followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, June 28, 2016

CHICKEN MANGGO


hidangan berbuka puasa

CHICKEN MANGGO

Bahan-bahan utk ayam
2 keping dada ayam ( nak banyak lebihkan) 
3 sudu besar kicap cair (manis dan masin)
2 sudu lada sulah
sedikit garam
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
minyak utk menggoreng

cara-cara 
1- gaul ayam dgn garam, kicap dan lada sulah. Perap lebih kurang 30 minit.
2.Campurkan tepung gandum dan tepung jagung...gaul rata
3.Golekkan ayam di atas tepung, kemudian goreng hingga kekuningan. Tos dan Biarkan

*************************************
Bahan utk sos
1 botol sos plum
½ botol sos tiram janama maggi (jgn guna jenama lain sebab lain rasa)
1 gelas air limau kasturi (tak ada kasturi boleh ganti limau nipis tp rasa tak kick lerr ... tang limau ni rasa ler nak masam setakat mana... jgn curah semua sekali )
cili padi - atas citarasa sendiri nak pedas mana - tumbuk kasar2
garam dan gula secukup rasa
2-3 tangkai daun ketumbar

cara-cara
campurkan semua sekali bahan itu kecuali daun ketumbar dan masak di atas api sederhana ..kacau hingga pekat, kalau agak pekat tambahkan sedikit air..sebab sos ni tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair ... bila dah nak serasi rasa, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Siap.

*****************************
Bahan Tabur atas ayam
1-2 biji mangga (sy guna mangga yg org makan dgn pulut yg tak berapa masak)
daun ketumbar 
4-5 ulas bawang merah
cili padi ikut citarasa
carrot

cara-cara
1-sagat/parut mangga dan carrot
2-hiris nipis bawang merah dan daun ketumbar
3-potong kecil2 cili padi
4- gaul semua bahan tu kemudian tabur di atas ayam yg di goreng tadi
5- tuang sos di atasnya

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...