followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, February 28, 2014

ACAR RAMPAI



dah kepingin nak makan masak acar pulak... akak lupa tabur bijan wahal bijan slambak ada kat umah ni

ACAR RAMPAI my style
moh weh ke dapur..

1 batang timun }kerat pangjang / buang empulurnya
1 batang karat }
3 cm halia - hiris panjang
cili api / hijau - belah 2 x putus
1 biji bawang besar - potong bulat (sepatutnya bawang kecil bulat / tanpa hiris - tapi biasanya x makan pun)
* semua rendam dengan air + sedikit air kapur sekejab @ 15 minit. cuci bersih dan toskan

bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 sb udang kering

2 sb serbuk cili
sedikit air
sedikit minyak tumis
1/2 cawan sos cili
beberapa titis cuka secukupmya
sedikit gula
sedikit serbuk knorr pasti sedap

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan serbuk cili terus kacau dan masukkan sedikit air, kacau lagi.
masukkan pula udang kering tumbuk gaul rata.
masukkan bahan yang di rendam kapur tadi. terus kacau.
masukkan cili sos, gula, serbuk knorr.
jika perlu masukkan lagi air.
masaklah untuk seketika saja dengan api sederhana.
alihkan ke bekas lain. dan sedia untuk dihidangkan..

** untuk perhatian jangan masak terlalu lama sehingga sayuran lembik. biar sayuran nampak segar dan tutup api.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...