followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 31, 2011

PENGAT PISANG ABU BERSAGU


sebenarnya tenet masih semput lagi ni.. susah benar nak masukkan gambar di sini.. naik jemu menunggu!! huhuhu.. 

dah lama x makan pengat pisang ni. pisang ni kawan yang beri.. dapatlah juga buat 2 jenis dari sesikat pisang abu ni.. pisang goreng malas nak snap dan bakinya dapat juga buat pengat pisang ni.. wp x banyak.. tapi cukuplah untuk makan berdua, maka lepaslah kempunan sebab dah lama x buat. anak anak pun semua dah sambung belajar tinggallah kami berdua je.. 
kadang kadang terfikir je.. tinggal berdua ni lebih baik beli je.. tapi akak ni x boleh wp sikit akak tetap masak juga.. bukan pe, akak ni x tahan kalau selalu makan di luar sebab makanan yang dimasak kebanyakannya semua bubuh perasa! akak mudah sakit kepala!!


RESIPI PENGAT PISANG ABU BERSAGU

7 biji pisang abu yang agak montel
1 senduk sederhana gula pasir
1 senduk yang sama gula merah
sedikit garam - untuk membangkitkan rasa lemak santan
1-2 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
1-2 cawan air - ikut kepakatan yang disukai
1/2 senduk sagu - basuh

campurkan semua ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. kacau selalu supaya x pecah minyak.
sedia untuk di hidangkan..

Monday, May 30, 2011

KARI AYAM KERISEK


hari ni memang x de mood nak ngadap tenet sebab ia betul betul nyanyuk.. menyebabkan hati ku sakit di buatnya.. hanya boleh klik tapi bila taip huruf sebijik huruf @ ayat x pun kuar!! sapa pun akan geram kalau dah macam tu.. sehingga sekarang baru boleh menaip perkataan tapi masih slow ya amat!!


  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 sudu lada hitam - dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sb kerisek
  • 2 biji cili hijau - patahkan saja
  • karat - potong kasar dan panjang
Bahan tumis :
  • 1 batang serai - dititik
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 4 sekawan bahan tumis
  • Sedikit minyak



 Cara-cara :
  1. Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kari kacau sebati
  4. Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
  5. Masukkan ayam, kerisek, karat, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
  6. Masukkan santan, cili hijau dan tomato,  biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, May 29, 2011

PUDING KASTAD


hari ni buat resipi yang mudah.. buat untuk juadah petang.. sejuk je tekak..

RESIPI PUDING KASTAD
Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. 
 kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

CUP CAKE


CUP CAKE ni sengaja buat untuk beri pada rakan untuk bertunang anak lelaki sulungnya.. harap kak Norasmawati dan Yusuff 5U5 berpuas hati dengan pemberian yang tidak seberapa ni...


TEMPAHAN DARI CUSTOMER - BISKUT BICARA HATI



TEMPAHAN DARI RAKAN FB :- LILIWATI KASDI DARI JOHOR BAHRU


TEMPAHAN DARI CUSTOMER - KEK MOIST










Saturday, May 28, 2011

SAMBAL SOTONG


masak sambal sotong biasa je.. letih baru balik dari penang hantar anak sambung belajar di sana. esok hantar kembar adiknya ke sri iskandar.. dekat jer...


RESIPI SAMBAL SOTONG

500g sotong -di bersihkan dan kulit luarnya(kerat 3)
2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } di tumbuk
1' halia                    }
2 sb serbuk cili 
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit air
pes asam jawa
garam
gula
minyak menumis

hiasan
1 biji bawang - di potong bulat

panaskan minyak. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan cili serbuk, air hingga garing.
kemudian masukkan  karat, semua sos, pes asam jawa. garam gula.
akhir masuk bawang bulat. gaul hingga sebati.
siap.

Friday, May 27, 2011

BILIS 3 RASA


masakan yang simple tapi sedap jugak rasanya... 


RESIPI BILIS 3 RASA

segenggam ikan bilis - di goreng garing
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
4 biji lada cili (akak tambah cili api) - dihiris
3 sb kicap manis
3 sb sos cili
1 biji telur

Cara-cara

  1. Tumis bahan hiris hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan ikan bilis yg telah digoreng (garing) terlebih dahulu.
  3. Masukkan kicap manis dan sos cili, kacau sekejap. Agak-agak dah kering masukkan telur, gaul hingga telur bersatu dgn semua bahan.
  4. Sedia utk dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.


BLENDED ORANGE CAKE


kek ulang tayang ni akak buat untuk di bawa balik kampung...


x perlu cakap banyak tentang kek ni rasanya semua orang tau kannn...


RESIPI BLENDED ORANGE CAKE
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1.  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2.  Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

IKAN MASAK CUKA aka ASAM JAWA


Masak ikan biasa je ni.... 


RESIPI IKAN MASAK CUKA aka ASAM JAWA

2 ekor ikan gelama - gaul kunyit, garam dan goreng
4-6 biji cili hijau/cili api - belah 2 jgn putus
1 biji bawang besar  -hiris
3 ulas bawang putih  -hiris
1" halia -hiris memanjang
2" timun -potong memanjang
1 sudu biji sawi
sedikit asam jawa - dibancuh dgn sdkt air
air secukupnya
gula garam
minyak tumis

panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.
masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air lagi, biarkan mendidih.
masukkan timun dan biarkan ia lembut.
setelah itu masukkan ikan goreng, cili hijau / cili api dan biji sawi. didihkan sekali lagi.
sesuaikan rasa dengan garam dan gula

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN


sama pernah makan ayam ponteh? Masakan ni terasa seakan masakan cina iaitu ayam ponteh.. cuma ada kelainan dari segi bahannya.. apa apa pun terimakasih buat mama nani, izah dan mas.. sedap dan ada kelainan dari segi rasanya..

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
resipi: tulip77@myR
sumber: Izah & Mas

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 -
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong
halia dlm 2 hiris - cincang halus
bawang putih 2 biji - cincang halus jgk
cili padi - tambahkan ikut mama nani -campak jer



cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Thursday, May 26, 2011

TEMPAHAN DARI CUSTOMER - CUP CAKES


cup cakes ni telah di tempah oleh puan Azizah dari Bandar Sri Iskandar




terima kasih zah...

LAKSA SINGAPURA


masa baru masak terlupa nak ambil gambar.. bila bahan hiasannya dah mula habis dan laksa pun dah tinggal sikit baru teringat nak ambil gambar.. geram pulak hati ku huhuhuhu...
tengok gambar di atas dah terpaksa merebus spaghetti sebab laksa basah dah habis. laris juga laksa ni.. sayang.. kuah laksa ni masih banyak dan pekat!
* semasa gambar di ambil lupa letakkan sambalnya...

   
yang ni masih ada laksa lagi tapi bahan hiasan dah x mencukupi pulak.


resepi ni akak ambil dari ita masam manis huh.. memang kelas laksa ni.. akak siap tapaukan untuk kenalan akak, dan siap dapat pujian lagi kerana laksa basah ni amat sesuai dengan kuahnya yang pekat.. akak pun x sangka... sedap sangat! terimakasih pada kengkawan yang memuji tu..


LAKSA SINGAPURA
by: Pn Asmah Laili

2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi 
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak. 
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain.

KOBIS SAYUR LEMAK SOTONG


masak yang simple je...


RESIPI KOBIS SAYUR LEMAK SOTONG

1/2 biji kobis - di hiris halus
1/2 biji bawang besar - di mayang
1 biji cili merah - di potong serung
5 ekor sotong - di kerat 3
1 helai daun kunyit - di koyak2
1 cawan santan pekat
sedikit garam

masukkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil tu mesti di kacau selalu. angkat dan sedia untuk di hidangkan.

SAMBAL TUMIS TOMATO IKAN SIAKAP


masak sambal tumis tomato ikan yang simple je ni... oleh kerana ikan tu sekor panjang jadi akak potong 2 dan masak saparuh je..



RESIPI SAMBAL TUMIS TOMATO IKAN SIAKAP

1/2 potong ikan(bahagian perut ke ekor) - bersihkan, taburkan garam kunyit lalu di goreng dan ketepikan.

blend:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji buah tomato segar - dipotong kiub

1 sb cili serbuk
1-2 sd sos cili 
sedikit sos tiram
garam/gula
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar - dipotong bulat


panaskan sedikit minyak tumiskan bahan blend hingga garing dan masukkan tomato kiub. gaul dan masak sehingga tomato hancur. jika perlu masukkan sedikit air. setelah sebati masukkan ikan dan sos serta garam gula. akhir sekali masukkan bawang bulat dan angkat. boleh di tabur dengan bawang goreng.

ROTI SADIN


memang sedap makan roti sadin ni... sekali makan memang x cukup sebiji.. tau x... akak boleh makan hampir 3 biji sekali gus.. huik.. x dasyat ke tu.. canelah nak diet kalau macam ni... huhuhu.. pantang nampak di depan mata semua nak!!
roti ni amat lembut walaupun dah sejuk sebab tulah akak suka benor.. kena buat lagi selepas ni.. akak suka!!



Roti Sardin

  • 10 ketul bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 biji cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji telur
  • minyak
Untuk Inti:

  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara- Cara, boleh lihat DISINI.
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tapi jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti tadi sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
  10. Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya

Wednesday, May 25, 2011

ATVT KELAS JW - TAPAI PULUT


sapa suka makan tapai pulut ni..  beri isyarat "best" dan katakan best!! hehehe

cara membuat tapai ni telah di kongsi resepinya oleh rakan kami puan Siti Rokiah dalam kelas JW. dia telah membuat demo sebanyak 2 kilogram pulut. sedap sangat tapai pulut ni.. cukup manis seperti dicampurkan gula walhal x da pun.. 
nak membuat tapai setengah orang banyak sangat pantang larangnya... tapi kawan ni cakap ia x da pantang apa pun.. pagi hari ni buat tengahari esok dah boleh makan dan rasanya memang manis.


RESIPI TAPAI PULUT

1 kg beras pulut - di basuh bersih bersih hingga pulut putih bersih(dengan cara berulang kali)
1 ketul ragi sebesar 20 sen
air secukupnya

peralatan:
rice cooker 1.8L

setelah pulut di bersihkan dan toskan. 
kemudian masukkan dalam rice cooker.
masukkan air hingga setakat no 7.(ada sukatan no dalam piuk tu) kemudian terus panaskan rice cooker dan masaklah sehingga pulut masak.
* ketika memasak pulut ambil ragi dan letakkan di atas tutup periuk rice cooker sekejab sehingga suam sahaja dan angkat.
kikiskan ragi yang di bahagian luar hingga nampak putih dan kemudian hancurkan ragi tadi hingga betul betul halus.
setelah pulut masak keluarkan pulut dari rice cooker dan ratakan di atas dulang sehingga pulut benar benar sejuk.
masukkan serbuk ragi di dalam penapis kemudian ayakkan di atas pulut. gaulkan pulut sehingga rata dan sebati.
setelah itu bolehlah pulut ini di masukkan dalam bekas yang di sukai seperti bekas kecil @ bekas taufufar.
simpanlah pulut di dalam bekas seperti tupperware besar @ plus nasi besar @ bungkus dengan kain.
* sekiranya kita membuat tapai ni sebelah pagi dan tengahari keesokkannya bolehla di makan.
kemudian bolehlah di simpan dalam peti ais.

* sedap di makan sejuk sejuk/dengan ais krim vanila/buat puding tapai yang amat sedap!

Tuesday, May 24, 2011

IKAN TALAPIA BAKAR CICAH AIR ASAM


Akak kalau masak ikan bakar ni memang x cukup pinggan akak makan.. nak cerita pun segan hahaha.. 

sejak akak ada blog ni kerajinan memasak rasanya berlipat ganda.. dah macam "terikat dengan blog", hari hari kena ada menu yang nak di tayangkan x kiranya wp menu ulangan.. yang sebenarnya kalau ada siaran ulangan makna masakan itulah yang tersedap dengan citarasa kita.. tul x?! bukan bererti idea dah tumpul. akak pun x de niat nak berlumba lumba.. tapi kekadang akak tergelak sendiri orang yang berblog ni semua masak "tengok resipi" termasuklah akak sendiri.. muahahaha.. mungkin kalau ada orang yang mengintai mesti kata x tau masak ke.. asyik asyik ..buka buku dan kejab kejab jenguk buku.. huhuhu.. time sedara mara datang tidur segan jugak akak!! kalau setakat mr hubby yang tengok... ahh.. biaq pi la.. dia jugak yang nak makan!


 RESIPI IKAN BAKAR

ikan talapia bakar - garam kunyit dan bakar

AIR ASAM:
tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili api
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
3 biji limau kasturi - ambil jusnya.

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.
siap.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...