bulan ni akak belum lagi update blog yang hampir usang ni... bukan x masak.. bukan x ambil gambar.. jika ada masa baru akak masukkan ye.. aktiviti harian mengalahkan PM... hehehe..
agak lama x buat mee kegemaran keluarga ni.. rindu la pulak nak makan mee bagaikan... inilah salah satu masakan mee yang menjadi trademark keluarga akak... kalau buat.. ermmm semuanya suka... kompom x membazir punya... hehehe
dulu pernah buat di sini.. kali ni akak buat lebih pekat dan kawww..
dulu pernah buat di sini.. kali ni akak buat lebih pekat dan kawww..
MEE SRI MAHARANI
moh weh ke dapur akak
1 kg mee kuning - dicelur
100 g udang kering - basuh, rendam dan blend
100 g daging - potong kecil
100 g udang hidup - dibuang kulit
150 g sotong merah - potong kecil
50 g kacang tanah - di sangai dan blend
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
10 tangkai cili kering } blend
5 ulas bawang merah } bersama
2 ulas bawang putih - ketuk
5 biji telur
1 pokok sawi
600 g tulang - rebus
minyak untuk menumis
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning, cili blend hingga naik minyak dan masukkan udang kering.
masukkan kacang tanah goreng hingga naik minyak.
masukkan daging, sotong, udang, air rebusan tulang, sos cili / tomato dan jerang hingga pekat dan mendidih baru masukkan batang sawi. kecilkan api pecahkan telur sebiji sebiji (jangan di kacau) tutup periuk sekejab dan masukkan daun sawi dan tutup api.
kuah mee sri maharani dicurah di ats mee ketika hendak makan.
selamat mencuba
No comments :
Post a Comment