followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 27, 2012

MEE SERI MAHARANI


pernah dengar mee seri maharani..? rasa mee ni sedap sangat. sebab apa di panggil mee sri maharani? mungkin kerana mee ni macam macam ada di dalamnya... mungkin sebab tulah agaknya dia di beri nama Maharani.. raja segala mee..
mee sri maharani ni adalah menu masakan keluarga kami setiap kali ada jamuan atau pun open house ketika raya... memang akak x mis masakkan mee ni untuk menjamu selera tetamu apatah lagi keluarga kami sendiri sebab 100% semua sukakan mee ni.. sebab utamanya keran mee ni sedap.. 

MEE SRI MAHARANI
moh weh ke dapur akak

1 kg mee kuning - dicelur
100 g udang kering - basuh, rendam dan blend
100 g daging - potong kecil
100 g udang hidup - dibuang kulit
150 g sotong merah - potong kecil
50 g kacang tanah - di sangai dan blend
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
10 tangkai cili kering  } blend
5 ulas bawang merah } bersama
2 ulas bawang putih - ketuk
5 biji telur
1 pokok sawi
600 g tulang - rebus
minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning, cili blend hingga naik minyak dan masukkan udang kering.
masukkan kacang tanah goreng hingga naik minyak.
masukkan daging, sotong, udang, air rebusan tulang, sos cili / tomato dan jerang hingga pekat dan mendidih baru masukkan batang sawi. kecilkan api pecahkan telur sebiji sebiji (jangan di kacau) tutup periuk sekejab dan masukkan daun sawi dan tutup api.
kuah mee sri maharani dicurah di ats mee ketika hendak makan.

Thursday, April 26, 2012

BEGEDIL JANTUNG PISANG


hari ni akak nk kongsikan resepi yang unik bagi akak tapi sedap sangat... mesti ada yang kata eh.. sedap ke ni..? cam x percaya je... kalau nak tau rasanya kenalah cuba... 
kalau akak masak begedil ni harum satu umah baunya.. sempat juga akak beri pada kawan untuk memulangkan bekasnya.. dia tanya akak apa ni.. akak jawab begedil jantung... ia keheranan.. x pernah dengar.. baru pestime dia dengar... biasa dengar begedil kentang je... sambil melawak akak jawab... cubalah rasa dulu sedap ke idak.. sedap ke idak... hehehe... begedil ni sedap dimakan dengan cili sos


 akak pernah buat ketika baru berblog dulu di sini


RESIPI BEGEDIL JANTUNG PISANG

2 biji jantung pisang contoh pisang abu - di cincang
300g udang kertas                     } di cincang
300g bawang besar -blh kurang } halus      
4 biji cili merah + 1 biji cili padi  }  
1 sm rempah sup      
1/2 st jintan manis
tepung gandum (agak agak-ikut jantung pisang) *lihat gambar akak di atas!
garam secukup rasa * jangan banyak sebab tepung x banyak nanti takut termasin!

2-3 telur - untuk salut -di kocok sikit
minyak untuk goreng tenggelam


gaul semua kecuali telur dan minyak hingga sebati.
kepal kepalkan adunan ini bulat bulat lalu di leperkan seperti kita membuat begedil lain.
buatlah sehingga habis.
panaskan minyak dan celupkan adunan begedil pada telur dan gorenglah begedil tadi sehingga kekuningan dan bewarna coklat.
angkat dan toskan.

hidangkan bersama sos cili.

* di sini akak x letak sukatan AIR kerana ianya terlalu sedikit/agak agak sekadar nk lekatkan adunan shj.
                 
* sebenarnya akak pun x tau yang mana betul BEGEDIL @ PEGEDIL?!!


Wednesday, April 25, 2012

IKAN PARI AIR ASAM


ikan air asam yang menjadi kegemaran akak... kalau time kurang sihat inilah hidangan yang membangkitkan selera.. tapi akak bukannya demam.. cuma cuaca sekarang ni terlalu panas.. kadang kadang mulut pun turut rasa x selera je..


RESIPI IKAN KEMBUNG AIR ASAM

1 ekor ikan pari - di rebus dengan asam keping dan sedikit garam/boleh juga ikan di kukus tapi akak rebus dengan api yang sederhana takut ikan hancur.tos dan ketepikan.

sos air asam:
1 biji bawang besar - belah 2 dan di mayang halus
1 biji tomato segar - di potong kiub
cili api - di hiris halus(akak tumbuk)
2 tangkai cili merah - di tumbuk dengan sedikit belacan dan garam
bancuhan air asam jawa/jus limau
sedikit cili sos
gula

gaulkan ke semua bahan sehingga sebati. rasa masam masinnya.
bolehlah di curahkan pada ikan pari tadi..


FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA

          FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA




akak syorkan  Zefa Ibu Maryam datang ke Langkawi.. di samping dapat shopping dan jangan lupa pergi ke Tasik Dayang Bunting Langkawi... mudah mudahan cepat dapat anak ketiga.. ngeeee


akak dah 'LIKE' Pregnant Mother & Family 

Tuesday, April 24, 2012

BOLU KUKUS


sebagaimana kembangnya kuihku begitulah kembang isihatiku.. hukhukhuk.. terbatuk lak...
sonok rasanya kuihku semekar mekarnya... menurut kata aznie kuih bolu kukus ni dapat banyak.. dia buat setengah dari adunan ni tapi akak memang full ikut adunan asal sebab akak nak bawa untuk jamuan birthday grop Jiran Wanita.. memang dapat banyak.. akak buat saiz papercup paling besar ni.. semuanya pecah 3 dan 4..


BOLU KUKUS

10 Minit.....(resepi Fatmah Bahalwan Full)
BAHAN
450g gula pasir
500g tepung gandum
1 s/t baking powder
4 biji telur
300ml air, santan @ susu
1 s/b overlatte

* akak tambah pewarna hijau dan coklat emulco

-pukul semua bahan hingga kembang & betul2 gebu......
-panaskan kukusan....
-masukkan adunan kedalam acuan lompang yg telah di sapu ngan skit minyak..... masuk hinnga penuh tau....( aznie bubuh paper cup dl.... jd bt penuh paper cup je....senang skit)
* akak letak adunan hijau hingga penuh dan baru letak sesudu adunan warna coklat kemudian lorekkan sikit
-kemudian kukus selama 10 minit..... api yang kuat
-SIAP....SELAMAT MENCUBA.....

*aznie bt 1/2 adunan je..... tp byk jg dpt dia... klu bt 1 adunan bole kendiri dibuatnye....hihihi....

   JW yang lahir bulan1-4 2012


lembut dan gebu semuanya



Monday, April 23, 2012

DALCA DAGING CINCANG


Biasalah kalau buat dalca ni.. buat sedikit je tapi dah campur itu ini banyak pulak jadinya.. tapi x pe...  ini petanda baik sebenarnya... dengan masakan seperiuk inilah akak sedekah kat kawan kawan... tu pun masih cukup untuk kami makan sekeluarga... siap my laling beli 6 keping roti canai lagi untuk menyicah kuah dalca ni katanya sedap...


sedar x sedar habis 2 keping roti canai akak bedal.. hem... kolestrol bergandalah gamaknya...kenyang.. hingga tengahari tu akak x makan nasi hingga sebelah petangnya baru akak ambil nasi...


kuah dalca ni semakin di perangat semakin sedap sebab kuahnya makin pekat..


gambar ni di ambil ketika dalca baru masak..


  RESIPI DALCA DAGING CINCANG
Bahan-bahan:
500 gram daging cincang yang fresh
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Sayur-sayuran:
3 biji terung - akak guna 2 biji terung panjang
2 biji kentang - akak guna 1 biji kentang
10 urat kacang panjang - akak buat 5 urat je
1 batang lobak merah - akak guna 1/2 biji
2 biji tomato

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Ambil sekali lemak pada daging. Cuci & toskan.
Potong sayur-sayuran ikut suka (akak suka potong secara memanjang, kentang & tomato dibelah 4). Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih.
Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau. Masukkan rempah tumis.
Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar. Terus masukkan daging & tulang.
Masukkan air & tutup periuk. Biar daging & tulang empuk dahulu barulah masukkan santan & air asam jawa. Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato. Biar mendidih sebentar.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Sesuaikan rasa, angkat & bolehlah dihidangkan.

*sesuai di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan roti canai


SAMBAL KUININ


sambal quinin yang paling akak suka.. makan dengan ulam gini pun jalan.. ada pulak ikan masin.. hemm... x sedor kenyang!!


RESIPI SAMBAL KUININ
maaf nak letak juga.. 

1 biji buah kuinin - cincang isinya
1 biji cili merah 
6-8 tangkai cili api
secubit ikan bilis - basuh
sedikit belacan
sedikit garam

tumbuk lumat cili, belacan dan garam
campurkan ikan bilis dan tumbuk jangan lumat sangat.
gaulkan isi kuinin yang dicincang tadi.

* sedap dimakan dengan ulam ulaman
ulaman harini:
kerdas dan timun jepun

MASAK LEMAK SAYUR ASIN


masak simple je.. kegemaran mr suami... ada pulak sambal belacan kaww.. memang sedappp..


RESIPI MASAK LEMAK SAYUR ASIN

1 ikat sayur asin - rebus buang airnya
1 biji keledek oren - rebus dan toskan
1/2 biji karat - potong nipis
1/2 cawan udang kertas
1 biji cili merah
1/2 biji bawang bsar - hiris
1 cawan santan pekat + sedikit air
1 helai daun kunyit - koyakkan

masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan jerangkan di atas api sederhana hingga mendidih dan masak.
siap


Friday, April 20, 2012

ROJAK MAMAK @ INDIA


dah lama benar akak x buat rojak mamak ni.. dulu dulu akak selalu buat.. lebih lebih lagi masa tu baru g belajar kat mummy fatimah penang.. bila buat je.. akak suka hantar kat jiran jiran sebab kalau buat mesti dapat banyak.. sebab mummy timah ni ajar cara orang niaga.. dari membazir akak hantarlah kat kawan kawan.. siap dorang mintak resepi lagi.. tapi sekarang ni kalau nak makan akak beli jer.. tapi tu laa.. bukan semua dapat memenuhi citarasakan..
ikut resepi ni x de pembaziran... boleh makan seisi keluarga.. sebab akak dah adjust sikit
rojak ni anak anak dan suami suka..


RESIPI ROJAK MAMAK @ INDIA
moh weh ke dapur

 ( 5 orang )

 Bahan Cucur :-

1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
30sen taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur

Untuk bahan cucur :
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
Siap bolehlah dihiris.

HIASAN BAHAN YANG DIGORENG

**adunan tepung :- (untuk tauhu/telur/kentang)
 tepung gandum
 serbuk kunyit
 garam
* gunakan lebihan adunan ini campurkan sedikit serbuk penaik untuk gorng udang kembung (masak last)

4 keping tauhu (goreng dengan sedikit adunan tepung) - potong kecil

6 biji telur (Di rebus dan di buang kulit nya, celup dalam adunan tepung semasa menggoreng)
minyak untuk menggoreng - belah 2

1-2 biji kentang potong (kemudian rebus dan di goreng dengan tepung) * akak x rebus sbb guna kentang jenis lembut

20 ekor udang (Gunting janggut nya saja,buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja. goreng dengan lebihan adunan tepung tadi tapi cairkan sedikit) * untuk jadi kembung, adunan tepung campurkan penaik dan di perap 1/2jam. kemudian pegang ekor udang lalu di celup udang dan digoreng dengan minyak yang panas

* ikut resepi asal ada cucur kerepeknya tapi akak x buat sebab x sempat.

1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Kesemua bahan ini di kacau rata dengan sedikit air dan apabila hendak menggoreng celupkan dulu sudip ke dalam minyak panas agar tidak melekat.
kemudian ambil sesenduk tepung bubuh atas sudip lalu di goreng (boleh letak udang dan bawang goreng untuk hiasan jika suka)

HIASAN LAIN LAIN

sengkuang - potong memanjang
timun - potong memanjang
taugeh - panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sekejab sahaja terus angkat.


RESIPI KUAH ROJAK

- Bahan kuah -
300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak

Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa

SAYUR KAILAN IKAN MASIN BERSAMA CENDAWAN


anak kalau sayur lain dorang kurang minat nak makan... tapi kalau sayur ni masak cara gini.. ermmm.. memang cepat je habisnya..


RESIPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN BERSAMA CENDAWAN TIRAM

1 ikat sayur kailan - potong dan bersihkan (asingkan batang yang keras - hiris nipis)
1 peket cendawan tiram - koyakkan
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
1 ulas bawang putih - ketuk
5-8 biji cili api - belah x putus
sepotong ikan masi tenggiri - ketuk sikit
sedikit sos tiram
sedikit air
sedikit garam *jika perlu
sedikit minyak tumis

panaskan sedikit minyak.
goreng ikan masin yang diketuk sikit hingga wangi dan ketepikan di tepi kuali.
kemudian terus masukkan bawang bersama cili. bila hampir layu gaulkan sekali ikan masin tadi.
masukkan pula sos tiram serta sedikit air. biarkan mendidih sekejab.
masukkan batang sayur kailan, gaul sekejab dan di ikuti cendawan bersama daun kailan. gaul sebati.
masukkan garam jika perlu.
sedia dihidangkan makan panas panas...


SALAM JUMAAT


Cuba kita amati apa keistimewaan hari jumaat yang digelar Penghulu segala hari ini (Saidul Ayyam) dan merebut tawaran istimewa yang dijanjikan Allah pada hari ini.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta-berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam , dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
- (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata:

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” - (Sahih, al-Hakim:3392,)

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)." - (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." - (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya :

“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. - (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” - (Sahih, Abu Daud: 1048, )

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). - (HR At-Tirmizi)

=======================================
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa dihari yg sangat istimewa ini.

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). An-Naml-62.

وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang saleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari karunia-Nya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras-Asy-Syuura-26.

لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ لاَ يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَيْءٍ إِلاَّ كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاء لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ وَمَا دُعَاء الْكَافِرِينَ إِلاَّ فِي ضَلاَلٍ

Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) do'a yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya . Dan do'a (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka

- Ar-Ra'd 14

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. - (Al-Maidah:2)


كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI, SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung

Thursday, April 19, 2012

CHICKEN STICKY CARAMEL CHICKEN WING


menu ulang tayang.. atas permintaan anak.. kalau nak tengok anak anak suka makan masakan kita... seeloknya kita buatlah apa saja yang anak suka.. garenti habis punya.. kita yang memasaknya pun turut gembira masakan kita laris.. hehehe..



RESIPI STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Bahan-bahan ( 24 keping )
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!




HARIJADI SULTAN PERAK



Sebagai anak jati negeri Perak, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Tuanku Sultan Perak yang saya kasihi dan junjung, Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke 83.


DAULAT TUANKU

Tuesday, April 17, 2012

APAM INDON

dah pernah beberapa kali buat apam indon ni.. tapi bila tengok Yatie buat,... hati mula x keruan lak nak mencuba lagi.. bila dah buat baru lega... hati dah x keruan lagi.. hehehe... yang penting rasanya amat sedap, gebu dan lembut je..
anak nak g KL petang tadi jadi apam ni akak potong ketika suam suam sebab anak dah x sempat tunggu hingga sejuk.. bas dah nak tiba..


RESIPI APAM INDON

Bahan-Bahan
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran


Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.

Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

KERANG GORENG TOMYAM


lama x makan kerang.. teringin sangat nak makan... hasrat asal nak buat rebus cicah air asam je tapi last minit tukar plan.. hehehe
dalam gambar nampak cam  kerang rebus je tapi sebenarnya kuahnya ada sikit.. tapi dah terlepas ke bawah... x nampak macam kerang di tumis la pulak.. huhuhu.. yang nyata pasti sedap!


RESIPI KERANG GORENG TOMYAM

1 kg kerang - bersih
1/2 biji bawang - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili
1 batang serai - titik
1/2 kiub tomyam
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air - jika perlu
garam 
gula
sedikit minyak tumis
3-4 helai daun limau purut -koyakkan
cili api - belah x putus -nak pedas pecah pecahkan
1/2 biji bawang besar - potong bulat


panaskan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukkan serai.
masukkan serbuk cili dan kiub tomyam bersama sedikit air, kemudian masukkan kerang. kacau rata.
masukkan kedua dua sos, daun limau purut, cili api dan bawang bulat dan gaul rata.
akhir sekali masukkan garam dan gula. gaul rata. siap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...