followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label biskut/cookies. Show all posts
Showing posts with label biskut/cookies. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

ATVT KELAS JW - KUIH SARANG SEMUT


Biskut sarang semut ni adalah untuk atvt  projek usahasama tahunan JW di tempat akak ni..  bukan biskut ni je yang kami buat.. ada lg 2 jenis iaitu biskut almond london dan semprit bunga cina.. 
JW yang join mestilah beri komitmen dari mula hingga selesai.. kemudian biskut biskut ni di agihkan samarata.
projek ni memang seronok sebab kami buat beramai ramai.. faham faham la bila sesekali bertemu... macam macam yang kami borakkan.. hehehe 


KUIH SARANG SEMUT

Bahan :

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gm tepung kastard
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :

sedikit coklat rice (x letak)
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil

Cara :

Pukul kembang butter dan gula.
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).
Dah siap,sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, September 29, 2014

COOKIES SEMPRIT PULUT HITAM


biskut yang sedap dan rangup

COOKIES SEMPRIT PULUT HITAM

Bahan-bahan ( 10 orang )

150 gm tepung sago /ayak dulu lee
200 gm tepung pulut hitam
100gm Marjerin
50gm Butter
150gm gula halus
1 bijik merah telur
65ml santan pekat
Cara-cara

satukan butter dan marjerin,mixer sampai lembut,masukan gula, mixer lagi sekejap, masukan merah telur dan kacau lagi.
satukan tepung sago dan tepung pulut hitam, masukan sedikit demi sedikit kedalam adonan butter tadi, last masukan santan pekat dan kacau sampai sebati betul
masukan adonan kedalam piping bag dan gunting ujungnya,gunakan nozzle bentuk star tu yg size besar sikit, paling ideal nozzle 1M yg utk buat swirl pada cupcake yea. picitkan bentuk star kat atas tray yg sebelumnya dah disapu dengan butter atau alas dengan paper,letaklah kismis ke,almond slices ke kat atas cookies tu
bakar cookies ini selama 25minit dengan suhu 150C. jangan angkat cookies nie selagi masih panas, ianya mudah hancur,tunggu sejuk dahulu baru letak dalam balang

Tuesday, July 15, 2014

SAMPLE BISKUT 2014 - UNTUK TEMPAHAN


STRAWBERRY SWIRL


MILKY MILK CHOCOLATE


CORNFLAKE COOKIES


ALMOND TOASTED COCONUT


STRAWBERRY CEREAL COOKIES


RED VELVET LELEH COOKIES


BROWNIES 10 x 10 in

SEMPRIT CHOCOLATE


biskut ni pun comel gakkan... amboi puji sendiri nampak.. maaf la sebab suka tengok kalernya.. hehe
hiasan atas ni sengaja akak buat camgini agar ia x nampak seperti kosong.. kosong...(lagu najwa latif pulak ye..)
biskut ni terpulanglah pada kalian nak bentukkan cane sekali pun.. nak bentuk panjang ke.. nak buat bentuk bulat ke.. tapi akak bentukkan seperti munga ni..

SEMPRIT CHOCOLATE

resepi A) warna chocolate

310 gm buttercup
110 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
1 bungkus tepung kastad cap bunga merah (300 gm)
110 gm tepung gandum di goreng @ sangai sekejap (ayak n timbang)
6 sudu besar tepung jagung
3 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh paste kopi

resepi B) untuk warna putih (resepi akak tambah sendiri ye)

Bahan 1
83 g buttercup
60 gm gula icing
sdkt esen vanila
1/2 biji Kuning telur C

Bahan 2
100 gm Tepung Jagung
15 gm susu tepung (apa2 Brand)
40 gm tepung Rose

hiasan:
jelly tip secukupnyer....Akak tukar chocolate chip

cara2 nyer:
1. ayak semua tepung, koko n ketepikan...
2. butter, gula,telur, esen n paste kopi gaul sebati xpayah kembang....
3. masukkan tepung uli sehingga sebati ..
4. masukkan kedalam acuan ulat bulu atau semprit tekan mengikut corak sendiri....
5. bakar pada suhi 180 darjah selama 15-20 minit @ bila tgk bahagian bawah kuih tu mcm garing boleh angkat....oven 180

SEMPRIT SUSU



ok x jika biskut ni wat hantaran... sebenarnya akak pernah buat bentuk camni dan pernah disiarkan di sini.. tapi wp bentuk dan warna seakan sama tapi resepinya berlainan. yang dulu menggunakan susu pekat tapi ali ini akak menggunakan susu tepung dan campur tepung jagung.
biskut ni senang untuk ditekan sebab adunannya sangat lembut

Resepi SEMPRIT SUSU

Bahan A

250 gm Buttercup
120 gm gula icing
1 tsp esen vanila
1 biji Kuning telur


Bahan B

300 gm Tepung Jagung
50gm susu tepung (apa2 Brand)
120gm tepung Rose

** bahan C (jika nak hias hijau) x nak hias pun x pe
ambil sedikit adunan plain + pewarna hijau

Hiasan:

Jelly Tip dibelah 2 - akak guna love merah

Cara2:
1. Satukan bahan A, gaul hingga sebati...
2. tak perlu Sampai kembang...masukkan susu gaul sebati...
3. Ayak tepung jagung dan tepung rose, masukkan sikit sikit sehingga tidak melekat di jari...
4. tekan  adunan tu menggunakan jari sehingga bentukkan mcm pic ni
5. bakar 180C sehingga kekuningan @ garing dibahagian bawah...
6. Noor gunakan api atas dan Bawah..

Friday, January 17, 2014

BISKUT MINYAK


hari ni cuti thaipussam... x jalan jalan mana pun sebab akak rasa nk buat sesuatu di umah.... terlebih rajin pulak rasanya nak buat itu ini.. hehehe..
sekarang sana sini oang asyik buat kek minyak tapi akak buat edisi biskut kukis dari minyak pulak... biskut yang simple, senang dan bahannya mudah.. rasanya sangat sedap.. ada keranggupan bila di kunyah... biasanya oang guna minyak ni buat untuk biskut mazola dan biskut green peas seperti yang pernah akak buat dulu.. tapi dalam adunan biskut ni very simple...

BISKUT MINYAK


Bahan-bahan

bahan A: Gaul dalam bekas mixer
1kg tepung gandum cap  bluekey
1 sudu kecil mumbung baking powder
2 sudu kecil mumbung bicarbonate of soda
500 gm gula aising (boleh kurang 470 gm)

bahan B:
2 cawan setengah minyak masak atau ikut kelembutan tidak melekat di jari.
1/2 kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Hiasan:

chocolate chip

Cara-cara

Campurkan kesemua bhn A dalam mangkuk mixer.
Masukkan minyak sedikit kedalam  campuran tepung td,adun sehingga lembut atau hingga x melekat di jari.
Akhir sekali bulat bulatkan dan susun atas tray. bila siap letaklah hiasan lalu bakarlah pada kepanasan oven 170 dlm 20 min atau hingga masak kekuningan.


Sunday, October 6, 2013

BISKUT FANTASI COKLAT


entah.. kenapa hati ini teringin sangat nak mencuba resepi resepi yang di ciluk dari tenet dan majalah.. pada akaklah kebanyakkan resepi biskut di majalah ni sudah di tukar tukar bahan asalnya... sebab akak dah banyak kali mencuba dan terkena... hukhukhuk.. sebagai contohnya.... akak sebenarnya memang dah ade resepi tart gulung tapi wp gitu hati akak tertarik dengan satu gambar biskut tart yang ada di majalah tu... wallah.. memang cun sangat tart yang dipamerkan... akak pun x teragak agak nak mencuba terus... nak tau hasilnya tart gulung akak tu...? tu dia sebesar penumbuk budak!! nak jamu pun malu... x muat mangkuk biskut akak tu... kebetulan anak saudara akak memang tiap tiap tahun oder tart dengan akak... akak pun kata kat dia.. oleh kerana hang oder biskut tart dengan mak teh.. mak teh bagi free tart jugak..!! dia pun gembira beli sebekas dapat satu bekas lagi tart jugakkannn... hehehe.. bila buka je tin biskut... tu dia jerit "ya Rabbi.. biskut tart gajah ke mak Teh....!!" hahaha.. terguling guling akak ketawa... (akak pun segan nak susun biskut dalam balang yang nampak dari luar.. simpan dalam tin je...huhuhu) tu di antara pengalaman meniru biskut di dalam majalah...
tapi x serik serik jugak akak nikan..... kali ni pun akak cuba jugak lagi....
apa la punya biskut ni... akak ambil resepi ni kat saji tapi malangnya x de bahan gula.. x tau la samada pihak editor tertinggal bahannya atau memang biskut ni sememang x de gula.. kalau betul la biskut ni x de gula.. memang sesuai sangat untuk orang kencing manis,,, hehehe.... 
rasa biskut lemak lemak giru.. dan rangup diluar.. kalau x silap akak syapex blog pun ada juga buat biskut ni....

BISKUT FANTASI COKLAT
Saji 8/13

Bahan A
-150gm mentega
-100g gula caster(resepi asal x de gula langsung)
-3 sudu kecil mentega kacang tanah
-1 biji kuning telur
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
-30 gm lemak sayuran
-220 gm tepung gandum
-30 gm tepung suji
-60 gm tepung jagung
-30 gm tepung kastad
-1 1/2 sudu besar tepung beras

Bahan Hiasan
- putih telur
-serbuk roti
-coklat masakan gelap [ cairkan ]


Cara Menyediakan
Pukul sebati mentega dan mentega kacang tanah serta gula. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
Kemudian masukkan bahan B . Uli hingga menjadi doh.
Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan sedikit supaya leper. Celupkan dalam putih telur dan salut dengan serbuk roti.
Susun dalam loyang. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit. Setelah sejuk hias dengan coklat masakan gelap.

BISKUT MAKMUR LEBANESE


sekadar ingin mencuba resepi....
biskut ni lembut dan rapuh di dalam mulut. bagi akak biskut ni kurang manis x seimbang dengan tepungnya hampir 600g.. jadi akak tambah lagi 110g gula caster.. itu sedang sedang je rasa manisnya.. kalau tambah lagi 120-140g ok la kut..

RESEPI BISKUT MAKMUR LEBANESE

Bahan-bahan ( 120 - 150 biji )
580 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 gram ghee
190 gram gula halus (akak tambah gula 110g lagi) = 300g
1 sudu teh vanilla
1 biji telur
100 -150 gram kacang pistachios, dibakar terlebih dahulu dan tumbuk kasar( tapi akak terlupa beli, tukar walnut campur hazel)

Cara-cara

Gaul sehingga sebati ghee, gula dan vanilla.
Kemudian masukkan telur dan digaul sehingga sebati.
Masukan bahan-bahan yang lain dan adun sehingga menjadi doh.
Terap mengikut bentuk yang anda suka dan bakar pada suhu 170 – 180 darjah C sehingga masak.

Friday, October 4, 2013

FLORENTINE COOKIES


akhirnya terlaksana hajat dihati.. hehehe...
buat ni hanya nak wat kudap kudap sendiri je...

FLORENTINE COOKIES

Bahan-bahan..
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-caranya..

1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.



Thursday, October 3, 2013

RED VELVET COOKIES


terhasillah satu lagi cookis yang sedap.... 

RED VELVET COOKIES

Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.(x letak, biasa x melekat pun)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..
7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.

Saturday, August 17, 2013

BISKUT NESTUM RANGUP


untuk pengetahuan.. biskut ni anak sulung akak yang dah berkawin tu buat dan bawa untuk mamanya.. tapi oleh kerana biskut ni teramatlah sedapnya.. akak letakkan di sini resepinya... bukan apa... buat ingatan di masa akan datang.. x la susah susah nak selongkar mana mana lagi semuanya ada tersimpan di sini..

BISKUT NESTUM RANGUP
Nor Intan Mazlin
Rasa

BAHAN-BAHAN:
230gm mentega
80gm gula halus
1 sudu makan golden sirap
180gm tepung gandum
70gm tepung beras
20gm tepung jagung
100gm nestum
1/2 sudu teh vanila
1/4 sudu teh serbuk penaik


CARA MEMASAK:

1 Putar mentega bersama gula, golden sirap dan vanila hingga kembang.
2 Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung. Gaulkan hingga sebati.
3 Setelah itu masukkan nestum dan gaulkan lagi hingga rata.
4 Masukkan ke dalam 'piping beg' dan paipkan adunan.
5 Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 150ºC atau hingga kekuningan

** cara anak buat katanya... x perlu guna piping bag.. bulat bulatkan dan tekan dengan garpu.. kemudian bakar

BISKUT MELLOW BROWNIES



Assalamualaikum... selamat hari raya semua.. kita masih lagi dalam mood rayakan....
amboiiii.. selepas raya ni blog akak ni dah x berapa aktif ye... bukan ape... akak lebihkan berehat je... maklumlah hari raya ke sana ke sini... makan pun kena kurangkan sikit. kalau x badan macam kena pump lah jawabnya nanti... insyaallah... akak akan kembali aktif selepas ni... doakan saja ye...

yang ni salah satu biskut yang anak anak suka... selalu buat brownies kek tapi kali ni jom buat biskut brownies pulak....
sedap ni tau...
ikutkan resepi ni guna acuan loyang shortbread yang saiz kecil tapi akak hanya ada loyang yang bersaiz 100pcs shortbread je... adunan pun sikit jadi akak terap jela semua adunan satu persatu seperti biskut biasa...

Biskut Mellow Brownies


Bahan-bahan ( 20x20 cm )

70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko

55g walnuts- potong kecil-kecil - tabur
1 bar coklat dan coklat putih - lorekan secara bersilang

Cara-cara

1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, dan lorek lorekkan dengan cooking coklat dan coklat putih serta taburkan badam cincang.
8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Wednesday, August 7, 2013

STRAWBERRY CEREAL COOKIES


biskut yang nampak sweet di mataku... rasa pun sedap...dan juga crunchy...

lama betul rasanya x jengah blog ni lantas kesibukan saban hari.... sebenarnya dah lama nak berkongsikan resepi biskut ni atas permintaan rakan dari blog juga tapi atas kekangan masa yang amat mencemburui diriku... baru kini berkesempatan..  x de masa nak menaipnya... kalau copy tu senang jer heheheh.... biarpun dalam hati rasa ingin juga berkongsi dengan rakan rakan rakan di sini.... ok... x perlu nak celoteh panjang panjang.. jom kita lihat resepinya..... sedap ni tau...

oppp... sebelum tu... di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan mengucapkan selamat hari raya... insyaallah.. jika diizinkan... tiada pape mungkin esok kita akan menyambut hari lebaran... insyaallah... pohon ampun dan maaf  dari akak buat rakan tauladan yang mengikuti http://norlieharumaini.blogspot.com/

STRAWBERRY CEREAL COOKIES

A
250 g mentega
130 g gula caster
1 biji kuning telur
1 st vanilla
1 st pes strawberry
1/2 st pewarna pink

B
30 g kelapa kering (kisar)
50 g serbuk badam
1/2 soda bicarbonate
120 g tepung jagung
300 g tepung gandum

hiasan:
putih telur
nestum
coklt masakan putih (dicairkan)

1. satukan bahan bahan A dan pukul hingga sebati.
2. masukkan bahan bahan B dan uli hingga menjadi doh
3. ambil sedikit adunan dan bujurkan seperti buat almond london tu.
4. celupkan biskut ke dalam putih telur dan golekkan biskut ke dalam nestum
5. susunkan di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. setelah biskut sejuk hiaskan dengan coklat masakan putih

pesan penaja ** tujuan bakar 150 C selama 30 minit kerana untuk beri biskut lebih tahan lama..

Friday, July 26, 2013

BISKUT LAMINGTON


share satu lagi sekut raya yang ranggup...

BISKUT LAMINGTON

BAHAN-BAHAN

200 gm coklat masakan
125 gm mentega
½ cawan gula perang
1 biji telur 1 ¾ cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
¼ cawan kelapa parut kering

Cara:

1. Cairkan coklat, mentega dan gula perang di atas api perlahan. Sejukkan.
2. Masukkan telur, tepung yang diayak bersama serbuk penaik. Putar hingga adunan.
3. Bungkus adunan dan simpan dingin di dalam peti sejuk 30 minit.
4. Keluarkan, ambil secamca besar adunan, bentukkan bulat dan salut dengan kelapa parut kering atau breadcrumbs. Bakar selama 15 minit pada suhu 125 darjah Celcius.

Monday, July 22, 2013

BISKUT ALMOND LONDON (sedap)


akak nak share resepi biskut lagi... tip top U....

BISKUT ALMOND LONDON (sedap)

bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm ) + 30g lagi
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( akak x kisar pun tp still lembut)
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung (akak x letak)

Cara-cara

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Friday, July 12, 2013

BISKUT BERBUNGA


sharekan satu lagi biskut raya...

BISKUT BERBUNGA

Bahan-bahan:

1 buku butter
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tepung jagung
2 1/2 cawan biskut marie - dikisar halus
1/4 cwn kelapa kering
1/4 cwn bijan
2 cwn tepung biskut / tepung gandum
1 biji kuning telur

Hiasan:

coklat masakan
sugar decor hiasan

Cara-cara :

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).

Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil. Hiaskan dengan sugar decor hiasan. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Monday, July 8, 2013

BISKUT GREEN PEAS


biskut setiap tahun x boleh mis.. wajib buat! dulu akak pernah buat di sini... alahai sedapnya...

RESIPI BISKUT GREEN PEAS

500g kacang green peas serbuk
500g tepung biskut (red ros flour)
400g gula icing
1 3/4sb garam halus
3 1/2st baking powder
400-450 ml minyak jagung (agak agak x melekat di jari)

HIASAN:
2 biji kuning telur + pewarna hijau
coklat chip


masukkan semua bahan di dalam bekas besar kecuali minyak.

tuangkan minyak sedikit sedikit dan di gaul hingga sebati kesemuanya.
gaulkan sehingga x melekat di tangan.
kemudian bolehlah di bulat bulatkan dan susun di atas tray.
sapukan kuning telur yang di campur pewarna hijau di atas biskut.
kemudian tabur coklat green rice.

bakar 160'C 15-20 bergantung pada oven.

Wednesday, October 24, 2012

BISKUT BIJAN


baru ni akak ada buat juga biskut bijan ni tapi bukannya resepi yang sama... resepi tu di sini.. kalau di lihat gambar pun nampak kelainan rupanyakan.. akak lebih suka resepi yang ini lagi.. lebih sedap, rangup dan lebih gebu.. warna pun lebih putih..
akak dah lupa dari mana akak dapat resepi ni... tapi untuk pengetahuan.. yang akak ingat ia ada nyatakan ini adalah resepi dari pengusaha biskut Mak Ngah Che Empah.. 


BISKUT BIJAN
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

1 biji telur (merah sahaja)
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung sagu/tepung ubi
1 cawan bijan ~ digoreng
sedikit vanila dan baking powder


Krimkan butter dan gula. Apabila dah kembang, masukkan merah telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung2 yg dah diayak bersama tadi beserta dgn bijan. Tepung tadi x perlu dimasukkan kesemua sekali, cukup sekadar adunan dapat dibentuk dah mudah untuk diterap. Terapkan dan bakar sehingga masak.

Saturday, October 20, 2012

BISKUT AISKRIM CONETTO



biskut ni akak buat kerana ada yang oder... sedap katanya..... akak pernah buat di sini dulu

RESIPI BISKUT AISKRIM CONETTO

750g tepung gandum
50g tepung jagung
520g mentega butter
50g tepung aiskrim perasa coklat
2 biji kuning telur
280g gula halus
2sb susu tepung

Hiasan:
sedikit coklat cair
badam hancur / croquant
kuning telur

putar gula dan mentega butter hingga kembang, masukkan telur dan tepung aiskrim, kacau hingga sebati.
kemudian campurkan semua jenis tepung, kacau hingga menjadi doh lembut
canai seperti biasa dan gelekkan pula dengan roll tat (2 kali berlainan arah / bersilang). kemudian diterap dengan acuan aiskrim. seterusnya sapukan dengan kuning telur dan bakar hingga masak.
apabila sejuk ke dalam coklat cair, taburkan croquant

BISKUT MAKMUR SIMPLE ALA ARAB


akak nak sharekan resepi yang sedap sangat.. x perlu susah susah payah nak bakar... gadis remaja atau orang bujang pun boleh buatkan untuk ibunya di kampung..... amat sesuai untuk anak gadis yang baru berjinak jinak di dapo... sebab senang bangat... dan sedap!
nak tau..... budak kecik pun (cucu sedara akak) pun tau kata sedap giler biskut ni....  biskut ni terpaksa di sorok oleh toknya.. kalau tidak alamat tinggal balang kosong je la...
apa lagi... jom kita buat... sempena raya aidil adha ni...

BISKUT MAKMUR SIMPLE ALA ARAB

Bahan-bahan ( 50biji )

8 cawan gula icing.
1 tin kecil minyak sapi.
8 cawan susu tepung.
8 cawan tepung gandum


Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan minyak sapi gaul hingga cair.(guna api yg pelahan) masukkan tepung gandum dan susu tepung.
kacau adunan sampai menjadi doh lembut & berwarna kekuningan.(jgn terlalu lembut & jgn terlalu keras)
biarkan adunan sejuk sebentar. cubit dan buat bentuk bulat. celupkan ke dlm gula icing tadi...Dah siap..
~Selamat Mencuba~

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...