followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

CORGO BAR CHOCOLATE SEDAP


congo bar chocolate ni berbeza sikit dengan adunan congo bar yang berwarna brown tu.. sebenarnya mengikut citarasa akak laaa kannn.. akak kurang minat sikit dengan congo warna brown tu kerana teksturnya agak padat berbeza dengan brownies lebih sedap rasanya..
secara jujurnya akak lebih suka congo bar chocolate yang ini lagi.. ianya lebih lembut sikit x padat x berderai dari congo biasa. ia seakan bukan rasa kek dan lebih mirip kepada biskut kata testimoni akak.. x taulah akak nak kata.. yang penting uolls kena cuba sendiri baru tahu... hehehe

CORGO BAR CHOCOLATE SEDAP
resepi homemade NORLIE

280 g Tepung Gandum              }
2 1/2 sudu kecik Baking Powder } gaul sebati
30 g serbuk koko                      }
250 g butter - cair / 1 cawan minyak
300 g gula caster
3 biji telur B
1 sudu kecik  Esen Vanilla
1 cawan coklat chip - jk suka

Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula
Masukkan minyak dan gaul hingga sebati
Masukkan Coklat Chip (jk suka).** akak x bubuh sebab ia hilang dalam adunan berwarna coklat
tuangkan dalam loyang yang sesuai.
Ratakan kesemua bahagian.
Taburkan coklat cip (jk suka) * akak gantikan dengan badam cincang, koci hijau dan boleh juga tabur dengan badam slice, potongan badam dan juga halwa betik pun boleh(semua akak dh cuba)
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.

*Congo Bar Chocolate yang belum di hias*

 <-- ada campuran halwa betik

                           badam coklat chip -->


Wednesday, July 8, 2015

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'


rasanya sebelum ni pernah buat brownies ni...tp cuma x di pamerkan d blog ni je
tapiiii kali ini adalah brownies airtangan anak teruna kita.. buat masa balik bercuti.. hasil dari tumjuk ajar akak juga...

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
juice cafe

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..

1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.

Saturday, January 24, 2015

CONGOR BAR


kebetulan anak ada balik akak buatlah congor bar ni.. nk buat yang lain macam x cukup masa nk buat.. buat yang senang dan simple bahan bahannya jadilah... deko pun macam orang malas je.. hehe...
 akak rasa sikit je tapi akak agak kurang minat sikitlah congor bar ni..

Congo Bars
Sumber : Rima
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan

-315 gm tepung gandum
-2 1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil garam
-150 gm butter
-320 gm gula perang - boleh kurangkan [ aku letak 250gm ]
-3 biji telur
-1 sudu kecil esen vanila
-250 gm chocolate chips
-1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
-Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-Cara

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 [ aku guna loyang 10 x 10 ] yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Wednesday, January 1, 2014

CONGO BAR


pestime buat congo Bar... akak suka rasanya... dalam gambar ni texture nampak seperti kering je tapi sebenarnya ia moist jer... untuk pengetahuan sebenarnya Congo ni akak ambil gambar ketika baru saja kuarkan ia dari peti ais.. bila kita biarkan ia sekejab barulah ia moist...

CONGO BAR
10x10

Bahan²

220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
150 gm mentega
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
315 gm tepung serba guna
2 1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh garam
300 gm serpihan coklat
Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara²
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.. Ketepikan.
Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Saturday, July 6, 2013

Thursday, February 28, 2013

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - BROWNIES


gambar yang penuh ni tempahan dari cust
kebetulan ada tempahan jadi akak buat la dua adunan sekali gus.. teringin pulak nak makan bronis... bukan apa dah lama x buat... boleh juga beri hubby bawa ke opisnya dan anak bawa kat U dia..



gambar yang ni untuk makan sendiri dan untuk rakan opis hubby serta rakan sekuliah anak..


akak dua versi sebenarnya... yang satu akak kacang selepas bakar 
dan
yang satu versi lagi akak letak kacang atas adunan dan bakar...

RESEPI BROWNIES

150 g tepung gandum* (1 1/2 cwn)
1 sk baking powder*
60 g serbuk koko* -(1/2 cwn) (*ayak bersama)
400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)-(2 cwn)-boleh kurangkan
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair
1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata.Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan.

Friday, January 11, 2013

BROWNIES NOUGAT


tergudaaaa.. sudah melihat Madiha buat... hehehe... tapi akak buat x berapa menjadi kut... madiha cuba komen sikit.. hehehe

BROWNIES NOUGAT
Resepi : Za
Sumber : Ummizaihadi Homesweethome /madiha

Bahan:-

150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-

50 gm butte
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.


Cara Membuat:-

Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya. (selepas membancuh topping, MaDiHaA gaulkan terus badam di dalam toppingnya kemudian barulah disapukan di atas brownies)

Wednesday, January 2, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES


request dari mr hubby untuk staf pejabatnya...
terimalah seadanya brownies ni... buat dalam keadaan yang kelam kabut ni.. semua nk cepat.. huhuhu...


MARBLE CHEESE BROWNIES

Bhn2 brownies..

250 gm butter
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn gula halus
3 bj telur gred B
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk soda bicarbonate* - *dgaul rata n ayak
1 sdk esen vnla


Cara2nya..

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dgn mentega, alas dgn krts mnyk, biar krts mnyk terlebih dr tin. Lenser juga krts mnyk dgn mentega. Pnskn oven pd suhu 175C.
2. Cairkn butter, gunakn kaedah double-boiler, hingga cair, masukn srbk koko n kacau hingga rata.
3. Dlm bekas lain, kacau gula halus n telur dgn whisk hingga sbati.
4. Masukkn ke dlm bancuhan koko + butter n gaul rata.
5. Masukkn susu cair, kacau rata. Tambah tepung sdkt2 sambil d adun hingga skata.
6. Tuang esen vnla, gaul rata n asingkn adunan lebih kurang 1 1/2 sdb utk dbuat corak ats cheese.
7. Tuang slebihnya dlm loyang td, bakar 30 mnt ato hingga brownies masak.

Bhn2 cheese..

250 gm cream cheese
3/4 cwn gula halus
1 bj telur gred B
1 sdk jus lemon

Cara2nya..

1. Putar cream cheese n gula hingga sebati, masukkn telur n putar lg hingga bkrim.
2. Tuang atas brownies td n ratakn. Isikn adunan brownies yg d asingkn td dlm piping beg n buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkn utk mdpt hasil sprti dlm gmbr, sambung mbakar slama 20 mnt lg ato hingga masak, biarkn betul2 sejuk br dpotong utk dhdgkn.
3. Simpan brownies dlm peti sejuk slama 1 jam, ia akn mghslkn potongan yg cantik n licin.

Monday, December 31, 2012

♥CHOCOLATE BROWNIES (TANPA TELUR)


sebenarnya kek dah lama buat sewaktu akak nak menziarahi sepupu akak di kl.. macamana boleh terlupa nk letakkan kat sini.. pelupa benarlah akak ni... dah tualah katakan... hehehe.. masih sedar diri tau..!
ikutkan resepi kak fida buat dalam loyang besar tapi saja akak buat dalam cup muffin cangini supaya x nampak x di usik bila di potong.. makan dalam ni kan ke senang.. lagi pun x perlu dipotong dah.. ambil satu boleh ngap je depan tv kan.. atau pun terus je dihidangkan..

RESIPI CHOCOLATE BROWNIES (TANPA TELUR)

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 inc. )

BAHAN A :-

1 cawan tepung gandum
1 sk tepung jagung
1/2 sk bicarbonate of soda
1/8 sk garam halus
3/4 cawan gula serbuk
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B :-

1 cawan susu cair
2 sb susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sk esen vanilla
BAHAN C :-
kekacang atau choc chip untuk tabur


Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan2 hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Taburkan kekacang atau choc. chip rata2.Bakar pada suhu 160C selama 25-30 min.

Adunan brownies ini juga sesuai dibakar didalam cawan kertas.Isikan adunan sehingga 3/4 penuh cawan kertas.Bakar selama 20 min.

Tuesday, May 15, 2012

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


atas permintaan dari rakan rakan JW brownise ni akak buat untuk majlis sambutan hari ibu dulu.. sebenarnya kalau ikutkan akak x cukup masa nk sediakan semua ni tapi kesian dengan kawan kawan teringin nk merasa jadi akak buatkan 2 buah kek termasuk pandan layer cake wp agak kepenatan sikit..

untuk bahan choc.brownise akak guna resepi kak fida... oleh kerana akak guna loyang saiz 10x10" akak buat 2 adunan untuk 2 layer (bawah dan atas)
untuk cheese akak guna resepi mrsdayat(myr) combinekan kedua dua resepi ni

* jika nak guna 1 adunan choc.brownise maka gunalah saiz loyang yang kecil iaitu saiz 8x8" sesuai. 
* untuk lapisan cheese guna 1 adunan (tiada perubahan)

akak sempat makan sepotong je ni.. sedap

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
 olahan sweet vanila

CHOC.BROWNIES KUKUS
kak fida

bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
4 biji telur
170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)
Cara-cara

Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
Tepung dan koko diayak bersama.
Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
 Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
 Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
 Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
mrsdayat

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese (kalau kat malaysia cari brand philadelphia.. selalu jual kat supermarket bahagian cheese/marjerin/susu)
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar


Then kita buat pula TOPPINGnya bila brownies dah sejuk....

bahan2 yang diperlukan :-
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...
kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2....
Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies...
Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi...
Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut

Friday, May 6, 2011

COCOA BROWNISE



bronis yang sedap... kaya dengan rasa coklat dan teksturnya agak moist dan rangup di permukaannya.. akak x letak kekacang sebab kurang sedap untuk di simpan jadi akak hanya tabur coklat rice lorek dengan cooking coklat dan tabur sedikit hiasan croquant...potong 1" persegi.


RESIPI COCOA BROWNISE
K.fida

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 60 g serbuk koko* - (*ayak bersama)
  • 400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan mentega cair
  • 1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang(akak x letak)

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata.Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
  2.  Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
  3. Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan.


Monday, March 14, 2011

BROWNIES BLOSSOM II


ASSALAMUALAIKUM..


  bronis ni sebenarnya menu ulang tayang. rasanya baru lagi akak buat tapi itu untuk anak akak yang belajar di U berhampiran tempat tinggal akak juga(dok hostel). kali ini akak nak buat untuk anak akak yang sorang lagi (baru balik) untuk bekal dia balik ke U. kesian dia dapat tengok gambar je..sorang lagi dah merasa dan sorang lagi belum. jadi akak buatlah sekali lagi..


oleh kerana harini kami nak hantar anak balik ke Penang awal pagi, sambil hantar anak cadang nak singgah di kampung suami akak di sebelah sana.. akak buat bronis ni waktu subuh. mungkin waktu ini agak tenang.. tengoklah hasil air tangan akak ni.. emmm mungil mungil je semua bronis akak kali ni. geram x? cam mana mekarnya bronis ni lagi kembang hati akak ni tau...;-)


BROWNIES BLOSSOM II
k.fida
* nak resipi tengok bulan mac 2011

Monday, March 7, 2011

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

DULCE DE LECHE -sedap

RESIPI DULCE DE LECHE

1 tin susu pekat manis (buang sticker kertas di luar tin)
pengukus @ preasure cooker
air

rebus terbaring tin susu 4 jam - jika menggunakan pengukus @ dalam preasure cooker masakkan 1 jam.
setelah itu rehatkan tin susu hingga sejuk barulah di buka tin susu
keluarkan DULCE DE LECHE dan simpanlah dalam botol.
bolehlah di simpan dalam peti ais.

#sebaiknya untuk jimat gas rebuslah lebih dari 1 tin kerana ia boleh di pelbagaikan kegunaan antaranya:-

*sapu pada roti
*inti mexico bun - akak dah buat,sedap.
*inti pau sedap juga.
*dulce de leche brownies 
*dll

DULCE DE LECHE BROWNIES yg belum di bakar

baru keluar oven 

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP siap boleh makan!

bronis ni memang sedap. akak rekemen! oleh kerana satu adunan pun dapat banyak jadi akak gi hantar pada anak di hostel. biarlah dorang makan bersama rakan sebilik dan rakan di fakulti. anak siap mesej bagitau nanti mama buat lagi kerana kawan kawanya semuanya suka kata sedap bangat. insyaalah lah.. mama buat tapi untuk masa terdekat ni mama x janji! sebab..masih banyak resipi yang di rekrutkn dalam senarai hahaha..cuma masa je x cukup! bunyinya cam bizi beno jek..

RESIPI DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

115g butter
180g coklat masakan
25g koko powder
3 telur
90-100g gula caster
1 st vanila
110g tepung
kekacang - opt
1 tin Dulce De Leche

-panaskan oven 160'C untuk cup 25 minit.* sediakan papercup besar
-170'C untuk loyang 8"-35-45 minit * alas kertas.

cairkan coklat masak dan butter secara double boiler. bila sudah cair, angkat dari api dan campurkan serbuk koko. kacau lalu di ketepikan.
pukul telur menggunakan menggunakan whisk. masukkan gula dan juga esen. kacaukan.
masukkan coklat cair tadi dan masukkan tepung lalu di gaul sebati. akhirnya masukkan kekacang jika suka tapi akak x masuk.
tuangkan setengah adunan ke dalam loyang. ambil dulce sesudu demi sesudu dan tuang baki adunan ke atasnya dan bakar.
keluarkan dari oven dan biarkan ia betul betul sejuk baru di potong square.

* hana.

Friday, March 4, 2011

BROWNIES BLOSSOM

Asalamualaikum semua...
moga riang ria bersama keluarga tersayang... kali akak nak tayangkan masakan akak yang sentiasa tersenyum setiap kali kita memandangnya...melihat keadaannya sedemikian juga melambangkan hati akak pun terasa berbunga bunga dan tersenyummmmm tau... maklumlah brownies yang akak masak ni menjadi hihihi... lihat tu,merekah habis!
brownies ni sedap,lembut,gebu dan halus teksturnya..cantik bila di buat dalam papercup biasa yang besar berbanding papercup bewarna gold agak kurang mekar.untuk alas papercup seperti biasalah akak alaskan dengan acuan tat telur. *jika guna papercup muffin sesuai juga.
oklah jangan kita membuang masa lagi MOH WEH..KE DAPUR akak..mari kita lihat bahan dan cara membuatnya...layannnnn....

RESIPI BROWNIES BLOSSOM

A)
300g gula caster
3 biji telur
240 ml air
1 sk esen vanila
B)
3oog teoung gandum
40g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam halus
C)
2 sk ovallate
D)
40g choc chic/choc parut
E)
papercup beralas acuan tat

putar bahan A hingga putih gebu.
masukkan aduanan Bdan putar lagi sampai sebati dan masukkan pula ovallate.putar lagi.
akhir sekali masukkan choc chip @ cklt parut gaul hingga rata.
sediakan papercup dalam acuan tat dan tuangkan adunan hingga hampir penuh.
kukuslah selama 15 minit dengan api yang kuat.
angkat dan sejukkan atas redai.

k.fida

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...