followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

KEK MARBLE SUSU BAKAR


mencuba resepi dari blog fiza ni memang x mengecewakan.. terima kasih berkongsi resepi yang sedap moist gitu..
tapiiii agak buat sedikit kelam kabut.. sebab akak buat dua resepi pada masa yang sama.. lastnya akak terlupa nak marblekan kek ni.. dh tuang semua serbuk koko baru teringat... adessssss... akak try juga marblekan dengan warna lain tapi x boleh nak kurangkan juga warna coklat pada keseluruhan kek ni... nampak x bayang bayang marble pada kek tu.. tapi x jelas sangat.. pujuk hati... x pe la janji sedappp dan lembut!

 KEK MARBLE SUSU BAKAR

Bahan-bahan :

250 gm mentega ( saya guna marjerin je, mentega habis!)
150 gm gula perang ( boleh gantikan dengan gula pasir halus. Gula perang tu dikisar supaya halus)
2 sdt ovellate
4 biji telur (Gred AA)
225 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
60 gm susu pekat manis
2 sdb serbuk koko - diayak
2 sdb susu cair
1 sdt cappucino emulco (nak guna coklat emulco pun boleh)
130 ml susu cair

Cara-cara membuatnya :

~ Pukul mentega, ovallete dan gula sehingga kembang dan putih.

~ Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang dan berkrim.

~ Masukkan pula susu pekat dan gaul rata.

~ Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi   sedikit. Gaul rata.

~ Tambahkan susu cair (130 ml ) ke dalam adunan, dan gaul sehingga sebati.

~ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, (setiap bahagian beratnya 550 gm):
   1. biarkan pada warna asal
   2. dicampurkan dengan susu cair ( 2 sdb), serbuk koko dan cappucino emulco. Gaul rata.

~ Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dengan adunan berwarna dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas surih. (Saya hanya sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung). Hentak2kan loyang yang telah berisi adunan dengan lembut supaya adunan rata.

~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 60 minit, atau sehingga masak.

~ Nak tahu kek sudah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah2 kek. Kalau lidi bersih bermakna kek sudah masak.

Tuesday, March 3, 2015

KEK BUAH MULBERRY


buah Mulberry ni pemberian dari rakan setaman...yang sebenarnya untuk kek ni kena guna buah ni sebanyak 250 g tapi yang akak dapat cuma 180 g shj.. jadi baki yang kurang tu akak tambahkan kismis kuning sebab itu je yang ada stok kat umah ni..
dulu akak pernah buat kat sini..


KEK BUAH MULBERRY

Bahan ‘A’ 
90 gm minyak jagung 
150 gm gula castor 
3 biji telur gred A 

Bahan ‘B’
 250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikabornat ( semua bahan dicampur dan diayak ) 
1 sudu besar air limau + 3 sudu besar susu segar

Bahan ‘C’ 
180 gm buah melbery segar (stok yang akak ada hanya 135g) 
70 gm kismis kuning
½ sudu teh soda bikabornat ( semua bahan ini di gaul rata )

Cara: -

Putar telor dan gula hingga kembang. 
-Perlahankan mesin tuang minyak jagung sambil diputar perlahan hingga sebati. 
-Masukan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu bercampur air limau kacau rata hingga adunan sebati. 
-Masukan buah-buahan kedalam adunan hingga rata. 
-Tuang adunan dalam tin pembakar yang telah beralaskan kertas pembakar serta digris dengan mentega atau minyak. 
-Bakar adunan kek hingga masak.

Sunday, February 15, 2015

KEK NANGKA - BT X KE 3 NI..


lembut dan gebu gebas kek ni.. mr hubby dan beberapa kawan rapat akak suka sangat kek ni..
pernah bt baru baru ni di sini


KEK NANGKA
10x10

3 cawan nangka - ihiris nipis
250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder - ayak bersama tepung
2 biji telor
250 gram gula kastor
250 gram mentega
1 cawan susu cair

kaedahnya

pukul mentega & gula hingga kembang
masukan telor satu persatu
masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
adun sebati kemudian masukan isi nangka dan susu cair
tuang ke dalam acuan roti yg telah dilenser (dpt 2 acuan utk loyang 8x4)
bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan
suhu 175 C 1 jam
setelah sejuk bedakkan dgn icing sugar

Tuesday, February 10, 2015

BROWNIES CHOC MOUSSE


sekali akak bt kek.. 2 biji sekali gus.. satu untuk celebrate jiran wanita.. dan satu lagi rezeki untuk anak anak balik bercuti...seronok membuat sebab dorang ada balik.. akak bt roasted chicken n bbq sauce, potato bake with cheese n 2 bj kek ni... haaa.. tu dia hingga senak perut nak habiskan... in sya allah.. akan akak letak resipi potato tapi roasted chicken x sempat nk snap.. clear...
jom layan resipi kek mousse yg sedap ni dulu

BROWNIES CHOC MOUSSE
MyR / yani
C&P : syapex

Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko


Cara-cara
Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


CHOCOLATE MOUSSE 

140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-Cara

Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.5 dan no.2 ke dalam no.4. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Saturday, January 31, 2015

KEK NANGKA



sebelum sauna

hari ni giliran akak berkongsi resipi dengan jiran wanita KRT Bandar Universiti... kebetulan mr hubby akak bawa banyak buah nangka dan nenas dri pontian.. akak pun ambil keputusan berkongsi resipinya bersama teman teman di taman akak...
resipi yang sangat senang dan berpuas hati.. lembut gebu gebas kek ni.. x rugi untuk anda mencubanya..
untuk pengetahuan semua akak buat 2 adunan dr resipi d bawah ni.. jadi akak guna loyang 10x10in..

KEK NANGKA
copy dr fataniahmad

Bahan :
150g tepung gandum
1/2 sk baking powder
- ayak 2 bhn ni
125g marjerin pelangi
125g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sk esen vanila
100ml susu segar
1 cwn nangka dihiris nipis

Bhn hiasan :
1/2 cwn nangka yg dihiris nipis.

Cara membuatnya :
1. Panaskn oven 175 'C
2. Sediakn loyang loaf 6x3x3 inci. Sapu dgn minyak dan alas dasar loyang dgn baking paper

pukul mentega & gula hingga kembang
masukan telor satu persatu
masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
adun sebati kemudian masukan isi nangka dan susu cair
tuang ke dalam acuan roti yg telah dilenser (dpt 2 acuan)
bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan

setelah sejuk bedakkan dgn icing sugar

Saturday, January 24, 2015

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER


sekali lagi buat kek apam susu ni dulu buat comel comel d sini. tapi kali ni akak ubah suai sikit dengan cara "layer"nya... akak ikut cara layer kek alunan kasih... 
resipi ada disertakan di gambar bawah ini

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER

 * ikut resepi kek apam susu

adunan yang dah siap akak asingkan kepada dua bahagian..
A) 1 adunan hijau
B) 1 adunan plain
** kemudian setiap warna bahagikan kepada 2 bahagian lagi..

## serbuk koko untuk setiap lapisan warna (bahan wajib)

 cara:

- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau

dan kukus hingga masak


Friday, January 23, 2015

GULA MELAKA CENDOL PUDDING CAKE



resipi ni akak x belajar kat kelas pun tapi akak dapat resipi ni hasil perkongsian dr rakan fb MrsNor Wahid. terima kasih banyak banyak dengan resipi ni kerana beliau bersusah payah belajar d kelas yang berbayar kemudian sharekan bersama rakan fb.. puding memang terasa kesedapannya...

GULA MELAKA CENDOL PUDDING CAKE
Bahan-Bahan 
Acuan 10 x 10 X 3
1 pc kek pandan (lapisan bawah sekali)

Bahan A:
500 gm santan pekat
500 gm susu cair
10 gm serbuk agar2
150 gm gula merah
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
1 biji kuning telur
Secubit garam

1. Masak semua sekali hingga mendidih
2. Biarkan suam sikit,kemudian tuang atas kek. Ketepikan

Bahan B
600gm santan pekat + 400gm air *
10gm serbuk agar2*
150gm gula castor*
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)*
100gm cincau (potong kiub) 
200gm cendol 
Pewarna green apple dan lemon yellow
1. Masak hingga mendidih semua yang bertanda *
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapisan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan

Wednesday, January 14, 2015

BUTTERLESS FRUIT CAKE (KEK BUAH TANPA BUTTER)



kek yang senang dan sedap...

BUTTERLESS FRUIT CAKE (KEK BUAH TANPA BUTTER)
Roz@Homekreation
Saiz: 8" persegi

BAHAN2 A:

150ml Minyak
3 biji Telur Gred A
45ml Susu Cair
1 st Sirap Kencana / Madu
1 sb Sunquick

BAHAN2 B:

220g Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* diayak) 
175g Gula Perang (akak guna yang warna pekat )
350g Buah Campuran
50g Badam Cincang (Badam di panggang) - Along letak Gajus 
1 st Parutan kulit oren - Along tak letak

Badam tanpa kulit - untuk topping tapi Along tak letak 

CARA2:
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak, gula, buah campuran, badam cincang dan kulit oren.
Perlahan-lahan tuangkan bahan A sambil di kacau sebati.
3. Ratakan ke dalam tin yang telah dilapikkan kertas minyak dan dilenserkan minyak.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama 40-45 minit atau sehingga masak. 

Monday, June 30, 2014

KEK MARBLE PUTIH TELUR


 sekadar nk habiskan stok putih telur dari wat sample biskut raya untuk tempahan..
kek yang sedap dan gebu..

KEK MARBLE PUTIH TELUR

A - 250-280 g putih telur
2 biji kuning telur
200 g gula halus
57 g air (paip)
250 g tepung gandum- diayak
1 sb ovalette

B- 200 g mentega cair
1 sb susu manis
1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)

C- pewarna merah, kuning, hijau dll..

Cara-cara
1.pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
2.bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
3.bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
4.bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
5.bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

Wednesday, April 16, 2014

KEK NESCAFE MOIST BERKACANG


akak dah lama ternampak resepi fiza ni tapi nak tunggu ada nescafe baru nak cuba.. baru baru ni ada kawan beri sebungkus besar nescafe.. x sabar terus cuba tapi resepinya ada yang akak olah semula... biar pun akak x letak sekaya tapi Alhamdulillah resepinya sangat moist dan gebu..


KEK NESCAFE MOIST BERKACANG
olahan dari resepi Fiza Lgk

200 g butter
200 g tepung gandum
3 biji telur ayam B
180 g gula (akak kurangkan 170g)
1 sb nescafe serbuk
1 sk baking powder
1/2 sn soda
3 sb coklat rice
kacang tanah nib secukupnya

pukulkan gula dan butter hingga kembang dan putih
masukkan telur dan pukul lagi
masukkan tepung gandum baking powder soda dan serbuk nescafe. pukul sebati.
bila sebati masukkan coklat rice dan kacang tanah nib. gaul dengan spatula.
tuang dalam loyang saiz 8 in yang telah di gris terlebih dahulu.
bakar 1 jam 180'C

Tuesday, February 25, 2014

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE) - 3



testing kali ke 3 buat kek minyak tanpa telur ni.. kali ni akak tukar adunan putih ni kepada pewarna merah.. tapi kek ni agak gelap sikit warnanya.. hehehe.. alahai.. dah pandai mengubah pulak dah ye... saja suka suka nak melihat hasil sebenarnya... dulu akak pernah buat kek ini di sini ye..
kek ni akak bawa balik kampung... sebagai buah tangan untuk kakak iparku..


Sebelum bakar

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE)

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 ) - akak guna acu 8X8 - bulat

ADUNAN PUTIH :-(akak letak pewarna merah)

1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan
1 cawan air panas/susu segar panas - kali ni akak guna air panas(dulu guna susu kotak)
1 sk esen vanilla

ADUNAN COKLAT :-

1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama
1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan
1 cawan air panas/susu segar panas -kali ni akak guna air panas(dulu guna susu kotak)
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Untuk adunan putih(merah), campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.

Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
loyang Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
bakar Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.

Thursday, February 20, 2014

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE) - 2


resepi ni kek ini akak dah derhakakan sikit... huhuhu... cuba lihat resepi pestime yang pernah akak buat di sini untuk resepi itu akak buat 100% ikut resepi kak fida... tapi untuk resepi yang ke 2 ni akak dah ubah suai.. akak langsung x buat ADUNAN COKLAT (abaikan) tapi akak tetap guna resepi ADUNAN PUTIH, akak buat 2 adunan. satu adunan akak letak pewarna hijau dan satu lagi adunan akak letak pewarna coklat + hitam.. yang lain lain akak x ubah..


sebelum bakar

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE) - 2
adaptasi dari resepi k.fida

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 ) - akak guna loyang 8x8 - bulat

ADUNAN PUTIH :- (akak buat 2 adunan:-
 satu warna hijau dan satu akak letak pewarna coklat + hitam)

1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak letak cuka makan
1 cawan air panas/susu segar panas - akak letak air panas jer
1 sk esen vanilla

Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. letakkan pewarna hijau. Ketepikan.

Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat. letakkan pewarna coklat + hitam. gaul rata.

Marblekan adunan hijau dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
bakar Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.

Thursday, February 13, 2014

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE)



jom kita buat kek minyak tanpa telur ni.. memang sedap dan moist sesangat.. kek yang memang save bajet.. jika kebetulan x de telur di umah pun kita boleh buat... bukan itu saja.. rasanya kek ni sesuai juga untuk orang yang sedang berpantang atau anak yang sedang berkhatan... kalau terasa nak makan kek... kek ni lah yang sangat sesuai...
 bila mr hubby akak makan kek ni dan tanya rasa kek ni memang lembab ke... terus teruja rasa akak nak buat lagi... 

KEK MINYAK TANPA TELUR (MARBLE)

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 ) - akak guna acu 8x8 - 4segi

ADUNAN PUTIH :-

1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan
1 cawan air panas/susu segar panas - akak guna susu kotak
1 sk esen vanilla

ADUNAN COKLAT :-

1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama
1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan
1 cawan air panas/susu segar panas - akak guna susu kotak
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.

Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
loyang Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
bakar Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.

Sunday, August 18, 2013

KEK OREO


kek yang lembut dan sedap....
sebenarnya semasa awal lebaran.. akak ada buat beberapa biji kek antaranya... kek hujan panas, kek zebra tanpa guna butter dan kek pelangi arora.. sebenarnya raya raya ni semuanya sibuk jadi akak x sempat nak possing dan untuk merasa kek tu apatah lagi.. bila akak teringat nak rasa...rupanya 0... 0... seperti lagu najwa anak pak latif tu... hehehe... tapi wp gitu kek itu sebenarnya telah dapat menambat hati dari kaum keluarga dan saudara mara yang hadir... mereka memuji kelembutan moistnya... Alhamdulillah.. bukan pujian yang akak nak tapi akak lebih suka menjamu hasil dari keikhlasan air tangan sendiri untuk saudara mara yang hadir.. dan sungguh bermakna bagi akak...


dalam resepi ni ada tercatit resepi krimnya.. bukan pe.. untuk rujukan akak akan datang je... tapi kek yang ini untuk makan sendiri jadi akak x buatla krimnya.... makan tanpa krim pun dah sodappppp....

KEK OREO

Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan.Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.


BUTTERCREAM
Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

CARA MENDECO KEK
(maaf gambar tidak disnap ketika proses mendeco kek)
Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
Caranya
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

HIASAN COKLAT
Bahan2
Coklat compound secukupnya
Caranya
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.

Saturday, April 27, 2013

RED VELVET CAKE


 kek ini juga untuk jamuan kat office mr hubby yang lepas.... jadi maaf la..  akak x dapat nak potong kek ni..... baru baru ni anak teruna telah request untuk makan makan bersama family.. jika ada kelapangan.. insyaallah nak buat lagi...
dulu akak pernah juga buat Red Velvet Cake ni di sini.. kek yang sama tapi resepi x serupa..
untuk pengetahuan untuk resepi yang ini akak buat double jadi akak guna loyang 10".. sedang elok jer...

RED VELVET CAKE

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1 st baking powder)
½ sudu teh garam
15g sebuk koko (2 sudu besar serbuk koko)
113g butter @ ½ cawan butter (guna ½ dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor ( 200g gula biasa)
2 biji telur- gred A
1 sudu kecil asen vanilla
240ml @ 1 cawan buttermilk (jika tiada boleh buat sendiri)
1 cawan susu segar (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sudu makan pewarna merah ( 1 botol kecil serbuk pewarna merah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kemudian kena buat cream cheese frosting pulak. Cream cheese frosting ni bertujuan untuk lepa atas kek atau slice kek bagi pelengkap kek red velvet nilah…


Cara 1
227g cream cheese
227g mascarpone (boleh ganti dgn cream cheese juga)
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ ½ cawan whipping cream
Tambah susu segar sedikit untuk frosting yg agak lembut.

Cara 2
500g cream cheese
400ml @ 2 kotak whipping cream
¼ sudu teh garam
2 sudu makan oren sunquick pekat.

*Yg colour merah tu nak senangkan lagi kerja uols*


Kemudian, mari kita pergi kepada proses membuat kek ini pula (salin tau jangan nengok je).

Buat buttermilk dulu. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam masa 10-15minit sehingga susu menjadi agak pekat. Boleh juga gantikan jus lemon dengan sukatan yg sama.

Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter nipis. Pukul Dalam gula dan juga butter sehingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk, satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati sehingga pewarna tidak berketul-ketul. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk sebanyak 3kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

Satukan soda bikarbonat dan cuka di dalam mankuk kecil sehingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40minit sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian. Sementara menunggu kek sejuk, sedikan cream cheese frosting. Satukan cream cheese serta bahan-bahan lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak-agak kepekatan yg sesuai untuk disapu pada kek). Sapukan pada kek dan hias mengikut kesukaan uols. Sejukkan di dalam peti ais untuk kenikmatan yg berganda.

Wednesday, April 24, 2013

KEK SARANG SEMUT


dah lama sungguh x buat kek sarang semut ni... kali ni akak cuba resepi dari rakan fb... rasanya sedap dan secukup rasa manisnya tapi akak masih x puas hati sarangnya.... len len kali insyaallah kena cuba lagilah nampaknya...

KEK SARANG SEMUT

BAHAN:
2 CWN GULA-HANGUSKAN,
2 CWN AIR PANAS,
1/2 CWN BUTTER

*BILA GULA DAH PERANG,MASUKKAN AIR PANAS.LEPAS TU MASUKKAN BUTTER.SEJUKKAN CAMPURAN INI.KENA BETUL2 SEJUK.

2 CWN TEPUNG GANDUM,
1 1/2 SUDU TEH SODA-DIAYAK BERSAMA.
1/2 CWN SUSU PEKAT,
5 BIJI TELUR-A
SEDIKIT ESEN VANILLA

CARA:

PUKUL TELUR SAMPAI KEMBANG(SAYA GUNA BLENDER AJE)MASUKKAN ESEN VANILLA+SUSU PEKAT+TEPUNG.SEBATIKAN.AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR GULA HANGUS TADI.SEBATIKAN.

GRIS LOYANG 9",BAKAR MENGGUNAKAN API BAWAH SAHAJA DAN SAYA LETAKKAN DI RAK PALING BAWAH.170C-1 JAM..(IKUT SUHU OVEN MASING2)

*TIPS UTK MENDAPATKAN SARANG-air gula hangus tu kena betul2 sejuk,letakkan bawah kipas pun ok.kek ni blh juga di kukus..

Wednesday, April 17, 2013

FLAN MANGGA


sejak kebelakangan ni akak agak sukar nak updatekan gambar kat tenet ni... masalah tenet di tempat akak ni dari hari jumaat lepas hinggalah sekarang.. kejab Ok.. kejab Ko.. kadang tu nak masukkan gambar pun sampai 1/2 jam.. tu pun belum tentu boleh..
inilah baru pertama kali akak buat flan mangga.. tu pun kerana anak saudara datang dari Penang sebab nak ambil adiknya yang bercuti Sem di UiTM Seri Iskandar.. jadi akak jamulah mereka flan mangga ni yang dorang kata sedap sangat..
akak pun rasa sedap sebab atas bawah semuanya ada rasa mangga... memang bestla resepi...


FLAN MANGGA
chef Norlida


Bahan-bahan:
(Untuk lapisan bawah)

125 gm mentega
125 gm gula
150 gm tepung naik sendiri
150 gm isi mangga yang sudah dicincang
2 biji telur
1 sudu kecil esen mangga
Sedikit pewarna kuning

(Untuk lapisan atas):

250 gm isi mangga - dipotong dadu
100 gm tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen mangga
90 gm serbuk jeli (1 kotak akak guna)
3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 cawan air panas
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Untuk membuat lapisan bawah, putarkan gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati.

2. Masukkan isi mangga, esen dan pewarna kuning, kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

3. Tuang adunan di dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.

4. Untuk lapisan atas, campurkan serbuk jeli dengan air panas kemudian kacau hingga larut.

5. Bancuh tepung ubi dan tepung beras dengan air hingga sebati, kemudian tuangkan ke dalam larutan jeli. Masukkan isi mangga, esen mangga, santan pekat dan gula kemudian kacau hingga sebati.

6. Masak Selama 8 minit, kacau adunan di atas api perlahan hingga sedikit likat, dan pastikan adunan tidak bergentel. Tuangkan adunan di atas lapisan kek dan dinginkan dalam peti sejuk.

adunan bawah (sebelum bakar)

Monday, December 31, 2012

KEK CHOCOLATE LEMBAB


untuk pengetahuan... ini kek anak untuk rakan rakan yang sama bekerja partime semasa dia bercuti sem dulu.. akak pun x dapat merasa kek ni... ketika kek dibuat akak terlalu bizi nk g menolong grop Rakan Kenduri buat kenduri.. akak x de masa nk buat kek ni, lagi pun ketika itu anak sulung akak kena tahan  di wad untuk bersalin.. dah cukup due... anak akak yang kembar ni mendesak juga akak buatkan kek untuk rakan rakan dia... dalam kelam kabut.. sempat juga akak buat tapi.. setelah masuk oven akak pun tinggalkan oven lalu berpesan kat anak suh dia tengok tengokkan kek ni sambil dengar bunyi tanda masak..
bila masak....
inilah hasil ciptaan anak bujangku... x taulah ok ke idak..! ok ke idak! hehe


KEK CHOCOLATE LEMBAB


>340g gula halus
>3 biji telur
>225g tepung gandum
>60g serbuk koko
>1 1/2 sudu teh baking powder
>1 sudu teh soda bikarbonat
>1 sudu teh esen vanilla
>170g butter
>170ml air
>1 sudu teh koko emulco

Cara-cara

>masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul sebati
>masukkan telur sebiji-sebiji , esen vanilla , coklat emulco dan kacau sebati
>tepung gandum , soda bikarbonat , baking powder , dan serbuk koko diayak sekali
>tepung yang diayak dimasukkan beselang - seli dgn air di dalam bahan yang dipukul tadi
>masukkan di dalam bekas
>dan masukkan didalam oven 180 c - 40 min

Thursday, November 29, 2012

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK SPAN COKLAT II


dalam kesibukkan yang melanda akak sejak kebelakangan ni Alhamdulillah... sempat juga akak menyiapkan kek ni..


KEK SPAN COKLAT
RECIPE BY : Aunty Yochana
REFERENCE : Zack (Aku.Zack)
TRIED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan A:
3 biji kuning telur saiz A ATAU 4 biji kuning telur saiz B
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
50 gm minyak jagung
1 tsp esen vanilla
~ Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata menggunakan senduk kayu atau ballon whisk hingga sebati.

Bahan-bahan B:
3 1/2 putih telur saiz A ATAU 4 1/2 putih telur saiz B (Naz guna 3 biji putih telur saiz A jer)
1/4 tsp cream of tartar - optional (Naz tak guna)
60 gm gula kastor
~ Dalam sebuah mangkuk yang bersih (pastikan tiada kesan minyak atau kuning telur), pukul putih telur bersama cream of tartar selama 2 minit hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan bertanduk (adunan perlu menjadi ringan, gebu, putih dan bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak meleleh atau jatuh). Tapi jangan terlebih pukul.

Bahan-bahan C:
30 gm serbuk koko
120 gm air panas
~ Campurkan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.


* kek bentuk buku

Cara penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan dan lapik loyang 8 atau 9 inci dengan kertas kalis minyak. Ketepikan. (Naz guna loyang 8 inci)
Masukkan adunan C ke dalam mangkuk adunan A. Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
Masukkan pula adunan putih telur (adunan B) ke dalam mangkuk di atas dan kaup balik menggunakan spatula perlahan-lahan. Jangan terlebih kacau! Nanti kek yang dimasak akan mengecut atau mendap. Kalau rasa macam dah lama mengaup balik tapi masih kelihatan putih telur yang belum sebati dengan adunan coklat, berhenti mengacau. Ini bermakna putih telur telah terlebih pukul di atas tadi. Tapi jangan risau, terus tuang adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya mengikut oven masing-masing.
Sejukkan kek yang telah masak di atas redai.
**Naz buat kek ni untuk dihias menjadi kek Black Forest (dalam entry seterusnya).


butter cream yang sedap... cukup untuk sebiji kek 8" & 9"

BUTTER CREAM
Sumber:Kembangkempis

Bahan:
250g butter atau shortening (kalau nak icing putih & tahan panas,guna shortening,tapi kalau nak
                                                lebih sedap,baik guna butter lah).
125g marvello/supertact/krimwell
125g gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul-ketul)

Cara:
1.Pukul butter + marvello hingga putih,ayak gula aising,masukkan ke dalam butter,pukul lagi
   hingga kembang dan putih.Sesuaikan warna untuk hiasan kek.
2.Tips:Pukul dengan kelajuan minima.Makan masa lah sikit,tapi insyaallah,aisingnya nanti
   lebih cantik dan muda dilepa.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...