followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

SERAWA TIMUN BETIK


timun betik ni memang susah nk jumpa. kalau ada pun time bulan puasa je.. ada musim juga buah ni.. sama dengan buah ngaku ia banyak time perayaan cina sahaja..

SERAWA TIMUN BETIK

sebiji timun betik - potong kiub
1 tin susu cair
Air gula secukupnya
ais batu kiub

masukkan semua sekali dan simpan sekejab dalam peti sejuk
bolehlah d nikmati sejuk

Wednesday, May 7, 2014

PENGAT PISANG ABU


pisang pemberian seorang pakcik yang tiada pertalian darah yang terlalu baik hati telah menalifon supaya datang jumpa dia.. dan memberi kami 2 sikat pisang abu (yang membuat kami terharu sesikat pisang darinya dia belikan untuk kami)mungkin pakcik tu rasa x cukup sesikat pisang untuk kami.... ini yang membuatkan hubby menitis airmata terharu sangat.. pakcik Hj Fadil... sesungguhnya kami mengharga dan menyayangi pakcik untuk selamanya.. hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikkan pakcik pada kami.. biarlah kami berdua menumpang kasih pada pakcik...

PENGAT PISANG ABU

1 sikat pisang abu - potong serong isinya
2-3 sb sagu
2-3 senduk sederhana gula pasir (akak x guna gula merah sebab kehabisan stok)
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1 st garam @ secukup rasa

campurkan semua dan masaklah sehingga mendidih dan secukup rasa.
bolehlah di angkat.

Tuesday, September 17, 2013

BUBUR JAGUNG BERSAGU


 hidangan petang...

BUBUR JAGUNG BERSAGU

Bahan bahan

2 tongkol besar jagung yang dihiris
3 sudu besar sagu biji halus
2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 - 3 senduk sedang gula pasir
secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan

masukkan ke semua bahan jagung, air, santan dan gula. masak hingga mendidih.
Masukkan biji sagu jadi separa jernih.
masukkan daun pandan & garam.  Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.  Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.

Friday, July 12, 2013

BUBUR BUTIRAN LABU


terima kasih para pengunjung dan sahabat jiran tetangga blog yang sudi singgah ke sini... selamat berpuasa semua.. di bulan puasa ni akak kesempitan waktu nak mengeposkan gambar masakan di sini kerana ingin menyiapkan tempahan raya... tapi jika ada luang masa.. insyaallah akak akan berkongsi juga...
untuk resepi ni... sebenarnya akak buat untuk menghabiskan stok labu.. nak buat cucur labu tapi rasa x de selera ke arah itu.. hehehe... nak buat pengat labu pun... takut anak anak x suka... tapi bila akak buat bubur ni.. dorang suka pulak... mungkin tertarik dengan butirannya yang berwarna kuning raja.. x bubuh pewarna yee....
resepi ni akak olah dari resepi bubur biji salak atau di kenali bubur biji nangka... tapi yang tu dibuat dari keledek dan kena letak pewarna untuk mencantikkanya...

BUBUR BUTIRAN LABU

labu
tepung pulut
santan
gula garam
daun pandan

main agak agak jer... tapi labu mesti dikukus dahulu.. kalau rebus takut banyak air... kemudian masukkan tepung uli hingga x melekat di jari.. buatlah butiran labu hingga habis.. masak air panas celur hingga timbul dan toskan terus masuk dalam kuah santan yang telah siap dimasak terlebih dahulu. setelah selesai.. panaskan semula bubur ni.. ringkas je...

Thursday, May 23, 2013

BUBUR JAGUNG PULUT



ada seorang rakan telah mengesyorkan akak buat bubur jagung bersama pulut... jadi akak pun buatlah tapi pulut tu akak x buat pun akak hanya beli di kedai RM 1.. malas pulak nak buat kerana sikit je nak dimasukkan ke dalam bubur ni...

BUBUR JAGUNG BERSAMA PULUT

7-8 tongkol jagung - hiris halus
2 cawan santan pekat + sedikit air jika terlalu pekat
2 senduk gula
2 helai daun pandan
sedikit garam
segenggam pulut yang telah dimasak atau beli RM 1.00

masukkan semua bahan kecuali pulut.
masaklah sehingga jagung masak dan mendidih sempurna.
bila telah cukup mendidih masukkan pulut yang telah dimasak, gaulkan bersama.
boleh la ditutup api. sedia untuk dimakan

Wednesday, September 26, 2012

PENGAT PISANG


juadah minum petang.. dah lama x makan pengat pisang ni.. sesekali memang layan jugak ni... x sedar menambah.. hehehe.. almaklumlah bukannya pisang sendiri.. semuanya dibeli dari pasar malam je..


RESIPI PENGAT PISANG

1 sikat pisang abu - potong serong isinya
2-3 sb sagu
2-3 senduk sederhana gula pasir (akak x guna gula merah sebab kehabisan stok)
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1 st garam @ secukup rasa

campurkan semua dan masaklah sehingga mendidih dan secukup rasa.
bolehlah di angkat.

Monday, March 12, 2012

BUBUR ANAK LEBAH (PERAK)

)

bubur yang terkenal di sekitar Perak khasnya kawasan Perak Tengah dan Kuala..
biasanya bubur ni di masak time majlis lepas pantang @ lebih di kenali majlis berendoi.. tapi sekarang ni orang sudah mula porpularkan semula bubur anak lebah ni.. x kira apa saja kenduri kendara.. dah ramai orang buat bubur ni.. satu petanda baik agar tidak dilupakan untuk generasi akan datang..
untuk pengetahuan.. bubur ni lebih cantik dan menarik jika di warnakan dengan warna hijau dari jus air pandan ia akan lebih wangi.
bubur ni amat sedap di makan begitu saja tapi bagi akak ia lebih sedap kalau ia di campurkan dengan sedikit pulut ke dalam lagi bertambah sedap tau...


RESIPI BUBUR ANAK LEBAH
di sini

500g tepung beras kisar - cap ros/gajah/bunga raya
500 ml santan pelat
1 kg gula pasir + gula melaka - pilih salah 1 pun boleh.
sedikit garam
daun AIR kapur sebagai pengental adunan

bancuh tepung beras dengan sedikit air dan masukkan air kapur ke dalam adunan tepung.
gaulkan adunan sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
kemudian sangatkan kepada acuan yang banyak lubang seperti kita membuat cendol. ketepikan dulu.

dalam periuk lain:
masaklah santan, gula, daun pandan, gula merah jika suka hingga mendidih.
perlahankan api dan parutlah tepung anak lebah tadi terus ke dalam periuk berisi santan tadi. guna acuan cendol seperti buat maruku tu lagi senang..
kacau. tunggu hingga tepung anak lebah tu masak sepenuhnya. anggaran 10minit >.

* kalau boleh bancuhan kuah cairkan sikit sebab adunan tepung itu sendiri akan memekatkan kuahnya nanti.
* sedap di makan bersama sedikit pulut putih -gaulkan seperti kita makan cendol.


Friday, December 23, 2011

MEMBUAT BUBUR ASYURA


grop JW bergabung dengan ahli surau sepakat membuat bubur asyura ni bersama pada minggu lepas.. 
alahai.. baru sekarang akak teringat nak masukkan di sini.. ape ape pun bubur asyura ni memang sedap dan betul betul masak sehingga boleh di potong cantik.. dari segi rasa pada akak ia terlebih pisang sikit.. kalau nak buat tahun depan kena kurangkan sikit pisangnya.. jadikan 2 sikat sahaja..
minggu lepas geng JW sebenarnya dah buat bubur asyura ni juga... dorang telah gunakan resepi yang sama tapi tambah sebiji isi durian dalam resepi ni.. ermm... sedap gak.. ada rasa macam lempuk durian.. tapi bukan semua orang suka rasa durian nikan.. kali ni kami sepakat x mau masukkan durian.


BUBUR ASYURA ♥ 

2 kg santan
2 peket tepung beras
RM1.00 sagu halus
3 sikat pisang
1 1/2 peket gula
RM 3 gula melaka
RM 3 kacang tanah
RM 3 kacang hijau
RM 3 kacang merah
2 peket jagung 
4 ketul keledek
sedikit garam
daun pandan

** isi durian jika suka
** masukkan aisr masak jika pekat sangat


Thursday, November 24, 2011

BUBUR JAGUNG


jom kita makan bubur jagung.. kalau petang petang ada juadah cam ni memang lazat... akak memang suka apa jua yang di masak menggunakan jagung... pasti menjadi pebret akak...


RESIPI BUBUR JAGUNG
4 tongkol jagung - di hiris halus dan nipis
2 senduk sederhana gula pasir
300g santan + sedikit air
2 sb biji sagu halus
1 helai daun pandan
1st garam

campurkan semua kecuali sagu halus dan masaklah sehingga mendidih. kacaulah selalu dan bila dah cukup mendidih masukkan sagu halus. masaklah hingga betul betul masak jagungnya

Wednesday, August 10, 2011

IFTAR 8: BUBUR JAGUNG


alahai... bubur yang paling akak gemari... ape saja kalau ada campuran jagung memang suka sangat...

RESIPI BUBUR JAGUNG CAMERON

4 tungkul jagung- di hiris nipis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 1/2 senduk lebih gula pasir
garam secukup rasa.
beberapa helai daun pandan

campurkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil di kacaukan selalu.
bila dah mendidih sepenuhnya padamkan api.
sedia untuk di hidangkan..

Thursday, August 4, 2011

IFTAR 3: BUBUR BIJI SALAK


wp badan x berapa sihat akak kuatkan kudrat untuk membuat pemanis mulut ni..
dah lama benar akak x buat.. di bulan pose ni teringin sangat nak makan ni..
akak lihat ada ubi keledek pemberian kawan yang tertangguh2 membuatnya..


* siap di dalam bekas untuk di beri kepada kawan kawan...

RESIPI BUBUR BIJI SALAK

2 biji ubi keledek kecil- rebus
tepung pulut secukupnya
sedikit air
sedikit pewarna hijau
2 senduk gula pasir
RM2 santan pekat
sedikit air
2 helai daun pandan
1 st garam
A)
setelah empuk ubi keledek angkat dan toskan. 
kemudian di lenyek halus.
masukkan tepung pulut sedikit sedikit gaul bersama pewarna hijau dan uli hingga x melekat di tangan.
gentelkan seperti biji salak dan berbentuk bujur.
B)
panaskan air di dalam periuk hingga mendidih.
setelah itu masukkan doh yang di gentel tadi.
pabila masak ia akan timbul kemudian angkat dan masukkan di dalam bekas lain yang berisi air.
tujuan untuk mengelakkan dari melekat antara satu sama lain.
C)
sementara itu sediakan periuk lain dan masukkan santan, daun pandan, gula, sedikit air dan garam.
masaklah sehingga mendidh santan tadi. 
kena kacau selalu supaya x pecah minyak dan tutup api
D)
sementara itu toskan biji salak tadi dan masukkan ke dalam bahan C).
panaskan semula api dan masaklah sehingga mendidih.
sedia untuk di hidangkan

Tuesday, July 5, 2011

PENGAT BUAH SUKUN


cadangan asal nak buat goreng buah sukun ni.. tapi x sempat nak buat, akhirnya buah sukun ni masak! kerana sayangkan buah ni akhirnya akak buat pengat sukun ni.. memang dah lama x merasa pengat sukun ni sebab buah ni payah dapat..


RESIPI PENGAT BUAH SUKUN

1/2 biji buah sukun  hampir masak
2 cawan santan pekat
2 senduk gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit garam

campurkan ke semuanya.. dan masaklah sehingga pengat sukun ni mendidih dan masak.

Monday, June 13, 2011

PENGAT PISANG ABU BERSAGU


pisang ni mak sedare yang beri.. dia pun orang yang sedekah kat dia.. di panjangkan sedekah tu kepada akak lak. semoga segala pemberian ni di kurniakan pahala yang berlipat kali ganda... Amiiiin...


RESIPI PENGAT PISANG ABU BERSAGU

5 biji pisang abu yang agak ranum
1 1/2 senduk sederhana gula pasir
sedikit garam - untuk membangkitkan rasa lemak santan
1-2 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
1-2 cawan air - ikut kepakatan yang disukai
1/2 senduk sagu - basuh

campurkan semua ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. kacau selalu supaya x pecah minyak.
sedia untuk di hidangkan..

Tuesday, May 31, 2011

PENGAT PISANG ABU BERSAGU


sebenarnya tenet masih semput lagi ni.. susah benar nak masukkan gambar di sini.. naik jemu menunggu!! huhuhu.. 

dah lama x makan pengat pisang ni. pisang ni kawan yang beri.. dapatlah juga buat 2 jenis dari sesikat pisang abu ni.. pisang goreng malas nak snap dan bakinya dapat juga buat pengat pisang ni.. wp x banyak.. tapi cukuplah untuk makan berdua, maka lepaslah kempunan sebab dah lama x buat. anak anak pun semua dah sambung belajar tinggallah kami berdua je.. 
kadang kadang terfikir je.. tinggal berdua ni lebih baik beli je.. tapi akak ni x boleh wp sikit akak tetap masak juga.. bukan pe, akak ni x tahan kalau selalu makan di luar sebab makanan yang dimasak kebanyakannya semua bubuh perasa! akak mudah sakit kepala!!


RESIPI PENGAT PISANG ABU BERSAGU

7 biji pisang abu yang agak montel
1 senduk sederhana gula pasir
1 senduk yang sama gula merah
sedikit garam - untuk membangkitkan rasa lemak santan
1-2 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
1-2 cawan air - ikut kepakatan yang disukai
1/2 senduk sagu - basuh

campurkan semua ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. kacau selalu supaya x pecah minyak.
sedia untuk di hidangkan..

Tuesday, April 26, 2011

Saturday, April 23, 2011

Sunday, April 10, 2011

BUBUR ANAK LEBAH



hanya orang Perak tulin je yang kenal bubur anak lebah ni.. tu pun bukan semua orang Perak kenal. belah utara dan selatan langsung x kenal! bubur ni paling terkenal di sekitar Perak Tengah je.. kalu dulu dulu orang buat untuk meraikan kelahiran orang baru tapi kini apa saja kenduri pun orang dah mula memperkenalkannya semula sebagai hidangan pencuci mulut.
bubur ni bukan akak yang masak tau.. tapi bubur ini pemberian kawan yang membuat majlis cucur rambut kelahiran baby barunya... seronok  baru dikurniakan anak perempuan... anak dulu semua lelaki.
bila dengar bunyi yang pelik "Anak Lebah" jangan pula ada yang rasa terkezzuuuut lak... sekor anak lebah @ ayah atuk serta kerabat lebah pun x ada dalam bubur ni.. madu lebah pun x masuk yee... jangan takuuuut!!

seandainya ada yang teringin nak mencuba bubur anak lebah ni di bawah sini akak sertakan resepinya.. mudah je.. bahan pun x banyak. cara buat pun sama seperti cendol. ape tunggu lagi jom...

RESIPI BUBUR ANAK LEBAH

500g tepung beras kisar - cap ros/gajah/bunga raya
500 ml santan pelat
1 kg gula pasir + gula melaka - pilih salah 1 pun boleh.
sedikit garam
daun AIR kapur sebagai pengental adunan

bancuh tepung beras dengan sedikit air dan masukkan air kapur ke dalam adunan tepung.
gaulkan adunan sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
kemudian sangatkan kepada acuan yang banyak lubang seperti kita membuat cendol. ketepikan dulu.

dalam periuk lain:
masaklah santan, gula, daun pandan, gula merah jika suka hingga mendidih.
perlahankan api dan parutlah tepung anak lebah tadi terus ke dalam periuk berisi santan tadi. guna acuan cendol seperti buat maruku tu lagi senang..
kacau. tunggu hingga tepung anak lebah tu masak sepenuhnya. anggaran 10minit >.

* kalau boleh bancuhan kuah cairkan sikit sebab adunan tepung itu sendiri akan memekatkan kuahnya nanti.
* sedap di makan bersama sedikit pulut putih -gaulkan seperti kita makan cendol.

Thursday, March 10, 2011

BUBUR JAGUNG CAMERON

assalamualaikum..


ni menu minum petang.. dah lama x makan jagung. beli jagung kat pasar malam RM5.00 dapatlah 5 tungkul dapat extra setungkul. kali ini puas betul dapat makan bubur jagung. akak memang suka sangat jagung x kiralah nak masak apa pun, asalkan jagung semua akak layannnn... banyak jugak akak buat. ada yang akak hantar jiran.bubur jagung ni kalau x habis makan sejukkan dalam peti ais lagi best ni...

 

RESIPI BUBUR JAGUNG CAMERON

4 tungkul jagung- di hiris nipis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/4 cawan sagu - x bubuh. sangkakan ada lagi cari cari dah habis.
2 1/2 senduk lebih gula pasir
garam secukup rasa.
beberapa helai daun pandan

campurkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil di kacaukan selalu.
bila dah mendidih sepenuhnya padamkan api.
sedia untuk di hidangkan..

sruuuupppppppp2x..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...