followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, April 21, 2015

QUICHE SOSEJ n BAWANG


dah lama x buat quiche ni... tiba tiba teringin nak buat...

QUICHE SOSEJ n BAWANG
Sj 12/03

inti:

1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
5 batang sosej ayam - dihiris nipis
50g kacang pis
100g keju parut cheddar
3 biji telur
150ml susu segar
1 sk keju parut parmesan
secubit herba campuran
1 sk serbuk pati ayam
1 sk lada sulah
minyak untuk menumis
garam secukupnya

pastri:

300g tepung gandum
150g mentega
6 sb air ais

untuk menyediakan intinya;

- panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang besar. kacau selama 1-2 minit
- masukkan sosej, kacang peas, cili merah, serbuk pati ayam serta herba campuran. 
  kemudian dikacau selama 1- 2 minit. padamkan api.
- telur dipukul kemudian masukkan susu segar, garam dan serbuk lada sulah. 
  kacau sebati kemudian masukkan separuh drp keju parut cheddar dan kemudian semua inti tadi.  
  kacau rata.

- untuk membuat kulitnya:

- tepung gandum diayak ke dalam mangkuk. 
  masukkan mentega lalu diramas dengan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti.
  masukkan air ais kemudian diuli sebati hingga menjadi doh lembut.
- dengan beralas plastik di bahagian atas dan bawah, canaikan doh hingga nipis.
- masukkan doh yang dicanai nipis tadi ke dalam acuan tat kemudian ditekan hingga rata di bahagian     bawah  dan juga di sekelilingnya. potong lebihan doh di sekeliling acuan sebelum di cucuk dengan       garpu.
  bakar180'C selama 20- 25 minit

- bila kulit masak, keluarkan drp ketuhar dan tuangkan inti ke dalamnya.
  taburkn baki keju parut cheddar dan juga keju parut parmesan.
  bakar dalam ketuhar 180'C selama 40 - 45 minit.
  biarkan sejuk barulah dipotong.
- boleh cicah dengan cili sos jika suka.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...