followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, November 11, 2013

KERANG BERAPI


Assalamualaikum....
ingat lagi ke kat akak ni.. rasa dah lama benar x update blog akak yang x seberapa ni... ginilah kalau kesibukan melanda... tiada masa nak updatekan resepi di sini.. pulak tu kalau dah lama berehat, nak mulakan balik agak liat... huhuhu....
hari ni akak nak sharekan resepi yang sedap.. sekali makan x nak stop dah... hehehe... x tau la pada oranglain.... pada akak begitulah.. tapi untuk masak kerang ni kenalah basuh bersih bersih sebab ia dimasak dengan kulit kulitnya....

KERANG BERAPI

Bahan

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya

Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan tepung jagung dan kacau.
Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...