followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, May 26, 2012

AYAM GORENG KICAP KENTANG


masak masak simple je hari ni.. 
sebab sekarang ni dah mula cuti sekolah.. jadi bila hari sabtu ahad semua padat dengan aktiviti memenuhi jemputan kenduri di sana sini.. akak juga tidak ketinggallan... jadual terpaksa di atur untuk semua jemputan yang mana harus di tuju dulu.. hehehe.. x pergi x patutlahkan..
sepatutnya hari ni dapur akak "off" tapi oleh kerana kawan classmate anak masa form 5 dulu datang ke rumah dari Melaka untuk menghadiri sessi perjumpaan bekas bekas pelajar sekolah di SMKSI.. anak dan beberapa kawannya terlibat membuat persembahan band sendiri...


RESIPI AYAM GORENG KICAP KENTANG

1/2 ekor ayam -              }tabur garam kunyit dan goreng 1/2 masak
1- 2biji kentang - potong }

1/2 biji bawang besar - }
2 ulas bawang putih -    }tumbuk
1 sb biji lada hitam -     }
5 tangkai kacang panjang - potong pendik
10 tangkai cili api - potong x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato  - potong baji
2 sb kicap manis
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit air * jika perlu
sedikit minyak menumis

panaskan sedikit minyak
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan ayam bersama kentang yang telah digoreng
jika di dapati terlalu kering masukkan sedikit air
masukkan kicap dan air asam jawa, kacang panjang, cili api, bawang besar dan tomato
balik balikkan masukkan sedikit garam
siap untuk dihidangkan

3 comments :

  1. Sedapnya... inilah yang sedap.. asyik dijamu nasi briyani kenduri kahwin kan kan..:))

    ReplyDelete
  2. Inilah menu pilihan anak-anak... kuah kicapnya dengan kentangnya yang jadi rebutan!

    ReplyDelete
  3. Hi Norlie, lauk ini sedapp.... I pun suka makan ini.
    Have a nice day.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...