followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, April 17, 2012

APAM INDON

dah pernah beberapa kali buat apam indon ni.. tapi bila tengok Yatie buat,... hati mula x keruan lak nak mencuba lagi.. bila dah buat baru lega... hati dah x keruan lagi.. hehehe... yang penting rasanya amat sedap, gebu dan lembut je..
anak nak g KL petang tadi jadi apam ni akak potong ketika suam suam sebab anak dah x sempat tunggu hingga sejuk.. bas dah nak tiba..


RESIPI APAM INDON

Bahan-Bahan
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran


Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.

Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

8 comments:

  1. dah ramai yang buat apam indon ni.bilalah nak dapat vitamin R ni.cantik post indon ni.

    ReplyDelete
  2. tun suka apam yg letak ovalette, mmg lembut dan gebu!

    ReplyDelete
  3. Sana-sini dah tumbuh kek ni... bila pula nak tumbuh kat blog Along...hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Norlie,
    catiknya kejadian apam Indon tu... warna wani meriah!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Norlie..nampak gayanya makin ramai yang dah buat apam berlapis macam ni...Saya pun dah mula tergudaaaaaa

    ReplyDelete
  6. hahhaha..kak norlie....selagi tak buat tak lena tido jadiknya ye kak..hahahha..nasib baik la saya tak tergoda lagi dgn apam ni..kekkeke..selamat den...kekekek

    ReplyDelete
  7. salam kenal. sedapnyeee..hehe. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  8. Assalam kak norlie,
    baru ni dapat singgah ke sini..the past days..memang tak dapat balas kunjungan..terimaksih .for support during my predicament kemarin tu ya kak..really appreciate it so much..terharu kita..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...