followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, January 31, 2013

PAU DONUT


sebenarnya pau donut ni ada lubang di bahagian tengahnya tapi bila ia cukup naik...lubang tengahnya dah tersumbat! agak besar jugak lubang yang akak buat... sebelum kukus masih kelihatan lagi lubangnya... buka kukus... gini jadinya.. nampak macam sebiji pau la pulak...
akak rasa pau donut ni ada 2 peranan... dikukus seperti pau tapi teksturnya mirip donut... x percaya cubalah...
akak ambil gambar ketika coklat belum kering lagi... lagi pun celup ketika pau donut suam suam lagi... sebab tu lambat kering coklat tu... agakkkkk.. x sabar sabarlah tu.. hehehe


PAU DONUT
mjlh Sedap feb 2013

300 g tepung gandum
60 g tepung kanji
2 st yis (8 g)
1/2 st serbuk penaik
75 g gula pasir
25 g susu tepung
175 ml air sejuk
30 g mentega putih
1 st garam

bahan topping:
150 g coklat masakan hitam, dicairkan
25 g coklat masakan putih, dicairkan (akak gantikan dengan kekacang)

campur rata tepung gandum, tepung kanji, yis segera, serbuk penaik, gula pasir dan susu tepung. masukkan air sejuk. uli sehingga licin
masukkan mentega putih dan garam. uli sehingga elastik. biarkan selama 30 minit
kempiskan adunan. timbang setiap bahagian adunan seberat 40 g. bulatkan. leperkan. lubangkan tengahnya
letakkan di atas kertas pau. biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
kukus selama 10 minit di atas  api sederhana sehingga masak.
celupkan bahagian atas dengan coklat masakan hitam pekat. sejukkan. coret coretkan dengan coklat masakan putih (akak hanya tabur kekacang)

PESAN SEDAP:
pau boleh dicelup setengah bahagian supaya kelihatan tekstur paunya

SOS ROJAK YANG KU IDAM..


sebenarnya akak buat sos rojak ni dari minggu lepas.. saja mengidam nak makan.. hehehe.. x de pape tau.. sebenarnya bukan pape.. dah lama x makan tetiba je teringin nak makan.... akak memang suka buat kuah rojak ni dan simpan stok untuk makan bila time mengidam...
sos rojak akak ni very simple je... tapi ada ummmmphhhh....

HOMEMADE SOS ROJAK 


1 botol cili sos
1 botol kicap manis
gula ikut sukatan kicap/sos
sedikit belacan - hancurkan
2 sb cili powder - ikut kepedasan sendiri (nak + cili api pun boleh /tumbuk)
hiasan:
kacang tanah/bijan - di sangai

masak semua bahan ikut kepekatan yang di kehendaki.
tabur bahan hiasan ketika nak makan (jika di campur kuah rojak x tahan di simpan lama)
* sukat dulu kicap baru sukat gula - sama banyak
* jika nak buat sikit boleh guna sukatan cawan
* boleh di buat dalam quantiti banyak. jika di masak pekat boleh di simpan berbulan lamanya dalam peti ais/kuar setakat yang ingin di makan saja.




IKAN MASAK LEMAK BELIMBING


dalam  minggu ni akak begitu sibuk dengan tempahan... kurang masa nak update blog ni.. 
belimbing ni kawan akak yang beri.. dia kata kawannya beri kat dia, dia pula panjangkan pahala ni untuk akak... Alhamdulillah.. lama benar rasanya x masak dari belimbing ni...

 

1 ekor ikan nyok nyok - kerat beberapa bahagian
7-8 tangkai cili api - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 cawan santan pekat + sedikit air
1 st serbuk kunyit
10 biji belimbing - belah 2
garam secukup rasa

masak semua bahan di atas hingga ikan masak dan mendidih

AGAR AGAR KERING


akak buat 4 set untuk resepi ni.. tapi akak terlupa nak ambil gambar yang sudah di keringkan.. huhuhu.. tertangguh, tangguh hingga terlupa langsung.. aduyaiii... nak ambil gambar sekarang pun agar agar kering ni dah x de dah.. semuanya dah selamat... beri pada kakak ipar di kampung.. untuk kendurinya..
untuk pengetahuan.. agar agar kering ni x lah bersakar sangat seperti orang dulu dulu buat.. bagi akak, akak suka seperti ni.. x manis sangat, jika terlalu manis sangat orang pun takut nak makankannnn....  kurangkan manis untuk kesihatan.. hehe

AGAR AGAR KERING

40 g serbuk agar agar
2 kg gula
4 L air
beberapa pewarna @ perisa - jika suka

satukan semua kecuali pewarna @ perisa dan masaklah sehingga tua / matang dalam 1 jam dengan api yang sederhana
ambil 1 L agar agar masukkan pewarna dan tuang di dalam dulang / loyang.
biarkankan sehingga agar agar keras
setelah itu bolehlah dipotong / terap mengikut citarasa sendiri
susunkan di atas loyang (jangan rapat rapat) dan bolehlah dijemur.
keesokkannya terbalikkan ke semua agar agar kering agar ia cepat kering.
buatlah untuk beberapa hari sehingga agar agar benar benar kering dan ia tidak melekat pada dulang.

selamat mencuba

Saturday, January 26, 2013

CUCUR TUNA CHUNKS


cucur ni akak buat malam tadi... ada bakinya akak masak pagi ni... buat time boring ketika mr hubby dan anak mengadap bola... ngadap fb pun asyik berulang ulang gambar je... (x best langsung..) x tau ape nak makan jadi akak buatlah cucur ni.. teringat tuna tin masih ada dalam simpanan...
 jom layan resepinya yang sedap sangat..

RESIPI CUCUR TUNA CHUNKS
norlie harumaini
moh weh ke dapur

3 cawan tepung gandum
1 tin tuna chunks(jenis air)
2 1/2 cawan air (ikut kesebatian tepung)
2 1/2 st yis kering
1 st bocarbonate of soda
1 biji bawang besar - dadu
sepokok daun sup - hiris halus
2 st serbuk cili (yang kasar)
2 sk (kfc) garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

hancurkan dulu ikan tuna chunks.
gaulkan kesemuanya hingga sebati semua adunannya
panaskan minyak
jemputkan adunan dan masukkan dalam  kuali panas.
bila dah kembung balik balikkan cucur ni.
angkat dan toskan

* sedap di makan dengan sos cili

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE




Friday, January 25, 2013

PANTANG MAKAN BAGI ORANG KANSER


PANTANG MAKAN BAGI ORANG KANSER... penyakit inilah yang paling mengerunkan... jom baca pantang larang bagi orang terkena kanser..

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa, khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur, buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun, kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama, sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin dan lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
11) Makanan yang dipanggang, di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang, lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran, buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

Thursday, January 24, 2013

KEK JANTUNG PISANG / KEK GORENG


kek ni akak belajar dari kelas Kemas.. sebenarnya kek ni adalah dari kek orang lama... nampak cantikkan lapisnya.. sekali pandang memang seperti kek lapis serawak tapi yang bezanya kek ni hanya digoreng di atas api yang paling kecil dalam kuali yang paling kecil saiznya..
proses buatnya x lah sukar seperti yang disangkakan.. hanya letak adunan dan buila garing bahagian bawahnya angkat kek keluar dan letakkan sesudu lagi adunan ditengah kuali..letak semula adunan kek yang di angkat ratakan sekeliling adunan dengan sudip.. ulang saja setiap proses yang sama hingga habis...


KEK JANTUNG PISANG (kek goreng)

1 mangkuk tepung gandum * jika guna tepung kek x perlu letak B.powder
1 sudu baking powder
8 biji telur ayam
1 ketul buttercup
1 sudu  kecil vanilla
1 cawan gula

pukul buttercup bersama 1 cawan gula hingga kembang
ayak tepung gandum bersama baking powder.
masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati

panaskan kuali bersaiz paling kecil kemudian masukkan adunan 1 sudu ditengah kuali masaklah sehingga kekuningan.

angkat keluar adunan yang telah masak kemudian masukkan 1 sudu lagi adunan dan letakkan ditengah kuali. bila nampak yang adunan kedua tapi hampir masak, kemudian masukkan semula adunan pertama(yang dikeluarkan tadi) letakkan di atas adunan
** buatlah adunan ini sehingga habis dengan cara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua tadi.(ANGKAT DAN LAPISKAN SEMULA)


(jika ada adunan yang x rata di sekeliling tepinya.. jangan susah hati.. setiap kali letak adunan tolakkan adunan ke dalam dengan sudip agar ia nampak bulat ** perhatian: x perlu di terbalikkan adunan kek hanya teruskan melapis hingga habis dan kek akan menjadi besar dan tebal)

Wednesday, January 23, 2013

SALAM MAULIDUL RASUL




Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW dan Salam Maulidur Rasul


BUBUR AYAM


pemintaan anak suh buatkan bubur nasi buat kawannya yang sedang demam di U.. alang alang buat... akak buat banyak bubur ni untuk sekeluarga makan.. x perlu masak yang lain dah... cukup untuk dinner malam... hehehe... ada lebih akak berikan kat rakan akak.. dia kata sedap sangat bubur nasi yang akak buat ni... habis seisi keluarganya sukakan bubur nasi ni... apatah lagi makan panas panas.. pastilah sedapkan...
sebenarnya.. bubur nasi ni dah jadi trademark akak sejak dulu lagi.. kalau akak buat bubur nasi jenis lain anak akak mesti kata x boleh tanding kesedapan bubur nasi yang ni...
Bubur ni senang sangat nk buat. Bubur chineese style

BUBUR AYAM


Bahan-bahan ( 3-4 org )

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air

* GARNISH *
lada merah
daun bawang n daun sup
sedikit mninyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis n kacang digoreng
lada jeruk
telur masin - akak tukar ikan tenggiri masin


Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap...

liciiinnn.....

Saturday, January 12, 2013

MASAKAN CENDAWAN CICHO / SISIR



pernah makan cendawan sisir ni... biasanya buat apa ye..? sekarang ni pun bukan mudah nk dapatkan cendawan sisir ni pun.. kalau ada jual kat pasar pasar malam.. akak terus beli 2-3 piring sekali gus.. simpan stok.. hehehe.. sepiring pun bukannya banyak sangat.. hage dah RM3 sepiring tapi hanya sejemput je...
ok... di sini akak nak tunjukkan salah satu masakan yang akak kira sedap untuk di makan dengan nasi putih, pulut dll.. ianya seakan seperti masakan rendang serunding sebab ada ikan bilis... sebenarnya masakan ni bukanlah pertama kali akak kongsikan di sini... kalau x silap akak ini adalah kali ketiga... kira menu ulanganlah ni tapi dek kerana sedap akak tetap mengulangi.. khas untuk kenalan terbaru dan lama di blog ini dan semua rakan yang akak kasihi...



RESIPI CENDAWAN CICHO

1 cawan cendawan cicho - (sepinggan rm2 akak beli 3 pinggan sbb nampak sikit.. lagi pun kali ni cendawan jenis kecil) - rendam kembang, basuh dan ramas ramas sikit sambil di cuci bersih dan di tumbuk kasar

tumbuk kasar:
100g ikan bilis
50g udang kering

kisar:
5 ulas bawang merah
3 cawan santan pekat

3 cawan santan pekat
1/2 bungkus rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
2 sb kerisek
2 keping asam keping
15 tangkai cili api(ikut kepedasan sendiri) - kisar halus
1 batang serai -di ketuk pangkalnya
1-2 helai daun kunyit -koyak koyakan (akak tambah)
minyak menumis
garam

panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma. masukkan ikan bilis dan udang kering.
masukkan rempah kari dan cili api, kacau sehingga sedikit garing.
masukkan kerisek, serai dan  asam keping, kacau sebati.
masukkan cendawan , kacau sebati kemudian tuangkan santan.
kacau dengan api perlahan hingga pekat. masukkan garam.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan

* sedap makan dengan ape saja.. sekurang kurangnya nasi panas pun jalannnnnn.. hihihi........

AGAR AGAR TEMBIKAI


belajar dengan Kemas baru baru ni... cantikkan.. puding ni agak kental dan sesuai untuk dibuat hantaran.. akak rasa agar agar ni agak manis sikit tapi pada yang berminat nak mencuba bolehlah dikurangkan sedikit gula mengikut citarasa masing masing...

* gambar diambil dari kelas kemas

RESIPI PUDING TEMBIKAI
kemas

25g agar agar kering
3 biji telur
3 cawan gula (boleh kurangkan)
4 gelas air
sedikit vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna merah
1 ketul gula batu
sedikit kuaci hitam (yang kecil)

rendam agar agar sebentar kemudian dimasak bersama empat cawan air hingga agar agar menjadi cair.
apabila agar agar telah cair masukkan gula pasir dan gula batu kacau hingga cair dan mendidih.
asingkan putih telur daripada kuningnya, masukkan bahagian putih telur dalam mangkuk dan dipukul hingga kembang dan menjadi buih kekal (meringue)
apabila agar agar telah cair curahkan ke dalam adunan putih telur yang telah dipukul tadi, pukul lagi hingga adunan sebati.
apabila adunan separuh beku masukkan pewarna merah di bahagian tengahnya sambil di kacau perlahan lahan(jangan dikacau keseluruhan adunan tu..)
biarkan adunan tadi menjadi beku dan sejuk kemudian keluarkan dari mangkuk dengan cara terbalikkan dan bolehlah disapu pewarna hijau pada bahagian luarnya.
kemudian bolehlah dipotong potong seperti memotong buah tembikai (jangan terlalu nipis) kemudian dicucuk kuaci hitam. siap!

* boleh dibuat hantaran pertunangan dan perkahwinan
* sebaiknya cari warna yang betul betul merah atau kuning
* sebaiknya buatlah di dalam mangkuk kaca (mangkuk nasi) agar nampak dari luar

Friday, January 11, 2013

KUIH BAKAR JAGUNG


kuih yang akak buat masa nak meraikan majlis harijadi rakan grop Jiran Wanita... baru baru ni... makan pun sedap kuih bakar jagung ni.. buat pun x rumit mana.. senang je..

KUIH BAKAR JAGUNG

Bahan-bahan ( sefamily )

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka
akak tambah pewarna

Cara-cara

"Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

BROWNIES NOUGAT


tergudaaaa.. sudah melihat Madiha buat... hehehe... tapi akak buat x berapa menjadi kut... madiha cuba komen sikit.. hehehe

BROWNIES NOUGAT
Resepi : Za
Sumber : Ummizaihadi Homesweethome /madiha

Bahan:-

150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-

50 gm butte
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.


Cara Membuat:-

Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya. (selepas membancuh topping, MaDiHaA gaulkan terus badam di dalam toppingnya kemudian barulah disapukan di atas brownies)

TELUR KUKUS SRI RAMPAI


senang je nak buat telur kukus ni... time x de idea nak memasak.. hanya menu ni saja yang nampak terbayang di pala ni... heheh.. layannnnn....


TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

6 biji telur /3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu /1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu /1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu /x bubuh
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak /2 sudu besar(terlupa)
isi udang dan sedikit chicken ball ~ dipotong kecil/1 batang sosej ~ hiris
1 sudu besar rempah kari /x bubuh

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE




Thursday, January 10, 2013

♥BINGKA LEMAK KRACKERS (Tanpa Telur)


semangat membara nak mencuba.. akhirnya jadi idamanku... sedap.. jom cuba.. kuih ni akak buat minggu lepas tapi x de masa terluang nak update blog...

♥BINGKA LEMAK KRACKERS (Tanpa Telur)

Bahan-bahan ( loyang 8x8 atau 2 keping acuan pecah lapan )

Bahan A :-

16 keping biskut lemak krakers/cream crackers - dipatah2kan
2 cawan santan sedang
1/2 tin susu cair

Bahan B :-
1/2 cawan tepung gandum - ayak
4 sb tepung jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Bahan C :-

2 sk pandan paste dan beberapa titik pewarna hijau
2 sb mentega cair
secukup bijan - untuk tabur jika suka

Cara-cara

 Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar hingga halus.
 Campur bahan2 B ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Tuangkan adunan yang dikisar tadi dan kacau rata dan campurkan mentega cair,pandan paste dan secukup pewarna hijau, kacau hingga sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan bakar pada suhu 160C-170C selama 40 min - 1 jam atau hingga garing permukaan kuih.

Friday, January 4, 2013

PUDING ROTI


menu petang ni.... jemput minum semua...


PUDING ROTI
chef Norlida
A)
12 keping roti - buang tepi potong 4 
250 g kismis kuning ( akak guna kismis hitam)
1 sk serbuk buah pala
1 sk serbuk kayu manis
125 g gula merah / madu * asingkan sedikit untuk tabur ats sekali
125 g gula castor
B)
1/2 L susu segar }
4 biji telur          } kocok sebati
1 sk vanila         }

guna loyang 4 segi dan disapu gris.
susunkan roti di dalam loyang secara berselang seli dengan bahan A yang lain sehingga habis roti. (atas sekali mestilah lapisan roti)
curahkan adunan B ke atas roti.
taburkan gula merah dan serbuk kayu manis di atas sekali.
bakat selama 45 minit.

*n boleh makan dengan aiskrim @ sos kastad

Thursday, January 3, 2013

TOMYAM KETAM


pestime akak buat ketam masak tomyam ni.. selalunya akak buat tomyam campur atau ayam je... x rugi memcuba.. memang kaww.. rasa ketamnya... sedap sangat... anda pun boleh cuba jika nak rasa kesedapannya.. kompom x nyesal punya... hehehe
** sup ketam amat baik untuk orang demam denggi **


TOMYAM KETAM


3 ekor ketam sederhana besar - bersihkan
2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
1cm lengkuas - ketuk
1 in halia - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
sedikit karat - potong panjang

5- 8 tangkai cili api - belah x putus
2 ketul kiub knorr
sedikit perahan jus limau
air secukupnya
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau

mula masak air hingga mendidih, masukkan segala serai, lengkuas, halia, bawang, ketam, kiub daun limau purut, gula garam, sos tiram, jus limau dll jika suka.
akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.

Wednesday, January 2, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES


request dari mr hubby untuk staf pejabatnya...
terimalah seadanya brownies ni... buat dalam keadaan yang kelam kabut ni.. semua nk cepat.. huhuhu...


MARBLE CHEESE BROWNIES

Bhn2 brownies..

250 gm butter
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn gula halus
3 bj telur gred B
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk soda bicarbonate* - *dgaul rata n ayak
1 sdk esen vnla


Cara2nya..

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dgn mentega, alas dgn krts mnyk, biar krts mnyk terlebih dr tin. Lenser juga krts mnyk dgn mentega. Pnskn oven pd suhu 175C.
2. Cairkn butter, gunakn kaedah double-boiler, hingga cair, masukn srbk koko n kacau hingga rata.
3. Dlm bekas lain, kacau gula halus n telur dgn whisk hingga sbati.
4. Masukkn ke dlm bancuhan koko + butter n gaul rata.
5. Masukkn susu cair, kacau rata. Tambah tepung sdkt2 sambil d adun hingga skata.
6. Tuang esen vnla, gaul rata n asingkn adunan lebih kurang 1 1/2 sdb utk dbuat corak ats cheese.
7. Tuang slebihnya dlm loyang td, bakar 30 mnt ato hingga brownies masak.

Bhn2 cheese..

250 gm cream cheese
3/4 cwn gula halus
1 bj telur gred B
1 sdk jus lemon

Cara2nya..

1. Putar cream cheese n gula hingga sebati, masukkn telur n putar lg hingga bkrim.
2. Tuang atas brownies td n ratakn. Isikn adunan brownies yg d asingkn td dlm piping beg n buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkn utk mdpt hasil sprti dlm gmbr, sambung mbakar slama 20 mnt lg ato hingga masak, biarkn betul2 sejuk br dpotong utk dhdgkn.
3. Simpan brownies dlm peti sejuk slama 1 jam, ia akn mghslkn potongan yg cantik n licin.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...