followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label acar. Show all posts
Showing posts with label acar. Show all posts

Friday, February 28, 2014

ACAR RAMPAI



dah kepingin nak makan masak acar pulak... akak lupa tabur bijan wahal bijan slambak ada kat umah ni

ACAR RAMPAI my style
moh weh ke dapur..

1 batang timun }kerat pangjang / buang empulurnya
1 batang karat }
3 cm halia - hiris panjang
cili api / hijau - belah 2 x putus
1 biji bawang besar - potong bulat (sepatutnya bawang kecil bulat / tanpa hiris - tapi biasanya x makan pun)
* semua rendam dengan air + sedikit air kapur sekejab @ 15 minit. cuci bersih dan toskan

bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 sb udang kering

2 sb serbuk cili
sedikit air
sedikit minyak tumis
1/2 cawan sos cili
beberapa titis cuka secukupmya
sedikit gula
sedikit serbuk knorr pasti sedap

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan serbuk cili terus kacau dan masukkan sedikit air, kacau lagi.
masukkan pula udang kering tumbuk gaul rata.
masukkan bahan yang di rendam kapur tadi. terus kacau.
masukkan cili sos, gula, serbuk knorr.
jika perlu masukkan lagi air.
masaklah untuk seketika saja dengan api sederhana.
alihkan ke bekas lain. dan sedia untuk dihidangkan..

** untuk perhatian jangan masak terlalu lama sehingga sayuran lembik. biar sayuran nampak segar dan tutup api.

Friday, November 2, 2012

ACAR TUMIS



hidangan ini juga adalah set nasi kurma dari umah yan... sedap sangat.. x sangka anak akak suka sangat..
sebenarnya anak anak akak ni amat cerewet selera dorang ni.. kadang kadang akak pun naik pening x tau nak sediakan juadah untuk dorang ni.. kalaulah dorang kawin nanti x taulah isteri isteri dorang rasanya sebelum tidur mesti puas pikir esok nak masak ape... hehehe... tapi usah bimbang... blog ni kan ke ada... kebanyakan dari masakan di sini banyak yang dorang suka... seandainya mamanya sudah tiada lagi.... bukalah blog ni.. inilah gunanya blog masakan... akak x meninggalkan harta benda yang banyak tapi akak meninggalkan ilmu dari air tangan mamanya untuk diwarisi oleh generasi mama akan datang.. jika harta yang kau cari... usahakanlah sendiri dengan ilmu yang ada.. kejarlah ilmu dunia dan akhirat.. ilmu itu biarlah seimbang, jangan ada yang sengit. kerana ilmu itulah yang akan memuliakanmu serta dihormati orang...


ACAR TUMIS

BAHAN BAHANNYA.

A      1 biji lobak merah
         1  ,,   timun
         1  ,,  cili bangala hijau * akak guna cili hijau (buang biji) kerat 2 dan balah kecil
         1  ,,    ,,      ,,       merah * akak guna cili merah (buang biji) kerat 2 dan belah kecil
         * semua bahan dia atas akak rendam dengan air kapur sekejab - untuk kekalkan kerangupan

B      2 labu bawang besar 1 belah 4
         5 ulas       ,,      putih di ketuk
         2 sudu halba campur

C      3 sudu sos cili
        3   ,,      ,,   tomato
        garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA

Panaskan sedikit minyak tumis bahan B masukkan bahan A kacau kemudian masukkan bahan C berserta sedikit garam dan gula kacau rata dan bolehlah di angkat .

Wednesday, September 5, 2012

ACAR RAMPAI NENAS


gambar atas: baru tuang dalam periuk besar.

atas permintaan kakak ipar tersayang.. dia meminta akak memasak acar ni untuk majlis pertunangan anak perempuannya masa raya ke dua dulu... sebenarnya masa anak lelakinya bertunang dulu akak pernah masakkan acar ni di rumah dan bawa balik ke kampung.. rupanya ramai tetamu dan saudara mara kata sedap acar ni.. dan tanya siapa yang buat.. sebenarnya kakak ipar pun x sempat rasa dulu sebab sibuk melayan tetamu.. ada juga kawan kawan kakak ipar nak rasa lagi..,  habis rupanya!! eee.. x sangka betul.
untuk kali ni akak masak di kampung jer.. nak ajar depa buat lak..
sebenarnya akak pernah masukkan resepi ni di sini


RESIPI ACAR RAMPAI NENAS

180g rempah kari babas - di goreng tanpa minyak dan bancuh dengan air

hiris dan tumis:
25 biji bawang merah
20 ulas bawang putih
5' halia

3 sekawan:
10 kuntum bunga lawang
2 1/2 sd bunga cengkih
5 batang kulit kayu manis

rampai:
7 biji nenas - belah 6 & potong 1/4 lagi (nipis) - celur dan toskan (** masa buat nenas agak kecil)

750g bawang putih   - digoreng tapi x garing dan toskan
750g bawang merah -
750g halia - potong panjang
750g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulitnya
250g bijan - disangai
750g kismis
5 cawan gula putih *(jgn kurang/dh secukup rasa)
2 1/2 cawan cuka
garam secukup rasa
5 cawan minyak *(jgn di kurangkan/secukupnya)

panaskan minyak.
tumiskan ahan penumis hingga kering.
campurkan rempah kari, masak hingga pecah minyak.
masukkan gula, cuka, garam masak hingga sebatikan rasanya.
akhir sekali masukkan ke semua bahan rampai. kacau 5 minit sahaja cukup! #(sebab semua bahan telah di masak terlebih dahulu)

* bahan yang bertanda * semua dah ok, secukup rasa - x perlu di pinda untuk seimbangkan rasa masam masam manisnya!
# bila dah masukkan bahan rampainya masak sekejab saja takut bahan yang dimasak terlalu lembik.

anak saudara yang bertunang 

antara hantarannya....


biskut white nutty cookies inilah yang dapat makteh berikan untuk Ata.. Selamat Bertunang!

Friday, March 9, 2012

ACAR RAMPAI my style


acar rampai ni adalah hasil dari gabungan masak tengahari tadi untuk digandingkan dengan nasi tomato.. agak lama jugak akak x buat nasi tomato ni.. teringatkan anak yang masih bercuti untuk final exam jadi akak masaklah nasi kegemaran anak anak ni sebab esok dorang mula balik semula ke tempat belajar masing masing..


RESIPI ACAR RAMPAI my style
moh weh ke dapur..

1 batang timun }kerat pangjang / buang empulurnya
1 batang karat }
3 cm halia - hiris panjang
cili api / hijau - belah 2 x putus
1 biji bawang besar - potong bulat (sepatutnya bawang kecil bulat / tanpa hiris - tapi biasanya x makan pun)
* semua rendam dengan air + sedikit air kapur sekejab @ 15 minit. cuci bersih dan toskan

bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 sb udang kering

2 sb serbuk cili
sedikit air
sedikit minyak tumis
1/2 cawan sos cili
beberapa titis cuka secukupmya
sedikit gula
sedikit serbuk knorr pasti sedap


 panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan serbuk cili terus kacau dan masukkan sedikit air, kacau lagi.
masukkan pula udang kering tumbuk gaul rata.
masukkan bahan yang di rendam kapur tadi. terus kacau.
masukkan cili sos, gula, serbuk knorr.
jika perlu masukkan lagi air.
masaklah untuk seketika saja dengan api sederhana.
alihkan ke bekas lain. dan sedia untuk dihidangkan..

** untuk perhatian jangan masak terlalu lama sehingga sayuran lembik. biar sayuran nampak segar dan tutup api.

Thursday, April 14, 2011

ACAR RAMPAI NENAS


acar nenas ni kalau makan waktu bulan pose memang syok! layan je.. lebih lebih lagi waktu sahor.. tengok je makanan semua x lalu... tapi kalau ada rasa yang masam masam manis camgini bolehla ayunkan tangan menyuap ke mulut... x tau lah oranglain tapi pada akak gitulah... hehehe
masakan ni tahan lama, ia seperti acar buah juga tapi ada kelainannya serta bahannya pun berbeza.


untuk pengetahuan.. atas pemintaaan kawan baik akak pernah masakkan masakan acar nenas ni di rumah kenduri kawan. dia dan suaminya beria ria nakkan akak masakan ni untuk kendurinya. akak masak untuk 300 jemputan. juga akak pernah masakkan untuk kakak ipar di kampung ketika majlis pernikahan anak sedara suami. yang lain tu akak suka masak ni untuk menjamu kawan kawan..












akak masukkan resepinya di sini..



RESIPI ACAR RAMPAI NENAS

60g rempah kari babas - di goreng tanpa minyak dan bancuh dengan air

hiris dan tumis:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1' halia

3 sekawan:
2 kuntum bunga lawang
1/2 sd bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

rampai:
1 biji nenas - belah 6 & potong 1/4 lagi (nipis) - celur dan toskan

150g bawang putih   - digoreng tapi x garing dan toskan
150g bawang merah -
150g halia - potong panjang
150g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulitnya
50g bijan - disangai
150g kismis
1 cawan gula putih *(jgn kurang/dh secukup rasa)
1/2 cawan cuka
garam secukup rasa
1 cawan minyak *(jgn di kurangkan/secukupnya)

panaskan minyak.
tumiskan ahan penumis hingga kering.
campurkan rempah kari, masak hingga pecah minyak.
masukkan gula, cuka, garam masak hingga sebatikan rasanya.
akhir sekali masukkan ke semua bahan rampai. kacau 5 minit sahaja cukup! #(sebab semua bahan telah di masak terlebih dahulu)

* bahan yang bertanda * semua dah ok, secukup rasa - x perlu di pinda untuk seimbangkan rasa masam masam manisnya!
# bila dah masukkan bahan rampainya masak sekejab saja takut bahan yang dimasak terlalu lembik.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...