followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, March 31, 2014

KARI IKAN NYOK NYOK


kari ini juga adalah antara hidangan yang akak hidang pada tetamu rakan anak.. dari Kazaza Klang Selangor

KARI IKAN NYOK NYOK

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ikan nyok-nyok ( 700 grm-1kg ) * akak beli ikan besar dapat 3X masak
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
4 biji tomato
2-3 cawan santan pekat
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus .
   Buah tomato di cincang kecil-kecil .
   Boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.

CARA MEMASAK:

-Bersihkan ikan nyok-nyok dan potong menjadi beberapa bahagian kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari kemudian masukkan cili kering kisar tadi dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan dimasukkan buah tomato tadi dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan semua santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan nyok-nyok tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar kuah masak dan mendidih , bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...