sebenarnya akak teringat masakan ayam percik yang pernah akak buat dulu tapi akak x nak masak guna ayam.. akak nak buat dari ikan je..
masakan yang akak buat ni sebenar ada persamaan dari resepi gee hut.. ia seakan akan sama jadi akak letak je resepinya di sini... akak hanya akan tulis jika ada penambahan dalam masakan ni saja... apa apa pun memang layan masakan sebegini...
** kuahnya jangan banyak dan mesti pekat.. baru ade ummmphh.....
PERCIK IKAN KEMBUNG
3 ekor ikan kembung yang besar - goreng 1/2 masak (sebaiknya ikan dibakar.. mood malas heh3x..)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
serai satu batang
2 sudu cili kisar (akak guna cili api je)
1 keping asam keping
2 cawan santan
Daun kunyit - hiris halus
Garam dan gula
minyak
* bahan yang akak tambah:
1/2 biji bawang besar - potong separuh bulat
4-7 biji cili api belah x putus (jika x pedas cili kisar kat atas tu boleh makan cili api ni pula.. he3x)
3-4 helai daun limau purut - koyakkan
Ikan dibersihkan dan dikerat 3 bahagian.(oleh kerana akak guna ikan kembung jadi akak x kerat). Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.
Tumis bahan hingga naik baunya.
Tambahkan cili kisar. Biarkan bahan tumisan garing.
Masukkan serai, santan, garam, gula dan asam keping.
Kacau sehingga agak pekat dan naik minyaknya. Jangan terlalu kering biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
dan masukkan bahan bahan yang akak tambah tadi seperti - bawang besar, cili api dan daun limau purut.
Taburkan daun kunyit yang dimayang halus dan angkat. Sedia dihidangkan.
salam Norlie
ReplyDeletewaaa....sedap ni...
Aslmkum K.Norlie.ikan percik mmg sedap....kuah pekat lagi sedap.dah lama tak buat sbb tak da stok ikan kembung....
ReplyDeletemcm lain ckit yer kuah dia dr percik lain..nampak sedap..kreatif betul..
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteamboi sedapnya ikan percik kamu ni..rasa nak buatlah