gambar atas: baru tuang dalam periuk besar.
atas permintaan kakak ipar tersayang.. dia meminta akak memasak acar ni untuk majlis pertunangan anak perempuannya masa raya ke dua dulu... sebenarnya masa anak lelakinya bertunang dulu akak pernah masakkan acar ni di rumah dan bawa balik ke kampung.. rupanya ramai tetamu dan saudara mara kata sedap acar ni.. dan tanya siapa yang buat.. sebenarnya kakak ipar pun x sempat rasa dulu sebab sibuk melayan tetamu.. ada juga kawan kawan kakak ipar nak rasa lagi.., habis rupanya!! eee.. x sangka betul.
untuk kali ni akak masak di kampung jer.. nak ajar depa buat lak..
sebenarnya akak pernah masukkan resepi ni di sini
RESIPI ACAR RAMPAI NENAS
180g rempah kari babas - di goreng tanpa minyak dan bancuh dengan air
hiris dan tumis:
25 biji bawang merah
20 ulas bawang putih
5' halia
3 sekawan:
10 kuntum bunga lawang
2 1/2 sd bunga cengkih
5 batang kulit kayu manis
rampai:
7 biji nenas - belah 6 & potong 1/4 lagi (nipis) - celur dan toskan (** masa buat nenas agak kecil)
750g bawang putih - digoreng tapi x garing dan toskan
750g bawang merah -
750g halia - potong panjang
750g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulitnya
250g bijan - disangai
750g kismis
5 cawan gula putih *(jgn kurang/dh secukup rasa)
2 1/2 cawan cuka
garam secukup rasa
5 cawan minyak *(jgn di kurangkan/secukupnya)
panaskan minyak.
tumiskan ahan penumis hingga kering.
campurkan rempah kari, masak hingga pecah minyak.
masukkan gula, cuka, garam masak hingga sebatikan rasanya.
akhir sekali masukkan ke semua bahan rampai. kacau 5 minit sahaja cukup! #(sebab semua bahan telah di masak terlebih dahulu)
* bahan yang bertanda * semua dah ok, secukup rasa - x perlu di pinda untuk seimbangkan rasa masam masam manisnya!
# bila dah masukkan bahan rampainya masak sekejab saja takut bahan yang dimasak terlalu lembik.
anak saudara yang bertunang
antara hantarannya....
biskut white nutty cookies inilah yang dapat makteh berikan untuk Ata.. Selamat Bertunang!
No comments :
Post a Comment