followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, January 31, 2015

KEK NANGKA



sebelum sauna

hari ni giliran akak berkongsi resipi dengan jiran wanita KRT Bandar Universiti... kebetulan mr hubby akak bawa banyak buah nangka dan nenas dri pontian.. akak pun ambil keputusan berkongsi resipinya bersama teman teman di taman akak...
resipi yang sangat senang dan berpuas hati.. lembut gebu gebas kek ni.. x rugi untuk anda mencubanya..
untuk pengetahuan semua akak buat 2 adunan dr resipi d bawah ni.. jadi akak guna loyang 10x10in..

KEK NANGKA
copy dr fataniahmad

Bahan :
150g tepung gandum
1/2 sk baking powder
- ayak 2 bhn ni
125g marjerin pelangi
125g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sk esen vanila
100ml susu segar
1 cwn nangka dihiris nipis

Bhn hiasan :
1/2 cwn nangka yg dihiris nipis.

Cara membuatnya :
1. Panaskn oven 175 'C
2. Sediakn loyang loaf 6x3x3 inci. Sapu dgn minyak dan alas dasar loyang dgn baking paper

pukul mentega & gula hingga kembang
masukan telor satu persatu
masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
adun sebati kemudian masukan isi nangka dan susu cair
tuang ke dalam acuan roti yg telah dilenser (dpt 2 acuan)
bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan

setelah sejuk bedakkan dgn icing sugar

Sunday, January 25, 2015

MASALODEH JAGUNG RANGUP


MASALODEH JAGUNG RANGUP
rsp norlie (rsp sendiri)

hehehe.. akak malas nk menaip... letak je resipi bersama gambar yang akak dh save..
apa apa pun resipi ni menggunakan jagung dan memang sedap sebagai mengganti kacang dhall


KARI TUMIS DARAT IKAN MASIN TERUNG


suka... dh lama x masak ni...

KARI TUMIS DARAT IKAN MASIN TERUNG

BAHAN2NYA;-
ikan masin(isi@tulang)
3 biji terung bulat dibelah 4 - akak hny ada terung panjang
3 keping asam gelugor
sebungkus rempah kari ikan
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

BAHAN TUMIS DARAT;-
3 ulas bawang merah(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang)
2 tangkai daun kari
sedikit halba campur

CARA2NYA;-
ikan dipotong dan direndam utk kurangkan masinnya.
rempah dimasukkan dalam periuk..masukkan segelas air..masak diatas api sederhana hingga hampir kering.
masukkan santan.(jgn terlalu cair) serta terung..kemudian masukkan ikan tadi.
masak hingga terung empuk.kemudian masukkan asam gelugor.
masukkan serbuk perasa..rasa dahulu samada masin@tidak sbb ikan masin tu kdg2 masih masin walau direndam.jika tidak tambahkan garam sesedap rasa..stlh masak tutupkan apinya.
Panaskan kuali,masukkan sedikit minyak..goreng bhn tumis hingga kekuningan kemudian curahkan ke dalam gulai tadi..ratakan.sedia utk dihidangkan

LABU AIR MASAK BENING


masak sempoy tapi sedap juga

LABU AIR MASAK BENING

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu air sederhana besar
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
sos tiram secukupnya
1 liter air
Garam secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Kupas labu air, cuci dan belah dua, kemudian belah lagi dua setiap bahagian, potong serong setiap belahan dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum. Masukkan sos tiram dan air serta juga lada hitam, biar mendidih.
Masukkan labu air, soo hoon dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga labu air lembut. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan segera....

Saturday, January 24, 2015

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER


sekali lagi buat kek apam susu ni dulu buat comel comel d sini. tapi kali ni akak ubah suai sikit dengan cara "layer"nya... akak ikut cara layer kek alunan kasih... 
resipi ada disertakan di gambar bawah ini

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER

 * ikut resepi kek apam susu

adunan yang dah siap akak asingkan kepada dua bahagian..
A) 1 adunan hijau
B) 1 adunan plain
** kemudian setiap warna bahagikan kepada 2 bahagian lagi..

## serbuk koko untuk setiap lapisan warna (bahan wajib)

 cara:

- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau

dan kukus hingga masak


AYAM PANDAN GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan asas

Ayam ( 5-6 Wing) - akak guna part biasa
daun pandan secukupnya
lidi tajam secukupnya

Bahan-bahan perapan

Serai*
Halia*
Lengkuas*
Bawang Putih*
Bawang Besar*
Bawang kecil*
Rempah Ratus ( Ketumbar, jintan manis dan jintan putih)*
Serbuk Kari 
Serbuk Cili
Lada hitam
Kunyit
Garam
Serbuk Perasa
Minyak

Cara-cara penyedian 1 :- 

Lada hitam
Kunyit
Garam
Serbuk Perasa

1-) Bahan diatas seperti lada hitam, kunyit, garam dan serbuk perasa dilumurkan keatas ayam dan biarkan seketika, sementara meneruskan penyediaan bahan-bahan untuk rempah.

Cara-cara penyedian 2 :- 

2-) Bahan-bahan untuk rempah yang bertanda * diblander sehingga menjadi hampas, kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili. Kemudian dilumurkan juga keatas ayam lalu balut ayam dengan daun pandan dan diperap selama 1-2 jam sebelum digoreng.

Cara-cara penyedian 3 :- 

3-) Minyak yang banyak diperlukan semasa proses mengoreng, cara mengoreng adalah dengan mengangkat rempah terlebih dahulu sebelum ayam, kerana rempah akan menjadi hangit jika diangkat sekali dengan ayam. Maka proses mengoreng memainkan peranan penting untuk menjadikan rempah yang ranggup dan sedap.

BUBUR NASI DAGING GORENG KICAP


bubur nasi pilihan hati... sedap.. d tambah pula makan bersama daging goreng kicap sempoy

BUBUR AYAM
resipi asal myresipi

Bahan-bahan ( 3-4 org )

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
10 ekor udang - akak tambah
sedikit garam
1 liter air

* GARNISH *
lada merah
daun bawang n daun sup
sedikit minyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis
kacang digoreng - x letak
lada jeruk - x letak
telur masin

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....

DAGING GORENG KICAP


Masakan daging yang paling sempoy tapi tetap sedap makan dengan nasi panas.. dan sesuai sangat untuk orang bujang dan utk suri yang bekerja yang sering kesuntukkan masa

DAGING GORENG KICAP

Untuk daging goreng:

300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam (lebih pun x pe)
sedikit garam dan gula

Cara-cara

Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.

CONGOR BAR


kebetulan anak ada balik akak buatlah congor bar ni.. nk buat yang lain macam x cukup masa nk buat.. buat yang senang dan simple bahan bahannya jadilah... deko pun macam orang malas je.. hehe...
 akak rasa sikit je tapi akak agak kurang minat sikitlah congor bar ni..

Congo Bars
Sumber : Rima
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan

-315 gm tepung gandum
-2 1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil garam
-150 gm butter
-320 gm gula perang - boleh kurangkan [ aku letak 250gm ]
-3 biji telur
-1 sudu kecil esen vanila
-250 gm chocolate chips
-1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
-Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-Cara

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 [ aku guna loyang 10 x 10 ] yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

NASI AYAM SEDAP


Utk resipi ini akak dah ubah ikut cara selera akak sendiri..sebenarnya resipi ini dari seorng chef hotel.. ia x guna bawang atau halia langsung.. tapi hanya menggunakan bawang putih utk nasi, sos dan supnya.. resipi ala ala china sikit 

NASI AYAM SEDAP

Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan
Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter + SDKT MINYAK
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
sdkt minyak

Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam
5 ulas bawang putih, dikisar
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
** AYAM AKAK PANGGANG SHJ

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Friday, January 23, 2015

CUCUR UDANG


Cucur yang perfect... x tau dah.., dah banyak kali buat cucur ni..

CUCUR UDANG 
MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instat yeast (mauripan)
1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
10 tangkai kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, dihiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur
Garam secukup rasa
1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI :-)
5-6 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
1/4 cawan cuka makan JALEN
1/3 cawan gula atau secukup rasa
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang).
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk.
Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 - 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. Boleh hidangkan bersama sos cili..

UNTUK SOS CILI :- Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama cucur udang tadi..

KEK APAM SUSU


apam susu yang sangat famous d fb... gebu dan lembut... tapi sayang corak yang akak buat ni x menawan mata yang memandang.. pening kalernya... hehehe

KEK APAM SUSU
fb

Bahan-bahannya :-

5 biji telur
1 sudu besar Ovelette
1 cawan gula halus
**campurkan dan pukul hingga kembang menggunakan mixer**

masukkan lagi :-
1 sudu teh esen pandan
1/2 cawan susu pekat
**pukul lagi hingga kembang menggunakan mixer - max**

kemudian masukkan :-
2 1/2 cawan tepung gandum
**kacau perlahan-lahan menggunakan mixer - min sehingga sebati**

Cara-caranya :-

Asingkan dalam 3 bekas dengan warna yang berlainan. (ikut suka ye)
Panaskan kukus yang berisi air hingga mendidih.
 Ambil loyang (8 inci) dan sapu dengan minyak sehingga rata dan
masukkan adunan berwarna tadi bergilir-gilir sehingga habis.
Kemudian kukus selama 30 minit sehingga masak. (cucuk dengan lidi)

*Elakkan air tudung kukus menitik ke atas kek.
*Dah masak, angkat dan biarkan ianya sejuk dan meregang sendiri dari loyang.

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA

GULA MELAKA CENDOL PUDDING CAKE



resipi ni akak x belajar kat kelas pun tapi akak dapat resipi ni hasil perkongsian dr rakan fb MrsNor Wahid. terima kasih banyak banyak dengan resipi ni kerana beliau bersusah payah belajar d kelas yang berbayar kemudian sharekan bersama rakan fb.. puding memang terasa kesedapannya...

GULA MELAKA CENDOL PUDDING CAKE
Bahan-Bahan 
Acuan 10 x 10 X 3
1 pc kek pandan (lapisan bawah sekali)

Bahan A:
500 gm santan pekat
500 gm susu cair
10 gm serbuk agar2
150 gm gula merah
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
1 biji kuning telur
Secubit garam

1. Masak semua sekali hingga mendidih
2. Biarkan suam sikit,kemudian tuang atas kek. Ketepikan

Bahan B
600gm santan pekat + 400gm air *
10gm serbuk agar2*
150gm gula castor*
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)*
100gm cincau (potong kiub) 
200gm cendol 
Pewarna green apple dan lemon yellow
1. Masak hingga mendidih semua yang bertanda *
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapisan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan

Wednesday, January 14, 2015

BUTTERLESS FRUIT CAKE (KEK BUAH TANPA BUTTER)



kek yang senang dan sedap...

BUTTERLESS FRUIT CAKE (KEK BUAH TANPA BUTTER)
Roz@Homekreation
Saiz: 8" persegi

BAHAN2 A:

150ml Minyak
3 biji Telur Gred A
45ml Susu Cair
1 st Sirap Kencana / Madu
1 sb Sunquick

BAHAN2 B:

220g Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* diayak) 
175g Gula Perang (akak guna yang warna pekat )
350g Buah Campuran
50g Badam Cincang (Badam di panggang) - Along letak Gajus 
1 st Parutan kulit oren - Along tak letak

Badam tanpa kulit - untuk topping tapi Along tak letak 

CARA2:
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak, gula, buah campuran, badam cincang dan kulit oren.
Perlahan-lahan tuangkan bahan A sambil di kacau sebati.
3. Ratakan ke dalam tin yang telah dilapikkan kertas minyak dan dilenserkan minyak.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama 40-45 minit atau sehingga masak. 

PAJERI NENAS


 RESIPI PAJERI NENAS

1/2 biji nenas ]- dipotong sekeping dan di belah tengahnya x putus

bahan penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang

tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1" halia - hiris panjang rempah

2 sb rempah kari daging
2 sb udang kering
2 sb udang tajam
1 cawan santan  sedikit air
1 sb kerisek
garam
sedikit gula melaka
minyak menumis

panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang kering. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, nenas yang di potong nipis. bila mendidih baru masukkan udang, biar sekejab hingga udang bertukar warna. masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa. didihkan sehingga nenas masak dan terbit sedikit minyak. sedia untuk di hidangkan.


JELATAH


RESIPI JELATAH

1 biji timun segar
1/2 biji nenas - di bersihkan matanya
1 biji bawang besar - di mayang halus
1 biji cili merah - di mayang halus
5-8 tangkai cili api - di mayang halus
1 biji tomato - hiris
sedikit kacang tanah sangai dan ditumbuk
sedikit cuka
garam  gula

gaulkan semua bahan.. rasa masam manisnya. siap untuk di hidangkan

TERASEK KACANG PANJANG


TERASEK KACANG PANJANG
resepi dari 5 rencah 5 rasa yang sedap..

Sedikit kaki ayam, pedal n bhgn ayam bertulang
Semangkuk kecil kacang panjang - hiris serong

Blend:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup

1 sb cili pes
Serbuk kari
Santan pekat
Kerisek
Garam gula

Tomato - belah 6
Bawang besar - hiris bulat

Masukkan bahan bleng ke dalam kuali dan masukkan bahagian part part ayam tadi.
Masukkan juga cili pes masak hingga kering.
Setelah itu masukkan santan, renihkan sekejab masukkan serbuk kari.
Masak hingga kering dan sebati.
Bila kuah tinggal sikit masukan kacang panjang, kerisek, garam gula.
Akhir sekali untuk naikkan seri masukkan tomato dan bawang besar. Masak hingga kering.
Siap

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...