followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, August 4, 2012

KUIH JONGKONG MANGKUK


sekali pandang pertama dengan resipi kak fida di myresipi.. terus nak mencuba... sebenarnya akak dah buat lama dah kuih jongkong mangkuk ni.. tapi baru sekarang baru sempat update di sini.. bulan puasa ni agak kesempitan masa je rasanya... 


rasa kuih jongkong ni boleh tahan sedapnya.... akak suka

KUIH JONGKONG MANGKUK

Bahan-bahan ( 24 mangkuk plastik 100ml )

secukup gula melaka dihiris halus atau gula merah
ADUNAN HIJAU :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan cair = (100ml KARA + air)
1 sk pes pandan
1 sk air kapur
ADUNAN KUNING :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan pekat = (400ml KARA + air)
2 sk garam
sedikit pewarna kuning
Cara-cara

 Bubuh 1/2 sb hirisan gula melaka/gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
 Campur kesemua bahan hijau,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk berisi gula melaka dan kukus hingga gula mencair.
 Sementara itu campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15-20 min.
 Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.



3 comments:

  1. Assalamualaikum Norli,
    waduh sana sini buat kuih ni, terliur je di buatnya..nak wat gaklah...

    ReplyDelete
  2. Sedap nmpak kuih jongkong versi mangkuk ni..:-)

    ReplyDelete
  3. Sy baru kenal kuih ni baru2 ni je kak.. Itu pun tgk kat blog nieza finland. Ketinggalan sungguh sy :-)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...