followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, October 3, 2012

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - CHOC CHIP MUFFIN


kegilaan memapin tengah melanda.. hehehe.... tapi sebenarnya dapat tempahan ni...
mapin kalau buat satu adunan dapat x banyak mana pun. semua bergantung pada saiz paper mapin tu... besar bekasnya sikitlah dapat.. tapi sebenarnya kalau untuk diri sendiri akak suka buat comel comel gitu..

CHOC CHIP MUFFIN
Resepi diambil dari sini


Bahan-bahannya:-

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung.

2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur

3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.

5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh.

6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak.

7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.


Nota:-


- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.

- Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.

- Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin.

- Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.

Tuesday, October 2, 2012

TOMYAM CAMPUR


sebenarnya akak kurang selera nak makan... kurang sihat sikit.. rasa macam dah dedo je.. lemah semua urat nadi.. kaki pun jadi lemah untuk melangkah... huhuhu..
akak juga sakit pinggang ya amat sangat... membuang air pun sakit dan sakit di bahagian perut rasa tegang tapi bukan sakit memulas tu.. doc beri ubat potassium sebotol, ubat penahan sakit dan ubat sakit perut je.. rupanya doc x beri antibiotik.. kerana x dapat juga melawan kesakitannya.. terpaksa jumpa doc lagi.. barulah dapat antibiotik... puncanya kerana akak ni kekurangan air... akibatnya boleh mengakibatkan sakit batu karang dan ada efek ke buah pinggang jika di biarkan.. Alhamdulillah.. beransur baik... akak kena minum air bali bergelen gelen... sampai kembung.. hehehe
bila kurang selera nk makan.. hanya tomyam ni saja yang menyelamatkan rasa tawar habiaq di mulut ni...


RESIPI TOMYAM CAMPUR

10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
sedikit isi ayam - dihiris nipis
4 ekor sotong - potong bulat bulat
2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 in lengkuas - ketuk
1 in halia - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
2 ketul kiub knorr
1/2 st sos tiram/sos ikan
sedikit perahan jus limau 
sedikit karat - hiris
air secukupnya 
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

mula masak air hingga mendidih, masukkan segala serai, bawang ayam, udang, kiub daun limau purut, gula garam, sos tiram, jus limau dll jika suka. 
akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.

* akak bubuh sos tiram kerana akak pernah tanya pada kedai tomyam rahsia masak tomyam.. tukang masak tu kata bubuh sos tiram/sos ikan tapi jangan masuk lebih dari sukatan!! nanti sepoi rasanya!!

Monday, October 1, 2012

PERCIK IKAN KEMBUNG


sebenarnya akak teringat masakan ayam percik yang pernah akak buat dulu tapi akak x nak masak guna ayam.. akak nak buat dari ikan je..
masakan yang akak buat ni sebenar ada persamaan dari resepi gee hut.. ia seakan akan sama jadi akak letak je resepinya di sini... akak hanya akan tulis jika ada penambahan dalam masakan ni saja... apa apa pun memang layan masakan sebegini...
** kuahnya jangan banyak dan mesti pekat.. baru ade ummmphh.....


PERCIK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung yang besar - goreng 1/2 masak (sebaiknya ikan dibakar.. mood malas heh3x..)                                                                                                                                                  
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
serai satu batang
2 sudu cili kisar (akak guna cili api je)
1 keping asam keping
2 cawan santan
Daun kunyit - hiris halus
Garam dan gula
minyak

* bahan yang akak tambah:
1/2 biji bawang besar - potong separuh bulat
4-7 biji cili api belah x putus (jika x pedas cili kisar kat atas tu boleh makan cili api ni pula.. he3x)
3-4 helai daun limau purut - koyakkan


Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan dan dikerat 3 bahagian.(oleh kerana akak guna ikan kembung jadi akak x kerat).  Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.
Tumis bahan hingga naik baunya.
Tambahkan cili kisar.  Biarkan bahan tumisan garing.
Masukkan serai, santan, garam, gula dan asam keping.  
Kacau sehingga agak pekat dan naik minyaknya. Jangan terlalu kering biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
dan masukkan bahan bahan yang akak tambah tadi seperti - bawang besar, cili api dan daun limau purut.
Taburkan daun kunyit yang dimayang halus dan angkat.  Sedia dihidangkan.

Saturday, September 29, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH


bila masak cara gini.. memang laris di pasaran.. hehehe... cepat je habisnya... bukan sekadar keluarga je yang suka akak pun sama...


RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH

1/2 ekor ayam - potong kecil
1 sb mombong serbuk kari ayam
1 sb serbuk cili
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
beberapa helai daun kari pulai
garam secukup rasa
minyak menggoreng (terendam)


gaul semua bahan hingga sebati. akak x perap dan terus panaskan minyak.
bila minyak panas, lalu gorenglah dengan api yang sederhana.
gorenglah sehingga masak di samping itu masukkan daun kari secara sedikit demi sedikit.
semasa menggoreng jika ada terdapat banyak serbuk bolehlah di ambil keluar dari kuali.
teruskan menggoreng sehingga ayam benar benar masak.
angkat dan toskan. siap.


NASI GORENG UDANG GERAGAU


nasi goreng untuk anak teruna....


NASI GORENG UDANG GERAGAU

Semangkuk nasi putih - ramaskan
1/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih diketuk/tumbuk
1sb udang geragau - tumbuk
4 tangkai cili api
sos ikan (optional)
1 sb sos tiram
1 inci belacan- dihancurkan
3 - 4 batang daun bawang - hiris halus
garam
Minyak

Cara-cara

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan cili api dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan juga udang geragau, belacan, sos tiram dan sos ikan
Setelah rata masukkan nasi diikuti daun bawang.Gaul rata.
Perasakan dengan garam. Hidangkan panas2 bersama telur dadar

STICKY CARAMEL CHICKEN WING

 

dah beberapa kali buat tanpa jemu jemu... satu family suka.. sebab rasa seperti ayam panggang je rasanya.. bila anak balik bercuti mesti minta masakan ni...


RESIPI STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Bahan-bahan ( 24 keping )

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Friday, September 28, 2012

RESIPI PAJERI TERUNG BERSAMA UDANG


sedapnya makan tengahari ni.... peberet akak ni...
sebenarnya pajeri ni banyak kuahnya tapi dalam gambar ni saja akak x letak kuah banyak takut tenggelam semua terung dan udangnya.. hehehe...


 RESIPI PAJERI TERUNG BERSAMA UDANG

2 biji terung panjang  - potong 3 bahagian( kelar x putus 4 bahagian - agar senang dimakan)
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1" halia - hiris panjang
rempah 4 sekawan
2 sb rempah kari daging
2 sb udang kering
2 sb udang tajam
1 cawan santan
sedikit air
1 sb kerisek
garam 
sedikit gula melaka
minyak menumis


panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang kering. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, terung.
bila mendidih baru masukkan udang, biar sekejab hingga udang bertukar warna.
masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa.
didihkan sehingga terung empuk dan terbit sedikit minyak.
sedia untuk di hidangkan.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - JONGKONG MANGKUK


Alhamdulillah... dapat terima tempahan untuk majlis khatan Al-Quran




Wednesday, September 26, 2012

PENGAT PISANG


juadah minum petang.. dah lama x makan pengat pisang ni.. sesekali memang layan jugak ni... x sedar menambah.. hehehe.. almaklumlah bukannya pisang sendiri.. semuanya dibeli dari pasar malam je..


RESIPI PENGAT PISANG

1 sikat pisang abu - potong serong isinya
2-3 sb sagu
2-3 senduk sederhana gula pasir (akak x guna gula merah sebab kehabisan stok)
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1 st garam @ secukup rasa

campurkan semua dan masaklah sehingga mendidih dan secukup rasa.
bolehlah di angkat.

SAMBAL IKAN KELI TOMYAM


akak teruna request nak makan ikan keli sambal.. dia kata dah lama x makan....
akak pun buatlah... ermmm sedap juga bila di campurkan dengan sedikit paste tomyam...
layannnnnn...


RESIPI SAMBAL KELI TOMYAM

3 ekor ikan keli - kerat 2 - tanurkan garam kunyit dan goreng lalu ketepikan
4-5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
2 sd cili blend
1 sd paste tomyam
1 sd sos tiram
2-3 helai daun limau purut - koyakkan
2 sd jus limau
1 biji bawang besar - potong bulat
sedikit garam dan gula
mintak menumis


panaskan minyak tumis 
tumiskan bahan tumis hingga wangi dan masukkan cili blend, masak hingga garing.
masukkan paste tomyam dan jus limau serta daun limau purut
masukkan ikan keli goreng tadi bersama sos tiram, gaul hingga rata
masukkan bawang bulat, garam dan gula secukup rasa.
setelah sebati bolelah di angkat.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...