followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

TAUHU TELUR KUKUS DAN GORENG


TAUHU TELUR KUKUS


TAUHU TELUR KUKUS DAN GORENG SALUT TELUR

nampak dah ramai sangat mencuba resepi ni.. ini yang membuatkan akak x tahannnn... akak wajib buat juga sebab apa saja yang berasaskan tauhu memang pilihan utama mr hubby.. buat pun senang sangat.. gambar yang satu lagi tu.. tauhu yang di salut seperti begedil( tapi kukus dulu ) dan sedap dimakan dengan sos... akak guna acuan bentuk love sebab nampak cantik dan senang nak masuk mulut.. hehehe.. 1 adunan ni akak dapat 8 bekas love.. 

TAUHU TELUR KUKUS DAN GORENG
rakan FB


4 ketul tauhu biase yg 4 segi tu ( sye guna 3 jer )
2 tiub tauhu jepun ( egg tofu )

Udg or isi aym.. (2,2 akak letak)
Cili merah
Daun bwg or daun sop
Serbok secukup rasa maggi 
Serbok lada putih
Grm ( sye x isi sbb dh isi serbok secukop rsa Maggi )
Telor 4 bji ( 2 bji utk di blend, 2 bji utk salut tauhu mse nk grg )


Cara2:


Blend tauhu2, telor 2 bji n udg or isi aym..pas tu gaulkn ngan daon sop, cili merah...perasekn ngan serbok maggi, srbok lada putih n grm..

Ltk adunan dlm bks , n blh la di kukus 30 min...tggu sejuk bru potong n celup dlm telor n blh di grg..mkn ngan cili sos....nk mkn tanpa di grg pon blh.

* guna belas kecil cepat masak dalam 15 minit siap masak



Monday, February 24, 2014

TOFU LEMBUT BLACK PEPPER


ikut resepi asal guna tofu telur yang digoreng tapi akak tukar guna tofu lembut... 

TOFU TELUR BLACK PEPPER * pan sizzling
Olahan: daridapursuzana

Bahan-bahan
1 bungkus tofu telur-potong bulat - akk guna tauhu lembut - kukus 7-10minit
2 biji cendawan shiitake-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji lada merah-potong halus
1/2 inci halia-cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1/2 batang karot-potong dadu
sedikit bunga kobis - akk tambah
sedikit kacang pea - akk tambah
1/2 batang saderi-potong nipis
daun sup/bawang-potong halus
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
air secukupnya-untuk kuah
tepung jagung-utk.pekatkan kuah
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya

Panaskan minyak di dalam kuali.Bila minyak sudah panas,masukkan tofu telur dengan perlahan-lahan dan goreng hingga nampak perang sedikit.
Goreng sampai habis dan toskan minyaknya.
Panaskan sedikit minyak lain dan tumiskan bawang putih,halia dan bawang besar hingga naik baunya.
Tambahkan sos lada hitam,sos tiram,sos cili dan sos tomato dan serbuk lada hitam.Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
Masukkan saderi,karot dan lada merah dan masak sebentar lagi.
Tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuahnya sedikit dengan bancuhan tepung jagung.Padamkan api.
Akhir sekali,susunkan tofu telur yang telah di goreng tadi di dalam pinggan yang sesuai(saya letak dalam Hot plate).Curahkan kuah keatasnya.Taburkan daun sup/bawang.
Sedia untuk di hidangkan.

Friday, March 30, 2012

TAUHU KUKUS CILI SOS


tauhu ni akak buatkan untuk my hubby... sebab dia yang paling suka tauhu maka akak merelakan diri buatkan untuknya.. suka betul dia bila dapat tau akak masakkan untuk dia ... hehehe...(^_*)
* gambar kabur sikit sebab ambil gambar ketika berasap... hubby x sabar nak makan... heheh



RESIPI TAUHU KUKUS SOS CILI

Bahan-bahan :
1 pek tauhu lembut (dikukus hingga masak)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
2 biji bawang merah (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2-3 sb sos cili thai
1 sb sos tiram
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
sedikit udang basah
sedikit hirisan daun sup


Cara-cara :
Tumis kesemua bawang hingga terbit bau.
Masukkan kesemua sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan udang dan daun sup. Kacau lagi hingga masak. (kalau nak campurkan dgn kapsikum, nanas, tomato atau hirisan epal pun ok juga)
Susunkan tauhu di dlm pinggan dan siramkan kuah tadi di atasnya.
Hidangkan panas2.

Tuesday, February 14, 2012

TAUHU KUKUS SOS TIRAM


tauhu kukus ni akak buat khas untuk hubby ku tersayang... akak tau dia pengemar tegar tauhu... tapi sebaliknya bagi akak.. akak x suka makan tauhu.. kalau makan di kedai semua tauhu akak kuis kuiskan ketepi.. x pun.. habis semua tauhu terbang ke pinggan hubby.. waakakaka...(jangan kutuk akak erkkk.. dah memang x suka, nak wat canekannn..) tapi... akak hanya suka buat jika ada yang suka makan!
tadi anak tegur ma masak ape hari ni bau sedap je.. wahhh.. dia kate specialnya... tapi malangnya.. dia juga spesis akak!! dia juga sama seperti akak.. x sukaaaa.. sedap macam mana pun kalau x suka.. minta ampunnnn.. langsung x layan!


sampai je hubby ke rumah perkara pertama dia melihat makanan yang terhidang... x sabar dia makan melihat ada menu kesukaan... habis clear dia makan sorang.. akak cuma merasa sesudu je.. wehhh.. memang sedap dan amat sesuai dangan sosnya...

RESIPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM

bahan-bahan :
1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
1-2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil madu - optional
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
sedikit minyak bijan atau minyak masak (akak bubuh 2-2, minyak bijan di renjis ke dalam sos)
1 sudu makan kacang tanah kisar
sedikit daun bawang
cili hiris dan bawang goreng (akak tambah sebagai hiasan)
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

Saturday, January 7, 2012

TAUHU SUMBAT IKAN


pada mulanya dah buat tauhu inti sumbat bersos tu tapi x terlupa nak ambil gambar.. huhuhu...ruginyaaa.. kalau tidak boleh je akak abadikan gambarnya di sini.. nk buat semula malaslah pulak rasanya..
oleh kerana hubby akak beli 10 keping jadi tauhu ni masih ada berbaki 5 keping lagi jadi akak buatlah tauhu sumbat ni.. huuuhh.. ternyata tauhu sumbat ni lebih memikat selera... sebab ada rasa ikan kat intinya... sedaaaaap tau!!


 TAUHU SUMBAT IKAN

5 keping tahu digoreng kekuningan (potong 2 dan korek sedikit isi dalamnya )
3 ekor *ikan kembung sederhana besar ( direbus dengan sedikit garam dan asam keping)- Buangkan tulang dan tumbuk isi ikan hingga lumat.
sedikit daun sup di racik halus.
3 ulas bawang merah.
sedikit lada sulah/ lada hitam (ikut kesukaan)
4 biji lada merah
Garam secukup rasa
3 camb bawang goreng ( ditumbuk kasar)
Bahan untuk salut
2 - 3 cawan tepung gandum
sedikit garam dan air kapur
air secukupnya
( * Kekadang kite malas isi ikan boleh digantikan dengan sardin lebih cepat- rasanya berlainan )



Dalam bekas satukan isi ikan dengan lebihan isi tauhu yang dikorek tadi, lada sulahdan garam secukup rasa.
Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan cili merah, masukkan dalam bekas ikan.Gaul rata.
Sumbatkan dalam tauhu tadi..buat sehingga habis.
Dalam bekas lain satukan bahan untuk salut hingga sebati.(agak pekat macam nak goreng cempedak)
Panaskan minyak celupkan tauhu tadi dalam bahan salut goreng hingga kekuningan.
Enak dimakan panas-panas dengan sos cili.
Jika guna *sardin ambil isi sardin saja dan hancurkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...