followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, March 31, 2011

KEK PISANG SEMPOY..



kek ini entah beberapa kali cuba. memang sedap kek ini lembut dan gebu sesangat. kalau masuk mulut senang cair terus ke perut huhuhu.. tengok rupa paras kek ini seakan berkilat gitu.. tengok pun gerammmm.. 
ermm... memang sedap!



untuk pengetahuan semua.. 
akak ni bukan suka sangat makan kek pisang ni sejak dari kecil lagi sebab dulu dulu bila beli saja kek pisang dorang bubuh esen rose. kek jadi begitu wangi dan akak x tahan baunya sampai pening kepala. kalau orang bagi dan dengar saja kek pisang akak memang x nak...tapiiiiiiii.... sebaliknya pula dengan kek ini... akak yang akan cari dan kejekan dia.. hihihi.. sedap bangat kek ini...

KEK PISANG SEMPOY

150g pisang - lecek
180g tepung gandum
180g gula
3 biji telur
120 ml minyak
1 st ovellate
1 st soda
1st baking powder
secubit garam

campurkan semua dan kisar hingga sebati.
tuangkan di dalam loyang yang bergris.
bakar 180C 40-50 mini

NASI GORENG ALA THAI...


ASSALAMUALAIKUM...

ni nasi goreng orang malas namanya...muahahahaha.... sebenar akak x pernah guna perencah untuk nasi goreng ni tapi kali ini masa pergi carrefour tempuhari promoter tu asyik dok tunjuk dan tayang tayang, entah macamana hati termakan hasutan pulak! huhuhu.. selalunya x pernah layan pun promoter yang bizi body cam tu..

NASI GORENG THAI..perencah SERI-AJI

nasi putih secukupnya..
1 peket perencah seri-aji
1/2 biji bawang besar - di mayang
1 ulas bawang putih - di ketuk
sedikit daun sup - di hiris halus
1 biji telur - di kocok sikit
sedikit garam - jika tawar sbb nasi banyak
sedikit minyak menumis

panaskan minyak tumiskan bawang masukkan nasi gaul rata.
masukkan daun sup, sedikit garam dan pecahkan telur dan kacau nasi hingga rata dan sebati.

hiasan:
telur goreng dadar :-
bahannya akak guna 3 biji telur ayam katik + mayo, sedikit cencaluk, bawang cincang, daun sup.
kocokkan dan dadarkan
* x perlu letak garam sebab cencaluk dah masin

Wednesday, March 30, 2011

BROKOLI GORENG BERSAMA UDANG

masakan sayur ni memang kegemaran akak. kadang kadang habis licin akak main ratah je..naik bersih pinggan akak kerjakan muahahaha..


BROKOLI GORENG BERSAMA UDANG

1 ketul brokoli - di potong dan di bersihkan
10 ekor udang sederhana besar - di bersihkan
1/2 biji bawang besar - di hiris kasar
1 ulas bawang putih di ketuk
5 biji cili api - di ketuk
sedikit sos tiram
sedikit garam
sedikit minyak menumis

panaskan minyak, masukkan bawang dan cili api hingga naik bau.
kemudian masukkan udang, gorenglah hingga masak.
dan masukkan brokoli. masak hingga brokoli lembut sedikit. jangan terlalu layu sangat
akhir masukkan sos tiram bersama sedikit air dan garam.

 eerrmm..sedapnya kalau meratah ni...

AIR ASAM IKAN KEMBONG


ini menu tengahari ni.. wp simple dimple tapi akak cukup suka dengan menu harini.. sebab komplik dengan air asam sekali. kalau mulut x de selera pasti menu ini dapat mengembalikan citarasa kita. biasanya kita hanya cicah air asam bila kita makan ikan bakar je.. apa kata kita tukar selera dengan ikan ni pulak. pasti dapat menambat selerakan....


AIR ASAM IKAN REBUS

2 ekor ikan kembong - di rebus dengan asam keping dan sedikit garam/boleh juga ikan di kukus tapi akak rebus dengan api yang sederhana takut ikan hancur.tos dan ketepikan.

sos air asam:
1 biji bawang besar - belah 2 dan di mayang halus
1 biji tomato segar - di potong kiub
cili api - di hiris halus
2 tangkai cili merah - di tumbuk dengan sedikit belacan dan garam
bancuhan air asam jawa/jus limau
sedikit cili sos
gula

gaulkan ke semua bahan sehingga sebati. rasa masam masinnya.
bolehlah di curahkan pada ikan kembong tadi..

CEKODOK PISANG ABU

ASSALAMUALAIKUM.. 

bersua kita sekali lagi di sini.. Alhamdulillah..
semalam saya tidak dapat ke udara kerana kurang sihat sikit.. xde ATVT masak masak pun di umah. hanya berehat dan makan ubat mengikut masa yang di tetapkan saja. sesekali akak buka juga tenet ni. rindu pulak kalau x buka! hahaha..

CEKODOK PISANG ABU yang sedap. semalam pun akak x larat nak masak. pagi semalam pun my laling yang buatkan PISANG GORENG (gambar sebelah). terima kasih ye.. kerana perihatin. tu yang sayang!! nampaknya hari hari makan produk pisang..hahaha..kerana menghabiskan stok pisang pemberian kakak angkatku.. 
kalau rajin akan muncullah produk pisang yang lain pula...Insyaalah.. tunggu dan lihat.

CEKODOK PISANG ABU

10 biji  pisang abu (lenyek)
1 sb butter
4 sb susu pekat
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

campurkan semua dan di gaul hingga sebati.
panaskan minyak.
jemput jemputkan ke dalam minyak panas dengan tangan yang basah.
balik balikkan dan bila masak angkat dan toskan.
sedia untuk di hidangkan panas panas.

*zsrina MyR

Monday, March 28, 2011

SET NASI AYAM PANGGANG MADU



telah banyak kali akak mencuba resipi NASI AYAM namun hanya nasi ayam ini yang sedap dan sesuai dengan selera kami sekeluarga terutama my hubby. nasi ayam ni akak masak di rumah kakak ipar, segala perbelanjaan untuk membeli semua bahan hubby yang sediakan jadi agak cerewetlah sikit,kena ikut selera dialah jawabnya. ketika shopping di carrefour Seberang Jaya puaslah mencari aluminium foil x jumpa, akak cakap dengan hubby.. kalau x jumpa gak.. kita buatlah ayam yang jenis di goreng jek.. tapi  hubby tetap x mau, degil nak cari foil juga.. akhirnya dapat juga jumpa.. senyum melereklah.. :B))


NASI AYAM ni special sebab ia mirip dari nasi ayam cina tapi bukan nasi ayan hainan tu lain.. kerana ia tidak menggunakan banyak bahan. akak hanya menggunakan bawang putih sahaja untuk menumis sup dan nasi, sos dan ayam. pendek kata resipi akak very simple.., x campur bahan penumis 4 sekawan, serai, bawang merah dll seperti  setengah dari masakan melayu. ternyata masakan yang serba ringkas ini lebih sedap dan jimat sikit dari segi bahan yang lain.
resipi ni nampak je rumit tapi senang je..simple dan ringkas!!
lebih senang kerana kita hanya bakar saja ayam tu..sambil tu boleh buat keje lain.
x percaya trylah...




STOK AYAM

ayam di bersih dan potong 4- jangan di buang kulit dan di rebus jangan terlalu lama bersama dengan leher(kerat pendik pendik) dan lemak ayam. masukkan sedikit garam dan bahan perasa jika suka. bila ayam masak angkat dan toskan .ketepikan.

NASI AYAM

6 pot tin susu beras - di bersihkan/toskan
6 ulas bawang putih
5 helai daun pandan
stok ayam secukupnya
garam
bahan perasa - jika suka
sedikit minyak dan planta untuk menumis
1-2 titik pewarna kuning - jika suka

tanak nasi dengan stok ayam secukupnya (jangan banyak air).masaklah dalam rice cooker.
sementara itu panaskan minyak/planta.
tumiskan bawang putih bersama daun pandan hingga berbau wangi dan masukkan garam.
lalu tuangkan kesemua ke dalam nasi, kacau sebati. jika nak bagi nasi warna kuning masukkan bebarapa titis  pewarna kuning tapi jangan banyak sangat! x bubuh pun x pe..no hal..
* ketika menghidang taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng


AYAM PANGGANG MADU

2 ekor ayam sederhana besar - di bersihkan dan di potong 4 kemudian di rebus untuk mendapatkan stok ayam (rujuk di atas)
6 ulas bawang putih
kicap pekat
sos tiram
sos cili
garam
serbuk perasa - jika suka
madu
sedikit rempah lima (masakan cina untuk nasi ayam dorang masukkan) - xde xpe.

lumurkan ayam yang sudah di toskan satu persatu hingga habis kesemuanya. peraplah ayam lebih kurang 1jam @ lebih. jika lama perap lagi sedap.

sementara itu sediakan loyang untuk membakar ayam.
letakkan aluminium foil ke atas dulang dan sapukan planta hingga rata. tujuan jangan bagi ayam nanti melekat. 
setelah ayam di perap susunkan ayam (jangan di tindih) ke dalam loyang dan tutup semula ayam dengan foil - juga telah di sapu planta (x perlu di kemaskan foil tu- cukup sekadar letak untuk tutupkan ayam saja). 
bakarlah 200'C selama 30 minit.
setelah oven berbunyi keluarkan dan terbalikkan ayam tadi masukkan ayam semula ke dalam oven (x perlu di tutup dengan foil atasnya) 
bakarlah selama 30 minit lagi.
siap proses pembakaran!

*kerat keratkan ayam panggang tadi lalu baringkan pisau dan tekan sedikit ayam itu supaya isinya senang di makan.
siramkan sos kicap ke atas ayam panggang.

SOS KICAP

lebihan sos dari perap ayam tadi di masak dengan bancuhan air tepung jagung jika pekat campur sedikit air.
* sos kicap ni pada siapa yang suka pedas boleh di campurkan cili. jika nak beri anak anak makan sos ni dah sesuai.

SOS CILI

kisar:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api (ikut suka banyak mana)
6 ulas bawang putih

cili sos
garam gula
perasa - jika suka
minyak

masak hingga agak kering bahan blend.
masukkan cili sos, garam gula kacau hingga mendidih dan masak hingga hampir pekat.
setelah masak tutup api dan masukkan minyak lalu di kacau hingga sebati.
siap.

SUP KOSONG

lebihan dari stok ayam untuk memasak nasi (jk air kurang tambah air lagi)
sedikit bawang putih - di tumbuk
sup bunjut - jika suka } pilih salah satu
perasa - jika suka      }
garam
daun sup/bawang
bawang goreng
sedikit minyak menumis

panaskan sedikit minyak.
tumiskan bawang putih yang di tumbuk hingga naik bau lalu di tuang ke dalam baki stok ayam untuk nasi tadi..
masak air sup ini hingga mendidih.
sesuaikan rasanya dengan garan dan bahan perasa.
jika terdapat lemak ayam di dalamnya sup bolehlah di buang keluar dari sup ini. (sebaiknya biar kosong kecuali leher ayam sayang nak di buang!)
*ketika menghidang barulah di taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng tadi.


BAHAN SAMPINGAN UNTUK NASI AYAM:

salad/kobis - di hiris halus
timun - di potong serong
tomato - di potong bulat

MASAK LEMAK SAYUR BAYAM


sebenarnya ini masakan N3 hari jumaat lalu. oleh kerana hari tu masak macam macam x sempat akak nak uploadkan gambar. masak ni simple sebagai menu sampingan je..

RESIPI MASAK LEMAK SAYUR BAYAM

1 ikat sayur bayam - di kerat dan di bersikan
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
sedikit ikan bilis
1 biji cili merah - hiris serong
garam secukup rasa

campur semua dan masak sambil di kacau sehingga mendidih. 
angkat dan di hidangkan.

PUDING ROTI MARLE


ni puding roti marble yang siap di potong untuk dibawa balik ke kampung sabtu dulu di samping tu nak menjenguk anak yang belajar di Pematang Pauh. jadi akak buatlah puding ni untuk dia. akak cuma makan sepotong je sebab nak bawa buah tangan.. sedap jugak ni..



RESIPI PUDING ROTI MARBLE - KUKUS

12 keping roti putih - di siat siat
2 cawan susu sejat/susu segar @ campurkan kedua dua susu
4 sb susu manis
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/marjerin
1 sk vanila
1/4 sk garam
100g choc cair/1 sb serbuk koko (untuk marblekan) *ppewarna kuning/merah/hijau (untuk buat pelangi)

campurkan kesemua kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk dan kisar hingga halus.
kenudian bahagikan kepada 2 bahagian
:1 bahagian + choc
:1 bahagian di biarkan plain
dan tuangkan di dalam loyang yang sudah bergris secara berselang seli hingga habis dan jika suka bolehlah lorek ikut kreatif sendiri.
kukuslah puding ini selama 30-35 minit
sejukkan dulu barulah di potong

*k.besah MyR

Sunday, March 27, 2011

REZEKI DARI KAKAK ANGKAT..





ASSALAMUALAIKUM..

syukran syukran...alhamdulillah..alhamdulillah... syukur kita ke hadrat Allah kerana di kurniakan rezeki rezeki ini.. terima kasih juga buat kakak angkat ku imma yang telah banyak berbudi... x terbalas segala pemberian mu. hanya Allah saja yang dapat membalasnya segala jasa baikmu itu..

di suatu petang kak imma menghubungiku.. supaya datang ke rumahnya sebab ada ole ole menanti untuk ku.. sampai di rumahnya aku di berikan buah tangan seperti yang di janjikan... 3 jenis pisang, sedikit jambu merah, dan durian.. setengah dari pemberiannya aku bawa balik kampung sebelah suamiku.. mana boleh habis kalau kami makan berdua semua buah ni... huhuhu..


pisang nangka
pisang rastali

pisang sampai x muat kotak! huhuhu..


*jambu berteh merah (homemade sos rojak buat sendiri yee..)
*buah durian dan isi durian fresh (bukan tempoyak!)
sempat buat sekaya dan kek durian - buat untuk bawa balik kg.. panjangkan sedekah kak imma..

Friday, March 25, 2011

SEKAYA DURIAN


sekaya durian memang sedap untuk di sapu pada roti, inti pau, bun dll. akak x sempat nak buat lain kerana akak nak balik kampong..jadi akak bawa sebagai buah tangan. 
sekaya ni akak termanis sikit mungkin kerana mugkin isi durian tu terlebih manis kot.. tp jika di makan dengan roti akak rasa ok je..
resipi ni akak mbik dari kak besah MyR

SEKAYA DURIAN

1 cawan isi durian
1 1/2 cawan gula (oleh kurangkan)
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cwan telur/5 biji (tapi akak guna 4 biji)
1/2 st garam
1/2 cawan jus pekat daun pandan/2 helai (akak letak air bersama perisa pandan)
1 sb tepung gandum/mumbung - bancuh sebati

campur semua, kacau sebati dan masak dengan api perlahan. masaklah sehingga pekat, licin dan halus.

* sebaiknya blend durian dengan santan hingga halus, barulah teksturnya lebih halus.

* kak besah MyR

KEK DURIAN MOIST


sebenarnya akak ade beberapa jenis kek durian yang moist dan gebu ni tapi kali ini akak nak try buat dari resipi kak besah MyR tu. inilah hasilnya selepas kebakaran.. kek gebu dan moist.
sesiapa yang suka makan durian, leh la cuba resipi di sini.

KEK DURIAN EXPRESS
20cm/8x8 griskan loyang 
 170'C masak 50 minit - 1jam @ bergantung pada oven masing masing

1 1/2 cawan berserbuk penaik* jika guna tepung gandum + 1 st baking powder (akak guna tepung gandum jek)
3/4 cawan gula pasir -blend (akak guna gula caster)
1 biji telur
3/4 cawan bancuhan (dari 3-4ulas durian + susu cair/susu segar/susu tepung pun boleh) - bancuhan jangan terlalu pekat takut kek jadi mampat
1/3 st garam
3/4 cawan minyak
1/2 st ovellate (yang ini akak tambah)

kisar telur, gula, garam dan bancuhan durian hingga gula hancur.
masukkan garam dan putar lagi.
masukkan soda putar lagi.
masukkan tepung ke dalam adunan dan gaulkan dengan spatula hingga sebati.
tuang dalam loyang dan bakar


* kak besah MyR

HOMEMADE SOS ROJAK



jambu ni kawan baik yang beri.. oleh kerana buah jambu ni masam sikit..jadi x larat nak kunyah begitu saja sampai mata pun mengenyit di buatnya.. jadi sayang pulak dari membazir akak pun buatlah sos rojak homemade ni.. memang sedap hilang ngenyit ngenyit mata ;-)... muahahaha.. kalau tidak mesti ada yang terperasan sangkakan akak mengorat pulak nanti..:D)) wakakaka...

HOMEMADE SOS ROJAK

1 botol cili sos
1 botol kicap manis
gula ikut sukatan kicap/sos
sedikit belacan - hancurkan
2 sb cili powder - ikut kepedasan sendiri (nak + cili api pun boleh /tumbuk)
hiasan:
kacang tanah/bijan - di sangai

masak semua bahan ikut kepekatan yang di kehendaki.
tabur bahan hiasan ketika nak makan (jika di campur kuah rojak x tahan di simpan lama)
* sukat dulu kicap baru sukat gula - sama banyak
* jika nak buat sikit boleh guna sukatan cawan
* boleh di buat dalam quantiti banyak. jika di masak pekat boleh di simpan berbulan lamanya dalam peti ais/kuar setakat yang ingin di makan saja.

Thursday, March 24, 2011

KALIO SAYUR


ini resipi yang akak masak semalam x sempat nak upload, kerana tenet lemah gemalai semalam huhuhu...
masakan ini sebenarnya ada gabungannya seperti masak nasi beriani punjab, nasi arab, daging hitam dll..
untuk pengetahuan set resipi ini akak belajar dari kelas masakan MAMAK STYLE.. sekitar tahun 2005 dulu kalau x silap. wp ia ada set resipinya tapi sedap juga di makan dengan nasi putih sebagai tambahan menu harian kita. sedap masakan kalio sayur ni tau.. sebab amat berlainan dengan sayur goreng yang biasa kita buat tu.
oklah di sini akak perturunkan ilmunya...hahaha...walla..macam nak "menurun ilmu batin" je bunyinya..wei.. akak x de ilmu batin tau.. yang ada hanya ilmu masak saja yang boleh di kongsikan.. ilmu lain? hampeh..muahahaha..  
"aje ngan yee!!"

 RESIPI KALIO SAYUR

A) bahan tumis:
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia

B)
1 st serbuk kunyit       }
1 sm rempah kurma    } dibancuh dengan sedikit air
1 st serbuk lada sulah }
1oog hati ayam + pedal - dipotong kecil
garam secukupnya
1 cawan air

C)
500g kobis - dihirs
1 labu bawang besar - dimayang
2 tangkai sili merah - dihiris serong
1/4 cawan santan - jika suka

panaskan minyak lalu tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar.
kemudian masukkan bahan B.
masak hingga pecah minyak lalu masukkan hati/pedal, air garam.
setelah hati masak barulah dimasukkan ke semua ahan C.
masaklah hingga kering.

GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT

ASSALAMUALAIKUM... semua..


Ini menu harini.. menu bese bese je... dah lama akak x masak kari ikan masin ni.. ramai orang yang dah pandai masak ni terutama orang di sebelah utara memang forfular dengan masakan ni. akak ni sebenarnya hanya setakat boleh masak je..nak tahu pandai lebih lebih tu.. maaf le.. akak bukannya pandai sangat di bidang masakan ni.. cuma akak ni suka mencuba dan mencuba.. itu je..hihihi


RESIPI GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT

1 ekor ikan masin yang sedang - di kerat kerat
2 biji terung - (akak guna terung bulat) di belah 4 dan di tengah terung di belah x putus
2 sb kari ikan
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
sedikit garam

masukkan ikan masin yang di kerat ke dalam periuk. di ikuti dengan serbuk kari, santan, air secukupnya lalu di jerangkan di atas api hingga mendidih. masukkan terung dan garam.*(hati hati sebab ikan masin dah masin). masak hingga terung empuk. tutup api dan ketepikan. 

sementara tunggu mendidih sediakan bahan untuk di tumis seperti berikut :-

1 biji bawang besar - di mayang
1 st rempah campur
2 tangkai daun kari
sedikit minyak menumis
* 1 ulas bawang putih }jika suka
* sedikit halia            }

 panaskan minyak di dalam kuali tumiskan semua bahan hingga wangi. bila dah kekuningan angkat kuali lalu di dicurahkan semua ke dalam periuk tadi bersama dengan minyaknya sekali.
lalu tutuplah periuk lebih kurang 5 minit.
setelah itu buka tutup periuk, kacaukan sebati gulai tumis darat ini hingga sebati.
bolehlah di hidangkan.

Wednesday, March 23, 2011

BAWAL SWEET SOUR


ASSALAMUALAIKUM..


ingatkan hari ni x sempat nak masak, sebab pagi tadi gi hospital ambil darah je, sangkakan balik lambat, mesti beli lauk tunjuk sebab ramai orang di hospital tadi rupa rupanya pukul 10.30 pagi dah balik umah. sempat juga akak singgah beli barang sikit di TF tadi. sampai umah akak pun terus godek godek masak mana yang patut. hahaha.. nilah hasilnya masak harini.. x lah susah mana pun.. goreng ikan, masak sosnya dan siram atas ikan.. nak resipi nanti akak masukkan ye..

RESIPI BAWAL SWEET SOUR

1 ekor ikan bawal di lumur dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng dan ketepikan.
1/2 biji cili benggala kuning dan hijau - di dadu
1 biji tomato segar - di dadu
1/4 biji timun jepun - di dadu
5-10 biji cili api - di hiris
1 biji bawang besar - di dadu
1 ulas bawang putih - di ketuk
1/2 in halia - di hiris panjang
1/2 sb serbuk cili  dibancuh dengan sedikit air
1 sb cili sos
2 biji limau kasturi - ambil jusnya.
sedikit garam dan gula
daun limau purut
daun ketumbar - di hiris

penumis/di tumbuk:
1/2 biji bawang 
1ulas bawang putih
sedikit minyak tumis

panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan serbuk cili, bawang besar, bawang putih dan halia. kacau hingga sebati dan masukkan semua bahan dadu yang lain. kacau rata dan masukkan cili sos, daun limau purut, jus limau. kacau lagi dan masukkan garam gula secukupnya. last sekali masukkan daun ketumbar. tutup api.
letakkan ikan di dalam piring lalu siramkan sos sweet n sour ke atas ikan. taburkan lagi daun ketumbar di atas ikan.
sedia untuk di makan

Tuesday, March 22, 2011

KARI UDANG ALA THAI..



Haa..ada sapa yang terliur tengok masakan ni angkat tangan! ada? nampaknya kalau ada yang nak merasa kenalah try buat sendiri yee.. pada sapa yang x minat tutup mata hahaha...
 masakan ini adalah di antara peberat akak dan semua family akak. wa cakap sama lu... akak berani rekemen masakan ini memang sedap! 
kalau tengok gambar di atas pasti orang menyangkakan ini masakan tomyam. dah namanya ala thai memanglah masakan siam. tapi kalau nak di bandingkan dengan tomyam akak rasa kari udang ala thai dapat menandinginya.. lagi sedap looo


kari udang ala thai ni jauh beza dari masakan kari orang kita di mesia ni yang warnanya seakan merah pekat gitu. berbeza dengan kari ala thai warnanya keoreng orengan. bau semasa menumis alahai... cukup harum, kalau tengah lapar memang x sabar nak makan!
jom masuk ke dapur tengok akak menumis...

RESIPI KARI UDANG ALA THAI

500g udang sederhana besar - buang kepala/bersihkan
4 sb minyak masak

ketuk:
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 hiris halia

4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 biji bawang besar - di belah 4
2 biji buah tomato - di belah 4
3 sb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
sedikit garam, gula
perasa jika suka - akak x letak pun

mesin:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 sb belacan

panaskan minyak. tumiskan bahan mesin, kacau hingga naik bau.
masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, kacau lagi hingga sebati dan masukkan santan.
masak lagi hingga naik minyak dan mendidih.
masukkan udang, garam, bawang, tomato, gula.kacau selalu.
apabila udang masak masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.terus tutup api.
bolehlah di hidangkan

KUEH CARA

ASSALAMUALAIKUM,,,


kueh Cara ini sebenarnya N3 petang semalam. x sempat nak masukkan semalam sebab nak g kuar beli barang kat TF Velue je.. malas nak g Tesco Ipoh sebab hujan lagi pun dah lewat petang. pada mulanya nak g pasar malam isnin je.. tapi malas.. kalau g juga mesti basah kuyup..huhuhu x rela basah basah masuk keta!!


sebelum itu sempatlah juga membuat kueh ini untuk minum petang... hujan hujan ni lapar weh.. mulalah mengidam nak makan itu ini... akak tengok kat dapur telur tinggal 2 biji je lagi.. ape harus ku buat?? terlintas idea yang mudah ni..
jom lihat resipinya..

RESIPI KUEH CARA MANIS

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana pekat/susu segar (kedua dua akak masuk sama banyak)
1 cawan jus pandan (akak tukar air dan perisa pandan)
2 biji telur
1/2 st garam
beberapa titis pewarna hijau
gula pasir untuk inti

adunkan tepung santan/susu segar, garam dan telur hingga sebati dan tapis jika perlu.
masukkan air, perisa pandan, pewarna hijau. kacau hingga sebati lagi.
panaskan acuan, sapukan minyak pada acuan.
-masukkan adunan hingga penuh dan biarkan sekejab.
-masukkan 1/2 st gula ke dalm adunan kueh.
-tutup acuan sebentar.
bolehlah di keluarkan dari acuannya.
tangkupkan dua kueh ini.

*api kena kecil
*kuih ini cepat masak 1-2 minit.

NASI GORENG SAMBAL BELACAN


ini sarapan pagi ni. tengok nasi ada lebih jadi buatlah nasi yang x berapa specel ni..hahaha..
senang je.. mula mula tumbuklah sambal belacan mesti ada belacan tau..! potong dadu bawang besar dan pecahkan bawang putih kemudian panaskan minyak tumis bawang, masukkan sambal belacan, sedikit garam, sos tiram dan masukkan nasi lalu di gaul rata. last masukkan hirisan daun sup ke dalam nasi.

oleh kerana nasi ini berperisa sambal belacan jadi akak ulamlah dengan timun jepun dan petai..
sebut pasal petai ni pada mulanya akak nak masukkan sekali ke dalam nasi goreng tapi my laling sure x makan nasi ni nanti, terpaksalah akak buat ulam jek..

Sunday, March 20, 2011

MASAK LEMAK CILI API


ASSALAMUALAIKUM...


menu harini wp hari minggu akak masak sempoi sempoi je... anak anak pun x de yang balik jadi akak x naklah masak beria sangat.. akak buat masak lemak cili api, pucuk ubi rebus cicah sambal pecal dan sambal ikan keli goreng... wp harini masak ala kampung akak tengok my laling punyalah berseleranya dia makan.. ish..ishh..



kadang kadang makan simple cangini lagi sedap makan.. kena pulak nasi panas! perut pulak lapar bebeno memang boleh tambah nasi sampai 2 pinggan ni..  x ingat doo..nia di buatnya.


masak lemak cili api


pucuk ubi rebus cicah sambal pecal.. aooww...sedap gila!


sambal ikan keli goreng

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...