followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, August 8, 2012

BISKUT ALMOND LONDON


Biskut yang lazim wajib buat setiap orang....  kali ni akak buat tergebu la pulak... hehehe


RESIPI BISKUT ALMOND LONDON

dikongsikan oleh puan Norrashidah
resipi asal Su


250g butter
2 biji kuning telur A
3 cawan tepung gandum + tepung kek (sama banyak)
gula icing
sedikit vanilla

HIASAN:
coklat masakan + shortening (jika suka)
badam cincang - panggang
badam biji -panggang
papercup secukupnya

putar butter, kuning telur, vanilla dan gula icing sekejab.
masukkan ke dua dua tepung gaul hingga x lekat pada jari.
cubit sedikit adunan dan masukkan badam biji dan bentukkan bujur.
susun di atas loyang sehingga habis.
bakar 170'C 15-20 minit.
keluarkan dari oven dan sejukkan.

cairkan coklat masakan secara double boiler.
jika suka masukkan shortening.
masukkan 3-5 biji biskut almond london ke dalam coklat cair.
kepitkan coklat dan masukkan dalam papercup. 
taburkan badam biji ke atasnya sebagai hiasan.




2 comments:

  1. salam kak norlie, betul tu kak..anak2 Liza pun dah tanya bila nak buat biskut ni...adoyaiii

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....biskut almond london mmg fav saya.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...