followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, March 22, 2012

KETAM TELUR MASIN


kalau dilihat pada nama tentu x berapa menarikkan... tengok gambar pun nampak biasa je masakan ketam nikan.... tapi sebenarnya ia telah memecah rekod keluarga.. dorang kata piwiiiiiiiittt sedaaaaaaapp...!! tibalah giliran akak pula untuk merasa... memang akak pun tunjuk jari "bestnya.."
sebenarnya masakan ni seangkatan dengan udang mentega atau udang goreng nestum.. ia adalah sepupu sepapa rupanya... tapi yang ini bahan utamanya akak menggunakan ketam dan telur masin kuning..

RESIPI KETAM TELUR MASIN
moh weh ke dapur akak..


1. Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah)
2. Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
3. Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
4. Cili padi - 8 biji (dicincang)
5. Tepung kanji - 2 sudu besar)
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Susu cair - 2 sudu besar
8. Daun kari - 5 helai
9. Garam & lada sulah secukupnya


1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya
2. Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
3. Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
4. Masukkan daun kari dan susu cair
5. Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
6. Perasakan dan sedia dihidangkan

5 comments:

  1. sedapnya kak norlie..saya suka ketam, tapi skang ni bukan musim ketam yg besar2 kat sini..kalau ada,boleh cuba gak resipi ni..

    ReplyDelete
  2. ooooo...istimewanya resepi ini Nor, banyak juga telur masinnya ye, tapi memang sedap sangatlah kalau hanya ambil yang kuningnya.

    ReplyDelete
  3. Special dengar menu nie..mesti enak dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. yum..yum... sedap lah..nk try buat jugak... tapi kalo tuk 3 ekor ketam telor masin bape bijik pulak..mesti byk nak guna...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...