followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, August 11, 2012

BISKUT BADAM



biskut yang sedap x terkata... rasa badam yang mewah.. serta rangup


BISKUT BADAM
nazian fb

250g mentega @ 2 cwn majerin
3/4 cwn gula halus
1bj kuning telur
1sudu teh esen vanila
1 cwn badan hancur
2 cwn tpg jagung
2 cwn tpg gandum
hiasan ikut suka


1.pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen
2.masukan bdm hancur ,tpg jagung dan tpg gandum uli dan terap mengikut acuan pilih
hiasan pun boleh pelbagaikan
3 .bakar 20 minit

Thursday, August 9, 2012

BISKUT KUACI



dah derhaka akhirnya dengan resepi ni.. asalnya nama biskut ni biskut kuaci labu hijau tapi oleh kerana labu hijau yang jual di kedai bahan bakery tu x de yang bungkusan kecil... paling kecil 500g.. huhuhu... x kuasa akak nk membeli sebanyak tu sedangkan nak guna sedikit je.. 60g (440g lagi nak buat ape...?dah la harganya boleh tahan...) bukan soal kedekut tapi.. kalau lepas raya nanti... bukannya akak nk buat pun... nak simpan dalam freezer.. kadang kadang tu akak sendiri pun terlupa akhirnyaaaaa... heheheh...
akhirnya ambil keputusan beli kuaci bunga matahari jer....
rasa..?? maintain sedap dan ranggup wehhhh.... krup.. krup... krup.....


biskut ni termasuk dalam senarai tempahan customer tahun ni..


wp rupamu x menarik tapi rasanya.. ada ummphh..

RESIPI BISKUT KUACI
nazian 

250gm mentega
140gm gula halus
2 bj kuning telur
1 sudu teh esen vanila

B
60gm kuaci labu kisar halus - akak guna kuaci bunga matahari jer
100gm cornflakes kisar halus
40gm cofeemate
60gm tpg jagung
400gm tpg rose

C
kuaci labu hijau & kuning telur utk hiasan


1.kacau mentega dgn gula hgga sebati jgn lama2 nanti biskut kembang gedabak bila bakar
2.masukan kuning telur dan esen vanila
3.masukan bahan B ikut turutan, uli dan terap mggunakan acuan yg di sukai hiaskan dan bakar 20 mnt
suhu 180

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


 tempahan dibulan puasa yang mulia...






Wednesday, August 8, 2012

BISKUT KRISTAL PANDAN SALJU


biskut yang sedap lagi gebu... resepi asal di beri nama Biskut Pandan Salju berwarna hijau tapi akak nak buat biskut Kristal Pelangi Ball. kalau akak buat kedua duanya jadi x syok pulak tengok sebab resepi pun macam seakan akan sama je... dua dua ada taburan gula halus...
akhirnya akak buat ikut resepi yang tertera di bawah ni tapi akak pelangikan biskut ni.. 2 dalam 1...


kalau tau cara buatnya ia amat senang je... x la susah mana nk buat pun..


gebunya.... biskut ni ada intinya tau... jom layan resepinya..


 di bawah ni resepi asalnya.. resepi ni akak ambil dalam majalah Saji 8/2012 keluaran edisi Raya..
maaf le ye.. akak ni malas benar nak menyalinnya ke blog ni... lastnya akak snap jer gambar ni.. nampak terang x resepinya...

RESIPI dari Chef Asma


** untuk biskut yang akak buat ni sama seperti Kristal pelangi..
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah / kuning / hijau
** biskut ni wangi sebab ada di letakkan perisa pandan (akak x guna vanila essence)


cantumkan 3 warna dan potong


baru keluar sauna


dalam biskut ni ada di letak inti gajus.. sama juga dalam biskut yang akak buat ni... gambar dari majalah Saji


 biskut yang telah di solek... inilah gambar sebenar resepi ini.. warna hijau dan nampak gebukan...

BISKUT ALMOND LONDON


Biskut yang lazim wajib buat setiap orang....  kali ni akak buat tergebu la pulak... hehehe


RESIPI BISKUT ALMOND LONDON

dikongsikan oleh puan Norrashidah
resipi asal Su


250g butter
2 biji kuning telur A
3 cawan tepung gandum + tepung kek (sama banyak)
gula icing
sedikit vanilla

HIASAN:
coklat masakan + shortening (jika suka)
badam cincang - panggang
badam biji -panggang
papercup secukupnya

putar butter, kuning telur, vanilla dan gula icing sekejab.
masukkan ke dua dua tepung gaul hingga x lekat pada jari.
cubit sedikit adunan dan masukkan badam biji dan bentukkan bujur.
susun di atas loyang sehingga habis.
bakar 170'C 15-20 minit.
keluarkan dari oven dan sejukkan.

cairkan coklat masakan secara double boiler.
jika suka masukkan shortening.
masukkan 3-5 biji biskut almond london ke dalam coklat cair.
kepitkan coklat dan masukkan dalam papercup. 
taburkan badam biji ke atasnya sebagai hiasan.




BISKUT AISKRIM CONETTO


biskut ini adalah salah satu koleksi simpanan akak.. oleh kerana ada permintaan oder jadi akak buatkan juga...


RESIPI BISKUT AISKRIM CONETTO

750g tepung gandum
50g tepung jagung
520g mentega butter
50g tepung aiskrim perasa coklat
2 biji kuning telur
280g gula halus
2sb susu tepung

Hiasan:
sedikit coklat cair
badam hancur / croquant
kuning telur


putar gula dan mentega butter hingga kembang, masukkan telur dan tepung aiskrim, kacau hingga sebati.
kemudian campurkan semua jenis tepung, kacau hingga menjadi doh lembut
canai seperti biasa dan gelekkan pula dengan roll tat (2 kali berlainan arah / bersilang). kemudian diterap dengan acuan aiskrim. seterusnya sapukan dengan kuning telur dan bakar hingga masak.
apabila sejuk ke dalam coklat cair, taburkan croguant

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - BISKUT BUNGA TULIP(HANTARAN)


antara biskut yang selalu mendapat tempahan untuk hantaran..


sebenarnya biskut ini buat sebelum ramadan dulu.. lupa nak masukkan di blog ni.. hanya masukkan di fb jer... sangkakan akak dah masukkan.. lupalah pulak.. hehehe


 gebu dan sedap


RESIPI BISKUT BUNGA TULIP (hantaran)

A)
100g mentega
50g gula icing/1sb susu pekat
1 biji telur
1/2 st esen vanila
1/8 st garam

B)
160g tepung gandum
25g tepung jagung

Bahan hiasan:
jem
1biji telur+ pewarna kuning - gaul

campurkan ke semua bahan A lalu kacau rata
kemudian masukkan bahan B dan di adun sebati.
canaikan.
terap dengan acuan khas.
letakkan jem.
kemudian lipat.
sapu telur+ pewarna.
masa kebakaran 10-15 minit /170'C
siap.

Tuesday, August 7, 2012

BISKUT FORRERO MALAYSIA


yang ni juga biskut yang bakal glamer di meja hidangan akak nanti.. amat amat sedap.... dah lama akak mencari resepi biskut baru kini ketemu juga akhirnya di majalah Saji 8/2012... resepi dari Zuraini Alias yang semakin popular menghiasi majalah majalah masakan... syabas dan tahniah kerana sudi mengongsikan resepi yang sedap...
biskut ni x termasuk dalam list sample biskut raya untuk order ye.. hanya makan sendiri je...


walaupun x seindah Forrero ori tapi dapat buat Forrero Malaysia pun buat hatiku gumbira x terkata...


 untuk biskut sendiri sengaja akak tabur almond nib yang mewah gituuuu...


maaf akak malas nak menaip resepinya di sini... nak cepat... ngeeeee
nampak x resepi yang tertera ni? kalau x nampak gak.. maka kenalah cari majalah Saji edisi Resepi Biskut Raya Dulu & Sekarang.


rasanya nampak resepi ni wp akak snap dari majalah je... :-)

BISKUT GREEN PEAS / PERMATA ZAMRUD


biskut yang menjadi hidangan setiap tahun.. sambutan yang menggalakkan...  buat banyak pun x kisah.. sure habis punya... biskut ini tidak termasuk dalam senarai sample biskut raya akak... ia hanya buat untuk makan sendiri dan hidangan tetamu je..


ada juga para tetamu memanggil biskut ini dengan permata zamrud sebab warna hijaunya kut.. apa pun nama yang diberi.. biskut ini ramai peminatnya.... hehehe

RESIPI BISKUT GREEN PEAS

600g kacang green peas serbuk
600g tepung biskut (red ros flour)
400g gula icing
2sb garam halus
4st baking powder
450 ml minyak jagung(agak agak x melekat di jari)

HIASAN:
2 biji kuning telur + pewarna hijau
coklat green rice


masukkan semua bahan di dalam bekas besar kecuali minyak.
tuangkan minyak sedikit sedikit dan di gaul hingga sebati kesemuanya.
gaulkan sehingga x melekat di tangan.
kemudian bolehlah di bulat bulatkan dan susun di atas tray.
sapukan kuning telur yang di campur pewarna hijau di atas biskut.
kemudian tabur coklat green rice.
bakar 160'C 15-20 bergantung pada oven.


pemandangan dari atas balang... 600g kacang green peas serbuk
 dapat penuh sebalang


wow.. dapat sebalang besar uuuuuuuuu...

ROLLED PINEAPPEL TART


tart yang sedap dan rupanya yang gebu..
tart ni amat cantik warna kekuningan... 
tart ini juga termasuk dalam senarai tempahan hari raya setiap tahun...
akak berhasrat nak membuat khas untuk Mr Hubby yang memang peminat setia tart ini.... cuma sekarang ni akak terpaksa menyiapkan semua tempahan barulah akak nk mula buat untuk sendiri... harap harap sempat menyiapkan untuk santapan suamiku.. hehehe


 biasanya akak x letak pun tepung kastad, tepung jagung dan minyak sapi cuma kadang kadang ada juga letak tepung susu. gula pula biasanya akak hanya letak icing sugar je tapi kali ni resepi ni amat berbeza dengan caster sugar..

RESIPI ROLLED PINEAPPEL TART

Bahan2:
226g butter - room tempt
270g tepung gandum
20g gula kastor
30g tepung jagung
40g tepung kastard
20g susu tepung
1 biji kuning telur
1 tsp vanila
1 tbsp minyak sapi
1 biji kuning telur (untuk sapuan)

Inti jem nenas:
4 biji nenas muda
2 1/2 tbsp gula
kulit kayu manis
Bunga cengkih
Daun pandan
1 tsp esen vanila

Cara2 membuat inti:
1. Parut nanas hingga halus (jangan buang airnya).
2. Masak nanas tadi bersama daun pandan hingga kering sambil di kacau supaya tak hangus.
3. Setelah agak kering, masukkan gula, vanila, bunga cengkih & kulit kayu manis. Kacau hingga likat. Angkat & sejukkan.

Cara2 membuat doh:
1. Pukul telur, butter, minyak sapi, gula & vanila hingga kembang.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard & susu tepung bersama. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan sambil terus memukul pada kelajuan perlahan.
3. Jika adunan masih melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung. Jika adunan kering pula, tambahkan sedikit butter. Tutup adunan supaya tak kering & mengeras.
4. Masukkan adunan dalam acuan & tekan keluar, letak jem & gulung kemas.
5. Sapu sedikit kuning telur atasnya & bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 min atau hingga masak ( simpan di rak tengah masa membakar).

Saturday, August 4, 2012

KUIH JONGKONG MANGKUK


sekali pandang pertama dengan resipi kak fida di myresipi.. terus nak mencuba... sebenarnya akak dah buat lama dah kuih jongkong mangkuk ni.. tapi baru sekarang baru sempat update di sini.. bulan puasa ni agak kesempitan masa je rasanya... 


rasa kuih jongkong ni boleh tahan sedapnya.... akak suka

KUIH JONGKONG MANGKUK

Bahan-bahan ( 24 mangkuk plastik 100ml )

secukup gula melaka dihiris halus atau gula merah
ADUNAN HIJAU :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan cair = (100ml KARA + air)
1 sk pes pandan
1 sk air kapur
ADUNAN KUNING :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan pekat = (400ml KARA + air)
2 sk garam
sedikit pewarna kuning
Cara-cara

 Bubuh 1/2 sb hirisan gula melaka/gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
 Campur kesemua bahan hijau,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk berisi gula melaka dan kukus hingga gula mencair.
 Sementara itu campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15-20 min.
 Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.



poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...