followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label pencicah. Show all posts
Showing posts with label pencicah. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

HOMEMADE CILI SOS


cili sos

akak memang suka sangat dapat buat sos cili wp kejenya sedikit rumit tapi berbaloi rasanya.. puas hati... sebenarnya akak buat hanya 1/2 kilo je... tu pun sampai penuh piuk yang akak buat tu... dulu penah juga akak buat tomato sos dari buah tomato... sedap! dan akak juga pernah buat sos dari cili merah campur cili api... memang puas hati dapat buat...


sebenarnya lebih dari 3 botol ni akak dapat hasilnya... akak cadang nak sedekah je dengan kawan kawan.. hehehe.. nampak biji cili.. sebenar blender akak tu dah x mampu nak prosesnya lagi.. panassss sebab dah berulang kali blend... aduyaii.. apakan daya tapi rasanya sedap tau, ada rasa masam masam pedas!

HOMEMADE CILI SOS
mamak haji
akak buat 1/2 dari adunan ni...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.
4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
5. Tepong Ubi Kayu 400gn ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg.
7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:

1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).

2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini  semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap.

Selamat mencuba.

KELI BAKAR AIR ASAM KERISEK


permintaan suami yang sukakan air asam kerisek ni.. x perlu ada bahan lain untuk dicicahnya katanya.. makan cam ni dengan nasi pun sedap.. tapi akak buat juga ikan keli bakar untuk menu akak.. menu diet jugak ni.. hehehe... tapi kali ni akak buat pekat sikit.. saja nak ratah je.. sedap sebab ada rasa masam masam manis tomato dan pedas..




AIR ASAM:

tumbuk:
1 biji cili merah
6 biji cili api
1/2 cawan air suam + di bancuh dengan asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
2sd kerisek

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.

Thursday, February 21, 2013

TALAPIA BAKAR BERSAMA AIR ASAM BERKERISEK


semalam memang nak g pasar malam sebab dah lama teringin nak makan ikan bakar.. memang akak nak cari ikan talapia sungai sebab ia x de berbau...  tapi bukan nak citer fasal ikan ni... akak sebenarnya nak berkongsi resepi air asam berkerisek yang pekat ni... sedap dan memang layannnn... x sedar nasi pun bertambah... hehehe..


RESIPI AIR ASAM BERKERISEK

1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melintang
1 biji tomato - hiris nipis
2 biji cili merah - hiris nipis / separuh tumbuk
10 tangkai cili api - hiris halus / separuh tumbuk
sebesar ibu jari belacan - tumbuk
jus asam jawa
cili sos
1 sb kerisek
sedikit garam dan gula

gaul semuanya sehingga sebati dan masukkan garam serta gula sehingga secukup rasa semuanya. 

* amat sedap dan pekat

Thursday, January 31, 2013

SOS ROJAK YANG KU IDAM..


sebenarnya akak buat sos rojak ni dari minggu lepas.. saja mengidam nak makan.. hehehe.. x de pape tau.. sebenarnya bukan pape.. dah lama x makan tetiba je teringin nak makan.... akak memang suka buat kuah rojak ni dan simpan stok untuk makan bila time mengidam...
sos rojak akak ni very simple je... tapi ada ummmmphhhh....

HOMEMADE SOS ROJAK 


1 botol cili sos
1 botol kicap manis
gula ikut sukatan kicap/sos
sedikit belacan - hancurkan
2 sb cili powder - ikut kepedasan sendiri (nak + cili api pun boleh /tumbuk)
hiasan:
kacang tanah/bijan - di sangai

masak semua bahan ikut kepekatan yang di kehendaki.
tabur bahan hiasan ketika nak makan (jika di campur kuah rojak x tahan di simpan lama)
* sukat dulu kicap baru sukat gula - sama banyak
* jika nak buat sikit boleh guna sukatan cawan
* boleh di buat dalam quantiti banyak. jika di masak pekat boleh di simpan berbulan lamanya dalam peti ais/kuar setakat yang ingin di makan saja.




Sunday, December 30, 2012

AIR ASAM BUAH RAMBAI



ada sape sape penah rasa air asam ni... akak cukup suka.. setiap kali musim rambai akak wajib beli buah ni hanya sekadar buat air asam rambai ni... sedap U...


AIR ASAM BUAH RAMBAI

2 tangkai buah rambai - buang kulitnya
1 biji bawang merah - hiris
beberapa tangkai cili api - hiris / tumbuk sikit
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit air masak sejuk

campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas dan ramas ala kadar sahaja asalkan pecah isi rambai.
setelah secukup rasa bolehlah dihidangan bersama nasi panas dan ikan goreng atau bakar.. ermmm sedapnya

Friday, March 30, 2012

SAMBAL TEMPOYAK ULAM KEDAS


kalau dah ada sambal tempoyak ni mesti nak perkena dengan ulamnya... akak x de ulam lain...  kemarin akak beli ulam buah kedas RM2 kat pasar malam... lama betul akak x jumpa ulam ni.. ia seakan jering tapi yang ini lebih kecil..


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK  MENTAH

8 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
sejemput ikan bilis - bersih dan basuh
sedikit garam
sedikit gula - jika tempoyak rasa masam
2 sb tempoyak

tumbuk cili garam hingga lumat dan masukkan ikan bilis tapi tumbuk jangan lumat sangat.
gaulkan sambal tadi bersama tempoyak.
siap.

* makanlah dengan sebarang ulam yang di sukai

Friday, February 10, 2012

AIR ASAM KERISEK SEDAP ( SET NASI DAGING UTARA)


Air asam kerisek amat sesuai sangat digandingkan dengan nasi daging utara yang akak masak ni..


AIR ASAM KERISEK:

tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili api
1/2 cawan air suam + di bancuh dengan asam jawa
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
2sd kerisek

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.

Sunday, January 22, 2012

ATVT KELAS JW - ROJAK BUAH


rojak buah ni adalah hasil dari kelas JW yang di kongsikan oleh puan Zaitun U8


RESIPI SOS ROJAK
JW

1 botol kicap manis kipas udang
1 botol sos cili
1/2 botol otak udang
1/2 kg gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 keping kecil belacan
1 cawan kacang tanah
1/3 cawan bijan
10 biji cili kering
2 ulas bawang putih
sedikit air asan jawa
sedikit serbuk cili

bahan tabur:
bijan - sangai
kacang tanah - sangai / tumbuk kasar

cili kering, belacan, bawang putih kisar sampai hancur.
kemudian masukkan kicap, sos cili, otak udang, gula pasir, gula merah dan air asam jawa.
kacau sebati dan masak sehingga pekat. siap.
tabur bijan dan kacang tanah di goreng(tumbuk)

* buah buahan ikut selera masing masing seperti jambu batu, nenas, ambra, timun, betik mengkal.

Thursday, July 14, 2011

PENAMBAT SELERA


Maaf ler jika ade yang x suka akak masukkan gambar ni di sini.. sebenarnya.. akak baru jer buat tadi untuk simpan stok di bulan pose dan juga hari raya nanti.. kadang kadang selera amat cerewet bila di bulan pose.. itu x suka ..ni x nak..tu dah jemu.. lastnya nilah penambar selera!!

TEMPOYAK aka DURIAN
x perlulah di masukkan resepinya... 
durian ooo durian..

Saturday, May 21, 2011

SOS BBQ

                                             RESIPI SOS BBQ

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
* sos ni memang sedap sudah beberapa kali buat..


 BBQ BERSAMA GENG ANAK.....
ni semua projek anak dan kawan kawannya yang sedang bercuti ketika ini. cukup bulan ni semua akan kembali belajar ke destinasi masing
masing.
dorang ni sibuk stat dari petang semalam lagi pergi memancing ikan untuk                                              .  buat BBQ ni.. dapatlah 3 ekor talapia kot..
semalam berkecah jugalah dapor dengan kesibukan dorang memasak BBQ dan ada setengahnya memanggang di luar umah. kesian tenguk.. jenuh menyalakan api!
asalnya kawan dorang bukhari yang memasak sos BBQ tapi entah apa silapnya kata anak.. x jadi! sampai 3 kali buat pun x jadi..! kesian pulak dengor.. tepat pukul 10.30malam tadi akak pun ke dapor membuatkan sos untuk dorang.. dalam hati risau gak takut juga x jadi seperti bukhari almaklumlah dah lama x buat.. nanti malu kat dorang! hahaha.... lagi pun semuanya datang melihat akak menumis sos tu.. sedap baunya kata dorang. ada yang kata nak belajar.. kalaulah x jadi apa kes..?! yang malu akak jugakkan...kannn!! anak akak siap offer bagitau kat kawan kawan ambik resepi emak aku ni.. kompom jadik punya.. biar betul budak nii..
* yang berbaju biru tu baru selesai sem 6.. dan yang lain lain semua rakan sebaya anak

 * anak kembar(adik) akak yang berbaju purple(kanan). kembar(abang) sorang lagi berada di kL dan Melaka berkunjung kumah kawannya dah seminggu di sana.

Friday, March 25, 2011

HOMEMADE SOS ROJAK



jambu ni kawan baik yang beri.. oleh kerana buah jambu ni masam sikit..jadi x larat nak kunyah begitu saja sampai mata pun mengenyit di buatnya.. jadi sayang pulak dari membazir akak pun buatlah sos rojak homemade ni.. memang sedap hilang ngenyit ngenyit mata ;-)... muahahaha.. kalau tidak mesti ada yang terperasan sangkakan akak mengorat pulak nanti..:D)) wakakaka...

HOMEMADE SOS ROJAK

1 botol cili sos
1 botol kicap manis
gula ikut sukatan kicap/sos
sedikit belacan - hancurkan
2 sb cili powder - ikut kepedasan sendiri (nak + cili api pun boleh /tumbuk)
hiasan:
kacang tanah/bijan - di sangai

masak semua bahan ikut kepekatan yang di kehendaki.
tabur bahan hiasan ketika nak makan (jika di campur kuah rojak x tahan di simpan lama)
* sukat dulu kicap baru sukat gula - sama banyak
* jika nak buat sikit boleh guna sukatan cawan
* boleh di buat dalam quantiti banyak. jika di masak pekat boleh di simpan berbulan lamanya dalam peti ais/kuar setakat yang ingin di makan saja.

Sunday, February 13, 2011

ATVT KELAS JW - SOS ROJAK

sumber resipi dr kelas masakan JIRAN WANITA KRT- setiap ahli mengajar secara bergilir gilir.ini adalah ATVT mingguan di tempat kami.tenaga pengajar sos rojak ini adalah puan MARLIAH AWANG 24-U8 Bandar U- dia kami lantik sebagai Pengerusi Biro Sajian Jiran Wanita kami.ok..xperlulah sy nk membebel panjang..jom kita lihat resipi yang senang ni...pe lagi...,JOM.. lah

600g gula merah
600g gula putih
1 botol kicap manis jalen
1 botol sos cili samano
50sen belacan
3sm tpg jagung + 4sm air
2sm serbuk cili
100g kacang tanah - disangai/kisar kasar
RM1.00 bijan - di sangai/*kisar separuh
                                       *separuh lg untuk di tabur

cara:

gula merah di campur dgn 2 cawan air- dimasak dan ditapis.
belacan dibakar dan dibancuh dgn 1cwn air.
masukkan gula merah td,belacan,gula,kicap,sos cili dan serbuk cili ke dalam periuk.
masak sambil dikacau selalu.
bila hampir pekat,masukkan tpg jagung dan bijan kisar.kacau lg.tutup api.
**pabila nk makan baru taburkan kacang tanah dan bijan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...