - tumbuk
sedikit cili serbuk
sedikit serbuk kunyit
serai - jika ada
1-2 helai daun kunyit
garam secukup rasa
santan secukupnya

masukkan ke semuanya dan masaklah sehingga mendidih.


AYAM GORENG : TEPUNG AYAM GORENG





hemmm.... ini sebenarnya mr hubby akak yang buat... tepung ayam goreng ni dia beli dari rakan ofisnya... 

 RESEPI
ayam dikukus sebentar kemudian terus salut dengan tepung ayam goreng. panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. sedap di cicah dengan cili sos.

** untuk pengetahuan tepung ayam goreng ni x de brand pun.. tapi sebenarnya ia boleh dibuat cucur. hasilnya gebu sangat.


cucur dari tepung ayam goreng (juga mr hubby yang buat..) tengah rajin jangan dihalang.. hehehe..
mem tau makan jerk... hehehe

Tuesday, September 17, 2013

STICKY CARAMEL CHICKEN WING


menu ulang tayang.... jangan mareee aaarrr.... sebab sedap la asyik mengulang tayang macam astro.. hehehe...

STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Bahan-bahan ( 24 keping )

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

BUBUR JAGUNG BERSAGU


 hidangan petang...

BUBUR JAGUNG BERSAGU

Bahan bahan

2 tongkol besar jagung yang dihiris
3 sudu besar sagu biji halus
2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 - 3 senduk sedang gula pasir
secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan

masukkan ke semua bahan jagung, air, santan dan gula. masak hingga mendidih.
Masukkan biji sagu jadi separa jernih.
masukkan daun pandan & garam.  Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.  Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.

Monday, September 16, 2013

KUEY TEAW KUNG FU


menu malam yang sedang kelaparan... memang layan sangat.. sedap U...!! wp baru pertama kali masak wehh... akak x da bubuh kicap pun hanya guna sos tiram je tapi warna jadi gelap la pulak... janji sodappp! masak kene pekat pekat tau baru ada ummmmpphh....!

KUEY TEAW KUNGFU

hanis


Bahan-bahan ( 2 orang )

kueh teow
2 biji telur - kocok
lada hitam / lada putih serbuk
mix seafood - akak bubuh udang dan sotong
lobak - hiris halus
1~ 1 1/2 sudu besar tepung jagung (mesti pekat)
1 cawan air - anggaran
sayur-sayur lain (optional) - akak bubuh bunga kobis, kacang sepat
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi - (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih - ketuk)
sos tiram
garam
sedikit knorr serbuk

Cara-cara

 pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
 masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
 tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
 balikkan supaya kedua-dua belah masak.
 masukkan dalam pinggan yang boleh masukkan kuah.

[untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

KARI IKAN BAWAL BENDI


awal pagi tadi ke ipoh nak cari breakfast.... balik pun dah lewat... jadi hari ni rasa malas nak masak.... tapi terlupa dah janji dari semalam dengan mr suami hari ni nak masakkan KARI IKAN BAWAL BENDI ... ermmmm.. sedap pulak makan dengan nasi panas bersama ikan goreng jelatah dan sambal belacan serta ulam timun


KARI IKAN BAWAL BENDI

2 ekor ikan bawal - kerat beberapa bahagian
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1' halia

2 sb serbuk kari
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak menumis

1 biji tomato - belah 2
10 - 15 biji bendi

panaskan minyak
masukkan setangkai daun kari dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan serbuk kari serta setangkai daun kari lagi dan masak hingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kacau rata.
kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, asam keping dan sedikit air lagi.
biarkan mendidih dan masukkan ikan tadi serta garam.
didihkan sekali lagi dan masukkan tomato segar dan bend tadi.
bila benar benar masak tutup api. bolehlah dihidangkan

Sunday, September 15, 2013

KEK LUMUT


hati teruja nak mencuba bila mana terlihat ramai sahabat blog yang telah mencuba kek lumut ni... aduyaiiii... tersangat sedap rupanya kek ni.. x rugi berjaga selama 4 jam sambil berfb hehehe... kek ni akak guna loyang 10".
akak siap menjamu pada sepupu datang dari KL, dia ni seorang pengemar tegar kek lapis serawak.. dan pernah menjadi pengedar kek lapis.. pun kata sedap sangat... siap minta nak bawa balik lagi... x kisahlah tu... akak pack semua yang akak jamu untuknya... bukan kerana telah mendapat pujian darinya tapi pemberian yang ikhlas dari akak... 
lain kali teringin nak mencuba resepi kek lumut versi lain pulak... ermmm.. sedap sangat...

KEK LUMUT
saji 8/13

500 g mentega tulen
1 1/2 cawan gula halus

bahan B
1 cawan horlicks
2 cawan nestum - kisar halus
1 cawan tepung kek

bahan bahan
1 sk vanila
1 sb pandan emulco
1 sk pewarna hijau
1 sk pewarna coklat
10 biji telur sz A
1 cawan kaya
1 cawan susu

1- masukkan bahan A iaitu mentega dan gula di dalam mangkuk pemutar kek. pukul hingga kembang.
2- kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu.
3- satukan bahan B, horlicks, nestum dan tepung kek di dalam mangkuk. masukkan ke semua bahan ini, di dalam adunan telur. pukul sebati.
4- masukkan kaya dan susu, sebatikan adunan. masukkan esen vanila dan pukul seketika.
5- selepas itu, masukkan pula pandan emulco, pewarna hijau dan pewarna coklat. pastikan jangan terlalu banyak, kerana ia akan menjadi pahit.
6- tuangkan adunan yang telah sebati, di dalam loyang kek yang telah di alas dengan kertas minyak. kukus selama 4 jam

PASTRY & BAKERY CLASS


gambar yang terlepas pandang untuk di abadikan di sini... sebenarnya akak belajar sebelum bulan puasa dulu... lama betul terperam kat lappy.. baru ni akak teringat nak letakan di sini... akak belajar 4 jenis... semuanya sedap sedap... ok.. layan gambo je ye....


indulgence cake


butter scotch cake


snow cheese cake


lady finger


 tiramisu


Friday, September 6, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI


alahai lama betul x makan petai ni... gara gara semua ahli keluarga x suka... hanya akak sorang je yang suka... huhuhu... tapi yang heran tu.. dorang teringin juga nak rasa sambal tumis akak ni...  tapi hanya pilih sambal ikan bilis jer... banyaklah tergolek isi petainya... sebenarnya kalau ambil sambalnya pun bau petai yang semerbak tu tetap ada... x kemana hilangnyakannnn... mr somi adalah juga curik curik makan petainya... bila sakit perut salahkan petai lak... heyy.. cik abe... si isteri makan x de pape pun... malah bertambah tambah selera makan...

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

1 mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan, tumbuk x lumat sangat dan digoreng lalu diketepikan
2- 3 papan petai
10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
5 biji bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit jus asam jawa
sedikit belacan
minyak menumis
garam
gula
bawang besar - dipotong bulat

panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
masukkan asam jawa dan masak lagi hingga kering.
masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
masukkan ikan bilis yang goreng tadi dan petai serta bawang besar yang dipotong bulat.
perasakan dengan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
siap.

* boleh masukkan sedikit shj sos tiram dan sos tomato.. tapi masaklah juga hingga kering

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS


nak habiskan stok hati ayam... yang tidak digemari oleh ahli keluarga.. adoiii... setiap kali beli ayam memang dapat hati pedal bagai ni.... sayang nak dibuang.. sedangkan ia x mendapat tempat dihati seisi keluarga.. akhirnya akak buatkan sayur masak lodeh... bukan makan dengan nasi impit tapi buat untuk hidangan tengahari jer...

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS

bahan A
1/4 kg hati ayam
50 ml minyak masak

bahan B - kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - ketuk

bahan C - di sangai dan blend
15 g ketumbar
10 g jintan manis
10 g jintan putih
1/2 st serbuk kunyit

bahan D
30 g udang kering
40 g cili kering - kisar
1 L santan
2 helai daun kunyit
1 st gula
garam secukup rasa

bahan sayur: (ikut suka)
50 g karat
30 g kacang panjang
30 g bunga kubis
30 g kubis bulat
1-2 keping tauhu - goreng sekejab
20 g fucuk
20 g suhun
1 keping tempe

panaskan minyak dan tumis bahan B dan bahan C sehingga naik bau.
kemudian masukkan cili kering, serbuk kunyit dan udang kering lalu ditumis sehingga cili masak. masukkan pula hati ayam dan masak hingga empuk.
setelah itu masukkan pula santan dan semua bahan sayuran yang telah dipotong. 
apabila santan telah mendidih masukkan garam secukup rasa.
angkat dan hidangkan.

Thursday, September 5, 2013

SERUNDING DAGING


biasanya kalau dapat daging kurban, akak suka sangat buat serunding daging sebab stok daging banyak sehingga x muat untuk disimpan. caranya yang terbaik akak basuh bersih ketulan daging ni dan masukkan  dalam pressure cooker rebus hingga lembut. setelah sejuk baru akak buka dan dapati daging telah mengecut ke semuanya... jika nak simpan pun boleh tahan berbulan lamanya di dalam freezer... dan jika rajin bolehlah mula menyiat daging ni untuk dibuat serunding...
setiap kali membuat serunding memang akak selalu guna resepi ni.. sedap, secukup rasa semuanya... makan pulak dengan nasi panas beruwap tu.. aduhai.... boleh bertambah nasi...!

SERUNDING DAGING
saji 3/01

600 g daging lembu - dipotong 6 & bersihkan
1 biji kelapa parut - perah santannya

bahan kisar:
4 tangkai cili kering
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

2 helai daun kunyit - hiris halus (jika suka wangi)
3 sudu gula + gula merah
1 sb ketumbar  disangai
1 sb jintan manis   } disangai &
1/2 sb jintan putih } di blend
garam secukup rasa

daging direbus hingga empuk kemudian disiat siat sehingga halus.
masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali kemudian jerang di atas api.
kacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak kemudian masukkan daging, bahan bahan tumbuk, garam, gula dan daun kunyit (*jika suka)
kacau hingga rata dan biarkan hingga kering. masukkan biji ketumbar tabur ke dalamnya. keringkan lagi dan angkat.

KETAM KUKUS TELUR MASIN



lama betul x makan ketam telur masin.. rindu nak makannya... dulu akak pernah buat tapi alahai.. rasanya dah lebih setahun yang lalu.. ermmm lama tu... mana x rindu datang bertandang lagi.. fuhhh.. memang sedap.. untuk resepinya akak letakkan semua di sini.. senang sapa nak tengokkan... oh ye.. pesan akak... sebaiknya ketam tu dikukus sekejab agar isinya x kering berbanding jika digoreng..

RESIPI KETAM KUKUS TELUR MASIN

1. Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah & kukus)
2. Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
3. Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
4. Cili padi - 8 biji (dicincang)
5. Tepung kanji - 2 sudu besar
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Susu cair - 2 sudu besar
8. Daun kari - 5 helai
9. Garam & lada sulah secukupnya

1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya
2. Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
3. Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
4. Masukkan daun kari dan susu cair
5. Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
6. Perasakan dan sedia dihidangkan

MEE BANDUNG





MEE BANDUNG
sharifah azizah

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

1 kg mee kuning

bahan kisar:
12 biji cili kering,
6 ulas bawang merah,
5 ulas bawang putih,
sejemput ikan bilis - akak tukar segenggam udang kering (rendam dl)

2 sudu makan tepung jagung, dibancuh dengan 1/2 cawan air.

1 1/2 liter air
400 g isi ayam dipotong kecil
200g bebola ikan - akak tukar bebola daging
3 keping tahu - goreng dan hiris
1 pokok sawi - celur _ gaulkan kedua duanya
1/4 kg taugeh - celur
2 sudu tomato puri - akak guna cili sos
garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air.
2 sudu makan gula
3/4 cawan minyak masak
5 biji telur - pecah dalam kuah yang mendidih / boleh juga dibuat telur rebus
2 sb tepung jagung bancuh sebagai pemekat
cili merah - hiris
daun bawang - hiris
bawang goreng
limau kasturi - belah 2

Cara-cara

celur mi dan masukkkan ke dalam bekas menghidang
panas kan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya
masukkan bancuhan tepung jagung, air asam jawa, garam, gula, tomato puri(cili sos), ayam dan bebola ikan(daging). rasa garam gulanya.
pecahkan telur ke dalam kuah mi.
akhir sekali masukkan sawi dan taugeh (gaulkann dl).
tuangkan kuah ke dalam mangkuk mi. Hidangkan. Tuburkan daun bawang dan daun sop jika suka, cili merah dan bawang goreng serta limau kasturi.

SAMBUTAN KRT BANDAR U MENJELANG MERDEKA


dah 6 hari berlalu kita menyambut kemerdekaan raya... baru kini akak berkesempatan memuatkan gambar di sini... suasana sambutan di tempat begitu meriah sangat... Alhamdulillah hiasan sempena merdeka di pondok SRS telah dapat tempat ke tiga di peringkat negeri... terima kasih kepada ajk yang bersusah payah serta bertungkus lumus menyiapkan pintu gerbang lambang bendera ni..
 KRT BANDAR U

sebahagian dari JIRAN WANITA BANDAR U


sempat juga akak menyiapkan kek ni untuk sponsor kepada grop KRT.. tapi agak kurang kemas sikit sebab kek ni akak deko ketika masih suam suam... dah x sempat...


4 batang bunga api setiap satu 140 das bunga api... telah di rasmikan tanda tepat 12 tengahmalam 30hb ogos 2013