followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label Hidangan pengantin. Show all posts
Showing posts with label Hidangan pengantin. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

AYAM BERSOS PERCIK


hidangan yang menjadi perhatian juga di meja pengantin. jika kita nak makan bersama keluarga ayam ni bolehlah di belah empat sahaja tapi akak buat untuk hidangan pengantin jadi akak buat sytle ayam golek. kepedasannya terpulang kepada citarasa masing masing tapi biasanya ayam percik jarang ada yang pedas pedaskannnn..
untuk pengetahuan ada 5 hidangan lagi yang terlupa di ambil gambar.... huhuhu
setelah selesai hidangan ni dihias di meja pengantin.. ada beberapa orang datang berjumpa akak termasuklah seorang kawan dari pengusaha catering bertanyakan berapa charges sekiranya mereka nak menempah hidangan di meja pengantin ni... tapi sebenarnya akak keberatan untuk menerima tempahan  seperti ni.. akak buat ni pun adalah kerana ia adalah rakan baik akak... dan juga isteri kepada pak Imam surau di tempat akak.. akak hanya suruh dia sediakan bahan bahannya sahaja... 


AYAN BERSOS PERCIK
chef Zainab

bahan kisar:

300 g bawang merah
3 ulas bawang putih
30 g halia
20 g kunyit hidup
30 g lengkuas
40 g cili merah (nak pedas boleh tambah)
30 g buah keras
3 sb serbuk jintan putih
3 batang serai

1 ekor ayam (1.5kg) - belah 4
500 g santan segar
1 sb serbuk ayam
5 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak menumis

panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit baunya.
masukkan santan diikuti ayam, daun limau purut.
masaklah sehingga pekat.
keluarkan ayam dan bakar dalam oven sehingga garing.
baki sos yang di dalam kuali tadi masaklah sehingga hampir pekat.
kemudian hidangkan ayam bersama sos percik tadi
hiaskan ikut selera anda.

Saturday, December 29, 2012

BOXING CHICKEN


hidangan yang sangat suka akak lihat.. cantik dan sedap sangat...
ramai yang kata ini adalah hidangan yang special... tapi akak x tau kebenaran kata kata tu...


BOXING CHICKEN

Bahan-bahan:
8 - 10 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar akar ketumbar yg ditumbuk
sedikit garam
1 biji telur ~ dikocok
serbuk roti secukupnya
minyak


Cara-cara:
Kepak ayam dipotong, ambil bahagian atasnya sahaja iaitu bahagian yg banyak isi (boleh juga dibeli bahagian drummet yg telah siap dipotong).
Hiris sedikit bahagian hujungnya dan tarik isinya ke bawah (jangan sampai putus). Ketepikan.
Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali telur, serbuk roti dan minyak.
Gaulkan hingga sebati.
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi lebih kurang 30 minit.
Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan ayam pada serbuk roti hingga rata.
Kemaskan sambil mengepal isi ayam tersebut. Buat hingga habis.
Kemudian goreng ayam tadi dalam minyak yg telah dipanaskan.
Goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
Angkat dan toskan.
Hidangkan Boxing Chicken ini bersama sos cili thai atau sos cili kegemaran masing-masing.

SALAD DAGING ALA THAI


salad yang sangat sangat sedap.. jangan pandang sangat gambar di atas tu.. sebenarnya ia dah x cukup bahan untuk di hiaskan di dalam hidangan ni.. akak guna apa yang patut sebab waktu dah kian hampir.. (akak dah mula risau dan takut pengantin lelaki tiba dulu sebelum hidangan disediakan di atas meja pengantin) lagi pun akak perlukan masa nk balut dengan plastik ke semua masakan pengantin ni


inilah gambaran sebenarnya salad yang sedap ni...

SALAD DAGING ALA THAI

300 g daging batang pinang 

bahan A - perap:

1 1/2 sb jus limau nipis tapi * akak guna lemon 2 sb
1 sb gula melaka * akak guna gula pasir sebab terlupa!
1 sb sos ikan / sotong
2 sb minyak bijan 
1 sb kicap cair
2 sb halia - sagat / kisar halus
1 ulas bawang putih - cincang lumat


bahan B:

200 g tomato segar - hiris
200 g timun segar (buang biji) hiris
1 biji  bawang besar - mayang halus
1 biji cili merah - mayang halus
6-8 biji cili api - hiris
2 tangkai daun pudina * akak dah cari tp x jumpa
1 tangkai daun selasih * akak x jumpa jg
1 tangkai daun ketumbar - hiris
4 helai daun limau purut - buang tulang tengah dan hiris halus
60 g kacang tanah - goring dan tumbuk kasar kasar
garam gula secukup rasa (hati hati sebab bahan perap dah ada perasa)


gaul rata bahan A dan tuang sikit pada daging, gaulkan dan simpan dalam peti ais 2 jam. nak perap lama pun x pe.
panggangkan daging dalam oven hingga masak.
keluarkan daging dan hiris halus daging tadi dan campurkan dengan bahan B dalam mangkuk besar dan masukkan lebihan bahan A dan gaul pada daging serta bahan salad tadi. perasakan garam dan gula secukup rasa

SATE HATI GORENG LADA HITAM BERMADU KASIH


asalnya hati akak nak cucuk je pada betik tapi memandang lihat jam pun dah hampir pukul 11am.. akak pun ambil keputusan buat ala kadar je hiasannya.. tapi ada juga yang kata cantik juga hiasan cam ni senang ambil...
masakan hati ni pun amat sedap...


RESIPI HATI GORENG LADA HITAM BERMADU KASIH

1 kg hati ayam 
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam 
sedikit madu
sedikit kicap
sedikit garam secukup rasa
minyak mengoreng

bersihkan hati dan gaul semua bahan dan perap 1 jam barulah digoreng.

bahan tumis:(bahan ini jangan banyak takut jadi seperti masak kicap pulak!)
2 labu besar bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit kicap
sedikit garam
sedikit bijian lada hitam hancur
sedikit minyak shj

tumiskan semua bahan hingga garing dan wangi.
masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.
taburkan bijian lada hitam hancur dan gaul rata.
angkat

AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS


sebenarnya akak x habis lagi masukkan gambar hidangan pengantin ni... di sebabkan akak amat kekurangan masa untuk mengadap lappy lama lama.. 
ayam ni amat sedap... wp rupa parasnya x menawan sangat.. suami rakan dan rakan rakan pun mengemari masakan ayam ni..

AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS
resepi : Ros@Jintanmanis
sumber : Ct Delima & K.Nor

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah


Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).

Wednesday, December 26, 2012

UDANG PANJAT BEREMPAH LADA HITAM



nampak kehijauan je udang panjat ni... sebenarnya.. akak telah kehabisan cili merah segar masa nak menghias udang ni.. terimalah seadanya... wahai pengantin..


UDANG PANJAT BEREMPAH LADA HITAM

Bahan ~ utk perapan:

1 cawan tepung jagung
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam scukupnya


Cara:


Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.

Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
perap (15 minit - 2 jam shj). Ketepikan.

Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.

* hidangan ini boleh di gubah menjadi hiasan meja pengantin:
- salad
- cili segar (rendam air kapur)
- pencungkil gigi secukupnya
- buah betik mengkal
- cili cameron (untuk jadikan bekas sos)
- sos cili + tomato

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT


masakan ikan ni akak masak 2 ekor dan seekor lagi akak masak ikan bawal kukus sweet sour tapi malangnya akak terlupa ambil gambarnya... huhuhu...
untuk pengetahuan dulu pun pernah juga akak masak style ni tapi dulu akak guna ikan siakap pun sedap juga.. di sini


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

Bahan:

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (akak guna ikan siakap)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak




Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

STICKY CARAMEL CHICKEN WING


ramai orang dah tau kesedapan masakan ni kan.... sebab itulah akak memilih masakan ini.. juga salah satu hidangan pengantin yang akak sediakan untuk meja pengantin...


RESIPI STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Bahan-bahan ( 24 keping )

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

TELUR KUKUS SRI RAMPAI


ini juga adalah hidangan pengantin.. masakan yang berasaskan telur ni sengaja akak sediakan sesuai bagi orang ada anak dan memilih untuk tidak makan ayam atau daging... akak guna 6 biji telur ayam dapat sebanyak 7 pcs telur kukus ni.. ramai yang menyangkakan ini adalah sejenis puding.. bila akak katakan ini adalah telur mereka terkejut.. x sangka ia sebenarnya telur yang di kukus...

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak

Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
isi udang dan sedikit chicken ball ~ dipotong kecil
1 sudu besar rempah kari


Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus

AYAM SERI HARUM PENGANTIN










salah seorang dari ahli group RAKAN KENDURI MUAFAKAT membuat kenduri jadi akak telah ditugaskan untuk menyediakan hidangan di meja pengantin. ini adalah di antara masakan yang akak telah masak untuk majlis perkahwinan adik rakan baik akak tu.. 
untuk pengetahuan semua.. pada hari kenduri itu akak telah menyediakan sebanyak 15 pinggan hidangan pengantin kesemuanya.. dengan dibantu oleh seorang rakan akak untuk menghias masakan yang telah akak masak.. disamping itu akak juga turut membantunya menghias wp akak sendiri juga sedang memasak.. bukan ape.. akak nak pastikan kesemua masakan ni mesti siap jam 11 pagi.. sebelum pengantin lelaki tiba.. jam 12 lebih.. 
di antara masakan yang akak masak - 3 ekor ayam (2 ekor ayam bulat & 1 ekor belah 2), 3 ekor ikan bawal, udang panjat, masakan hati ayam, 2 jenis masakan dari kepak ayam, kerabu daging, acar timun, sejenis masakan telur, sejenis puding sunkist


* semua gambar gambar bukan di ambil dari meja pengantin

AYAM SERI HARUM PENGANTIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak


Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...