followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 22, 2015

NYONYA CILI CRAB BERTELUR


masakan ketam ni request dari suami.. mulanya agak cuak juga nk cuba resepi ni maklumlah pestime mencuba... Alhamdulillah clear rupanya hidangan ketamku...

 NYONYA CILI CRAB BERTELUR

ketam bunga
1 bj bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 btg serai - ketuk
1 sd taucu
secubit belacan
1 sd gula melaka
1 sd rempah kari ikan + sedikit air
1 sd cili giling
1 sd kicap manis
2 biji telur itik - kocok
sedikit daun kari
sedikit udang kering
sedikit minyak untuk menumis

panaskan minyak. tumiskan bahan yang dihiris.
diikuti serai ketuk dan daun kari. kacau lagi hingga mengeluarkan aroma yang wangi.
masukkan udang kering, belacan dan taucu. masak hingga air dari taucu kering.
masukkan pula rempah kari, cili giling dan ketam dan campurkan sedikit air.
msukkan pula gula melaka, kicap manis kacau rata dan tutupkan ia sekejab.
buka tutup periuk dan rasa manis serta garamnya  jika sudah secukup rasa boleh tutup api dapur.
dan dengan pantas tuangkan telur itik yang sudah dikocok. gaul rata
siap untuk dihidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...