followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, March 11, 2015

KEPAK AYAM PANGGANG HERBA INGGERIS


dah jemu asyik ayam panggang style melayu.. jum kita buat cara omputih pula... jika guna herbs yang segar lebih fresh rasanya.. biasanya tesco berdekatan rumah akak ada jual perbagai herbs inggeris ni tapi malangnya time akak nk cari kat tesco nasib x menyebelahi akak.. kalau akak x nak guna selalu je nampak kat tesco.. terpaksalah guna herbs kering jer..

KEPAK AYAM PANGGANG HERBA INGGERIS

6 keping kepak ayam - toskan betul betul kering
2 ulas bawang putih - cincang
4 jenis herba inggeris secukupnya :
- thyme
- oregano
- rosemary
- sage
sedikit garam
sedikit gula
serbuk lada hitam secukupnya
1/2 biji jus lemon
minyak zaitun / minyak masak - akak guna caratino

gaulkan ke semua bahan di atas hingga rata dan perapkan semalaman @ paling kurang 20 minit dalam ciller.
panaskan oven 190'
keluarkan dari peti ais dan susun atas tray yang di alas aluminium foil.
bakar selama 20 minit @ hingga masak 

SOS HITAM (yang ni akak tambah)
* sos ini juga boleh di siram pada ayam nasi ayam..

250ml stok ayam
kicap manis
1/2cup sos tiram
garam dan gula secukupnya
bancuhan tpg jagung }
serbuk cili               } gaul sekali dengan air secukupnya
serbuk lada hitam    }
cara

dlm periuk satukn stok ayam, kicap, sos tiram dan garam. masak hgga didih dan cmpurkn bancuhan tpg jgg. masak hgga pekat dan tutup api.

AISKRIM ABC


ada yang kata resepi ni dari thailand tapi di Rantau Panjang Kelantan pun popular juga...
sangat sangat sedap ni... 
jom cuba,,

AISKRIM ABC 

pulut
roti potong kiub kecil
sagu merah
sagu hijau
jagung creamer
agar agar kosong yg diwarnakan
aiskrim scop
tabur kacang tumbuk..

di mulakan dengan pulut roti dan seterusnya ikut saja susunan resepi di atas..di akhiri dengan beberapa scoop ais krim serta taburan kacang serbuk
siap bolehlah dinikmati.

CUCUR UDANG GERAGAU


cucur yang sedap di kala ujan...

CUCUR UDANG GERAGAU 

Bahan-bahan :
200 gm udang geragau kering
2 cawan tepung
1 sudu kecil yis
1/2 st b.powder
1 biji bawang besar - dadukan
2 biji cili merah - tumbuk
Daun sup & daun bawang
sdkt serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 1/2 cawan air (kurangkan sikit)
minyak untuk menumis

Cara -cara :

Udang dibersihkan dan toskan.
Dalam sebuah bekas masukkan tepung, yis, baking powder, bawang dan cili. Gaul rata.
Masukkan udang geragau dan kacau bersama air sedikit demi sedikit hingga rata.
Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan kaupkan dengan jari dan goreng cucur hingga kekuningan dan garing.
Sedia dihidang. Sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis.

RENDANG KERANG


menurut yang berkongsi resepi ni katanya resepi ni berasal dari Branang N9..
untuk pengetahuan... memang sedap sangat rendang ni.. wp hampir sama dengan rendang Perak tapi x serupa. rendang N9 ni lebih pedas dan warnanya pun menarik..

RENDANG KERANG
 Chef dapur Panas

400 g isi kerang
2 biji bawang merah }
10 biji cili api          } Blend
2 in halia - hiris
2 in lengkuas hiris
2 in kunyit hidup - hiris
2 batang serai (1 ketuk & 1 hiris)
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 helai daun limau purut - carikkan
1 keping asam keping
2 sb kerisek
50 ml santan
garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

panaskan sedikit minyak dan tumisan bahan blend hingga kering.
masukkan halia lengkuas dan kunyit hidup serta serai yg telah d hiris. gaul rata.
masukkan kerang dan serai titik. sebatikan.
masukkan santan dan asam keping. biarkan ia mendidih sekejab.
masukkan kerisek daun limau purut, garam gula secukup rasa. kacau hingga kering.
akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah d mayang halus.
kacau sebati dan angkat

Saturday, March 7, 2015

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)


nampak kurus pulak maxico cha kuih ni... dulu akak buat gebu gebas.. mungkin kerana kali ni akak guna nozel bintang.. dulu akak buat guna nozel bulat tanpa bintang je...
memang sedap kuih mat salleh ni untuk hidangan petang bersama teh tarik... 
resepi ni akak belajar d kelas Chef Han yang akak sertai... dah lebih 10 th yang lalu.. lamanya terperamkan.. hahaha... menurut Chef Han kuih ni berasal dari maxico.. kiranya ni kuih cakoi ala ala maxicolah katakan...

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)

A)
250 g air
100 g butter
2 g garam
B)
150 g tepung
2 g serbuk penaik
C)
2 bj telur
D)
20 g caster sugar - hiasan
minyak masak

masak A) sampai didih. tutp api dan tambah bahan B) gaul cepat cepat sampai sebati

pindahkan ke mixer. pukul sampai sebati dan masukkan telur. sebatikan lagi

masukkan campuran ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel kesukaan. tekan  keluar ke dalam minyak masakan yang sudah dipanaskan. angkat dan toskan.

taburkan gula caster dan sedia dimakan

** untuk senang masak dalam kuali non stick
** gunakan penyepit besi untuk angkat dr minyak
** paipkan ke dalam minyak dan putuskan ke tepi non stick # jk x biasa boleh gunakan gunting sz sedang untuk memutuskan adunan yang telah dipaipkan

Wednesday, March 4, 2015

JAGUNG MANIS KUKUS


kudapan petang.. yang sedap

JAGUNG MANIS KUKUS
Resepi Asal : KAK AZIE 

 Bahan-bahan ( 4-5 orang )
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )>>nak guna yg freash pun ok kalau rajin sbb lagi sedap!
 2 s b butter
 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara

Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :) Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..


Tuesday, March 3, 2015

KEK BUAH MULBERRY


buah Mulberry ni pemberian dari rakan setaman...yang sebenarnya untuk kek ni kena guna buah ni sebanyak 250 g tapi yang akak dapat cuma 180 g shj.. jadi baki yang kurang tu akak tambahkan kismis kuning sebab itu je yang ada stok kat umah ni..
dulu akak pernah buat kat sini..


KEK BUAH MULBERRY

Bahan ‘A’ 
90 gm minyak jagung 
150 gm gula castor 
3 biji telur gred A 

Bahan ‘B’
 250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikabornat ( semua bahan dicampur dan diayak ) 
1 sudu besar air limau + 3 sudu besar susu segar

Bahan ‘C’ 
180 gm buah melbery segar (stok yang akak ada hanya 135g) 
70 gm kismis kuning
½ sudu teh soda bikabornat ( semua bahan ini di gaul rata )

Cara: -

Putar telor dan gula hingga kembang. 
-Perlahankan mesin tuang minyak jagung sambil diputar perlahan hingga sebati. 
-Masukan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu bercampur air limau kacau rata hingga adunan sebati. 
-Masukan buah-buahan kedalam adunan hingga rata. 
-Tuang adunan dalam tin pembakar yang telah beralaskan kertas pembakar serta digris dengan mentega atau minyak. 
-Bakar adunan kek hingga masak.

IKAN MASAK LEMAK CILI API BERKARI


Memang dah x de idea nak masak ni...

IKAN MASAK LEMAK CILI API BERKARI

3 ketul ikan Nyok Nyok
8 tangkai cili api - tumbuk 
1 batang serai - ketuk 
1 biji tamato - belahkan 
1 sb serbuk kari
3 helai daun limau purut -koyakkan 
sedikit serbuk kunyit 
2 cawan santan pekat 
2 keping asam keping 
sedikit garam

didihkan bahan tumbuk santan asam keping dan serbuk kunyit serta serai. setelah itu masukkan ikan garam serta sernuk kari. didihkan sebentar barulah masukkan tomato dan daun limau purut. sekali lagi didihkan sambil sentiasa dikacau. tutup api.

AIR MATA KUCING


menghabiskan stok buah mata kucing yang akak beli d hadyai.
 cuaca sekarang yang panas terik ni memang sesuai sangat minum air mata kucing ni untuk menghilangkan panas badan.. sebenarnya cuaca mcm ni tekak akak dah mula perit.. bila dapat minum ni lega sikit sakit tekak akak ni..

AIR MATA KUCING

buah mata kucing kering - basuhkan
air untuk merebus secukupnya
gula untuk beri rasa manis secukup rasa
ais kiub secukupnya

masak air mata kucing dengan air secukupnya
bila dah mendidih dan buah mata kucing sudah kembang tutup api.
biarkan sejuk sepenuhnya
tuangkan air rebusan bersama buah mata kucing ke dalam jug.
masukkan gula secukupnya bersama ais kiub

SAMBAL HIJAU


asalnya akak dapat sambal dari gift kelas masak.. sedap sangat.. kemudian akak pun teringin nk mencubanya sendiri tapi x berani nk buat banyak cukuplah sekadar nk rasa dan sama x dengan sambal yang akak dah rasa.. boleh tahan.. memang seakan sama tapi akak punya ni terlebih ikan bilis je.. tapi sedap ehh..

SAMBAL HIJAU

bahan blend: (penumis)

10 tangkai cili api 
2 tangkai cili hijau
5 ulas bawang merah 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

segenggam ikan bilis - bersihkan goreng sekejab dan blend (jangan hancur)
air asam jawa secukupnya
sedikit belacan bakar - hancurkan
garam gula
minyak untuk menumis

panaskan minyak goreng ikan bilis sebentar dansejukkan untuk blend
gunakan minyak yang sama (kurangkan dulu) 
tumiskan bahan blend penumis. masak hingga naik bau dan masak hingga betul betul cili masak supaya ia x mengeluarkan bau cili.
masukkan air asam jawa secukupnya dan belacan
bila hampir kering masukkan ikan bilis. masak hingga kering
masukkan gula dan garam secukupnya.
tumiskan sehingga naik minyak untuk beri tahan lama.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...