Sebenarnya terus terang akak katakan di sini.. akak memang bukan pengemar kuih bingka tepung.. yang akak suka adalah bingka ubi sahaja.. x tau kenapa... sejak kecil lagi akak x berapa suka sebab akak pernah makan bingka yang agak kejung je buatannya.. membuatkan akak x de hati nak menerimanya lagi.. tapi berbeza untuk resepi yang ni... lembut dan sedap sangat...
sebenarnya kuih ni akak buat untuk di bawa ke surau... Alhamdulillah.. ramai yang suka rupanya...
semasa akak gader gader dengan grop Jalinan Kasih Semanis Kurma (JKSK/fb) khas untuk wanita warga Perak je.. Mimi bawa pelbagai jenis juadah...salah satunya kuih ni... sekali rasa terus terpikat dengan kuih bingka ni... Mimi ni sebenarnya sangat rajin membuat kuih muih untuk jualan setiap hari.. akak pun mintalah resepinya dan bila akak buat akak sharekan di sini pula.. Mimi izinkan akak sharekan bersama rakan blogger pula ye... terimakasih Mimi.. semoga rezeki jualan kuih Mimi bertambah laris selepas ini.. amiiin
tapi akak dah derhaka sikit pada resepi Mimi ni.. akak x guna santan sebab amat malas nk keluar.. sebaliknya akak guna susu kotak.. hasilnya sangat lembut dan sedap...
KUIH BINGKA PANDAN ♥
Sha Hafizi(mimi) fb
31/2 cawan santan * akak guna susu fresh kotak
2 cawan tpg gandum
1 cawan gula
4 biji telor
sikit pewarna hijau(saya blend santan dgn daun pandan je,tu warna tak terang)
sikit garam
bijan secukupnya
CARA: blend semua bahan sebati,.panaskan loyang masuk minyak atau mejerin sikit,.masuk adunan, tabur bijan, bakar 1jam,.suhu 170,.siap:)
sedapnya... lama dah tak makan bingka :-)
ReplyDeleteSalam Kak Norlie..mmmm wangi bau pandan n nampak sedap.. ermapun lama tak wat bingka neh.. join sini lah h he he he
ReplyDelete