followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 24, 2013

BIHUN GORENG SEDAP


bihun goreng yang sedap... akak guna resepi molly tapi ada sedikit ubah suai...

BIHUN GORENG SEDAP

bahan-bahannya:

1/2 bungkus bihun(direndam sekejap dalam air sejuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih--bawang diblend
1 bungkus kecil perencah bihun adabi
2 sudu udang kering(ditumbuk)
1 pohon sawi
1 biji tomato(dipotong kecil)
5 ekor udang( boleh diganti sotong@ayam@daging)
sedikit sos cili, sos tiram dan kicap
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
hiasan-cili merah,daun sup dan daun bawang (dipotong halus)

cara-caranya:

tumiskan bawang dan perencah bihun dalam kuali....
masukan udang kering.....
kemudian masukan udang....goreng sampai sotong masak..
tambahkan sedikit air....
masukan sos cili, sos tiram dan kicap.....
masukan garam dan gula....rasakan masakan anda
kacau hingga bahan tumis naik minyak.....
barulah dimasukan bihun.....gaul hingga sebati dengan bahan tumis
akhirnya barulah dimasukan sawi dan tomato
siap untuk dihidangkan dan bolehlah di hias dengan bahan hiasan

MASAK LEMAK SAYUR ASIN ASIN BERSAMA KELEDEK


MASAK LEMAK SAYUR ASIN ASIN BERSAMA KELEDEK


Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Ubi keledek (dipotong)
Santan
Garam
Udang / ikan bilis
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili merah (di potong)

Cara Membuatnya :

Rebus daun asin-asin bersama ubi keledek sehingga empuk. Masukkan udang, bawang merah, garam dan juga cili.

Akhir sekali, masukkan santan. Masak buat seketika. Apabila telah mendidih, cepat-cepat tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.

KEK SARANG SEMUT


dah lama sungguh x buat kek sarang semut ni... kali ni akak cuba resepi dari rakan fb... rasanya sedap dan secukup rasa manisnya tapi akak masih x puas hati sarangnya.... len len kali insyaallah kena cuba lagilah nampaknya...

KEK SARANG SEMUT

BAHAN:
2 CWN GULA-HANGUSKAN,
2 CWN AIR PANAS,
1/2 CWN BUTTER

*BILA GULA DAH PERANG,MASUKKAN AIR PANAS.LEPAS TU MASUKKAN BUTTER.SEJUKKAN CAMPURAN INI.KENA BETUL2 SEJUK.

2 CWN TEPUNG GANDUM,
1 1/2 SUDU TEH SODA-DIAYAK BERSAMA.
1/2 CWN SUSU PEKAT,
5 BIJI TELUR-A
SEDIKIT ESEN VANILLA

CARA:

PUKUL TELUR SAMPAI KEMBANG(SAYA GUNA BLENDER AJE)MASUKKAN ESEN VANILLA+SUSU PEKAT+TEPUNG.SEBATIKAN.AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR GULA HANGUS TADI.SEBATIKAN.

GRIS LOYANG 9",BAKAR MENGGUNAKAN API BAWAH SAHAJA DAN SAYA LETAKKAN DI RAK PALING BAWAH.170C-1 JAM..(IKUT SUHU OVEN MASING2)

*TIPS UTK MENDAPATKAN SARANG-air gula hangus tu kena betul2 sejuk,letakkan bawah kipas pun ok.kek ni blh juga di kukus..

PUDING LAICI KASTARD


puding yang sangat sedap dimakan ketika cuaca panas.... akak buat ikut resepi kak ruby... tapi akak telah menambahkan lebihan kek yang akak potong kecil kecil lalu akak masukkan je ke dalam puding laici kastad ni.. bukan pe nak habiskan lebihan kek pemberian dari seorang kawan...

PUDING LAICI KASTARD

Bahan A :
200 gm gula pasir (bleh kurangkan)
20 gm agar agar stripe
3 cawan air

Bahan B :
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 tin buah laici
1 tin air laici
30 gm mentega

Cara :

Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula.
Sementara itu kisar bahan B kecuali mentega, bila bahan B sudah sebati baru masukkan mentega kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dlm agar-agar tadi, kacau hingga mendidih dan pekat, tutup api.
Tuangkan ke dlm acuan pilihan, biarkan sejuk sedikit baru bekukan dlm peti ais.

Wednesday, April 17, 2013

FLAN MANGGA


sejak kebelakangan ni akak agak sukar nak updatekan gambar kat tenet ni... masalah tenet di tempat akak ni dari hari jumaat lepas hinggalah sekarang.. kejab Ok.. kejab Ko.. kadang tu nak masukkan gambar pun sampai 1/2 jam.. tu pun belum tentu boleh..
inilah baru pertama kali akak buat flan mangga.. tu pun kerana anak saudara datang dari Penang sebab nak ambil adiknya yang bercuti Sem di UiTM Seri Iskandar.. jadi akak jamulah mereka flan mangga ni yang dorang kata sedap sangat..
akak pun rasa sedap sebab atas bawah semuanya ada rasa mangga... memang bestla resepi...


FLAN MANGGA
chef Norlida


Bahan-bahan:
(Untuk lapisan bawah)

125 gm mentega
125 gm gula
150 gm tepung naik sendiri
150 gm isi mangga yang sudah dicincang
2 biji telur
1 sudu kecil esen mangga
Sedikit pewarna kuning

(Untuk lapisan atas):

250 gm isi mangga - dipotong dadu
100 gm tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen mangga
90 gm serbuk jeli (1 kotak akak guna)
3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 cawan air panas
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Untuk membuat lapisan bawah, putarkan gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati.

2. Masukkan isi mangga, esen dan pewarna kuning, kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

3. Tuang adunan di dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.

4. Untuk lapisan atas, campurkan serbuk jeli dengan air panas kemudian kacau hingga larut.

5. Bancuh tepung ubi dan tepung beras dengan air hingga sebati, kemudian tuangkan ke dalam larutan jeli. Masukkan isi mangga, esen mangga, santan pekat dan gula kemudian kacau hingga sebati.

6. Masak Selama 8 minit, kacau adunan di atas api perlahan hingga sedikit likat, dan pastikan adunan tidak bergentel. Tuangkan adunan di atas lapisan kek dan dinginkan dalam peti sejuk.

adunan bawah (sebelum bakar)

AYAM KARI BERIANI


wp pernah masak kari beriani ni tapi untuk kali ni akak teringin nak cuba masakan dari amie pula... saja nak tukar selera ikut resepi kawan kawan jiran tetangga..

Resepi : Ayam Kari Beriani
Sumber : Amie

Bahan:

600 gram daging ayam - potong 8 bahagian
4 biji ubi kentang - belah 2
2 pelepah daun kari
2 helai daun pandan
4 biji tomato - cincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
minyak
garam / bahan perasa - pilihan

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5cm halia
400ml air

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama daun pandan  dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kunyit, daun kari, rempah kari dan rempah beriani - Amie tidak bancuh dahulu rempah kari. Gunakan api perlahan supaya rempah tidak hangus.
4. Masukkan sedikit air dan puri tomato. Kacau sebati.
5. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Tambah sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
6. Masukkan ubi kentang dan kacau sekali-sekala sehingga ubi kentang dan daging ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam & perasa / gula.
7. Angkat dan hidangkan.

Amie suka masak kari berkuah pekat. Jika suka kuah yang lebih cair, bolehlah tambah air atau santan.



Tuesday, April 16, 2013

SAYUR KACANG LEMAK SOTONG


masak simple je asalkan berkuah... 

SAYUR KACANG LEMAK SOTONG

8 tangkai - di potong 1" panjang
10 ekor sotong - kerat 3
1/2 biji karat - potong
1-2 biji tomato - belah 4
3 biji cili hijau - potong serong
1/2 biji bawang besar - tumbuk
10 biji cili api - tumbuk
1 cawan santan pekat
sedikit garam

masukkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil tu mesti di kacau selalu. angkat dan sedia untuk di hidangkan.

Saturday, April 13, 2013

SWEET LIZAHANUM GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi HADIAH......."


SWEET LIZAHANUM GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi HADIAH......."


dengan terbuka hati akak join GA dari sweet lizahanum pula.... hehehe...
saja saja seronok untuk mencuba nasib.. kut kut.. bertuah... siapa tau kan....

kalaulah akak dapat hadiah... rasa diri ini amat bertuah sangat dapat sesuatu hadiah dari kengkawan apatah lagi dari orang tersayang.. memang akak sangat hargai pemberian itu wp harganya x seberapa... sebab bukan mudah orang nak kasi hadiah begitu saja tanpa bersebabkan... akak ni bukan jenis nak yang mahal mahal tapi keikhlasan itu memang sangat sangat akak hargai.. terpulang kepada pemberi..

tapi akak kena nyatakan juga pemberian yang mana hadiah yang akak paling suka.... sebab itu syarat untuk menyertai GA inikan... hehehe

yang paling akak suka kalaulah orang tersayang bawa pergi bercuti... tempat x kisah sangat.. dalam malaysia pun boleh... seperti

keduanya akak suka ini... sebab tahun lepas akak dah dapat laptop dari orang tersayang.. kali ini kalaulah dapat yang ni pun x pe...

ketiga kalau dapat yang ni.

tapi semua ni hanya tersimpan dihati saja... wp apa hadiah yang akak dapat.. sebenarnya semua akak suka..... wp sepasang kain atau tudung... kerana setiap pemberian itu ada memori tersendiri...

Thursday, April 11, 2013

MINI MINI GIVEAWAY by nabilaMedan


jom join yang ni pula....hai terajin pulak join GA ni..  
syarat pun x susah mana pun... like jer..


tarikh tutup 17/4/2013

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...