followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 8, 2011

AWARD



adoii.. dapat juga award ni akhirnya.. x sangka ada juga kawan yang sudi memberinya..dari hani.. sembang dapur dan award yang ke dua dari Nurul Mas Hana. terima kasih banyak banyak... sebenarnya akak masih belum layak menerima sebarang award pun dari sesiapa.. blog akak baru beberapa bulan je ni.. akak tergerak membuka blog ilham masakanku kerana suka sangat bertandang dari blog ke blog masakan yang lain.. kadang kadang mengekek ngekek, mengilai tawa sorang sorang membaca talatah di blog kawan kawan di sini yang akhirnya telah membuka pintu hati ini dengan cara bergerak sendiri tanpa bantuan orang sebab itulah masih jauh kekurangan jika nak di bandingkan dengan blogger lain yang kemas dan teratur.. sebenarnya akak malu nak tayangkan pada umum...
akak akan cuba jawab dengan ringkas sebab masih trauma menerima award ni.. semalaman x tidur tau..ekekeke...

untuk mendapatkan award ini kena patuhi syarat syaratnya...

1. kena pos balik linking kepada orang yang menghantar award ini.. Http://rohaniramli.blogspot.com

2. baiklah akak nk berkongsi dengan teman yang lain di sini.. tapi x da yang specel sangat tentang akak ni:

a. seorang surirumah.sepuluh tahun dulu akak penah bekerja tapi atas alasan peribadi akak terpaksa berhenti sebab ketika itu arwah ibu tersayang sakit kanser x da sapa nak menjaganya sebab akak tidak mempunyai adikberadik lain (tunggal) untuk di harapkan. demi ibu tersayang akak korban segalanya... bermula dari situ akak menjadi seorang surirumah sepenuh masa.

b. ibu kepada 3 anak anak yang sudah dewasa. anak sulung seorang perempuan baru berumahtangga belum di kurniakan cucu, anak kedua dan ketiga 2,2 lelaki sedang menuntut di UiTM - seorang menuntut di jurusan mekanikal engeneering di Penang dan seorang lagi menuntut building severying di  Seri iskandar Perak (berhampiran rumah akak je). nak tau.., ke 2,2 anak lelaki akak ni kembar seiras.

c. akak sebenarnya x pandai bersembang dengan orang yang baru di kenali.. mungkin malu.. takut tersalah cakap agaknya.. tapi bersedia sebagai seorang pendengar setia.. ececece..

d. akak sama seperti hani.. x suka dengan melepak.. bual bual kosong yang x bersebab..  agaknya orang yang suka berblog ni lebih kurang sama je peelnya.. dari berbual kosong lebih baik cari ilmu di sinikannnn... ada juga faedahnya...kekeke..

e. akak suka mengumpul buku buku resipi sampai dah x muat almari dan x tau di mana nak letak dah.. akak banyak beri pada anak perempuan yang baru berkahwin tu.. alhamdulillah dia suka mencuba resipi2 jugak...

f. sebenarnya akak suka membuat kek.. ade menerima tempahan dari customer tapi sejak anak anak membesar dan x tinggal dengan akak jarang buat sebab x da sapa yang tolong habiskan.. sendiri nak makan..? adoii..  sendiri mau ingat laa... spring timbang pun boleh putus kalau akak berdiri atasnya!!

akak ni masih baru belum pun setengah tahun lagi jadi akak masih x berapa kenal sangat dengan teman di alam maya ni.. rasa rasanya dorang pun x tau tentang kewujudan ilham masakanku.

diharap nama nama yang ada tersenarai tu sudi sudilah ambil award ni.. comel award ni jika di pamerkan kat blog anda di sana.. percayalah anda semua adalah inspirasi di ilham masakanku

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...