followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, April 19, 2015

ROTI MAGIC @ ROTI POKET DORAEMON


Assalamualaikum... 
sedar x sedar dh sebulan rupanya akak x bersiaran d bolg sendiri... rindu bukan kepalang tp kekangan masa yang x mengizinkan... hari ni baru rasa free sikit.. harap berterusanlah hendaknya..
hari ni akak nk berkongsi satu resepi yang sedap dimakan... sesetengah orang x tumis intinya tapi akak buat kelainan dengan menumis secara ringkas sj.. ikut suka.. x tumis pun boleh.. asalkan ayam mesti direbus terlebih dahulu
sesuai dibawa berkelah, office, bekal anak anak ke sekolah dan juga untuk sambutan hari lahir mereka.. 
jom terjah resepinya

ROTI MAGIC @ ROTI POKET DORAEMON

1 bungkus roti - leyek hingga leper dan tangkup 2 kemudian di terap dengan acuan bulat @ mug

celup dalm telur dan salut pada serbuk roti hingga rata

siap disalut

kemudian digoreng dengan minyak pada api yang sederhana panas.
balik balikkan dan bila ia dah kembang setaman seperti gambar dibawah angkat dan sejukkan

setelah sejuk barulah dipotong dua

INTI 1: (yg x ditumis)

seketul isi ayam - rebus + garam n siat siat isinya  
bawang besar hiris
tomato hiris
salad
cili sos
mayo
serbuk lada hitam / sulah

gaulkan kesemua masukkan kedalam poket doraemon tadi
paip cili sos dan mayo atasnya
* hiris spt bt burger

INTI 2:

seketul ayam rebus siat (jk x rebus hiriskan isi ayam )
bawang besar cincang
bawang putih cincang
daun bawang - opt
cili sos
sos lada hitam
serbuk lada sulah / lada hita,
garam 
gula - opt
sedikit minyak menumis

panaskan minyak
masukkan bawang putih dan bawang besar masak hingga layu
masukkan sos lada hitam dan sos cili serta ayam gaul rata.
masukkan garam.
masukkan inti kedalam poket doraemon.
paipkan cili sos diikuti mayo

* bolehlah dihidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...