followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 23, 2012

TALAM ROTI LAPIS COKLAT


buat untuk majlis besday JW...
akak buat 2 adunan sekali gus sama seperti yatie.. sebab satu adunan terlalu sikit akak rasa... untuk 2 adunan ni akak guna loyang 8" bulat..
akak suka talam roti ni... sedap dan lembut je..

RESIPI TALAM ROTI LAPIS COKLAT


Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
** Acuan Lompang (10-12 biji)- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.

Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...