selain dari kek kek yang akak buat... sempat juga akak buat puding ni... juga buat majlis ofis terbuka hubby hari ni..
puding ni memang sedap... dan rupanya pun menawan ada 3 lapisan
PUDING FANTASI
A)
1 sb agar agar serbuk
1 cawan gula merah - dimasak dan tapis
3 cawan air
1/2 cawan gula
- dimasak semua hingga mendidih, tuang dalam loyang dan bekukan.
* bila nk tuang untuk lapisan ke 2 dan ke 3 gariskan denga garfu pada setiap lapisan
B)
1 sb serbuk agar agar
3 cawan air
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula
- dimasak hingga mendidih dan tuang atas A. bekukan.
C)
lebihan agar agar yang tinggal
1 tin susu cair
1 tin susu jagung creamer (kisar) * sebarang perisa
1-2 cawan air
sedikit pewarna kuning
- dicampurkan semua bahan, masak hingga mendidih dan tuang atas B. bekukan
* seeloknya sejukkan semalaman baru dipotong dan hidangkan atausekurang kurangnya 5 jam untuk mendapat hasil yang cantik.
* jika dipotong sebaik sahaja ianya beku dikuatiri lapisan akan lerai.
* sesuai untuk hantaran dan meja pengantin
assalamualaikum.. mintak izin nak copy resepi/.. teringin sangat bila tengok puding fantasi ni.. fuhh sedapnyaaa nampak
ReplyDelete