followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, March 31, 2014

MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK


MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK

secara jujurnya akak baru pertama kali makan sayur meranti ni.. bukan x suka atau memilih tapi akak x pernah nampak orang berjual sayur ni.. entah macam mana terjumpa kat pasar malam tempat jual sayur kampung.. akak tanya sayur apa dan masak apa sedap sayur ni.. dia kata sayur meranti.. dan sedap masak lemak.. terus x fikir panjang.. beli RM2 cukuplah untuk kami makan berduakan..
x sangka pulak mr hubby akak cukup suka.. mulanya dia komplen x yah beli banyak banyak... bila dah masak ada pulak sambal belacan.. ermm memng memikat seleranyooo

BAHAN-BAHAN:

200gm pucuk meranti - akak celur sekejab
100gm ubi keledek - rebus sekejab
4 biji bawang merah | ditumbuk
10gm ikan bilis | ditumbuk
2 biji lada merah | dihiris kasar
10gm udang basah
sedikit karat - hiris halus *(akak tambah)
500ml santan
1 helai daun kunyit | disiat-siat kasar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan yang ditumbuk, ubi keledek dan santan ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila ubi keledek separuh lembut, barulah dimasukkan pucuk meranti, lada merah, daun kunyit dan udang basah. Kacau seketika.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dinikmati.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...