followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Monday, February 9, 2015

DEMONTRASI MASAKAN CHEF LIZA

jalan jalan mencari pakaian seragam jiran wanita terserempak dengan demo masakan chef Liza di Angsana Mall Ipoh.. sempaklah kami merasa masakan chef liza dan possing.. dan di sana juga kami terjumpa seorang yang baru bergelar chef Safiah lulusan ijazah kulinari kalau x silap.. (maaf kalau tersilap) yang juga rakan baik anak ketika belajar dulu..
 sebenarnya ini bukan terbaru.. tapi sekitar bulan december lalu tapi akak ni jarang update.. baru sekarang akak sempat update di sini.. x letak gambar kenangan rugilah pulakkan... heheheh

 Nasi Serai Ayam Gulai Darat Dan Salad Tauhu yang sedap
 ahaksss.. sempat juga bersama Chef terkenal..
chef Safiah bersama rakan Fazilah Musa
buku sulung Chef Safiah
Chef Liza bersama Ibu Chef Safiah

Thursday, September 5, 2013

SAMBUTAN KRT BANDAR U MENJELANG MERDEKA


dah 6 hari berlalu kita menyambut kemerdekaan raya... baru kini akak berkesempatan memuatkan gambar di sini... suasana sambutan di tempat begitu meriah sangat... Alhamdulillah hiasan sempena merdeka di pondok SRS telah dapat tempat ke tiga di peringkat negeri... terima kasih kepada ajk yang bersusah payah serta bertungkus lumus menyiapkan pintu gerbang lambang bendera ni..
 KRT BANDAR U

sebahagian dari JIRAN WANITA BANDAR U


sempat juga akak menyiapkan kek ni untuk sponsor kepada grop KRT.. tapi agak kurang kemas sikit sebab kek ni akak deko ketika masih suam suam... dah x sempat...


4 batang bunga api setiap satu 140 das bunga api... telah di rasmikan tanda tepat 12 tengahmalam 30hb ogos 2013

Friday, January 25, 2013

PANTANG MAKAN BAGI ORANG KANSER


PANTANG MAKAN BAGI ORANG KANSER... penyakit inilah yang paling mengerunkan... jom baca pantang larang bagi orang terkena kanser..

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa, khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur, buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun, kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama, sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin dan lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
11) Makanan yang dipanggang, di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang, lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran, buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

Tuesday, November 27, 2012

Ovalette



pinjam gambar dari pak google

telah berkongsi gambar Sahabat Halal Jakim.

PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim — bersama Wardhani Haidir dan 15 yang lain.

Monday, November 12, 2012

Doa dan zikir apabila memasak..


Doa dan zikir apabila memasak..


Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...