followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label kueh mueh. Show all posts
Showing posts with label kueh mueh. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

KUIH KASWI DURIAN


Assalamualaikum...sahabat sahabat bogger.. selamat berpuasa.
rupanya akak dh lama x update blog yg dah bersawang lamanya.. setahun x update.. bukan x jenguk tp hanya sepintas lalu shj.. hehe

akak suka.. sedap.. kaswi ni.. x terlalu banyak rasa duriannya.. boleh cuba d lain kali

KUIH KASWI DURIAN

Bahan-bahan
  • 1 cwn tpung gandum
  • 1 cwn tpung ubi
  • 2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air)
  • 1/2 cwn isi durian
  • 2/3 cwn gula pasir
  • 1/2 suduteh garam
  • 1/2 sudu teh AIR KAPUR sireh
  •           akak tambah sedikit pewarna kuning
  • secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)
Cara-cara
  1. panaskan air kukusan.
  2. campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. tp, akk x blend coz nk jimat karen(konon..) heheh..
  3. sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
  4. bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut..

Sunday, April 19, 2015

APAM GULA HANGUS


aiii.. dh lama x mengapam... sesekali teringin nk makan...

APAM GULA HANGUS 
(resepi dr jabatan Pertanian)

1 1/2 cwn gula pasir - d hanguskan
1 1/2 cawan santan / susu cair

hanguskan gula masukkan santan / susu cair kacau hingga ia cair semula. tutup api. sejukkan.

2 cwn tepung gandum - ayak +
2 st soda

3 biji telur - pukul kembang +
1 st vanila -

masukkan tepung + soda dalam gula hangus.
masukkan telur dan kacau rata.
masukkan dalam loyang hgga masak 40 - 1 jam

* bakar pun boleh (alas kertas)
* kukus pun boleh
* x perlu d perap
* jk guna acuan kecil letak 1/2 paras acuan

Tuesday, March 17, 2015

CREAM CHEESE BAR


sedapnya.... dan sukanya....

CREAM CHEESE BAR
sky blue's kitchen

Bahan-bahan ( 20 keping [approx. 1.5"x3"] )

250g cream cheese (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 keping puff pastry

Topping
1 sudu besar majerin atau mentega (cairkan)
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar gula halus

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 180C.
Pukul cream cheese bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan lemon butter dan esen vanilla, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
Lapis 8"x8" loyang dgn baking paper, letak satu keping puff pastry yg telah dicucuk-cucuk dgn garpu. Klu takde baking paper, griskan loyang.
Masukkan campuran cream cheese dan rata-ratakan. Tutup cream cheese dgn sekeping puff pastry.
Sapu permukaan puff pastry dgn majerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan di atas permukaan puff pastry.
Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dlm peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.

Thursday, March 12, 2015

CREAM PUFF


kali ni akak try resepi yang sedap dari maz abdul... tapi punya terlajak comeyyy la pulakkan.. x seperti maz buat tu sekali ngap je hage 30sen sebiji... hehehe..

 CREAM PUFF
250ml air
100g butter
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
125g tepung gandum
2 biji telur gred A

Cara membuatnya:

1. Satukan air,gula,garam,butter dan esen vanila dlm periuk. Panaskn atas api hingga mendidih.
2. Bila dan mendidih,kecilkn api,masuk tepung dan kacau cepat2 hingga sebati dan tepung tak lekat pd tepi periuk. Angkat dan tunggu hingga adunan sejuk.
3. Bila adunan dah sejuk,pukul telur guna garfu dan masuk dlm adunan. Gaul sebati guna senduk kayu atau putar guna mixer.
4. Masuk dlm piping bag dgn nozel star or nozel semperit.
5. Paipkn atas loyang yg telah dialas dgn baking paper.
6. Bakar pd suhu 180'C selama 30 minit bergantung pd saiz cream puff dan oven masing2.
7. Bila cream puff dah berwarna keemasan baru angkat ye..
8. Tunggu sejuk baru paipkn inti.

Resepi Vanilla Custard

Bahan2:

500ml susu segar
25g tepung kastard
25g tepung jagung
125g gula pasir
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bhn dlm periuk, bancuh sebati dan masak guna api perlahan hingga kastard menjadi pekat dan meletup letup.
2. Sentiasa kacau supaya kastar licin dan cantik.
3. Tunggu kastard sejuk baru paipkn dlm cream puff.
Perhatian:
1.Jika cream puff mengecut selepas keluar dr oven,itu bermakna sukatan telur berlebihan.. Jika menggunakn saiz A,sukatannya 2 hingga 2 setengah biji shj.
2. Kacau rata kastard atau putar guna mixer supaya lebih mudah nak paipkn dlm puff.
3. Cream puff yg sempurna kejadiannya akan berlubang ditengah2 dan sedia utk dipaipkn kastard.

** tabur snow powder

Sekian slmt belajar..

Saturday, March 7, 2015

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)


nampak kurus pulak maxico cha kuih ni... dulu akak buat gebu gebas.. mungkin kerana kali ni akak guna nozel bintang.. dulu akak buat guna nozel bulat tanpa bintang je...
memang sedap kuih mat salleh ni untuk hidangan petang bersama teh tarik... 
resepi ni akak belajar d kelas Chef Han yang akak sertai... dah lebih 10 th yang lalu.. lamanya terperamkan.. hahaha... menurut Chef Han kuih ni berasal dari maxico.. kiranya ni kuih cakoi ala ala maxicolah katakan...

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)

A)
250 g air
100 g butter
2 g garam
B)
150 g tepung
2 g serbuk penaik
C)
2 bj telur
D)
20 g caster sugar - hiasan
minyak masak

masak A) sampai didih. tutp api dan tambah bahan B) gaul cepat cepat sampai sebati

pindahkan ke mixer. pukul sampai sebati dan masukkan telur. sebatikan lagi

masukkan campuran ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel kesukaan. tekan  keluar ke dalam minyak masakan yang sudah dipanaskan. angkat dan toskan.

taburkan gula caster dan sedia dimakan

** untuk senang masak dalam kuali non stick
** gunakan penyepit besi untuk angkat dr minyak
** paipkan ke dalam minyak dan putuskan ke tepi non stick # jk x biasa boleh gunakan gunting sz sedang untuk memutuskan adunan yang telah dipaipkan

Wednesday, February 25, 2015

NONA MANIS KU


cadangnya nak buat lain tapi bila tengok gambarnya berkali kali terus tergoda.. terus terajin buat untuk minum petang..
rasanya lemak manis wangi pandan seakan rasa kuih tepung pelita. akak suka kuih ni.. sedap tapi membuatnya perlu ada kesabaran sebab kalau silap langkah jadi kuih Nona Manis Layer.. hehehe
jika guna gula pasir jangan sukat rata pada scop.. boleh kurangkan sikit.. sebab akak guna gula pasir yang akak kurangkan sikit.. secukup rasa semuanya.

NONA MANIS

Resipi Asal: Warisan Mama
Sumber Rujukan: Azlita Aziz (Blog Masam Manis)
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi fb

Bahan- bahan A:

1 biji telur
1/2 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1 cawan santan (saya guna santan segar)
1 cawan tepung gandum

Satukan gula, tepung dan santan. Kacau sebati dan ketepikan. Pukul telur hingga kembang dan campur dengan bahan tadi Saya satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga sebati). Ketepikan.

Bahan- bahan B:

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 1/2 cawan air, kemudian ditapis)
1/4 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan emulco jika suka ( saya tak guna)

Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga pekat, berkilat dan adunan meletup-letup. (Saya kisar semua bahan dalam blender sebelum masak hingga pekat dan berkilat). Satukan adunan ini dengan adunan A tadi dan kacau sebati hingga mendapat adunan yang pekat dan licin.

Bahan-bahan C:

1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam (saya letak skit jer garam)

Satukan semua bahan C (saya kisar semua bahan dalam blender) dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam piping beg. (Saya buat 1 1/2 adunan untuk adunan C ini)

Panaskan kukusan dan balut tudung pengukus dengan kain. Sapu acuan lompang (saya guna acuan lompang dan acuan tart) dengan minyak. Masukkan adunan hijau 3/4 penuh acuan (saya letak lebih sedikit dari 1/2 acuan, tapi tak sampai 3/4 penuh sebab nakkan bahagian hijau tu nipis sedikit). Kemudia paipkan adunan putih di tengah2 tengah adunan hijau sehingga adunan naik hampir penuh acuan. Kukus selama 7-10 minit menggunakan api sederhana. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.

Selamat Mencuba!

Tuesday, February 24, 2015

PAU GEBU DAN LEMBUT


terlaksana akhirnya kuih pau gebu dan lembut ni... dah lama bertangguh dan teragak agak bila nk buat kuih pau ni.. gebu dan lembut.. nanti nk try resepi dari kawan jw akak pulak.. in sya allah..
untuk kuih pau ni akak hny guna tepung gandum shj tapi akak ada letak beberapa titis pewarna kuih untuk putihkan kuih ni.. pada mulanya akak x berani juga nk letak tapi nk try gak.. hehe.. berhasil putih dan gebu

PAU GEBU DAN LEMBUT 

Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam
beberapa titis pewarna ptih kuih (akak tambah)

Cara-cara

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
Bahagikan doh kepada 10 bahagian
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
*** : api kuat kukus selama 5 -7 minit angkat

Selamat mencuba...

Sunday, January 25, 2015

MASALODEH JAGUNG RANGUP


MASALODEH JAGUNG RANGUP
rsp norlie (rsp sendiri)

hehehe.. akak malas nk menaip... letak je resipi bersama gambar yang akak dh save..
apa apa pun resipi ni menggunakan jagung dan memang sedap sebagai mengganti kacang dhall


Tuesday, July 15, 2014

KUIH PUTERI BERENDAM


kuih yang sangat popular di bulan ramadhan... akak pun x ketinggalan.. hehehe
warna dah macam lampu traficlight je...

KUIH PUTERI BERENDAM

Tabur gula ratakan dalam bekas...
ambil tepung pulut dlm 2 senduk kecil+ sedikit tpg gandum (hujung sudu je) titikkn pewarna.. jk suka x letak pun x pe. (bhgikn warna yg kita nk)
Masuk air gaul hingga x melekat d tangan.
Cubit sejemput adunan bulatkan dan leperkan
masukkan 1/2 sk gula dan bulatkn semula.
Dan susun dlm bekas yg berisi gula td (sementara nk siap panaskn kukusan)
rm2 santan pekat+garam, hujung sb tpg gandum- gaul rata.
Bila dh siap bulat tuangkan santan td.
Tabur lagi gula 1sk ke atasnya.
Kukus dlm 5-8 minit.. angkat dan sejukkan

Thursday, April 17, 2014

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS


puding yang sedap makan sejuk sejuk... janganlah tengok pada rupa parasnya.. sebenarnya puding ni mr hubby akak yang tolong potongkan sebab masa tu akak sedang sibuk menyiapkan masakan yang lain..

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS
kak fida

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

1 tin jagung krim
1 bungkus agar2 serbuk
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir
1 tin susu sejat
1 cawan pati santan / 1 kotak kecil santan 200ml
1 cawan air/susu segar
2 1/2 sb susu manis
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
secukup pewarna kuning (opt)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan2 ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
Nyalakan api dan masak adunan hingga pekat dan berkilat. Matikan api.
Dengan segera dan hati2, tuangkan adunan puding ke dalam loyang atau bekas yang disediakan. Biarkan puding sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.

Thursday, February 20, 2014

MANDAZI - DONUT AFRIKA


pertama kali dengar nama Mandazi dan terus teringin nak cuba buat.. sesuai di makan waktu petang petang bersama kopi O... ermmm.. memang layan..
kuih ni rasanya sedap seperti berangin je mungkin di sebabkan penambahan serbuk kayu manis wp gitu ianya sesuai dimakan panas panas.. bila sejuk x terasa sangat beranginnya..

MANDAZI

Bahan-bahan ( 20 biji )

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
2 st yis
1/4 sk serbuk kayu manis
1/4 sk serbuk pelaga
1/2 cwn susu penuh krim
1 biji telur, di pukul
2 sb mentega, di cairkan

Cara-cara

Semua bahan harus pada suhu bilik. Satukan semua dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya perlu.
Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bebola sebesar bola tenis.
Canai doh membulat sehingga lebih kurang 1/4 inci tebal. Potong doh kepada 4 bahagian segitiga.
Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.
Mandazi sedia di makan bersama teh/kopi. Boleh juga di tabur gula aising/gula halus setelah siap di goreng dan masih panas.
~ Selamat mencuba ~

Wednesday, February 19, 2014

SERI AYU KISMIS


 buat seri ayu tapi gatal tangan guna acuan love pulak... erm.. bila siap masak semuanya senyum lebar... merkah ke semuanya... lain kali kena guna acuan seri ayu juga hehehe...., tapi x pe... percobaan...!! seri ayu maintain lembut.. dalamnya ada kismis untuk memberi kelainan dari seri ayu kelapa tu..


SERI AYU KISMIS

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cwn gula
1 sk ovallete
2 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hjau epal - akak guna pewarna merah
kismis secukupnya

Cara-cara

Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
Masukkan tepung, susu cair, pes pandan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga sebati.
Oleskan sedikit minyak pada acuan. Isikan beberapa biji kismis ke dalam acuan dan tuangkan adunan sehingga hampir penuh.
Img_4561 Pastikan tudung pengukus di balut dengan kain sebelum mengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit.

Thursday, January 9, 2014

DONUT JAGUNG


donut yang x guna acuan.. nampak x sama saiznya.. hehehe.. apa apa pun sedap dan terasa jagungnya... akak buat 1/2 dari adunan saja...

DONUT JAGUNG

T-cherHas


Bahan-bahan ( 15 biji )

1/4 kg tpg gandum
1/4 paket yis mauripan (6 gm)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air suam
1/2 sudu besar gula
secubit garam
1 sudu besar mentega/marjerin
1 biji kentang direbus dan dilecek.
1/4 tin jagung manis krim(sweet corn cream)

Cara-cara

Rendamkan yis dlm air suam dan susu pekat.Biarkan sebentar hingga yis kembang.
Letakkan tpg gandum dlm dulang/talam besar.Masukkan gula dan garam.Gaulkan.
Masukkan mentega dlm tpg tadi.Gaul sehingga sekata dan menjadi breadcrumbs.
Masukkan ubi kentang , jagung manis dan gaul sekata.
Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit sambil mengaul dan menguli adunan.
Uli sehingga tidak melekat di tangan dan doh jadi licin.
Ambil sedikit adunan doh,leperkan,tarik ke belakang dan jadikan bulat-bulat kecil. Rehatkan sebentar/biar kembang.
Buat lubang di tengah dgn jari dan jadikan bentuk cincin.
Gorenglah dlm minyak yg telah dipanaskan dgn api perlahan. Guna lidi sate utk membalik dan mengangkat donat.
Salut dgn gula halus atau gula aising setelah donat sejuk.

Sunday, January 5, 2014

BINGKA CRACKERS


kuih ni akak buat di kampung semalam.. pagi ni dalam pukul 6.45pagi akak redah balik ke Seri Iskandar Perak kerana nak menghadiri perjumpaan Rakan Kenduri pukul 9 pagi...
buat 2 jenis bingka sebenarnya tapi satu lagi akak x sempat nak ambil gambar di sebabkan terlupa bawa kamera. bingka di dalam gambar di atas tu akak x buat 2 lapisan warna kerana masa pun dah larut malam... akak buat seperti bingka biasa jer tapi tetap letak biskut crackers dalamnya..

BINGKA CRACKERS
Sumber:Kh267tm,
Majalah Aroma Jun2012
loyang 9" bulat

Bahan-bahan

20 keping biskut cream crackers
85 gm.tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan untuk tabur

Cara membuatnya

Panaskan oven 180'C.Sapukan loyang dengan mentega.
Kisarkan semua bahan kecuali,bijan ,pewarna esen vanila dan coklat emulco.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau.
Satu bahagian lagi,asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco .Baki adunan di letakkan esen vanila.
Tuangkan adunan vanila ke dalam loyang.
Tompok-tompokkan adunan yang berwarna coklat ke atasnya dan buat corak marble .
Bakar di dalam oven sehingga permukaan atas kelihatan keras sedikit(lebih kurang 15-20 min.)
keluarkan dari oven dan tuangkan adunan hijau pula.Taburkan bijan di atasnya.
Bakar semula di dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak ,biarkan bingka sejuk sebelum di potong.

Sunday, May 12, 2013

ATVT KELAS JW - MAJA BLANCA


menurut kata hana kuih ni atau dessert dr filipina. penyediaan yg mudah dan rasa lemak2 manis katanya.

akak potong ketika suam suam.. agak kurang kemas sikit tapi jangan di kisah pada rupa paras... yang penting sedap! sebenarnya jika suka rasa jagung saja pun dah sedap tapi jika di campur sekali dengan kismis sedap juga.. ada rasa manis manis masam sikit.. terpulang pada citarasa anda...


taburan kacang hancur(sebelum di potong)

MAJA BLANCA

Bahan-bahan ( loyang 8cm )

1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara-cara:

Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
Tuang ke dalam loyang.
Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
Potong2 dan hidangkan!

Friday, April 5, 2013

BUAH MELAKA (ONDE ONDE) BERKUAH


sebenarnya hati ni teringin nak makan buah melaka golek kelapa tu... bila lihat stok kelapa rupanya terlupa beli.. kena tukar planning lain la jawabnya.. hehehe..
ternampaklah idea dari Raidah... senang dan mudah je.... terus akak buat buah melaka berkuah ni.. sedap tau.. seakan kuih puteri mandi.. kuih tu intinya gula putih dan dikukus bersama kuah santan tapi yang ni berintikan gula melaka.. kuahnya pula dimasak berasingan dan buah melaka yang siap rebus toskan baru dimasukkan sekali dalam kuah santan ni.. bolehlah dihidangkan... 

BUAH MELAKA (ONDE ONDE) BERKUAH

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum (saya tambah)
2 ketul atau secukupnya gula melaka ~ dipotong kecil2
1 1/3 cawan atau secukupnya air atau jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam ~ dicampur dlm jus pandan

Untuk kuah:
3 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Untuk kuah:

~ Campurkan semua bahan2 kuah lalu dikacau atas api sederhana sehingga kuah masak dan agak pekat. Ketepikan.

Buah Melaka:

1. Bancuh tepung bersama jus pandan sehingga boleh diuli. Jangan sampai lembik nanti susah nak bentukkan doh jadi bulat.
2. Ambil doh sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan. Bulatkan dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkn buah melaka tadi.
4. Bila bebola timbul/terapung bolehlah diangkat dan toskan.
5. Terus masukkan ke dalam kuah yg telah disediakan tadi.

Thursday, January 31, 2013

PAU DONUT


sebenarnya pau donut ni ada lubang di bahagian tengahnya tapi bila ia cukup naik...lubang tengahnya dah tersumbat! agak besar jugak lubang yang akak buat... sebelum kukus masih kelihatan lagi lubangnya... buka kukus... gini jadinya.. nampak macam sebiji pau la pulak...
akak rasa pau donut ni ada 2 peranan... dikukus seperti pau tapi teksturnya mirip donut... x percaya cubalah...
akak ambil gambar ketika coklat belum kering lagi... lagi pun celup ketika pau donut suam suam lagi... sebab tu lambat kering coklat tu... agakkkkk.. x sabar sabarlah tu.. hehehe


PAU DONUT
mjlh Sedap feb 2013

300 g tepung gandum
60 g tepung kanji
2 st yis (8 g)
1/2 st serbuk penaik
75 g gula pasir
25 g susu tepung
175 ml air sejuk
30 g mentega putih
1 st garam

bahan topping:
150 g coklat masakan hitam, dicairkan
25 g coklat masakan putih, dicairkan (akak gantikan dengan kekacang)

campur rata tepung gandum, tepung kanji, yis segera, serbuk penaik, gula pasir dan susu tepung. masukkan air sejuk. uli sehingga licin
masukkan mentega putih dan garam. uli sehingga elastik. biarkan selama 30 minit
kempiskan adunan. timbang setiap bahagian adunan seberat 40 g. bulatkan. leperkan. lubangkan tengahnya
letakkan di atas kertas pau. biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
kukus selama 10 minit di atas  api sederhana sehingga masak.
celupkan bahagian atas dengan coklat masakan hitam pekat. sejukkan. coret coretkan dengan coklat masakan putih (akak hanya tabur kekacang)

PESAN SEDAP:
pau boleh dicelup setengah bahagian supaya kelihatan tekstur paunya

Friday, January 11, 2013

KUIH BAKAR JAGUNG


kuih yang akak buat masa nak meraikan majlis harijadi rakan grop Jiran Wanita... baru baru ni... makan pun sedap kuih bakar jagung ni.. buat pun x rumit mana.. senang je..

KUIH BAKAR JAGUNG

Bahan-bahan ( sefamily )

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka
akak tambah pewarna

Cara-cara

"Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

Thursday, January 10, 2013

♥BINGKA LEMAK KRACKERS (Tanpa Telur)


semangat membara nak mencuba.. akhirnya jadi idamanku... sedap.. jom cuba.. kuih ni akak buat minggu lepas tapi x de masa terluang nak update blog...

♥BINGKA LEMAK KRACKERS (Tanpa Telur)

Bahan-bahan ( loyang 8x8 atau 2 keping acuan pecah lapan )

Bahan A :-

16 keping biskut lemak krakers/cream crackers - dipatah2kan
2 cawan santan sedang
1/2 tin susu cair

Bahan B :-
1/2 cawan tepung gandum - ayak
4 sb tepung jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Bahan C :-

2 sk pandan paste dan beberapa titik pewarna hijau
2 sb mentega cair
secukup bijan - untuk tabur jika suka

Cara-cara

 Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar hingga halus.
 Campur bahan2 B ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Tuangkan adunan yang dikisar tadi dan kacau rata dan campurkan mentega cair,pandan paste dan secukup pewarna hijau, kacau hingga sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan bakar pada suhu 160C-170C selama 40 min - 1 jam atau hingga garing permukaan kuih.

Friday, November 16, 2012

BINGKA CRACKERS


puas hati buat bingka ni... amat sedap.. bila sedap sekejab je dah habis... tu yang suka! 
sebenarnya akak buat bingka ni untuk mesyuarat rakan kenduri... perbincangan untuk menyelaraskan hal hal yang berkaitan kenduri untuk group yang akan mengadakan kenduri kahwin x lama lagi.. termasuk perbincangan menu menu yang hendak di masak serta peralatan kenduri... dua orang dari rakan kenduri akan membuat kenduri pada 2/12 dan seorang lagi pada 20/12.. kedua duanya nak menyambut adik ipar dan kenduri itu akan dijalankan di umah group rakan kenduri..


BINGKA CRACKERS
Sumber:Kh267tm,
Majalah Aroma Jun2012
loyang 9" bulat

Bahan-bahan

20 keping biskut cream crackers
85 gm.tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan untuk tabur


Cara membuatnya

Panaskan oven 180'C.Sapukan loyang dengan mentega.
Kisarkan semua bahan kecuali,bijan ,pewarna esen vanila dan coklat emulco.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau.
Satu bahagian lagi,asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco .Baki adunan di letakkan esen vanila.
Tuangkan adunan vanila ke dalam loyang.
Tompok-tompokkan adunan yang berwarna coklat ke atasnya dan buat corak marble .
Bakar di dalam oven sehingga permukaan atas kelihatan keras sedikit(lebih kurang 15-20 min.)
keluarkan dari oven dan tuangkan adunan hijau pula.Taburkan bijan di atasnya.
Bakar semula di dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak ,biarkan bingka sejuk sebelum di potong.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...