followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, September 25, 2012

SOTONG GORENG KUNYIT


dah x pandai nak mereka masakan... blur sangat.... agaknya bercampur dengan malas.. mungkin juga disebabkan badan pun letih rasanya.. akak tengok stok sotong pun masih ada lagi.. jadi masaklah sotong camni.. senang mudah dan cepat dimasak cepat dimakan...hehehe



Bahan-bahan:

1/2 kg sotong – bersihkan, potong
sedikit sayur kobis - hiris
sedikit karat - hiris memanjang
1 biji tomati - potong dadu kasar
1 biji bawang besar – hiris
1 biji bawang putih – hiris
5 biji cili padi – hiris
1 cm halia – hiris
1 sd sos tiram
sedikit air jika perlu
sedikit garam
1/2 tsp serbuk kunyit
Cara Masak :

Panaskan periuk & minyak, goreng sotong
Buang air sotong, panaskan balik periuk masukkan sebuk kunyit. Kacau rata sehingga air betul-betul kering dan tambah sedikit minyak
Lebur kan bahan-bahan hiris kedalam periuk, kacau sehingga sedikit layu
Akhir sekali masukkan sos tiram dan perisakan garam dan serbuk perisa jika suka
Dah boleh makan dengan nasi putih…


Monday, September 24, 2012

CAKE PULUT HITAM


dah lama nak cuba resepi kek ni tapi memandangkan kek ni guna tepung pulut hitam.. akak pendamkan je dulu... susah sebenarnya nak dapat tepung pulut hitam ni di tempat akak. puas cari kat kedai bakery tapi x jual.. baru sekarang akak terjumpa tepung ni... terus akak cuba.


kek ni adalah masakan ketiga yang akak buat untuk majlis JW yang sambut besday... sebenarnya pertama kali cuba kek ni ternyata sedap.. dan x sia sia akak mencuba.. rasa kek ni lain dari yang lain.. memang sedap sangat... kawan kawan JW pun kata best kek ni

masakan indonesia

 CAKE PULUT HITAM

loveliana

Bahan-bahan ( 40 potong )

  • bahan 1
  • 5 bijik putih telur
  • 150gram gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bahan 2 :
  • 5 bijik kuning telur
  • 100ml santan pekat
  • 75ml minyak masak
  • 150gram tepung pulut hitam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-cara

  1. Masukan semua bahan 2 dalam sebuah mangkuk dan kacau guna whisk sampai sebati.jangan sampai berketul-ketul
  2. mixer bahan 1 dengan kelajuan tinggi sampai stiff/kaku. apabila sudah stiff. ambik sedikit bahan 1 dan masukan kedalam bahan 2. kacau guna sudu/spatula plastik jerr..kacau dengan perlahan.masukan semua bahan 1 kedalam bahan 2 dan kacau sampai sebati.
  3. Chiffon1
    siapkan acuan chiffon. jgn sapu dengan marjerin. tuang semua adonan kedalam acuan chiffon oven dgn suhu 180° C selama ± 50 minit ke 1 jam. setelah masak. terbalikkan acuan.letak atas mulut botol setelah dingin.lepaskan dari acuan.


JW Bandar U yang sambut besday bulan 5-8 2012

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday to You ♪♫ •*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*• ♫♪
Happy Birthday ♪♫ •*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•...♫♪...Happy Birthday ....♫♪
Happy Birthday.... May Allah bless you..

Sunday, September 23, 2012

PUDING TEMBIKAI


masih lagi buat untuk majlis besday JW... 4 jenis semuanya akak buat majlis JW ni termasuklah mee kari laksa udang geragau... tapi akak dah lupa ambil gambarnya dek kerana terlalu bizi... dah tualah katakan.. adoii.. tapi x pe.. resepinya kari laksa ada di sini... raya dulu pun akak dah buat 2-3kali.. dek kerana permintaan kata sedap terpaksalah ulang ulang memasaknya..kawan kawan akak x jemu jemu nak merasanya... ada yang kata boleh meniaga... hehehe... kalau berniaga sapa yang nak beli.... lama lama kawan kawan pun jemu...hehe

kali ni akak mencuba resipi dari Lina pula.. errmmmm sedapnya... Lina ni memang pakar membuat puding puding ni.. dulu akak pernah buat juga puding tembikai ni tapi rasanya resepi ni lagi ok... yang dulu tu agak lembut sikit berbanding dengan resepi dari Lina ni...

PUDING TEMBIKAI
By:Cendana Kasih 
sumber :linapg.blogspot.com 
Bahan-Bahan:
1 paket agar2 serbuk 10 gram
3 keping roti gardenia *
4 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil
sedikit pewarna ijo/merah
sedikit cincau (potong kiub kecil2)


cara caranya-

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis dan telur.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah(yg dicamur dgn cincau dipotog kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

TALAM ROTI LAPIS COKLAT


buat untuk majlis besday JW...
akak buat 2 adunan sekali gus sama seperti yatie.. sebab satu adunan terlalu sikit akak rasa... untuk 2 adunan ni akak guna loyang 8" bulat..
akak suka talam roti ni... sedap dan lembut je..

RESIPI TALAM ROTI LAPIS COKLAT


Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
** Acuan Lompang (10-12 biji)- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.

Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Friday, September 21, 2012

CHOCOLATE MAYONNAISE CUPCAKE




kebetulan tengok stok mayo ada kat umah.. akak pun bakingla buat cupcake ni... rasanya yang sedap dan memuaskan hati...


CHOCOLATE MAYONNAISE CUPCAKE

Ingredients:
2 cups flour*
1 cup sugar
6 Tbsp cocoa powder*
1/4 tsp salt*
2 tsp baking soda*(*stifed)
1 cup mayonnaise
1 cup cold coffee-Yatie guna nescaffe 3in1 bancuh dngn air
1 teaspoon vanilla
Method:
Preheat the oven to 350 degrees (175 degrees C) and grease two 6″ rounds, two 8″ rounds, or a 9×13″ baking dish.
In a large bowl, whisk together the flour, sugar, cocoa powder, salt, and baking soda.
In another large bowl, stir together the mayonnaise, coffee, and vanilla.
Beat in the dry ingredients gradually, scraping down the sides of the bowl often.
Pour the batter into the cake pans and bake 25-35 minutes. Keep an eye on the cake and don’t let it over-bake, otherwise it’ll be dry.

Chocolate buttercream frosting (for a 6″ cake):

1 cup solid vegetable shortening
1 cup butter, softened
3/4 cup cocoa powder
6-7 cups powdered sugar
To make the frosting:
Cream together the butter and shortening. Gradually beat in the cocoa powder, powdered sugar, and rum. If the consistency is too stiff, add a dash of milk to thin the icing.
To decorate the cake, first apply a thin layer of frosting to the cake. It should be a little thicker than a normal crumb coat so that you don’t see the colour of the cake underneath. Then, using a 1M decorating tip, work from the inside out to create the roses, piping in circles around the centre point and spanning the side of the cake. Create the roses on top with the same method, making them about the same size as the ones along the sides. Fill in the holes with simple stars or swoops.

Thursday, September 20, 2012

MUFFIN OREN


hahaha... ape sudah jadik... apa sudah jadiiii... rasanya sedap tapi meleper lak.. x gebu.. 2 X akak test resepi ni tapi keadaannya tetap sama.. dalam oven punyalah gebu.. syok tengok.. tapi bila dah masak.. adoiii agaknya tepung kuranglah resepi ni.. dari segi rasanya semua dah ok... 
wp hasilnya x seberapa.. insyaallah akak x jemu mencuba...


MUFFIN OREN

Bahan-bahan ( 12 biji )

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula (jangan penuh sangat, kurangkan sikit)
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh pekatan pati oren sunquick (boleh juga diganti dengan perahan jus oren)
2 sudu besar susu tepung (for baking)
2 biji ceri merah - di cincang
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil ovallet
1/4 cawan coklat cip
parutan kulit oren
2 sudu besar gajus/badam yang ditumbuk kasar
Beberapa titis perwarna oren

cara cara

Tepung diayak bersama soda bicarbonat
Pukul telur bersama gula hingga kembang
Masukkan minyak masak, perwarna oren, esen oren/jus oren
Masukkan tepung, putar perlahan diikuti dengan ovallet
Masukkan badan/gajus, ceri, parutan kulit oren dan coklat cip. Kalau cair, boleh tambah tepung lagi
Isikan ke dalam acuan muffin. Hanya 3/4 penuh
Bakar selama 30 minit (atau hingga masak) dengan suhu 180 darjah celcius

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


purple colour





Tuesday, September 18, 2012

SEKADAR MENGINGATI...


‎1 minit mengingati Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wassalam

Sunday, September 16, 2012

Friday, September 14, 2012

CHAR TUEY TIAW


sarapan pagi ni.. makan Char Kuey Tiaw je... ni resepi yang mudah disediakan..
sebenarnya akak guna sos syah flavor.. mudah.. senang dan sedap...



CHAR KUEY TIAW

goreng udang
tumis cili kisar
masukkan kuey tiaw 1/2 genggam
kucai, kerang, taugeh, telur
masukkan sos kuey tiaw 3 sudu makan,
9 sudu air dan setengah sudu makan gula,
kacau hingga pekat dan siap hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...