followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label rendang/daging. Show all posts
Showing posts with label rendang/daging. Show all posts

Monday, February 23, 2015

ATVT KELAS JW - RENDANG PALEMBANG


Rendang ni dh lama dipelajari d kelas jw kalau x silap dari tahun lepas lagi... tapi akak x de gambar masakannya jadi akak tunggu sehingga akak mencubanya baru akak letakkan gambar rendang palembang ni... sebenarnya dah selalu rasa rendang sebab kak saba ni selalu masak time dia buat kenduri di rumahnya..
rendang yang senang dan resepi pun mudah serta yang penting ia sedap.. terima kasih ye kak sabariah dengan resepi yang sedap ni

RENDANG PALEMBANG
Kak Sabariah


1 kg daging 


CARA2:


-Tumis 4 sekawan & daun kari.
6 biji bwg sederhana bsr

1 inci halia - blend

20 biji cili kering - blend

6 ulas bwg putih - blend

1/2 cwn kicap masin

1/2 cwn kicap manis

1/2 cwn minyak

1 cwn santan pekat

Sekeping asam keping

Sedikit bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga & daun kari

-masukkan pula bhn blend.

-tunggu sampai pecah minyak baru masukkan daging yg tlh dipotong nipis tp lebar.

*daging tu boleh juga direbus terlebih dahulu.

-Lps tu masukkan santan serta kedua2 kicap manis & masin.

- Masukkan asam keping..

masak sampai agak kering sedikit..siap

*mudah sbb x perlu letak bhn perasa,garam & gula...



Monday, February 9, 2015

SUP TULANG MERAH ALA CHEF WAN


rasanya dah 2 3 kali akak buat sup tulang merah ni.. tapi akak x masukkan kat blog je sebab x sempat snap... habis dihidangkan hehehe... sedap akak suka sup tulang merah ni

SUP TULANG MERAH ALA CHEF WAN

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng

Bahan untuk kisar halus:

8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia

Bahan untuk tumis:

4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng tapi akak tabur kobis hiris.

Saturday, January 24, 2015

DAGING GORENG KICAP


Masakan daging yang paling sempoy tapi tetap sedap makan dengan nasi panas.. dan sesuai sangat untuk orang bujang dan utk suri yang bekerja yang sering kesuntukkan masa

DAGING GORENG KICAP

Untuk daging goreng:

300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam (lebih pun x pe)
sedikit garam dan gula

Cara-cara

Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.

Tuesday, September 30, 2014

RENDANG AYAM


dua tiga hari lagi kita nak sambut hari lebaran Aidil Adha... tentu ramai yang terfikir rendang apa yang nak dimasak.... ni akak share resepi yang mudah dan simple tapi sedappppp...

RENDANG AYAM 

Bahan2nye

Semua bhn d hiris
5 bj bwg beso
2 btg serai
2 helai daun kunyit
2 in halia

60 g serbuk cili (guna cili kering blend je)
1/2 kilo santan
1 ekor ayam dlm 2 kilo

Semua bahan dmasukkn ddlm kuali
Kacau hingga kering

** lain kali akak try guna cili serbuk barulah rendang ni nampak kemerahan

Tuesday, July 15, 2014

DAGING MASAK SATAY GORENG


resepi dari rakan geng masak.. memang sedap rasa macam sate.. masa masak pun bau sate semerbak  satu umah.. jom cuba..

DAGING MASAK SATAY GORENG
resepi dari geng masak: Hamizan Hassan

1 kg daging
1/2 paket kecil rempah kurma
1/2 paket rempah kari
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
1 sb ketumbar
1 sb gula
1 in halia
1/2 in lengkuas
10 ulas bawang kecil (5 bj untuk di mayang halus - penumis)
4 ulas bawang putih
5-8 batang serai
garam secukup
perasa

kisar bawang kecil, bawang putih serai lengkuas halia ketumbar jintan putih dan jintan manis.
perapkan bahan bahan yang dikisar tadi dengan daging selama 2 jam dan gaulkan bersa rempah kari dan rempah kurma.
tumiskan bawang kecil yang dimayang halus tadi.
masukkan bahan yang diperap tadi.
masak sehingga masak secukupnya.

Monday, June 30, 2014

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE


masak hitam ni akak masak di awal puasa yang baru ni... x sangka pula anak seorang nak balik untuk berpuasa di hari pertama dalam ramadhan... memang rezeki anak akak agaknya..
Alhamdulillah dagingnya sangat lembut...

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE

500 g daging batang pinang - rebus empuk dengan air + 1/2 cawan kicap manis dan beberapa titik cuka.

bahan goreng dengan minyak dahulu bila suam blend halus:
15 tangkai cili kering rendam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai kecil
sedikit halia - jika suka

2 ulas bawang kecil - hiris halus }
1 ulas bawang putih - hiris halus } penumis
kulit kayu manis
bunga lawang 
buah pelaga - jika suka

1 sb serbuk jintan kasar dan halus(campurkan dan disangai terlebih dahulu dan blend sekali)-* bt banyak simpan dlm peti ais) 
rm2 santan
1/2 sb tepung gandum ( pemekat)
garam secukup rasa
air asam jawa - jika tiada rasa masam sedikit(hati hati sebab tadi dah bubuh cuka dalam daging)

panaskan minyak untuk menumis. tumiskan bahan 3 sekawan.
masukkan bawang hiris hingga berbau dan masukkan bahan blend.
bila dah mendidih serta naik minyak masukkan bahan daging kicap yang telah direbus tadi serta serbuk jintan.
gaul rata. masukkan santan, tepung gandum. gaul rata hingga rata dan kering mengikut selera masing masing

* santan sikit sebab akak ada campur sedikit tepung dalam masakan

RENDANG MENTARANG


sebenarnya dah lama sangat nak merasa makan mentarang ni... kebetulan akak lalu jalan dari Klang ke Teluk Intan hubby akak terus je singgah di tepi jalan..(akak pun dah lupa nama tempat yang akak singgah tu) hubby akak beli mentarang yang belum di masak dan menatarang yang siap dikopek kulitnya.. akak sempat bertanya macamana cara nak makan dan masaknya.. rupanya boleh masak pelbagai cara... maka terhasillah rendang ni.. tapi akak masak hingga betul betul kering ye..

RENDANG MENTARANG

Bhn2:

Sekilo mentarang
5-6 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
3 batang serai di ketuk
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Cili kering blender lebih kurang 20 keping
Santan
Garam & Gula secukup rasa


Saya blender bawang merah, putih, halia, kunyit ngan cili kering sekali

Cara masak:

Masukkan bahan2 yg di blender tu, serai ke dalam santan dalam kuali,
Bila dah mengelegak, masukkan mentarang dan masukkan sikit santan cair..Kacau sekali sekala sampai kering (tapi hubby suka berkuah sikit)...Lepas tu boleh makan

Monday, March 31, 2014

RENDANG TOK


baru baru ni anak anak balik dan rakan sekerjanya pun ikut bersama kebetulan ada salah seorang rakan sejawat mereka mendirikan rumahtangga jadi di samping dorang g kenduri di Manjung dan berkelah di Teluk Batik sempat jugalah mereka singgah ke rumah..
harap jangan serik dengan juadah yang cik sediakan.. serba ringkas juadahnya ayam goreng 65, rendang tok, rendang Pulau Pinang, kari ikan nyok nyok, sayur khailan ikan masin, sambal belacan dan ulam..



RENDANG TOK tradisi Perak

A


500gram daging (diptg 2 inci)

10sudu makan kerisik
6 sudu makan gula merah
2setengah kilogram 
santan
Garam secukup rasa

BAHAN B (DIHIRIS)
2 helai daun kunyit
12 biji bwg merah
5 ulas bwg pth
1 inci halia
Setengah biji kelapa-tdk terlalu tua. (Dibakar dan diptg 2 inci memanjang)pu3 x boh bda ni.

BAHAN C(DIKISAR)


2 inci kunyit hdp

10 biji bwg merah
6 ulas bwg pth
2 inci halia
6 btg serai
2 inci lengkuas
1 sudu biji rempah
150 gram cili kering
Setengah sudu makan jintan manis
Setengah sudu makan jintan pth
Setengah sudu teh lada htm
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
6 biji bunga lawang.

CARA MEMBUATNYA

1. GAUL DAGING DGN BAHAN YG SDH DIKISAR.

2.BIARKAN SEKETIKA,PALING ELOK SEMALAMAN.
3.MASUKKAN KE DLM KUALI ATAU PUN PERIUK DAN MASAK HINGGA DAGING LEMBUT.
4.MASUKKAN BAHAN2 YG DIHIRIS DAN BIARKAN HINGGA MENDIDIH.
KEMUDIAN,MASUKKAN KERISIK,SANTAN,GULA MERAH DAN GARAM SECUKUP RASA.
KACAU RENDANG HINGGA SEBATI DAN ANGKAT SELEPAS KUAH AGAK KERING.

Friday, March 21, 2014

RENDANG PULAU PINANG


resepi dari kawan belasan tahun yang lalu yang dah lama tersimpan.. hingga hari ni kawan akak yang bernama Sanita dah lama x ketemu.. apa khabarlah dia sekarang ni.. dari kejauhan akak doakan dia sihat dan telah mempunyai cahayamata agaknya.. jika Sanita terbaca akak mohon izin ye.. sharekan resepinya di sini... resepi ini adalah salah satu masakan dari Penang yang simple tapi sedap

RENDANG PULAU PINANG
resepi kawan lama.. katanya dari kakak iparnya yang menetap di PP

1/2 kg daging - hiris nipis dan bersihkan.
bahan perapan pada daging:
1/2 cawan kicap kipas udang -perap pada daging
2 sm gula kasar

300g bawang merah - blend dan hiris (simpan sikit untuk goreng dan tabur bila dah masak & ambil sedikit untuk menumis)
6 ulas bawang putih - blend dan hiris sikit untuk menumis
1/2" halia - blend
20 tangkai cili kering (buang biji) - blend halus
sedikit air asam jawa
1 st serbuk yang sudah di blend (jintan manis, jintan putih dan ketumbar - yang disangai)

penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak untuk menumis

cara:

daging diperap selama 1/2 jam - 1jam( lagi lama lagi baik)
panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk dijadikan bawang goreng hingga keperangan dan ketepikan.
panaskan pula minyak untuk menumis.
masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang serta sedikit bawang merah dan bawang putih sebagai penumis. goreng sehingga naik wangi.
masukkan baki bawang yang telah di blend hingga agak layu masukkan cili kering blend. masak hingga terbit minyak
masukkan daging yang telah diperap tadi.
perhatikan: jika daging belum empuk masukkan air. biarkan ia mendidih dan daging lembut.
kacau hingga sebati dan masaklah sehingga naik minyak.
apabila dah kering tutup api dan masukkan bawang goreng. gaul hingga rata.

Wednesday, January 8, 2014

BAMIA DAGING


Teringin nak makan masakan bamia pula... sebenarnya masakan ni x jauh bezanya dengan masakan kari tapi wp begitu ia masih ada perbezaannya juga... apa yang membezakannya..?? jika nak tau jom lihat resepinya...
bamia ni memang memikat selera.. kalau x percaya jom cuba.. sedap

BAMIA DAGING

Bahan-bahan untuk bamia:

1 kg daging kambing - dipotong kecil (akak guna daging jer)
300 gm ubi kentang - dibelah dua
200 gm tomato - dibelah dua
250 ml minyak masak dicampur sedikit minyak sapi
250 ml susu cair atau santan
1 labu bawang besar - dihiris
Air secukupnya
200 gm bendi - digoreng sekejap
3 labu bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sm halia - dikisar
50 gm rempah kari daging
1 tin puri tomato
1 sb gula merah - akak tambah sebagai ganti gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ditumis:

Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Sedikit buah pelaga

Cara menyediakan bamia:

1. Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak.

2. Tumis bawang hiris dan bahan kisar.

3. Masukkan daging. Balik-balikkan.

4. Masukkan rempah kari, air, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis serta puri tomato.

5. Biarkan di atas dapur sehingga daging separuh empuk.

6. Masukkan kentang, diikuti susu atau sanan.

7. Masak hingga empuk sebelum dimasukkan tomato dan bendi. Biarkan sebentar.

8. Hidangkan bersama roti kirai.

Thursday, September 5, 2013

SERUNDING DAGING


biasanya kalau dapat daging kurban, akak suka sangat buat serunding daging sebab stok daging banyak sehingga x muat untuk disimpan. caranya yang terbaik akak basuh bersih ketulan daging ni dan masukkan  dalam pressure cooker rebus hingga lembut. setelah sejuk baru akak buka dan dapati daging telah mengecut ke semuanya... jika nak simpan pun boleh tahan berbulan lamanya di dalam freezer... dan jika rajin bolehlah mula menyiat daging ni untuk dibuat serunding...
setiap kali membuat serunding memang akak selalu guna resepi ni.. sedap, secukup rasa semuanya... makan pulak dengan nasi panas beruwap tu.. aduhai.... boleh bertambah nasi...!

SERUNDING DAGING
saji 3/01

600 g daging lembu - dipotong 6 & bersihkan
1 biji kelapa parut - perah santannya

bahan kisar:
4 tangkai cili kering
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

2 helai daun kunyit - hiris halus (jika suka wangi)
3 sudu gula + gula merah
1 sb ketumbar  disangai
1 sb jintan manis   } disangai &
1/2 sb jintan putih } di blend
garam secukup rasa

daging direbus hingga empuk kemudian disiat siat sehingga halus.
masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali kemudian jerang di atas api.
kacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak kemudian masukkan daging, bahan bahan tumbuk, garam, gula dan daun kunyit (*jika suka)
kacau hingga rata dan biarkan hingga kering. masukkan biji ketumbar tabur ke dalamnya. keringkan lagi dan angkat.

Friday, August 23, 2013

ALA ALA MASAK KICAP SIMPLE


dua tiga hari ni akak kurang sihat sikit... panas badan.. x de selera nak makan... lagi pun ibu jari kiri akak ni terseliuh tanpa akak sedari.. tau tau sakit dan sedikit bengkak.. mulanya x berapa sakit tapi lama kelamaan terasa sakit bila nak memegang sesuatu.. rehat lagi maknanya blog akak ni.. aduiii..
hari ni panas badan pun dah berkurangan.. cuma jari ni masih lagi denyutannya...
ok.. hari ni akak nak share satu masakan ala masak kicap... sebenarnya akak saja saja je buat masakan ni... mula mula hentam jer tapi bila dah masak terasa sedap la pulak... masakan ni saja nak ikut ikut cara masak orang kenduri tapi akak buat cara yang paling simple dan senang untuk dicuba
masakan ni akak masak memang berkuah pekat sebab akak malas nak buat masakan berkuah yang lain dan masakan ni tanpa guna sebarang santan pun... 

ALA ALA MASAK KICAP KICAP SIMPLE

1/2 kg daging dihiris nipis dan lebar
bahan blend:
10-15 tangkai cili kering (ikut pedas sendiri)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

penumis:
kulit kyu manis
bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

1 sk serbuk campuran jintan *(serbuk ni akak buat untuk simpan stok sendiri : 1 sb serbuk jintan manis+ 1 sb serbuk jintan putih & 1 sb biji ketumbar - di sangai dan blend kering) ** simpan dalam botol di dalam peti ais dan ia tahan lama. guna bila perlu

4-5 senduk kuah (yang sedang) kicap lemak jalen (kuning)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
1 sk pati serbuk pasti sedap (jika suka)
air jika perlu
1 senduk besar minyak menumis

panaskan minyak dan tumis 3 sekawan hingga wangi dan masukkan bahan blend.
masak hingga wangi dan pecah minyak.
masukkan serbuk campuran jintan, kacau sebati.
masukkan daging bersama air tanpa had (untuk empukkan daging)
bila sudah mendidih masukkan kicap. kacau sebati.
biarkan daging empuk. jika perlu boleh tambah air lagi.
bila daging sudah mula memekat masukkan air asam jawa, gula, serbuk pati sedap.
akhir sekali masukkan garam.
masaklah ikut kepekatan yang sesuai dengan jiwarasa anda. ikut selera.

** serbuk campuran jintan ini boleh digunakan untuk daging masak hitam..

Friday, June 14, 2013

DAGING GORENG SOS TIRAM CAMPUR


masakan main campak campak je.... masakan ni x pedas.. kanak kanak pun boleh makan.. x letak black pepper pun...

DAGING GORENG SOS TIRAM CAMPUR

1/2 kg daging - hiris / goreng dengan garam kunyit & goreng

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

1 in halia - hiris mancis
sedikit karat - potong kasar dan panjang
4-5 untai kacang - potong 1"
2 sb sos tiram
sedikit air asam jawa
garam gula secukupnya
1 biji bawang besar - potong bulat
minyak menggoreng dan menumis

panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, masak seketika dan masukkan halia hiris masak hingga wangi.
masukkan daging yang telah digoreng tadi. gaul rata.
masukkan sos tiram dan air asam jawa. biarkan mendidih seketika.
bila dah sebati masukkan cili api, karat, kacang panjang, garam gula dan masukkan air (jika perlu).
akhir sekali masukkan bawang bulat. gaul rata tutup api.
sedia untuk dihidangkan

Monday, May 27, 2013

DAGING RENDANG ANAK MAMI


setelah membelek belek majalah terjumpalah resepi yang memikat selera akak... resepi dari chef Amer Hamzah kalau x silap.. waaa... memang memikat selera akak...  nanti mr suami mesti suka dengan rasanya.. ala ala anak mami ni... yuk.. kita ke dapur...

DAGING RENDANG ANAK MAMI
Saji 4/12


500 g daging - rebus hingga 2/3 empuk
1 set rempah tumis
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
1 batang serai - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
2 sb  cili kisar
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih 
1 bijitomato
2 sb kicap manis
garam dan gula secukup rasa
100 ml stok daging
125 ml santan pekat

panaskan minyak, tumis rempah tumis dan kacau sebentar
masukkan bawanghiris, kacau hingga layu
masukkan semua dedaun dan serai, kacau sebentar
masukkan bahan kisar dan kacau hingga agak garing
masukkan cili kisar, campuran rempah kari dan kacau rata
masukkan tomato, daging, kicap, gula dan air stok. didihkan hingga empuk.
masukkan santan dan biarkan ia mendidih selama 10 minit
angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng

Wednesday, April 24, 2013

DAGING PALEMBANG

 

dah terlalu ramai cuba daging palembang ni... rasanya akak je yang ketinggalan kapal terbang.... hehehe
rasanya x perlu nak komen pape pun tentang masakan ni sebab rata rata dah ramai yang beri komen terbaik punya... memang terbaik pun...
untuk pengetahuan... masa memasak daging ni akak kekurangan santan pekat tapi akak telah masukkan 1 sm bancuhan tepung gandum... dan ternyata masakan akak kembali pekat...dan x menjejaskan rasa masakan ni... selamat mencuba.

DAGING PALEMBANG

700gm daging-potong lebar n nipis
2 btg serai-titik
500ml santan pekat
2 sdb kerisik
1 cwn kicap lemak manis
minyak

bahan kisar:-
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

bahan tumis:-
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga

Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. masukkan bahan kisar n serai hingga pecah minyak. masukkan daging n gaul sebati.masak dgn api sederhana hingga keluar air daging n masak seketika.
masukkan kicap n santan. masak hingga daging mula empuk. kacau selalu hingga masak n kuah pekat. masukkan kerisik n gaul rata. masak hingga daging betul2 empuk.

MASAK KICAP DAGING BLACK PEPPER


sebenarnya minggu dah akak masak daging ni tapi masa tu tenet suka sangat merajuk.. kadang Ok kadang Ko.. menyebabkan akak terus terlewat meletakkan gambar ni...

MASAK KICAP DAGING BLACK PEPPER


bahan2:

200g daging dihiris nipis & direbus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih - diketuk/ belah
1 inci halia - diketuk
2 biji bawang besar - tumbuk
1 bawang besar - dihiris bulat
1/2 biji karat - dipotong panjang
2 biji tomato - belah 4
1 sb sos tiram
kicap secukupnya
1 sb sos lada hitam
garam gula secukupnya
air  asam jawa
minyak menumis

cara memasak:

1. panaskan minyak. tumis kulit kayu manis & bunga lawang sampai wangi. masukkan bawang tumbuk, bawang putih, halia & tumis sampai naik bau. masukkan sos lada hitam dan sos tiram.

2. masukkan daging, karat & gaul mesra. guna api perlahan. biarkan seketika.

3. bila air daging dah macam kering skit, masukkan 1 cawan air, kicap, bawang besar, tomato segar & garam gula secukup rasa. gaul rata dan masak hingga bawang layu. kalau nak pedas skit tambah la cili api yg diketuk.

Thursday, March 7, 2013

DAGING API-API


resepi yang sangat sedap... x rugi mencubanya... resepi asal dari chef Ismail. ia menggunakan lada hitam... inilah kelainan pada resepi ni...

DAGING API-API
masam manis
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

125 m minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar

30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat
Angkat setelah masak dan taburkan ada hitam yang ditumbuk kasar sebelum dihidang.

Saturday, November 10, 2012

DAGING GORENG KICAP BERKACANG


* edisi daging kurban

masak simple simple je.. sebenarnya dah x tau nak masak apa.. nak perabiskan edisi daging kurban ni sebenarnya... simple simple pun anak kata sedap..


DAGING GORENG KICAP BERKACANG

300 g daging - hiris, goreng dengan serbuk kunyit serta garam dan toskan

bahan tumbuk:

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit ketumbar
sedikit lada hitam

penumis:

kulit kayu manis
bunga lawang

2 sb kicap manis
4 tangkai kacang panjang - kerat pendik pendik
sedikit asam jawa
2 biji bawang - potong bulat
sedikit garam
sedikit minyak tumis

panaskan minyak. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan daging, kicap serta ais asam jawa.
masukkan garam serta kacang panjang. gaul sebati
hidangkan.


Saturday, November 3, 2012

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API


ini juga adalah edisi daging qurban... sebenarnya akak dapat banyak.. ada saudara yang buat kurban pun turut menghulurkan daging juga.. x tau la bila nak habis... sebenarnya semua daging daging yang akak dapat akak telah masak dalam pressure cooker terlebih dahulu.. kemudian untuk memudahkan keje akak.. semua daging ni akak simpan di dalam bekas yang berasingan di dalam freezer.. senang keje akak bila time memerlukannya nanti.. 
bila akak nk masak akak ambil sebekas dan terpulanglah samada nak di buat bakar atau masak secara tumis.. daging pun amat lembut...


 untuk masakan ni akak salaikan daging ni terlebih dahulu di dalam oven je... bakar pun xlah lama sangat sebab daging pun dah cukup masak sebenarnya cuma akak nk beri ia garing sikit... 
masakan ni mesti pekat baru ada ummmpph...
anak akak cukup suka dengan masakan ni... sedap sangat kata dorang...


RESIPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

400 g daging - salai terlebih dahulu
1 biji bawang merah -tumbuk
10 biji cili api - tumbuk
1 batang serai - di titik
1 cawan santan pekat + sedikit air
sedikit garam
2-3 helai daun limau purut
sedikit serbuk kunyit
2 keping asam keping

masukkan semua bahan ke dalam belaga dan masaklah sehingga mendidih dengan api sederhana.
kacau selau agar x pecah minyaknya...


Sunday, October 14, 2012

DAGING MASAK HITAM


sekali pandang gambar daging masak hitam mamasya beberapa hari lepas.. baru teringat nak buat.. memang akak bercadang nak buat masakan ni untuk anak yang balik bercuti.. dorang cukup suka masak daging hitam ni... kali ni akak nak cuba juga resepi dari mamasya ni sebab nampak senang dan ringkas tanpa santan... save bajet.. hehehe
yang memudahkan keje akak jintan manis, putih dan ketumbar (yang siap disangai dan blend) memang sentiasa ada stok... senang keje akakkan... 


DAGING MASAK HITAM
Sumber; Dari Dapur MadihaA & Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis           }
1 sudu kecil jintan putih            } akak sangai dan blend
1 sudu kecil ketumbar - tambah }

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...