followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 30, 2011

CUTI UMUM 2012


1/1/2012 – TAHUN BARU 2012

23/1/2012 – 24/1/2011 – TAHUN BARU CINA

5/2/2012 – MAULIDURRASUL

7/2/2012 – THAIPUSAM

1/5/2012 – HARI BURUH

17/5/2012 – HARI WESAK

2/6/2012 – HARI KEPUTERAAN YDPA

17/6/2012 – ISRAK MIKRAJ

21/7/2012 – AWAL RAMADHAN

6/8/2012 – NUZUL AL-QURAN

19/8/2012 – 20/8/2012 – HARI RAYA PUASA

31/8/2012 – HARI MERDEKA

16/9/2012 – HARI MALAYSIA

26/10/2012 – HARI RAYA HAJI

11/11/2012 – DEEPAVALI

15/11/2012 - AWAL MUHARAM

25/12/2012 – HARI KRISMAS

Jangan lupa tinggalkan komen di bawah sekiranya ada apa-apa tambahan ataupun perubahan ya!

Wednesday, June 29, 2011

DAGING CAMPUR GORENG KICAP


Kalau masak campur goreng kicap ni akak suka sangat meratah.. sebab sedap! masakan ni sebenarnya amat ringkas dan sesuai di masak bila bila saja..


RESIPI DAGING CAMPUR GORENG KICAP

1/2 kg daging batang pinang - bersihkan tabur garam kunyit dan goreng lalu ketepikan.
300g kacang pin - potong serong
1 biji kentang besar - potong wedges tabur garam kunyit dan goreng lalu ketepikan.
tumbuk:
2 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 sb lada hitam

2 sb kicap 
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit garam
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
sedikit minyak tumis

panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
masukkan daging goreng, kentang goreng dan gaul hingga sebati.
tuangkan semua sos dan kicap, kacang pin dan masukkan garam. kacaukan.
akhir sekali masukkan bawang bulat, cili merah dan gaul sehingga layu.
sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, June 28, 2011

UBI REBUS


amboi dah lama x makan ubi rebus ni... kawan akak beri ubi ni.. dia pun dapat dari seorang kawannya.. panjangkan sedekah orang mulia sifatnya..

Monday, June 27, 2011

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


Kek ni dihias ketika masih suam suam lagi tapi kerana masa dah suntuk jadi akak terpaksa siapkan juga decoration ni.. sebenarnya janji kek ni akan di hantar esok tapi atas sebab sebab tertentu terpaksa di siapkan dengan kadar segera.


maka dihiaslah dengan cara sepontan... hihihi..


x taulah tuan punya kek ni suka ke tidak dengan kek yang tidak seberapa ni


harap harap berpuas hatilah yeeee...

APAM HARUM MANIS


apam yang teramat la sedap gebu dan lembut. akak buat untuk kenduri kesyukuran kawan akak ni... apam ni sesuai sangat untuk keraian kerana ia mual dan dapat banyak.. ramai kawan akak yang sukakan apam ni.. ada yang menanyakan apa nama kueh berinti pisang ni.. ada yang sangkakan kaswi sebab ia berkilat dan hitam pekat di permukaan kueh ni dan ada yang melawak kata kueh Jin Mata Satu... huhuhuhu.. ada ada aje korang ni.. mengubahkan namanya secantik kueh ni HARUM MANIS kepada N.HARUMAINI.. alamak.. nama akak pulak dah...!!



RESIPI HARUM MANIS

Bahan-bahan ( 40biji )

300 g gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 g gula pasir
350 g tepung gandum
1/2 st baking powder
1 st bicarbonate of soda
1/4 st garam
1 sm esen vanila
50 g mentega - dicairkan
8-9 biji pisang raja - dihiris bulat tipis


  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***


    Sunday, June 26, 2011

    GULAI REBUNG MADU BERSAMA AYAM


    Akak memang suka makan rebung madu.. x kira masak lemak udang campur rebung madu ni @ pun masak kari.. memang suka!


    RESIPI GULAI REBUNG MADU BERSAMA AYAM

    Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu

    8 biji bawang merah-dihiris
    4 ulas bawang putih-dihiris
    daun kari-jika ada
    2 batang kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    1 inci halia
    4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.

    Tumis sehingga naik minyak.


    Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.

    DONUT BALL PANDAN


    Donut ball yang sedap.. lembut dan gebus... akak buat 1 adunan pun dapat banyak..Di sini akak campurkan perisa pandan dan pewarna hijau.. bila di gigit nampak cantik je warna hijaunya.. sory.. akak lupa pulak nak ambil gambar di bahagian dalam donut ni.. tapi amat cantiklah warnanya..


    RESIPI DONUT BALL

    bahan-bahan:


    • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
    • 2  1/2 sudu besar gula
    • 1 sudu besar susu tepung
    • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
    • 1 sudu kecil ovallette
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 biji telur
    • 1 sudu besar marjerin
    • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
    • 1/2 sk pes pandan @ pandan emulco (akak tambah)
    • gula saduran
    • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)




    Cara-cara :
    1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
    2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis, pandan emulco dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
    3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
    4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
    5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

    Saturday, June 25, 2011

    MASAK LEMAK KETAM


    sekali sekala makan ketam ni sedapnya.. tapi akak x boleh makan selalu makanan laut ni sebab nanti ada yang x kena pada akak.. woo.. banyak makanan yang akak kena jaga... tapi yang sedap sedap ni pantang kalau terjumpa.. mesti perkena jugakkkk!!.. muahahaha...
    kali ni akak gabungkan daun limau purut dan daun kunyit sekali dalam masakan ni..emm.. sedap ada 2 rasa.


    RESIPI MASAK LEMAK KETAM

    5 ekor ketam bunga - di bersihkan

    bahan tumbuk:
    2 ulas bawang merah
    10 tangkai cili api
    sedikit kunyit hidup

    1 batang serai - dititik
    1 keping asam keping
    sedikit kunyit serbuk
    1 cawan santan pekat
    sedikit air
    daun limau purut
    sepotong karat - potong halus memanjang
    5 biji tomato ceri
    1 helai daun kunyit - hiris halus halus
    1/2 bawang besar - dipotong bulat
    5 tangkai cili api - dibelah 2 x putus
    garam


    masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana supaya ia x pecah minyak.
    masaklah sehingga betul betul mendidih. tutup api. sedia untuk di hidangkan...

    Friday, June 24, 2011

    MASAKAN CENDAWAN CICHO


    atas permintaan mr laling ni kali ke dua akak masak cendawan ni.. kerana ape..? kerana suka rasanya dan sedap!
    Akak beri mak sedara rasa masakan ni mati mati dia kata akak buat rendang daging @ serunding.. puas akak menafinya... dia kata sedap makan dengan nasi impit dll.. sebab kali ni cendawan ni agak kecil bentuknya.. bila akak tumbuk kasar2 tetap jadi hancur semuanya.. tu sebablah ia dah macam serunding rupenya..


    RESIPI CENDAWAN CICHO - (nama yang diberi dalam majalah Saji tu ye..)
    Saji Feb/01



    1 cawan cendawan cicho - (sepinggan rm2 akak beli 3 pinggan sbb nampak sikit.. lagi pun kali ni cendawan jenis kecil) - rendam kembang, basuh dan ramas ramas sikit sambil di cuci bersih dan di tumbuk kasar

    tumbuk kasar:
    100g ikan bilis
    50g udang kering

    kisar:
    5 ulas bawang merah
    3 cawan santan pekat

    3 cawan santan pekat
    1/2 bungkus rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
    2 sb kerisek
    2 keping asam keping
    15 tangkai cili api(ikut kepedasan sendiri) - kisar halus
    1 batang serai -di ketuk pangkalnya
    1-2 helai daun kunyit -koyak koyakan (akak tambah)
    minyak menumis
    garam


    panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma. masukkan ikan bilis dan udang kering.
    masukkan rempah kari dan cili api, kacau sehingga sedikit garing.
    masukkan kerisek, serai dan  asam keping, kacau sebati.
    masukkan cendawan , kacau sebati kemudian tuangkan santan.
    kacau dengan api perlahan hingga pekat. masukkan garam.
    tutup api dan sedia untuk di hidangkan

    * sedap makan dengan ape saja.. sekurang kurangnya nasi panas pun jalannnnnn.. hihihi........

    Thursday, June 23, 2011

    AYAM SOS TIRAM


    menu ulangan tayang.. ayam sos tiram ni memang akak suka masak takala akak x da idea lain... masakan ni biar pun ringkas tapi memang sedap bangat.. akak memang suka masakan ni.. ia seakan sup tapi bukan sup!
    masakan ni kalau letak banyak cili api lagi sedap... bahan pun semua ketuk ketuk je.. mudahkannnn...!!


    RESIPI AYAM SOS TIRAM

    1/2 ekor ayam di potong kecil dan di bersihkan

    bahan ketuk:
    2 batang serai
    1" halia
    2 ulas bawang putih 

    15 biji cili api - belah 2 x putus
    2 biji bawang - besar belah 4
    3 helai daun limau purut
    1 biji tomato - belah 4/6
    3 sb sos tiram
    air ikut kepekatan
    + sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air
    garam
    cendawan tiram koyak2kan @ cendawan tin - hiris nipis
    *sayur pilihan - kobis/karat
    sedikit minyak menumis

    panaskan minyak
    tumis bawang putih, serai hingga wangi.
    masukkan ayam, daun limau purut, tutup kuali.
    bila ayam setengah masak masukkan sos tiram, bawang besar, cili api, air, bancuhan air tepung jagung, garam(rasa dulu sebab dah ada sos tiram).
    biarkan mendidih sekejab dan masukkan cendawan. gaul rata.
    tutup api. sedia di hidangkan panas panas.


    SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS


    sambal tumis ni sengaja akak buat pekat likat camni.. kerana rindukan masakan emak akak sanggup buat  secara tumbuk belaka.. sengaja akak tumbuk cili kering yang tidak berapa hancur gitu... kemudian akak masak hingga  semua bahannya garing... kalau rajin buat cam ni sambal tumis ni tahan di simpan lama tapi dengan adanya sambal begini memang x sempat nak simpan simpan dah.. hihihi...


    RESIPI SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS

    1 mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan dan digoreng lalu diketepikan
    10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
    5 biji bawang merah - tumbuk halus
    2 ulas bawang putih - tumbuk halus
    sedikit jus asam jawa
    sedikit belacan
    minyak menumis
    garam 
    gula
    bawang besar - dipotong bulat

    panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
    masukkan asam jawa dan masak lagi hingga kering.
    masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
    masukkan ikan bilis yang goreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat.
    perasakan dengan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
    siap.

    * boleh masukkan sedikit shj sos tiram dan sos tomato.. tapi masaklah juga hingga kering

    ** ada yang kata sedap dicicah dengan ubi rebus..

    MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MUFFIN

    Muffin ni dibuat mengikut permintaan hendakkan muffin yang pelbagai rasa.. harap puan "K" berpuas hati dengan muffin muffin ni ye...


    MUFFIN BLUEBERRY


    MUFFIN OREN


    MUFFIN COKLAT RICE




    Tuesday, June 21, 2011

    KESIAN KEK NI...


    akibat suhu yang "terlampau" agaknya... apa dah jadi kek ku ini... biarpun begitu rasanya tetap maintain sedap! kalau korang nak tau kek ni dari tepung readymix, akak letak 3/4 penuh untuk kap kek ni tapi terkejut bila akak jenguk oven habis semua kek ni bercantum, kembar siam semuanya... adoii.. baru nak test tepung ni..
    asalnya kek ni plain je tapi akak letak perasa kiwi dalamnya... frust tengok!!

    KEROPOK LEKOR


    KEROPOK LEKOR ♥ pebret ku...!!
    keropok ni pemberian dari seorang kawan baik fb akak... puan Marliah Awang ♥.. wah sedap keropok mu ni... harap harap sudi sudilah lagi sponsor kegemaranku ini.. dengan adanya keropok ni maka berasap lah lagi dapurku....ekekeke....

    PIZZA NORWEGIAN



     cik pizza ni memang sedap dan lembut.. x rugi akak mencubanya dari ayu spore


    Pizza Norwegian 
    Sources:-From Aini Salim - Berita Harian
    ayu spore

    Bahan kulit Pizza:-(Ingredients for doh)
    226g tepung beribu-(226g self raising flour)
    140g susu cair/segar-(140g fresh milk)
    42g mentega-(42g butter)
    2 sudu besar air-(2tbsp water)
    1 sudu kecil yeast-(1 tsp instant yeast)
    1 sudu besar gula-(1 tbsp sugar)
    sedikit garam-(some salt)

    Method:-
    Gaul rata yeast dan gula. Diamkan sebentar hingga kembang. Masukkan bahan2 lain dan uli hingga rata. Biarkan hingga adunan naik dua kali ganda.-(Mix yeast and sugar and let it rest for a while. Add all the ingredients and knead till incorporated. Let it proof till double in size.)

    Bahan2 kuahnya:- (Ingredients for sauce)
    3 ulas bawang putih -tumbuk halus-(3 garlics grounded fine)
    100g tomato puree-(100g tomato puree)
    3 sudu besar minyak masak-(3 tbsp oil)
    2 sudu kecil serbuk lada putih-(2 tsp pepper)

      

    Method:-
    Tumis bawang putih dan masukkan bahan2 lain. Tuangkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
    -(Saute garlics and add all the other ingredients. Add some water and let it boil till cooked)

    Bahan2 untuk topping:-( Ingredients for topping)
    200g daging cincang-(200g minced beef)
    2 sudu besar rempah kari daging-(2 tbsp meat curry powder)
    2 biji bawang putih-(2 garlics)
    1 labu bawang besar -(1 large onion)
    1 cm halia-(1 cm ginger)
    sedikit garam dan minyak masak-(a bit of salt and some oil)

    1 labu bawang besar -potong bulat-(1 large onion cut in rings)
    1 biji lada labu-hiris bulat-( 1 green pepper cut in rings)
    2 buah tomato -hiris bulat-(2 tomatoes cut in rings)
    10 butir cendawan butang-(10 button mushrooms)
    1 bungkus keju mozarella-(1 packet mozarella cheese)




    Method:-
    Tumbuk bawang putih, halia dan satukan labu bawang besar. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk. Masukkan rempah kari daging dan garam serta daging cincang. Masak hingga kering.
    Canaikan kulit pizza hingga tipis dan masukkan kedalam loyang pizza. Tusuk2 permukaan kulit ini dengan garfu. kemudian bakar hingga masak. Keluarkan daripada ketuhar dan sapukan dengan kuahnya. Parut keju dan taburkan sebahagian di permukaan kulit pizza tadi. Taburkan pula bahan2 lain seperti daging kisar, bawang besar yang di potong bulat, tomato, lada dan cendawan dan taburkan baki keju diatasnya. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lah hingga kejunya garing dan bahan2 yang lain masak.-(Ground garlics, ginger and 1 large onion. Heat oil and saute grounded ingredients. Adda in curry powder, minced beef and salt. Cook till a thickens. Knead pizza dough thinly and place on pizza tray. Poke some holes with a fork on dough and bake till cooked. Bring out from oven and spread the sauce. Sprinkle some cheese on the sauce. Top the rest of topping ingredients and lastly sprinkle the balance of cheese on top. Bake in the oven till cooked.)

    COKLAT CHIP MUFFIN


    sedap muffin ni ... akak buat untuk anak dan kawan kawannya.. di kolejnya...


    RESIPI COKLAT CHIP MUFFIN

    250 g tepung gandum
    2 st baking powder
    1/2 st soda bikarbonat
    2 sb serbuk koko
    175 g gula
    150 g coklat chip
    250 ml susu segar
    90 ml minyak
    1 biji telur A
    1 st esen vanilla


    1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
    2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
    3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.

    Monday, June 20, 2011

    IKAN BAKAR


    ikan talapia merah ni didatangkan khas dari Sungai Pahang.. kawan Mr Hubby yang beri ikan ni.. terima kasih kerana sudi memberikan ikan ni pada kami... jauhnya ikan ni datang dan kami bawa pula ikan siap dibakar ni ke  Pahang kembali... makan di puncak Cameron Highland Pahang...
    ni juga salah satu makanan yang akak bawa..

    RESIPI IKAN BAKAR

    1 ekor ikan talapia merah
    1 batang serai - ketuk - jika suka
    air asam jawa
    daun pisang @ aluminium foil

    bahan kisar :-
    3 - 5 biji cili merah
    3 - 5 tangkai cicli kering
    3 - 5 cili api - jika suka tapi akak x letak
    3 - 5 bawang merah
    1- 3 ulas bawang putih
    1 -2 batang serai
    sedikit garam

    1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
    2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
    3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
    4. ** hidangkan dengan air asam atau cili berkicap (akak x buat)
    5. ** sepatutnya bubuh daun limau purut @ daun kunyit tapi akak terlupa letak.

    AYAM MASAK MERAH TOMATO PURI


    ayam ni akak masak kerana kami pergi holiday sempena menyambut HARI BAPA sabtu lalu

    RESIPI AYAM MASAK MERAH TOMATO PURI

    1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
    rempah tumis - 4 sekawan
    3 sudu besar cili kering
    1 tin kecil tomato puree
    1 cawan tomato sos
    5 sudu besar madu
    5 cm halia - dimayang
    6-8 ulas bawang putih - dimayang
    10 ulas bawang merah - dimayang
    2 labu bawang besar - dihiris bulat
    1/2 cawan susu cair


    1. Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.
    2. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
    3. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
    4. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.

    poster salam sayang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...