followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 9, 2012

BUBUR NASI MUSHROOM CHICKEN SOUP


akak sebenarnya malas nk masak lauk pauk ni sebab suami akak x de waktu ni dia g berkursus selama hampir seminggu... tinggal akak dan dua orang anak teruna je.. dorang ni dah besar kurang pemakan dah semuanya berusaha nk diet... tulah akak kurang nak memasak beria sangat.. bukan ape.. x de orang yang nak habiskan... akak pun sebenarnya takut jugak mengambil secara berlebihan.. maklumlah bila dah berumur ni dah x boleh makan main redah je... nak kurus tu payah rasanya apa lagi kalau ada pelbagai penyakit susah nk kontrol..


hari ni akak masak bubur nasi je.. bubur ni garenti anak suka.. setiap kali akak buat mesti habis... jarang yang x habis.. tu la akak suka sangat nak masak tapi akak ni kurang sikit nak makan bubur ni.. kenalah masak nasi sejemput untuk akak seorang.. hehehe.. lauk tu x kisah.. ada sambal, ulam dan ikan masin pun jalan....


ketika akak ambil gambar ni akak x tabur ikan bilis goreng, kacang tanah goreng kerana smuanya dah habis anak kerjakan.. begitu jugak dengan udang dalam nasi ni.. akak terlewat ambil gambar betul betul tinggal semangkuk kecil ni saja yang tinggal... alahai...

RESIPI BUBUR NASI MUSHROOM SOUP

2 cawan beras
16 cawan air
10 ekor udang sederhana besar
1 bungkus isi ketam - potong  kasar
1 ketul isi ayam - hiris nipis
sedikit karat - dadu
1 bungkus mushroom chicken soup(maggi/knorr) - bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar - dadu
2 inci halia - potong kasar
garam gula
sedikit minyak bijan
garam

bahan tabur :-
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
daun bawang
bawang goreng
sambal tumbuk ikan goreng ** ada diserta di sini

masak nasi dengan air yang banyak. 
masaklah sehingga nasi jadi lembik 
masukkan halia dan bawang besar serta bancuhan mushroom soup dan karat
diikuti dengan ayam, udang dan isi ketam.
masaklah sehingga mendidih.
masukkan gula sedikit garam sehingga secukup rasa
akhir sekali bila hampir masak renjiskan minyak bijan ke dalamnya.gaulkan dan tutup api.


5 comments :

  1. alahai kak, bubur nasi akk nie meriahla, sedap nyeeeer..ain suke bubur walau da jd mak org..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak Norlie..sedap bubur nasinye kak,anak2 iza pun suka,bubur nasi macam ni...

    ReplyDelete
  3. SAlam.. wahh bubur! bubur! sha fanatik bubur... nampak sedap dan menyelerakan *sambil sua mangkuk besor naa*

    ReplyDelete
  4. alahai kak tak kan nak diet lagi kot..tgk akak slim melim jer tu..saya yg patut diet tapi tak retix2 lagi nak diet..hehe

    lama tak mkn bubur nasi..sedapnya..:)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...