followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label muffin/cupcake. Show all posts
Showing posts with label muffin/cupcake. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


dengan rasa bangga dan gembira rasa hati dapat menyediakan Hokkaido CC yang gebu ni tanpa kecut mecut... hehehe.. masuk bakul angkat sendiri nampak tuan umah ni... hahaha... korang x perlu nak puji pun... tapi sapa x yang tersenyum kalau buat je terus gebu gebas camni... semasa buat hati rasa dup dap dup dap juga... maklumlah takut CC mendap!
best pulak buat CC ni... rasa teruja nak membuatnya lagi...
selama seminggu lebih tenet dan tepon di tempat akak ni ada masalah x de line langsung..sehinggakan terpaksa buat aduan kerosakan sebanyak 5X! jadi untuk mengelakkan rasa bosan yang teramat sangat x dapat melayari blog dan fb.. habis semua majalah akak selongkar.. akak luangkan masa mengadap majalah masakan yang suami tersayang akak belikan untuk akak setiap bulan... sebenarnya selama ni akak x habis khatam pun.. ekekeke... (jangan marah ye mr hubby..)

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
Cida de'nuanza
aroma 5/2013

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah (aku guna serbuk vanila)

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
(aku kacau atas api je...cuma kena kecilkan api, kalo x cepat hangus)

Tuesday, February 12, 2013

PANDAN MUFFIN


Ini adalah antara muffin yang akak buat... tapi untuk resepi ni akak telah gandakan dua sbb resepi asalnya terlalu sikit.. alang alang buat kena puas makan hehehe...

PANDAN MUFFIN


Bahan-bahan

90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco


Cara-cara

Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
 Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
siap utk dimakan

Saturday, February 9, 2013

PEANUT BUTTER MUFFIN


menghabiskan stok peanut butter terjumpalah resepi ni.... sedap dan lembut.
muffin ni akak x letak crumblenya... sebab muffin ni akak buat untuk cenderhati anak saudara kahwin..  ada pelbagai muffin yang akak buat...

PEANUT BUTTER MUFFIN

Bahan-bahan ( 30 biji- mini size )

120g unsalted butter - suhu bilik
150g gula perang
20g gula halus
2 biji telur (L size)
300g tepung gandum
1 sudu besar baking powder
secubit garam
120ml susu segar
120g peanut butter(cream)
100g chocolate chips
*****************************
- Cocoa crumber-
25g almond powder
50g tepung gandum
50g gula halus
50g unsalted butter - potong kecil-kecil
3 sudu kecil cocoa powder

Cara-cara

Sediakan cocoa crumber- ayak tepung, almond powder dan cocoa powder dan juga gula. Kemudian masukkan butter. Ramas-ramaskan biar berketul. Simpan dalam peti ais.
Penyediaan muffin: - Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
Bahagikan gula kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan 1 bahagian, pukul dan ulang sampai habis.
Pukul telur di dalam mangkuk lain. Bahagikan juga kepada 3 bahagia. Masukkan 1 bahagian telur ke dalam butter tadi dan pukul. Ulang sampai habis.
Ayakkan tepung, garam dan juga baking powder. Bahagikan juga kepada 3 bahagian.
Masukkan 1 bahagian tepung ke dalam adunan butter tadi..kacau cepat-cepat. Masukkan pula 1/2 susu segar. Kacau lagi.
Ulang langkag 6 sampai tepung habis
Masukkan pula chocolate chips dan peanut butter. Kacau biar jadi bentuk mubble.
Kemudian isikan ke dalam cup muffin. Biarkan 3/4 penuh
 Penuhkan cup muffin dengan cocoa crumber.
Bakar dalam suhu 180C selama 20 minit

Tuesday, November 20, 2012

BLUEBERRY MUFFIN


selepas akak dapat resepi ni terus akak cuba... ermmmm.. woww.. sedap bangat muffin ni cikgu /chef izma.. memang sedap yang terlampau.. hehehe.. akak sorang je.. sekali makan x cukup 5pcs.. mesti nak lebih.. ekekeke...
tapi akak ni heran texturenya seperti kek lembut dan gebu x seperti muffin... wp begitu.. akak amat suka! bukan akak saja tapi seisi keluarga suka!
cikgu izma ni adalah tenaga pengajar sebagai chef Giat Mara di tempat akak.. anak akak pun pernah belajar selama enam bulan dan akak sendiri pun pernah mengikuti kelas anjuran Giat Mara ni.. membuat roti dan kek.. memang kelas kek keknya.. pape pun terimakasih buat cikgu izma..


BLUEBERRY MUFFIN
chef Izma
Giat Mara Parit

250 g butter
250 g gula castor
5 biji telur A
1/4 st garam
3 st blueberry filling
1 st esen vanila
265 g tepung protin tinggi }
1 st baking powder           } ayak

filling: (jika suka)
blueberry filling secukupnya

cup saiz: 325 oz
dapat 21 cup (3/4 cup)


packing untuk staf ofis hubby
cara cara:

pukul kembang butter dan gula hingga bertukar warna pudar.
masukkan sebiji demi sebiji telur sambil di putar sebati.
masukkan garam dan blueberry filling dan gaul sebati.
di ikuti esen vanila.
akhir sekali masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dengan kelajuan yang tinggi.
masukkan dalam cup hingga 3/4 penuh.
bakar 180'C selama 15 minit @ hingga masak (pastikan oven telah di panaskan terlebih dahulu)


* jika nak letak filling: letakkan separuh adunan dalam cup / inti / letakkan lagi adunan hingga paras 3/4 penuh.
* jika nak buat chocolate muffin letak cocoa powder sebanyak 30g. untuk hiasannya: chocolate chip (jangan letak blueberry di dalam adunan)
*  jika x nak bagi seroi jangan pukul adunan lama lama
* kalau kek mengecut sebab pukul butter terlalu lama.


Monday, October 29, 2012

CHOCOLATE CHIP MUFFIN (TANPA TELUR)


bila anak anak ada di umah... nilah hasilnya... sebelum ni akak bukan x nak buat pape.  tapi x syok sebab x de orang yang nak habiskan.. wp dalam hati tu dah set nak buat macam macam.. sekarang ni anak sedang bercuti.. rajinlah akak buatkan untuk santapan dorang... hehe
muffin yang sedap dan jimat kos...


CHOCOLATE CHIP MUFFIN (TANPA TELUR)

Bahan-bahan ( 10 biji muffin besar )

Bahan A :-
2 cawan tepung gandum(250g)*- (akak kurangkan 2 sudu tepung tapi gantikan dgn 3 sudu serbuk koko
1/2 sk bicarbonate of soda*
1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
1 cawan choc. chips (akak campur 1/2 cwn choc. chips + 1/2 cwn raisins) - akak x letak

Bahan B :-
60g mentega (1/4 buku) - dicairkan
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan gula castor (boleh kurangkan)
1/2 sk esen vanilla


cara cara:
 Campurkan bahan2 A dalam mangkuk dan buat lubang di tengah2nya.
 Satukan bahan2 B dan kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
 Kacau adunan hingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
 Bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
 Enak di makan ketika muffin masih hangat atau pon dah sejuk.


topping:

susu
coklat cair dikacau rata
coklat rice (tabur)


Thursday, September 20, 2012

MUFFIN OREN


hahaha... ape sudah jadik... apa sudah jadiiii... rasanya sedap tapi meleper lak.. x gebu.. 2 X akak test resepi ni tapi keadaannya tetap sama.. dalam oven punyalah gebu.. syok tengok.. tapi bila dah masak.. adoiii agaknya tepung kuranglah resepi ni.. dari segi rasanya semua dah ok... 
wp hasilnya x seberapa.. insyaallah akak x jemu mencuba...


MUFFIN OREN

Bahan-bahan ( 12 biji )

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula (jangan penuh sangat, kurangkan sikit)
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh pekatan pati oren sunquick (boleh juga diganti dengan perahan jus oren)
2 sudu besar susu tepung (for baking)
2 biji ceri merah - di cincang
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil ovallet
1/4 cawan coklat cip
parutan kulit oren
2 sudu besar gajus/badam yang ditumbuk kasar
Beberapa titis perwarna oren

cara cara

Tepung diayak bersama soda bicarbonat
Pukul telur bersama gula hingga kembang
Masukkan minyak masak, perwarna oren, esen oren/jus oren
Masukkan tepung, putar perlahan diikuti dengan ovallet
Masukkan badan/gajus, ceri, parutan kulit oren dan coklat cip. Kalau cair, boleh tambah tepung lagi
Isikan ke dalam acuan muffin. Hanya 3/4 penuh
Bakar selama 30 minit (atau hingga masak) dengan suhu 180 darjah celcius

Thursday, March 15, 2012

CHOCOLATE CHEESE MUFFIN


muffin ni anak teruna yang request.. dia nakkan muffin jadi akak buatlah muffin ni.. anak sebenarnya nakkan muffin yang ada perisa strawberry.. tapi akak buat serba sikit pelbagai rasa.. gambar di atas ni ikut resepi asal tapi... entahla.. cam x serupa je.. hehehe nilah akibat derhaka... mungkin juga akak ni malas hanya cincang kasar kasar je cooking chocolate tu.. gitu juga dengan cheddar terlebih kut.. hantam je la labu... janji anak kata sedap! hehehe..

CHOCOLATE CHEESE MUFFIN

Bahan-bahan ( 12 muffin )

250g tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
60g dark cooking chocolate,disagat
80g cheddar cheese,disagat
150ml susu segar
150ml minyak masak
140g gula kastor
3 biji telur gred B
secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila


Cara-cara

Telur,esen vanila,garam disatukan,kemudian pukul ringan hingga rata.
Satukan minyak masak,susu segar,gula kastor dan adunan telur tadi,gaul hingga gula larut.
Ayak tepung gandum,serbuk penaik ke dalam adunan telur,kaup balikkan hingga rata tapi masih kelihatan berketul (jangan terlebih gaul kerana boleh menyebabkan muffin keras).

Sediakan tin muffin yang dialas dengan cawan kertas.Tuangkan 1/2 sudu makan adunan,beri sedikit keju,kemudian tutup lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.Tabur sedikit keju dan coklat di permukaan atas.

Bakar muffin selama 25 minit pada suhu 175'C.
Pesan:Panaskan terlebih dulu oven selama 15 minit pada suhu 175'C sebelum membakar muffin.
~~~~~~~~~~~
** gambar di bawah ni akibat derhaka pada resepi asalnya.. maaf yer.. tuan punya resepi ni...
ini anak teruna yang request guna pes strawberry + coklat & cheddar

yang ni pula guna pes blueberry.. + coklat & cheddar

akibat derhaka.. buruk semuanya... ya ampuuuuunn.. hehehe

Monday, March 12, 2012

MUFFIN OREN


muffin yang di tempah..

 RESIPI MUFFIN OREN


Bahan-bahan ( 20 biji )

1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega (dicairkan)
1/2 cawan jus oren



Mula2, campurkan tepung, gula, baking powder dan garam.
Kemudian, masukkan mentega. ayakkan adunan tersebut.
Setelah adunan tersebut kembang, masukkan jus oren dan telur. ayakkan adunan itu sehingga sebati.
Kemudian, ambil adunan itu sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu sehingga setengah penuh paper cup muffin yang telah di'greased'.
Panaskan oven 175 celsius. selama 15 minit
sebahagian dari yang siap packing

Wednesday, August 3, 2011

STEAMED CHOCOLATE BLOSSOM


  steamed chocolate ni akak buat khas untuk rakan rakan JW di tempat akak sempena hari jadi.. tapi akak buat ia sebagai door gift untuk semua rakan rakan yang telah menyokong Jiran Wanita/KRT Bandar U..

* di bawah ni semua rakan Jiran yang menyambut hari kelahiran pada bulan 5/6/7/8-2011

* untuk rakan JW semua akak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR SEMUA...
  TANPA KALIAN SIAPALAH JIRAN WANITA!!




 ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday to You ♪♫ •*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday ♪♫ •*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•...♫♪...Ha​ppy Birthday ....♫♪
Happy Birthday..kiTA SeMUa. May Allah bless you..
ALLAH SELAMATKAN KAMU SEMUA..

RESIPI STEAMED CHOCOLATE BLOSSOM

140 g gula halus
160 g tepung gandum*
20 g serbuk koko*
2 sk baking powder* (* diayak bersama )
2 sk ovallete
2 biji telur - A (yang sejuk dr peti ais)
110 g susu sejat (akak guna susu ducth lady kotak kecil)
1 sk choc.paste(opt)
secukupnya choc.chip atau choc.masakan yang di dadu - untuk inti



  1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali inti dan pukul hingga kembang dan pekat.
  2. Steamed_choc
     Sediakan acuan kecil berlapikkan papercup,bubuh 1 sk adunan,isikan inti choc. dan tutup dengan 1 sk lagi adunan.
  3. Steamed_choc
     Kukus hingga masak selama 10-15 min.


Tuesday, June 21, 2011

COKLAT CHIP MUFFIN


sedap muffin ni ... akak buat untuk anak dan kawan kawannya.. di kolejnya...


RESIPI COKLAT CHIP MUFFIN

250 g tepung gandum
2 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
175 g gula
150 g coklat chip
250 ml susu segar
90 ml minyak
1 biji telur A
1 st esen vanilla


  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.

Saturday, April 2, 2011

MUFFIN PISANG COKLAT


akak rasa x puas hati dengan pembikinan muffin ni.. bukan salah resipi tapi mungkin salah akak. hati akak yang x tetap masa tu. ada saja gangguan.. dapat panggilan anak suruh mbik di stesyen ketapi batu gajah la..tetiba sakit perut teramat sangat mungkin sebab seharian suntuk rupanya terlupa makan nasi!, waa..patut la letih bangat! lepas tu kena hantar kawan anak balik ke rumahnya. balik rumah dah jauh malam ingatkan nak berehat tidur tapi teringat pulak nasi impit belum di rebuskan lagi..adoiiii.. bizi benor ngalahkan menteri weh..!!


RESIPI MUFFIN PISANG COKLAT
Sumber: yatiememories

Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam (x letak pun dh ok)

1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
  2. Ayakkan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata guna whisk aja.
  5. Masukkan choc chips.
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama
  7. 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...