followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, April 27, 2013

RED VELVET CAKE


 kek ini juga untuk jamuan kat office mr hubby yang lepas.... jadi maaf la..  akak x dapat nak potong kek ni..... baru baru ni anak teruna telah request untuk makan makan bersama family.. jika ada kelapangan.. insyaallah nak buat lagi...
dulu akak pernah juga buat Red Velvet Cake ni di sini.. kek yang sama tapi resepi x serupa..
untuk pengetahuan untuk resepi yang ini akak buat double jadi akak guna loyang 10".. sedang elok jer...

RED VELVET CAKE

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1 st baking powder)
½ sudu teh garam
15g sebuk koko (2 sudu besar serbuk koko)
113g butter @ ½ cawan butter (guna ½ dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor ( 200g gula biasa)
2 biji telur- gred A
1 sudu kecil asen vanilla
240ml @ 1 cawan buttermilk (jika tiada boleh buat sendiri)
1 cawan susu segar (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sudu makan pewarna merah ( 1 botol kecil serbuk pewarna merah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kemudian kena buat cream cheese frosting pulak. Cream cheese frosting ni bertujuan untuk lepa atas kek atau slice kek bagi pelengkap kek red velvet nilah…


Cara 1
227g cream cheese
227g mascarpone (boleh ganti dgn cream cheese juga)
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ ½ cawan whipping cream
Tambah susu segar sedikit untuk frosting yg agak lembut.

Cara 2
500g cream cheese
400ml @ 2 kotak whipping cream
¼ sudu teh garam
2 sudu makan oren sunquick pekat.

*Yg colour merah tu nak senangkan lagi kerja uols*


Kemudian, mari kita pergi kepada proses membuat kek ini pula (salin tau jangan nengok je).

Buat buttermilk dulu. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam masa 10-15minit sehingga susu menjadi agak pekat. Boleh juga gantikan jus lemon dengan sukatan yg sama.

Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter nipis. Pukul Dalam gula dan juga butter sehingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk, satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati sehingga pewarna tidak berketul-ketul. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk sebanyak 3kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

Satukan soda bikarbonat dan cuka di dalam mankuk kecil sehingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40minit sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian. Sementara menunggu kek sejuk, sedikan cream cheese frosting. Satukan cream cheese serta bahan-bahan lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak-agak kepekatan yg sesuai untuk disapu pada kek). Sapukan pada kek dan hias mengikut kesukaan uols. Sejukkan di dalam peti ais untuk kenikmatan yg berganda.

Friday, April 26, 2013

CARROT WALNUT CAKE



resepi yang best dan sedap....

CARROT WALNUT CAKE

5 biji putih telur (dipukul hingga tidak menitis)
5 biji kuning telur
250 gm butter
200 gm brown sugar
200 gm tepung gandum (diayak bersama 1 1/2 sdt baking powder dan 1/2 sdt soda bikabonat)
1 sdt serbuk kulit kayu manis
80 gm kismis (direndam dengan 4 sdb jus oren)
60 gm walnut( dibakar sebentar dan dicincang)
180 gm carot parut ( sy guna 2 batang)

1. Pukul butter,gula perang dan kuning telur hingga kembang.
2. Tambah tepung gandum.
3. Kaup balik putih telur (yang telah dipukul)
4. Tambah semua bahan-bahan lain dan kacau rata.
5.Tuangkan adunan ke dalam dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak atau di dalam acuan kek cawan.
6. Bakar pada suhu 180 celcius sehingga masak (lebih kurang 45 min)

Cream Chese Topping
250 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1 cawan gula ising
Pukul semua bahan hingga kembang dan berkrim dan boleh lah disapu ke atas kek atau dipaip di atas cupcake.

Wednesday, April 24, 2013

APAM YIS COMEL


dulu pernah buat apam ni.... di sini... baru baru ni juga grop JW beramai ramai membuat apam ni sebanyak 500 pcs sempena hari penamaan calon.. mencabar juga sebab terlalu banyak.. tapi sayang kerana kesibukkan akak terlupa nak ambil gambar... huhuhu...


amboi yang kaler merah tu.. terlalu terserlah... hehehe... akak x sempat nak beli kelapa parut sebab kedai dah tutup..
untuk kali ni akak membuat apam ni sempena jamuan perpisahan staf di office hubby... ada empat jenis 4 semuanya akak buat.. apam sarang semutpuding Laici Kastad dan juga red velvet cake


APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.



MASAK LEMAK LABU AIR


MASAK LEMAK LABU AIR

Bahan-Bahan :

1/2 biji labu air - hiris ikut suka
1 labu bawang besar - hiris halus
1 helai daun kunyit
1 batang lada merah - hiris
sedikit ikan bilis - belah
secukup santan
garam secukup rasa

Cara-cara

1.Mula-mula buangkn kulit labu air & potong ikut suka masing2 & bersihkn.
2.Kemudian,satukan kesemua bahan2 kecuali labu air di dalam periuk dan masak hingga mendidih dgn menggunakan api pelahan
3.Masukkan labu air dan gaul hingga rata.
4.Tambah santan jika perlu dan masak hingga labu air lembut...masukkan juga daun kunyit yg telah disiat sdkt.
5.kacau selalu dan angkat. sedia tuk dihidangkn.


MEE REBUS UDANG



sebenarnya dah beberapa kali buat mee rebus udang ala singapore dari resepi cik mat ni... tapi cuma akak x tayangkan gambar masakan ni je... entahlah mungkin lupa nak masukkan agaknya... tapi sebelum akak lupa terus resepinya kali akak cepat cepat updatekan kat blog ni... kalau dibiar akak terperuk kat draf resepinya.. hehehe
untuk pengetahuan semua... meerebus udang ni adalah di antara mee yang akak suka... kalau x.. masakan akak buat beberapa kali... untuk buat hidangan santai bersama keluarga juga sesuai sangat apatah lagi buat untuk jamuan openhouse..

MEE REBUS UDANG


Bahan-bahan ( 5 orang )

500 g mee kuning
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-

3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara

 Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

DAGING PALEMBANG

 

dah terlalu ramai cuba daging palembang ni... rasanya akak je yang ketinggalan kapal terbang.... hehehe
rasanya x perlu nak komen pape pun tentang masakan ni sebab rata rata dah ramai yang beri komen terbaik punya... memang terbaik pun...
untuk pengetahuan... masa memasak daging ni akak kekurangan santan pekat tapi akak telah masukkan 1 sm bancuhan tepung gandum... dan ternyata masakan akak kembali pekat...dan x menjejaskan rasa masakan ni... selamat mencuba.

DAGING PALEMBANG

700gm daging-potong lebar n nipis
2 btg serai-titik
500ml santan pekat
2 sdb kerisik
1 cwn kicap lemak manis
minyak

bahan kisar:-
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

bahan tumis:-
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga

Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. masukkan bahan kisar n serai hingga pecah minyak. masukkan daging n gaul sebati.masak dgn api sederhana hingga keluar air daging n masak seketika.
masukkan kicap n santan. masak hingga daging mula empuk. kacau selalu hingga masak n kuah pekat. masukkan kerisik n gaul rata. masak hingga daging betul2 empuk.

MASAK KICAP DAGING BLACK PEPPER


sebenarnya minggu dah akak masak daging ni tapi masa tu tenet suka sangat merajuk.. kadang Ok kadang Ko.. menyebabkan akak terus terlewat meletakkan gambar ni...

MASAK KICAP DAGING BLACK PEPPER


bahan2:

200g daging dihiris nipis & direbus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih - diketuk/ belah
1 inci halia - diketuk
2 biji bawang besar - tumbuk
1 bawang besar - dihiris bulat
1/2 biji karat - dipotong panjang
2 biji tomato - belah 4
1 sb sos tiram
kicap secukupnya
1 sb sos lada hitam
garam gula secukupnya
air  asam jawa
minyak menumis

cara memasak:

1. panaskan minyak. tumis kulit kayu manis & bunga lawang sampai wangi. masukkan bawang tumbuk, bawang putih, halia & tumis sampai naik bau. masukkan sos lada hitam dan sos tiram.

2. masukkan daging, karat & gaul mesra. guna api perlahan. biarkan seketika.

3. bila air daging dah macam kering skit, masukkan 1 cawan air, kicap, bawang besar, tomato segar & garam gula secukup rasa. gaul rata dan masak hingga bawang layu. kalau nak pedas skit tambah la cili api yg diketuk.

BIHUN GORENG SEDAP


bihun goreng yang sedap... akak guna resepi molly tapi ada sedikit ubah suai...

BIHUN GORENG SEDAP

bahan-bahannya:

1/2 bungkus bihun(direndam sekejap dalam air sejuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih--bawang diblend
1 bungkus kecil perencah bihun adabi
2 sudu udang kering(ditumbuk)
1 pohon sawi
1 biji tomato(dipotong kecil)
5 ekor udang( boleh diganti sotong@ayam@daging)
sedikit sos cili, sos tiram dan kicap
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
hiasan-cili merah,daun sup dan daun bawang (dipotong halus)

cara-caranya:

tumiskan bawang dan perencah bihun dalam kuali....
masukan udang kering.....
kemudian masukan udang....goreng sampai sotong masak..
tambahkan sedikit air....
masukan sos cili, sos tiram dan kicap.....
masukan garam dan gula....rasakan masakan anda
kacau hingga bahan tumis naik minyak.....
barulah dimasukan bihun.....gaul hingga sebati dengan bahan tumis
akhirnya barulah dimasukan sawi dan tomato
siap untuk dihidangkan dan bolehlah di hias dengan bahan hiasan

MASAK LEMAK SAYUR ASIN ASIN BERSAMA KELEDEK


MASAK LEMAK SAYUR ASIN ASIN BERSAMA KELEDEK


Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Ubi keledek (dipotong)
Santan
Garam
Udang / ikan bilis
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili merah (di potong)

Cara Membuatnya :

Rebus daun asin-asin bersama ubi keledek sehingga empuk. Masukkan udang, bawang merah, garam dan juga cili.

Akhir sekali, masukkan santan. Masak buat seketika. Apabila telah mendidih, cepat-cepat tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.

KEK SARANG SEMUT


dah lama sungguh x buat kek sarang semut ni... kali ni akak cuba resepi dari rakan fb... rasanya sedap dan secukup rasa manisnya tapi akak masih x puas hati sarangnya.... len len kali insyaallah kena cuba lagilah nampaknya...

KEK SARANG SEMUT

BAHAN:
2 CWN GULA-HANGUSKAN,
2 CWN AIR PANAS,
1/2 CWN BUTTER

*BILA GULA DAH PERANG,MASUKKAN AIR PANAS.LEPAS TU MASUKKAN BUTTER.SEJUKKAN CAMPURAN INI.KENA BETUL2 SEJUK.

2 CWN TEPUNG GANDUM,
1 1/2 SUDU TEH SODA-DIAYAK BERSAMA.
1/2 CWN SUSU PEKAT,
5 BIJI TELUR-A
SEDIKIT ESEN VANILLA

CARA:

PUKUL TELUR SAMPAI KEMBANG(SAYA GUNA BLENDER AJE)MASUKKAN ESEN VANILLA+SUSU PEKAT+TEPUNG.SEBATIKAN.AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR GULA HANGUS TADI.SEBATIKAN.

GRIS LOYANG 9",BAKAR MENGGUNAKAN API BAWAH SAHAJA DAN SAYA LETAKKAN DI RAK PALING BAWAH.170C-1 JAM..(IKUT SUHU OVEN MASING2)

*TIPS UTK MENDAPATKAN SARANG-air gula hangus tu kena betul2 sejuk,letakkan bawah kipas pun ok.kek ni blh juga di kukus..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...