followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, April 12, 2012

IKAN KAM HEONG


Asalnya resepi ni di masak dengan ayam tapi akak tukarkan kepada ikan potong je.. ermmm.. nice jugak
kalian semua boleh cuba...

RESIPI IKAN KAM HEONG

Bahan-bahan:

500 gm ayam/ikan ( digoreng dengan sedikit tepung)
60 gm tepung gandum
4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak:

Gaulkan ayam/ikan bersama tepung dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.

Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.

Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.

Masukkan garam, gula dan angkat.

Hidangkan bersama nasi putih.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...