followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, May 31, 2014

MASAK LEMAK TUMIS BERKUAH


dah lama x update blog akak ni.. sebenar akak sejak kebelakangan ni kurang sihat sehingga di tahan di wad kerana tekanan darah tinggi di katakan terlalu tinggi 192/130. wp doc test akak makan ubat semasa chekup tapi still tinggi dan x mahu turun. akhirnya akak di injet tapi turun pun x banyak.. akhirnya di tahan. asalkan akak pun x sangka Bp akak terlalu tinggi sebab akak hanya nak pergi hospital kerana akak rasa pinggang akak terlalu sakit..  akak x pun rasa sakit kepala atau pening serta loya disebabkan Bp tinggi.. itu yang menghairankan.. akak syak kerana sakit pinggang ni yang menyebabkan Bp akak melompat tinggi..
okla x mau la akak bercerita lebih panjang hal tu.. harapan akak.. doakan akak sihat dan kembali aktif yee.. mudah mudahan doa kalian termakbul.. ehh.. bukan meraih simpati yee... hehehe...
jom kita tengok apa menu yang akak muatkan di blog ni...

MASAK LEMAK TUMIS BERKUAH

10 ekor udang segar - bersihkan
sedikit kacang panjang - keratkan
cili cameron hijau - hiris
cili cameron merah - hiris
daun kunyik - koyakkan
sedikit santan
sedkit serbuk kunyit
garam secukup rasa
 sedikit minyak menumis

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
6 tangkai cili api

panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga berbau wangi.
masukkan santan biarkan mendidih dan di ikuti udang.
masukkan semua bahan bahan sayuran yang lain serta garam secukup rasa. didihkan sekali lagi.
angkat dan hidangkan.

Wednesday, May 7, 2014

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG


pebret ni... meratah pun sedap...

KERABU PUCUK PAKU BERSAMA KERANG

Bahan-bahan ( 4 orang )

Bahan A

1 ikat pucuk paku - direbus dan toskan
150 g isi kerang
300 gm tauge - direbus dan toskan
4 biji limau kasturi - diambil jusnya
2 biji bawang besar- dihiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji cili merah - dihiris
3 biji cili padi - dihiris

Bahan B

1/2 biji kelapa - digoreng tanpa minyak hingga garing dan di ramas (kerisek)
2 biji cili merah
5 biji cili padi - ikut cita rasa pengguna
sedikit belacan
50 gm udang kering
gula, garam dan serbuk perasa

Cara-cara

tumbuk lumat cili merah, cili padi, belacan dan udang kering
masukkan semua Bahan A ke dalam mangkuk dan gaulkan sama rata manakal bawang besar dipotong bulat dan nipis
seterusnya masukkan Bahan B beserta dengan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

MEE GORENG SEMPOY


mee untuk makan malam yang sempoi jer...

MEE GORENG SEMPOY

- bawang merah putih cincang, Udang segar, serbuk cili, kicap manis, kicap pekat, sos tiram, tomato sos, kobis, tauhu fok, telur di pecah dan garam secukup rasa. 
Hiasan: daun sadri n bawang goreng jerk..
* sedikit air masak jika suka mee lembab.

PENGAT PISANG ABU


pisang pemberian seorang pakcik yang tiada pertalian darah yang terlalu baik hati telah menalifon supaya datang jumpa dia.. dan memberi kami 2 sikat pisang abu (yang membuat kami terharu sesikat pisang darinya dia belikan untuk kami)mungkin pakcik tu rasa x cukup sesikat pisang untuk kami.... ini yang membuatkan hubby menitis airmata terharu sangat.. pakcik Hj Fadil... sesungguhnya kami mengharga dan menyayangi pakcik untuk selamanya.. hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikkan pakcik pada kami.. biarlah kami berdua menumpang kasih pada pakcik...

PENGAT PISANG ABU

1 sikat pisang abu - potong serong isinya
2-3 sb sagu
2-3 senduk sederhana gula pasir (akak x guna gula merah sebab kehabisan stok)
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1 st garam @ secukup rasa

campurkan semua dan masaklah sehingga mendidih dan secukup rasa.
bolehlah di angkat.

AYAM PANGGANG PERCIK


menu kegemaran kami sekeluarga...

AYAM PANGGANG PERCIK

Bahan-bahannya:-
1/2 ekor ayam

Bahan A
2 atau 3 batang serai
serbuk cili
serbuk kunyit
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang merah 4 biji
bawang putih 2 biji
Santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh masukkan ke dlm periuk)

Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam

Cara-caranya:-

UTK KUAH

Kisar kesemua bahan diatas (bahan A) dan masukkan bahan B..dengan santan . Untuk mengurangkan kepekatan, tambahkan sedikit air Kalau guna santan bukan dalam kotak, guna air lebihan terakhir santan yang diramas.
Kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender tadi kedalam santan yang telah dimasukkan ke dlm periuk dan masukkan ayam.masaklah sehingga ayam setengah masak. kemudian keluarkan ayam. kuah teruskan masak hngga kepekatan yang kita inginkan

Panaskan api.

UTK AYAM

Bakar ayam dan siramkan dengan kuah . Separuh daripada kuah tadi disimpan untuk dibuat kuah siram atas ayam .

* Hidangkan bersama nasi panas. Insya Allah, terangkat :)

MEE UDANG


mee udang yang terbaik mengikut piawaian selera akak sekeluarga... resepi ni akak ubahsuai mengikut selera yang akak selalu makan di kedai Mee Udang Banjir Kuala Sepetang di Tronoh.. dulu akak pernah merisik kabar resepi mee udang pada pembantu kedai ni (kebetulan dah kenal lama..) tapi dia x berani nak cakap terus terang sebab takut bossnya tau.. pernah juga akak bertanya dengan tuan punya kedai ni.. akak puji mee udangnya sedap.. apa rahsianya.. dia kata rahsianya dia tumis hingga sebanyak 5 kali.. maksudnya dia tumis bahan penumis hingga naik bau masuk air dan keringkan hingga wangi (ulang 5 kali)
selamat mencuba....

MEE UDANG
Resepi : Che' Iza@Myr
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L - akak asingkan kepala
stok udang - kepala udang rebus kemudian blend serta tapis
1 senduk udang kering - akak tambah dan blend
4 sb lada boh / lada giling - akak guna cili blend
1-2 sb cili serbuk - akak tambah
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering (DJ tumbuk halus)
*1/2 inci halia ( x bubuh)
1 sb petis (DJ guna belacan bakar) x bubuh
3 sb sos tomato
1 sb sos cili (DJ letak lebih sket) - akak letak sama banyak dengan tomato sos
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - * akak x guna tapi akak ganti dengan tepung gandum
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

bahan-bahan yg DJ tambah :
kiub ayam - akak ikut DJ
sos ikan - akak x letak
kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air) - akak x letak
tauhu goreng - akak x letak sebab x pernah nampak orang letak
telur rebus ( akak terlupa possing dlm gambar).. hehe

Cara-cara

Rebus udang hingga masak...(*akak x rebus udang tapi akak masukkan dalam kuah yang lama mendidih) tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang dan udang kering kisar.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah...akak letak tepung Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Friday, May 2, 2014

NASI KERABU

 

sedapnya bila sesekali makan nasi kerabu ni... x cukup sepinggan ni... hehehe

RESEPI NASI KERABU
moh weh ke dapur

NASI KERABU
Masak beras seperti biasa. Jika mahukan nasi kerabu berwarna biru memasukkan pewarna biru.

KUAH TUMIS
Bahan A :
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
1 cm halia

Santan
2-3 sudu cili boh
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula merah
Garam secukup rase

Blend semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan,cili boh dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu/ belacan dan gula. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.

SAMBAL KELAPA
4 ekor Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
2sudu lada hitam
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. Tumbuk lagi sekali dan gaul hingga rata. Masukkan garam dan gula.


ULAM-ULAMAN
Kacang panjang
Kubis
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman dan campur kesemuanya.


SAMBAL CILI (jika suka)
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

BUDU
budu
gula merah
air asam jawa
garam

masak hgga mendidih

DI HIDANG BERSAMA
Telur masin
Ikan goreng celup tepung
Ayam / Daging bakar
Keropok
Solok lada
Atau apa apa jer yang disukai

Wednesday, April 23, 2014

TOMYAM AYAM BERSAMA CENDAWAN TELINGA KERA


jom kita perkena tomyam ayam campur cendawan telinga kera yang di kenali sebagai jelly hitam atau fungus... meratah syok ni...

TOMYAM AYAM BERSAMA CENDAWAN TELINGA KERA 

½ ekor ayam ~ potong kecil
1 peket kecil cendawan telinga kera ~ hiris
beberapa biji baby carrot
3 helai daun limau purut  ~ disiat2
1" lengkuas ~ ketuk
1" halia ~ ketuk
3 ~ 4 batang serai ~ diketuk
2 ~ 3 biji limau nipis ~ ambil jus
6 biji cili padi ~ dipecah2kan
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 kiub tomyam
Sedikit daun ketumbar
air secukupnya ikut citarasa masing2
garam & gula ikut citarasa

Bahan2 dikisar halus
1 biji tomato ranum
1 biji cili merah
5 Biji Bawang Merah Kecil

Cara2
1. Jerangkan air bersama bahan2 kisar. Masukkan sekali ayam serta kesemua bahan2 lain kecuali cendawan tiram & jus limau.
2. Bila dah mendidih masukkan sayuran kecuali cendawan, tomato & daun ketumbar.  Biarkan mendidih & sayuran nampak lembut. Masukkan cendawan & kacau2 biar mendidih.
3. Masukkan jus limau & perasakan dgn bahan2 perasa biar secukup rasa, Akhir sekali masukkan tomato & biarkan sekejap pastu bolehlah dihidang dengan menabur daun ketumbar ke dalam mangkuk tomyam.

RENDANG KERANG


lama dah x buat rendang kerang... x terfikir pun nak buat rendang kerang tapi akak ni jenis malas nak ke kedai wp dekat.. tinjau tinjau stok.. terjumpalah kerang ni.. x fikir panjang terus je buat.. kalau campur kacang panjang dalam rendang kerang ni lagi molek.. tapi kacang panjang hanya ada beberapa untai je.. cukup sekadar buat ramuan nasi goreng jer..
rendang ni lagi kering lagi sedap baru terasa kerangnya..

RENDANG KERANG

Bahan-bahan

1 kg kerang direbus dan dikupas

Bahan-bahan untuk dikisar
1 sd serbuk jintan manis/jintan putih & ketumbar (sangai sekali)
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi

Lain-lain bahan

1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam secukup nya
daun kunyit dihiris halus

Cara Membuat

1) Masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, kedalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
2) Biar sehingga rendang agak kering, kemudian masukkan pula kerisik dan garam. Kemudian masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rendang kering 

(terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM


kesukaanku...

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM

1 ketul brokoli - potong ikut suka
1 peket mushroom putih organic - kecil tangkai panjang - kerat
sedikit udang sederhana
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
 cili api - belah x putus
sedikit sos tiram
sedikit minyak menumis
sedikit air sedikit garam

panaskan minyak tumiskan bawang cili masukkan udang, sos tiram air secukupnya. didihkan sekejab.
masukkan brokoli gaul rata. masukkan cendawan. balik balikkan dan angkat.



poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...