followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, July 9, 2015

KEK MARBLE SUSU BAKAR


mencuba resepi dari blog fiza ni memang x mengecewakan.. terima kasih berkongsi resepi yang sedap moist gitu..
tapiiii agak buat sedikit kelam kabut.. sebab akak buat dua resepi pada masa yang sama.. lastnya akak terlupa nak marblekan kek ni.. dh tuang semua serbuk koko baru teringat... adessssss... akak try juga marblekan dengan warna lain tapi x boleh nak kurangkan juga warna coklat pada keseluruhan kek ni... nampak x bayang bayang marble pada kek tu.. tapi x jelas sangat.. pujuk hati... x pe la janji sedappp dan lembut!

 KEK MARBLE SUSU BAKAR

Bahan-bahan :

250 gm mentega ( saya guna marjerin je, mentega habis!)
150 gm gula perang ( boleh gantikan dengan gula pasir halus. Gula perang tu dikisar supaya halus)
2 sdt ovellate
4 biji telur (Gred AA)
225 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
60 gm susu pekat manis
2 sdb serbuk koko - diayak
2 sdb susu cair
1 sdt cappucino emulco (nak guna coklat emulco pun boleh)
130 ml susu cair

Cara-cara membuatnya :

~ Pukul mentega, ovallete dan gula sehingga kembang dan putih.

~ Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang dan berkrim.

~ Masukkan pula susu pekat dan gaul rata.

~ Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi   sedikit. Gaul rata.

~ Tambahkan susu cair (130 ml ) ke dalam adunan, dan gaul sehingga sebati.

~ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, (setiap bahagian beratnya 550 gm):
   1. biarkan pada warna asal
   2. dicampurkan dengan susu cair ( 2 sdb), serbuk koko dan cappucino emulco. Gaul rata.

~ Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dengan adunan berwarna dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas surih. (Saya hanya sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung). Hentak2kan loyang yang telah berisi adunan dengan lembut supaya adunan rata.

~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 60 minit, atau sehingga masak.

~ Nak tahu kek sudah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah2 kek. Kalau lidi bersih bermakna kek sudah masak.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...