followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, October 11, 2012

ATVT KELAS JW - BISKUT BIJAN


kelas kemas telah di batalkan kerana cikgunya telah menghadiri mesyuarat.. jadi akak gantikan kepada kelas masakan jiran wanita.. oleh kerana emergency je.. stok bahan pun x de yang ade hanya ada bijan jadi kenalah fikir nak buat ape dengan bijan ni.. fikir punya fikir maka akak berkongsilah resepi yang amat mudah.. biskut bijan.. biskut zaman mak mak kita.. tapi memang sedap tau biskut ni... ia amat ranggup..


BISKUT BIJAN
Sumber: Buku Resepi Selera Perantau

Bahan-Bahan:

3 gelas tepung ubi
1 gelas tepung gandum
1 gelas bijan - sangai / bakar
2 biji kuning telur 
1 gelas mentega
1 ½ gelas gula halus
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil esen vanila

Cara:
Tepung ubi, tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama terlebih dahulu. Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Masukkan bijan dan tuangkan tepung sedikit demi sedikit. Terap dengan acuan sesuka hati dan bakar hingga kekuningan.

1 comment :

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...